22 April 2010

Sebenarnya kan... Hehehe


Kenangan. Geng Melate. Dengan Yuna.

Semua orang tau, dulu aku kerja as Copywriter kat Hot FM . Kerana copywriter gak la buat aku ada perangai pelik - kata mereka ni la, kawan-kawan yang kita sayang - Geng Mega Mendung Melata Uolsss. Eh...

Ahahaha... Pelik ke? Kata mereka - aku ada kebolehan bercakap depan PC tanpa aku pedulikan orang keliling - cakap sorang-sorang! Bos, datang dan berdiri belakang aku pun aku tak perasan. Sampai pernah jugak la bos-bos (Alfred n Seelan) sergah aku. Silap hari bulan aku terlatah. Terlatah ye, bukan melatah! Kalau dah latah tu paham-paham je la...
Dah kerja aku buat skrip, jangan lah diganggu. Bukan sikit. Ado la... seminggu tak lebih 50 skrip. Termasuk clients nak 2-3 options. Huhuhu... skrip aku mestilah aku nk feel skrip iklan yang aku buat tu... supaya kedengarannya tak pelik nanti.
Ye, betul... sebelum skrip-skrip tu bagi pada talents untuk dirakamkan suara mereka tu, aku mesti la kena tau apa yang aku nak, delivery tone suara yang macam mana yang aku nak. GIGIH, kan?
Lagi pun kerja aku ni sangat saiko. Kalau tulis blog, panjang pendek satu2 entry tu, takde hal. Lagi pun masing-masing baca dalam hati, kan? Huhu... Ada ke orang baca blog aku ni kuat-kuat. Kalau ada, tu lagi saiko!
Tulis skrip iklan ni ada rules and regulations dia gak. Jangan memain - nanti kang leh kena sue or bayar penalti ratus ribu ok??? Ada skrip 20 seconds, 30 seconds, paling panjang pun 60 seconds. Berapa panjang pun skrip iklan tu, masing-masing ada cabarannya nak menulis. Kenangan... kenangan... Aku dan kasut purple ku di Hot FM.

my purple shoes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan