26 Februari 2013

wajah-wajah di kuala mu

 
Assalamualaikum semua. Just nak share dulu dengan korang gambar-gambar yang aku 'tembak' kat Kuala Mu. Memang bila masuk dalam perkampungan Orang Asli ni, memang rugi kalau tak snap muka-muka unik dorang ni.
 
Minggu lepas, aku follow Program Kuala Mu - IM4U anjuran kolej aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dengan 30 sukarelawan terdiri daripada pelajar kolej memang ada macam-macam perasaan dan pengalaman ni tak ternilai harganya dengan wang ringgit.
 
Dalam program ni selain beri sumbangan makanan dan pakaian, kami juga memberikan khidmat bakti kepada SK Pos Kuala Mu yang terdiri daripada 13 guru yang tabah mendidik anak bangsa di sini. Rasa kagum dengan ketabahan dan kegigihan guru-guru kat sana membuatkan aku rasa kerdil sangat amanah yang aku pikul sekarang ni.
 
Ok, layan gambar dulu la ye. Aku tengah nak perah idea untuk penulisan artikel.

 







20 Februari 2013

I M 4 U


Yang ni pulak, program sukarelawan yang aku akan terlibat sama. Ok, balik nanti aku cerita dan sharekan gambar-gambarnya k.

masih ada sinar...




Alhamdulillah, penulisan dan hasil 'tangkapan' gambar-gambar bagi program kolej aku tersiar lagi dalam Sinar Harian hari ni. Semoga ramai orang dapat manfaat dan tahu peranan Kolej Komuniti ni.

Berpeluang melihat dengan mata kepala dan menemubual insan-insan istimewa ni memang mengagumkan. Sebab apa? Mana tak nya sebelum ni kerja aku dikelilingi orang-orang popular (Hot FM).... artis-artis, bintang-bintang popular. Masa kerja kat penerangan lak, memang bertentang mata dengan prominent leaders dalam dan luar negara (as usual aku x de bergambar la sebab tengah bertugas, kalau ada pun terselit-selit dalam kotak kamera abang-abang fotografer dan aku x ada simpanannya). Kalau ada aku ambil gambar pakai BB aku pun, dah selamat jadi sejarah silam pahit payau sebab BB aku dah hilang, save dalam laptop lak laptop dah kena virus. Haha... selamat la.

Kali ni aku kerja kat satu daerah, dapatlah aku merakamkan (cewah ayat!) cerita-cerita manusiawi yang terpencil, tersorok dengan cerita mereka tersendiri. Berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Carey - perkampungan masyarakat Orang Asli kat sini buat aku rasa... 'walawehh... kita sibuk-sibuk lah nak tengok negara orang, tapi negara sendiri pun x habis pusing lagi'. Meh, datang sini... ada ramai orang perlukan kita yang kononnya berjaya di menara ilmu tapi terasa tak macam kita kurang memberi kepada masyarakat? Hmmm.... fikir-fikirkan.


16 Februari 2013

Extra Hot Chilli Peri-peri with Baked Potatoes Cheese n Brocolli


Bahan-bahan:

Seketul paha ayam saiz sederhana
1 botol extra hot chilli peri-peri
1 biji kentang
Sekeping cheddar cheese
Segengam brokoli

Cara memasak:

1. Perapkan peha ayam dengan 1/4 botol sos extra hot chilli peri-peri. (Kalau nak lebih pun ok je) Titiskan beberapa titik minyak zaitum masa perap ni. (Perapkan dalam 2 jam atau lebih)
2. Kentang potong dadu dan perasakan dengan secubit garam dan lada hitam.
3. Grill ayam dalam ketuhar yang panas 200 darjah celcius selama 25 minit. (Macam aku grill je kat kuali non-stick fried pan tapi kena selalu balik-balik kan ayam tu selama 25 minit jugak atau lebihkan 5 minit!) Kentang pun grill bersama.
4. Kentang dalam 15 minit dah boleh diangkat dan time panas2 tu, letakkan sekeping cheddar cheese.
5. Didihkan air dalam periuk lepas tu campakkan brokoli, angkat dan toskan selepas 2 minit.
6. Siap masak semuanya dan bolehlah platting macam dalam gambar ni.

Selamat memasak! :-)


Operasi Makan Besar





Operasi makan besar sempena Tahun Baru Cina - yang ni pulak memang malam CNY hari tu. Mula dengan iklan Giant membawa ke agenda membeli-belah... hahhhh nah! amek ko... makan 5 orang mcm 10 org lagi leh join kitaorang. Nasi goreng aku masak tiada dalam gambar. Steamboat n grill ni memang melampau sedapnya! Mungkin dengan suasana di #tepianhutan hasil tajaan lokasi rumah Arip buatkan kitaorang bertambah lapar. Hahaha.... jap lagi korang jangan pengsan lak. Sebab aku nak share satu lagi resepi melampau sedapnya. Ishhh...  





Kodokmondok Saya

Fuhh... nak dekat sebulan x update? Huh, busy as usual la... Just nak share hal-hal yang best untuk bulan ni. Tak lain tak bukan mestilah citer pasal Kodokmondok saya.Yeayyyy... setelah berbulan-bulan lamanya x lepak sama, sempena cuti Tahun Baru Cina tu kitaorang kuar makan-makan n tengok wayang. Oh my God, kitaorang tengok HKL 2 (Hantu Kak Limah 2) yang citernya pada aku.... weh sunggggggggguuuh sedih sebab kurang kelakarnya. Hishhh....

sementara tunggu makanan yg diorder sampai @ Chillis One Utama
sebelum start HKL 2 yg sungguh tak kelakar.... bala, bala...
Oh ye, Kodokmondok ni adalah yang single2 semuanya. yang dah kawen lagi la lama x jumpa n hang out macam ni. So to Wa n Aja jangan jeles laaaaaaa... hehe