21 November 2014

Lepaskan...

Bismillah...

Lepas satu, satu hal yang jadi. Sabarlah Cikpanda. Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Kesimpulannya, bukan setakat tengok cerita kartun tapi dah macam opera cina n wayang kulit semua pun ada.

Ok. Lepas ni apa pulak? Aku kena belajar untuk lepaskan. Dalam banyak perkara yang jadi. Lepaskanlah pjan oi apa-apa yang bukan dalam kawalan kita. Hikmahnya sentiasa ada untuk orang yang sentiasa cari hidayah-Nya.

Cukup Allah bagiku.

17 November 2014

cerita kartun pun tak kelakar macam ni

Bismillah.

Macam mana aku nak mula ye? Hidup ni ada naik dan turunnya. Kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah. Kadang kita kat tengah, kadang kita kat tepi. Aku? Aku pun tak tau sekarang aku kat mana. Aku rasa aku kat tengah-tengah la. Lepas aku ada kat atas, aku pun dah rasa bedebuk ke bawah. Sekarang momentum aku pada takat sederhana.

Nak jadi cerita, berlaku kacau bilau dalam hidup aku. Sampai aku putuskan nak jahanamkan diri aku sendiri. Ok, cerita ni boring sudah. Sebab aku dah sedar diri lepas hantuk kepala kat dinding. Tak berbaloi pun aku benjolkan kepala aku sendiri. Sekarang aku dah ok. Ya, betul aku dah ok. Berkat kasih sayang Allah beri aku petunjuk. Alhamdulillah.

Ok, tajuk ada perkataan kelakar tapi aku rasa apa yang aku tulis ni macam tak kelakar. Hari-hari aku sekarang aku bertabah diri dan kuatkan semangat macam tak ada apa-apa berlaku. Hati kering beb! Aku boleh buat hati kering, tak ada perasaan. Emosi tah ke mana tu tak penting. Siapa cari pasal siap! Eh, tapi aku tak buat pun. Kasih sayang Allah bagi pada aku mahal harganya jadi tak payah buat year end sale la. Hmm... pe aku merepek ni ya.

Senang cakap macam ni la... cakap memang senang tapi nak sampaikan satu-satu perkataan jadi merepek je. Mudahnya begini la... akhirnya Allah tunjuk kebenaran. Kebenaran akhirnya bercakap sendiri. Aku senyum. Alhamdulillah. Kekalutan yang berlaku bukan aku penyebabnya. Kalau ada orang lain atau pihak yang nak aku tanggung kesalahan dorang, oh no way! You start it, you fix it.

Aku ambil pendirian untuk jadi pemerhati. Kesian... tapi tak pe la. Fungsi aku pun dorang dah kurangkan patutnya aku berterima kasih dan teruja atas kurniaan ni. Bila ada yang bertanya dan minta pendapat aku, aku bagi sebab tak rugi apa pun. Sekurang-kurangnya dorng boleh tahu aku bukan bagi cela keadaan. Fikirlah sebaiknya. Nilailah perbezaannya sekarang.

Sepatutnya kalau kita lebih menghormati kekalutan ni tak perlu berlaku. Apabila yang diatas kalut dan mengalutkan keadaan, tak yakin dengan kita, kita senyum je la dan duduk tepi. Berlagak pandai dan menghina kebolehan orang menampakkan kekejian engkau yang sebenarnya. Allah tutup aib kita, tapi kita pilih untuk aibkan diri sendiri - ni lah maksud aku.

Kalau korang ada kat tempat aku, memang korang akan bersetuju yang korang tengah tengok cerita kartun. Kadang-kadang hal yang jadi macam tengok drama. Drama yang korang tengok tapi korang malu nak tengok. Dah la tak ada hero hensem. Drama yang korang tengok kalut sangat. Sudahnya kita rasa kita yang tengah pegang remote control ni macam nak tukar channel lain je. Hah, dapat pun apa yang aku nak sampaikan. Metafora sangat ni.

08 November 2014

tulislah

Pesan seorang stranger yang lebih kenal aku daripada rakan sekerja aku. "Tulislah. Disiplinkan diri, ambil masa untuk menulis. Setengah jam sehari mungkin." Aku terdiam. Macam menulis tu senang ya? Ahh... aku beralasan lagi dan lagi.

Dulu pada ketika aku terlalu marah dengan keadaan. Aku marah sangat-sangat atas perbuatan orang lain. Atas ketidak adilan yang dia buat. Atas tak ada daya aku nak berbalas jawab segala persoalan yang dia kemukakan. Pendek kata - menyampah gilalah kalau aku nak jumpa dia. Aku beralasan dialah penyebab aku jadi mental block. Puiii...

Memang jijik bila aku fikir balik. Besar betul impak dia dalam hidup aku. Sampai aku tak berselera untuk menulis lagi. Lepas sekian lama aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan aku ubah rasa menyampah aku pada lantak kau, lantak aku!

Lepas audit diri aku tahu dia bukan masalah aku lagi. Masalah aku ialah AKU sendiri! Korang faham tak? Kalau kita ada masalah tak payah cari orang lain untuk disalahkan. Salahkan diri sendiri lagi bagus! Mana tak sebelum ni aku macam ok. Memanglah ok sebab dia pun ok dengan aku. Lepas tu... oh aku tak nak ingat lagi. Konsepnya lantak kau, lantak aku. Jadi biar aku hadam dan pendam.

Lepas yang selepas itu aku pun rasa aku nak tulis balik. Tak payah aku matikan keupayaan yang aku ada semata-mata kerana kegilaan orang. Bermula dengan usaha kecil barulah aku tahu dan sedar mental block aku berpunca dari aku sebab aku kurang membaca. Jadi kat situ aku dah tau aku perlu baca.

Baca dalam erti kata lain yang menginspirasikan diri aku untuk menulis. Maka dipendekkan cerita aku pun membacalah bahan bacaan ringan lagi santai dan bersahaja untuk buku pertama dalam kurang tiga jam dah habis. Aku suka. Aku kagum dengan penulisan penulis tu.

Sekarang pun aku tengah memilih satu lagi buku yg buat aku berfikir, mencerna dan sedang hadam ilmu-ilmu tu yang jadikan aku manusia lebih bahagia dan merembes air mata lagi dan lagi. Yang tersurat dan tersirat dalam penulisan tu buat aku rasa malu pada diri sendiri.

03 November 2014

harapan

Bismillah...

Bila aku sakit ada yang memberikan harapan. Aku pun berharap pada harapan itu akan berpihak pada aku. Satu hari yang tengik terjadi dalam hidup aku bila mana harapan tu punah. Aku pun melolong meronta bagai nak gila. Bila aku tersedar - bangang gila tindakan aku tu. Tapi yang sebenarnya aku terlalu penat dan letih untuk banyak perkara.

Iman yang ada tak sebanyak dan setebal mana. Aku persoal dan pertikai perkara yang bukan dalam kawalan aku. Merepek. Jawapan yang aku tunggu tak seperti yang aku mahu. Tak ada penjelasan sebenarnya. Untuk kesekian kali dan entah berapa kali air mata merembes keluar lagi.

Takpe lah ini ujian Allah. Allah uji kita sebab sayang kita. Klise tp akur sebab aku masih sedar aku tenang bila mengingati-Nya. Hari demi hari aku dapat terima keadaan hingga ke hari ni. Walau ada orang lain pulak yang nak jadi tukang cerita terpulanglah. Yang mendengar pula kalau suka dengar cerita yang bukan aku yang sah atau kongsikan terserah koranglah nak percaya atau tak. Gila ko serius aku rasa cam someone special tahap selebriti tanahair yang tak popular mana! Haha...

Harapan tu masih ada tapi biarlah Allah Yang Maha Berkuasa yang tentukan jalan aku. Aku berserah dan berlindung hanya pada-Mu.

Teringat petikan buku yang aku baca malam tadi karya Bahruddin Bekri dalam Padanya Ada Cinta - "Jangan kita mendahului kerja Tuhan."

Tenang. Terima kasih atas doa kawan-kawan yang kita sayang. Jangan risaukan aku atau terima kasih kerana risaukan aku. Dugaan ini aku terima seadanya. Atas kebodohan dan kekurangan diri, aku belajar lebih lagi. Pengalaman mematangkan bukan mematahkan.