30 April 2010

Strangers

Satu hari masa memandu kereta. Aku seluk beg tangan. 'Alamak, mana hp ni. Err... tertinggal lagi. Hmm... Pjan... Pjan.'
'Adoii, macam mana nak call Udha. Ok, tak pe, rileks... boleh cari telefon awam.'
'Kat area tu, macam tak pernah nampak ada telefon awam. Aaarggghh... mustahil aku nak patah balik rumah! Grrr... (marah diri sendiri)

Bila dah sampai kat tempat tu, melilau aku cari satu benda yang namanya telefon awam. Hahaha... cuba nak sedapkan hati. Hujan pulak. Lebat. Ada banyak pilihan aku boleh buat. Tapi, aku pilih buat kerja gila. Pinjam hp orang!

Ya, selain aku yang sering meninggalkan dan tertinggalkan hp kat rumah. Aku tak ada daya nak ingat nombor telefon orang. Tapi, aku tahu buat congak/kira-kira/calculation dan algebra (Ye, ke?) Maka aku pun main Sudoku untuk susun atur nombor hp Ain a.k.a Ketua Kodok.

YES! Aku yakin ni nombor yang patut aku buat panggilan sebelum aku perlu dapatkan nombor seorang lagi kawan dan buat lagi satu panggilan. Pilihan sekarang ada depan mata. Aku keluar kereta. Nombor telefon yang tercatat nombor Ain dan sekeping duit RM5. Bismillah.

"Adik, kerja dekat sini ke?

"Tak, kak. Saya kerja kat OU. Kawan saya yang kerja kat sini."

YES. Budak ni ramah. Ada chan!

"Akak bukan nak takutkan adik eh. Tapi akak nak pinjam hp adik kejap boleh? Akak nak call kawan akak dia pun kerja kat sini. Hp akak tertinggal. Ni, buat ganti kredit hp awak." Aku hulurkan sekeping wang ringgit Malaysia, berwarna hijau, bernilai lima.

Tiba-tiba ada motorsikal berhenti. Adik tu jerit. "Abang, akak ni nak pinjam hp"

'Alamak, budak ni tak ada hp sendiri ke? Siapa pulak mamat ni?'

"Sorry la, bang. Hp saya tertinggal kat rumah. Saya janji dengan kawan saya dah sampai sini nak call." Dia tak suruh explain pun, aku dah terangkan panjang lebar.

"Nah, gunalah."

"Ni buat ganti kredit telefon tu."

"Eh, tak pe. Tak payah"

"Tapi, saya kena buat lebih dari satu panggilan. (Demand pulak aku ni!) Sebab saya tak ingat nombor hp kawan saya yang kerja kat sini."

"Oh, kawan kerja kat bahagian mana?"

"Radio."

"Tak pe, pakai je."

Dah orang bagi pakai, guna je la. Dial nombor Ain. Sah! Sahih! Lagu Halimah Jongang kedengaran. Senyum.

Ain: Hello. (Gila lunak suara kau. Mentang-mentang bukan nombor yang kau kenal... hehehe)

Aku: Hello. Weh, aku nak nombor Udha. Cepat. (Suara aku agak kelam-kabut)

Ain: Siapa ni?

Aku: Aku la, Pjan.

Ain: Ni nombor siapa? Kau kat mana ni? Mana Udha. (Banyak pulak soalan kau ni. Ni hp orang tau tak. Oh, kau tak tahu, pasal aku belum bagi tahu)

Aku: Aku pinjam hp orang ni. Cepatlah, bagi nombor Udha.

Ain: Siapa orang tu? Aku kenal?

(Astaghfirullah... aku tahu kau risau tapi nantilah aku cerita. Kredit or bil orang ni!)

Aku: Pinjam orang. Tak kenal. Cepat, boleh tak? (Intan payung, gunung sayang)

Ain: Hah? Tak kenal macam mana boleh pinjam?

(Aku hulur M16 kat kepala kau, baru kau tahu. Adoi!!! Cepatlah)

Aku: Boleh, kalau nak. Dah. Ok. Thanks. Bye.

Moral of the story:
1. Jangan save nombor hp orang kalau daya ingatan tu lemah. Notes la, kat mana-mana. Huh, teknologi memang membodohkan kita, kan? Haha... salah aku sendiri la. Tapi, dalam situasi ni memang aku berjaya mengapplykan apa yang bos aku, Seelan Paul pernah cakap,
"Control the situation NOT the situation control you, Hafizan"
Yes, I did it. Thank you, boss.

Khabar dari Labuan

"Kau dah tidur ke Pjan."
"Belum. Tapi nak dekat tidur jugak la ni. Pe cer kau?"
Dengar suara dia ketawa.
"Aku nak datang sana, 7 hari bulan depan."
"Oh, ok." (Dalam hati - bulan lepas pun kau cakap perkara yang sama. Dengar je la. Haha)
"Apa cerita kawan-kawan yang lain?" (Bagusnya kau tak lupa kawan-kawan)

Dan lagi... dan lagi... aku hanya mendengar sesekali menyampuk. Seorang kawan dari Labuan tak pernah lupa nak telefon aku. Bukan setiap hari. Bukan juga seminggu sekali. Tapi kadang-kadang. Tukar-tukar cerita. Tapi kebanyakkannya aku mendengar dan tolong ketawa sama. Perbualan masih pada topik yang sama. Pasal kerja dia, pasal dia nak kahwin dengan Y dan pasal cerita kaya dia. Amerika wo~

"Kau dah jutawan, belum?" aku tanya.
"Amerika wo~. Mestilah dah. Haha..."
Sambung dia lagi, "Nanti aku nak jumpa orang yang boleh lobi aku masuk politik."
"Aik, masuk politik pulak. Kau ni, dari tadi Amerika wo~, Amerika wo~. Dah makan ubat belum?"
"Dah. Haha" Ketawa lagi dia ni. Aku pun ketawa sama.

Satu ketika bila kawan ni bercerita memang jelas dengar suaranya. Suara yang gembira. Tapi kadang-kadang penceritaannya ada yang tak jelas kerana susun atur ayat dan nada-nada yang bercampur-baur. Ada sedih dan marah tapi dia boleh buat gembira. Dia ketawa. Aku pun ketawa.

"Kau tak kerja ke esok?"
"Tak le, pasal hari tu, aku ada buat program. Siap masuk tv. Kau tak tengok ke? Berita wilayah dalam RTM."
"Dah lama aku tak tengok tv lah."
"Ramai yang cakap aku hensem. Haha"
(Sakit budak ni) Aku ketawa. Dengar dia puji diri sendiri.
"Eh, Pjan. Banyak perempuan suka kat aku tau. Dorang semua gila-gilakan aku. Kau je tak."
"Pasal aku tak gila. Hahaha," aku jawab selamba dan ketawa. Dia pun ketawa jugak.

"Kenapa kau nak kahwin dengan Y?"
"Pasal dia GEDIK. Hahaha." (Jawapan paling jujur pernah aku dengar. Bukan nak jaga tepi kain orang tapi ikhlas aku tanya soalan tu dan dapat jawapan paling jujur dalam dunia)
"Kau kalau kahwin dengan dia nak buat bini ke nak main-main?"
"Nak buat bini la. Tapi dia tak nak aku. And, Puan B pun tak kasi aku kahwin dengan dia."
"Kenapa pulak?"
"Pasal Puan B cakap aku biol. Hahahaa"
Aku pun ketawa. Ketawa besar. Terbayang kejap, kalau la aku ni watak kartun dalam satu cerita, memang aku dah ketawa berguling-guling dah.

Perbualan aku dengan kawan dari Labuan dengan macam-macam cerita. Siap ada gak aku kelentong pun dia percaya. Adoi... yai. Tah la, pada aku dia mangsa keadaan. Aku cuma boleh bagi telinga aku untuk mendengar dan ketawa saja. Pada aku, kawan aku ni tak perlu lah disisihkan. Lagi pun pada aku, dia bukan satu ancaman.

Jujur, aku tak rapat dengan dia. Tapi ada je cerita tentang diri dia yang dia nak bagi tahu.

"Nanti aku nak kahwin dengan mak janda."
"Mak janda mana pulak ni?"
"Sarimah. Kan dah janda! Amerika wo~ Hahaha..."

(Memang kau biol. Bukan aku cakap. Kau yang cakap)

Kuala Lumpur dan Pelangi di Pagi Hari

Jalan-jalan yang aku lalui setiap hari sama. Tapi hari ni berbeza bila pagi yang cerah dengan rintik-rintik hujan membasahi bumi. Aku nampak pelangi. Pelangi di pagi hari. Hari Jumaat lagi. Aku senyum sendiri. 'Eh, ambil gambar boleh kongsi dengan kawan-kawan yang kita sayang. Nah ini untuk kamu orang.'


Jalan lagi. Di bawah pelangi. Teringat mitos pasal pelangi macam selendang bidadari. Macam-macam. Senyum lagi.

"Hati-hati bawak kereta. Hujan. Jalan basah."
"Ok, abah."
Sebab Ucu bawak hati-hatilah dapat ambil gambar pelangi. Senyum lagi.

Jalan yang makin hampir ke bangunan pejabat. Dekat kota lumpur yang kita diami. Yang jarang-jarang boleh tengok pelangi pagi.

Nah ini satu lagi. Semoga dapat tengok pelangi lagi. Satu hari nanti.

28 April 2010

Bila Perlu

Ada kalanya diam itu perlu. Tak perlu tanya kenapa.
Diam tak bermakna bisu. Bisu tanpa kata-kata tidak bermakna tidak berbicara.
Berbicara apabila perlu. Dan tahu bila mahu berdiam.
Diam tak bermakna sepi. Diam tak bererti mati. Diam tak bermaksud tidak peduli.
Diam. Hanya seminit dua. Seketika cuma.

Mereka dan Beg Galas

Hari-hari ke tempat kerja, aku lalu jalan yang sama. Sering ternampak mereka – 2 orang mamat ni. Tak ada apa yang menarik tentang mereka. Sebab pasal diri mereka pun aku tak pernah tahu.

Yang aku tahu , tak kira berapa cepat aku keluar rumah(7.15pg) atau lewat (7.30pg) pasti aku nampak mereka berdua berjalan menghala ke jalan yang sama aku lalui. ‘Eh, lambat pulak mamat berdua ni hari ni? Ke aku yang cepat?’

Mereka mungkin kawan baik. Mereka mungkin hanya kawan sama tempat kerja. Tapi yang pasti, mereka memakai beg galas yang tak sama. Motif? Hanya tertanya-tanya, mungkin mereka bekerja di satu bangunan itu. Ya, bangunan yang ada kenangan bertahun lamanya dulu.


27 April 2010

dan kisah-kisahnya - kodok melaram


Kisah kodok yang seterusnya - Kodok Melaram (KM). Dapat gelaran ni pasal KM sangat bergaya dan menitik beratkan penampilan. Jaranglah nampak badan dia kembang. Sekarang? Hehehe...
Selain KM dia gak dipanggil 'kambing'. Hahaha...

KM ni kerja dalam bidang adoii... susah aku nak gambarkan dengan perkataan. Aku leh tulis dia buat kerja outsourcing je la. Projek 'kerang busuk' katanya. Hehehe... Dulu she's not single n not available. Sekarang siapa nak masuk meminang dah boleh dah.

Dan kisah-kisah KM ni macam-macam. KM leh jadi pelakon air mata, tapi sebab berkawan dengan KodoksMondok semua jadi KUAT, GIGIH dan TABAH. KM boleh masak. Ikut teori olok-olok KodoksMondok siapa yang tak tahu masak, dia kahwin dulu macam Aja n Wa.

Jadi, persaingan untuk gelaran siapa yang paling Hot memang sengit. Ni pun beating KodoksMondok - siapa kahwin yang akhir sekali dialah yang paling Hot! Nak jugak?? Ya, adooii..

Yang belum kahwin dah tentu aku, Kpah, Ain, KM n Mondok. Kalau pakai teori kahwin ikut bulan kelahiran, Aja yang lahir bulan Januari, Wa (Februari) - maka Mondok akan menyusul pulak lepas ni. Pasal dia berkongsi tarikh lahir dgn Wa. Lepas tu... hehehe. Tekalah sendiri.

Oh, ya pasal KM gak dia sangat suka membuat research. Berbintang Leo sama dengan Kpah. Sangat teruja dengan anak buahnya yang pertama, siap kitaorang cakap lepas ni anak buah kedua dan seterusnya... kuranglah teruja tu.

Cuba Lagi. Pasti. Berjaya Nanti.

Cuba lagi.

Dalam setiap tindakan, kadang-kadang timbul ragu. Semua manusia sama. Pasti pernah menghadapi. Dalam setiap situasi aku selalu berhati-hati. Tapi kadang-kadang tergelincir jugak. Cuba lagi.
Cuba lagi. Baiki diri. Tanya diri. Kenapa begini? Kenapa aku? Kenapa kamu buat aku begini? Tak apa, akan cuba lagi. Boleh. Pasti.
Terkadang banyak sangat argue bukan dengan sesiapa, tapi dengan diri sendiri. Kecamuk. Tapi tak bertindak. Cuba tanya diri sendiri, sampai bila begini?
Harus jawapannya ada pada diri sendiri. Boleh. Pasti. Cuba dan cuba lagi.Sampai pasti. Berjaya nanti.

Say, YES!

Bukan Kacau Masakan

Betul apa yang kau nampak?


Situasi - kacau.Tapi bukan jiwa kacau.Aku mangsa.Ya, mungkin. Ishh...manusia-manusia ni. Kenapakah.Mengapakah.Aku tahu inilah ujian.Ya, tapi manusia-manusia itu.Hmm...aku pun manusia jugak.Tapi, takut nak aniaya orang.Sebab takut balasan Tuhan.Oh, mungkin aku yang terlebih-lebih tafsiran.Tapi, tafsiran aku wujud sebab kesamaran.Kenapa tak ada kejelasan.
Jelas.Bukan.Kabur.Blur.



Aku lihat kabur. Samalah kita.

Berbeza.Tafsiran

Aku.Kau.Tafsiran.Kita.Berbeza

Kata mereka sempurna itu mustahil. Sempurna itu milik Tuhan. Tapi aku melihat dan mentafsirkan. Sempurna itu tak mustahil. Kerana diri kita juga milik Tuhan.

Dari satu fasa ke satu fasa kehidupan. Kita berubah. Walau perubahan itu tak menjanjikan kesempurnaan. Tapi aku melihat proses ke arah itu. Sempurna.


Tak faham. Aku ambil contoh terdekat. Seorang kawan. Kawan rapat bagai bersaudara, baru saja melahirkan. Fasa kehidupannya - pada aku telah sempurna. Kenapa? Bagaimana tidak, fasa kehidupannya - menjadi seorang anak, adik, kakak, kawan. Berkahwin - menjadi isteri dan kini menjadi ibu.
Prosesnya ~ lihat kehidupannya di situ telah sempurna sebagai seorang perempuan yang telah mengalami proses bertahun-tahun untuk menjadi sempurna. Dari seorang yang biasa-biasa kini ibu yang hebat kerana di sisinya kini seorang puteri yang comel. Sempurna, kan?

Jadi, sempurna itu memang bukan perkara mustahil. Interpretasi kita yang berbeza sahaja yang menjadikan sempurna itu mustahil. Walau apa pun yang kita buat kembali kepada sang pencipta. Itu juga satu proses yang sempurna.

Up n Down

aku.dan.contengan.ketika.tertekan.

Bismillah.

Kadang-kadang apabila manusia tertekan, dia menjadi kreatif. Sekreatif yang boleh manusia itu boleh melakukan macam-macam perkara. Mudah-mudahan perkara yang dilakukan itu dapat mendekatkan diri dengan pencipta-Nya.

Tapi, kadang-kadang manusia yang kreatif ini boleh melakukan banyak perkara bukan-bukan. Aissh... mintak simpang.

26 April 2010

Cheese n Herbs Bowties Spaghetti


Senang je, tak sampai 30 minit dah siap

Nyummm... resepi sesedap rasa je aku nak buat. Janji sedap! Jom, korang pun boleh buat sendiri ni.
Bahan-bahan:
500g bowties spaghetti
1 tin sos Prego Cheese n Herbs
1 cawan air
5 ketul sosej daging (lebih pun x pe)
1 biji cili capsicum (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sedikit daun parsley (dicincang halus)
Minyak masak untuk menumis

Langkah demi langkah:
1. Rebus bowties spaghetti. Letakkan sedikit minyak dan sedikit garam (kalo mat saleh dorg suka pakai minyak zaitun, terpulang. Aku pakai minyak kelapa sawit je - orang melayu kan. Jangan bubuh minyak angin sudah le. Heheh)
2. Untuk sos. Tumis bawang putih yang dicincang halus sampai naik bau. Goreng sosej separuh masak. Masukkan lobak merah, cili capsicum, sos Prego Cheese n Herbs dan secawan air. Kacau rata sehingga mendidih. Bubuh sikit daun parsley (aku pakai yang kering. ada jual dalam botol. yang segar pun boleh. jangan lupa cincang halus)
3. Toskan bowties spaghetti dan dah sedia untuk dihidangkan dengan sos Cheese n Herbs. Ummpp...

nyummy... nyum

Itu Kamu. Kamu Yang Kami Sayang.

(Jumaat lepas)

"Aku dah bukak 2cm". Uiihh... cepatnya. Baru hari tu aku tulis pasal Kodok Stress ni. Awatlah terawal pulak. Takpalah, aku pun replied "Cam ne tau? Ko kat ne ni?" Bla...bla...bla...

(Pagi Ahad)
"Bb girl dah kuar. Smlm petang. Ikut tingkap.. Bb n ibu sihat" Yeahooo... Bb - our 2nd generations KodoksMondok. Nama bb? Replied, "Aysha Suffyah"

Lalalalalalala... Welcome bb, we're always be with you bb... Auntie-auntie KodoksMondok. We'll visit both of you later k... Take care.

22 April 2010

Kodok Chubby Yang Comot



Hmm... kisah kodok yang ke-4 ni lak pasal Kodok Chubby a.k.a Kpah (sebut kak pah). Dia antara yang genius dalam famili KodoksMondok. Tapi dia gak la yang paling comot. Hehehe...

Aku dengan Kpah dah berkawan dari darjah satu lagi. Sama-sama dalam kelas Melur dari darjah 1-5. Darjah 6, Kpah masuk kelas 6 Amanah, aku 6 Jujur. Tingkata 1-3 pun kelas yang sama. Kelas Mulia kt SMKPW. Tingkatan 4 Kpah masuk aliran Sains. Aku Sastera Ikhtisas.

Kerana Kpah ni berbeza dari kodok-kodok yang lain, maka dia menuntut pun nun jauh di Ostrolia... hahahah... apakah? Kat USM Kelantan dalam bidang Forensik. Giless kan, pompuan ni??? Giless dalam ayat di atas bermaksud hebat. (Sebenarnya aku tak suka puji ko Kpah) Hehehe...

Tapi, dah 20 tahun berkawan, maka memang betul aku dan Kpah ada persamaan. Iaitu - mendapat kawalan ketat dari mak abah masing-masing. Lepak lah kat celah mana, lepas mak aku called bapak Kpah pun akan called, "Kakak kat mana? Bila nak balik?"

Sekarang atas inisiatif Kpah, dia berusaha meninggalkan Ketua Kodok. Kpah dah masuk gym weh... hahaha... aku tunggu perubahanmu Kpah. Nanti kita gi workout sama-sama.

Mana pulak dapat gelaran Kodok Chubby? Sebab Kpah pun cam Wa, dapat gelaran ikut nama gelaran yang kami gelar kat bf-nya - Mr. Chubby. Perkara yang tak boleh bla, dorang ni bercinta, cerita semua nak yang sweet-sweet je... heheheh... Paling tak tahan tengok Kpah ni bila dia ber3G dgn Mr. Chubby. Hahaha... Kpah, Kpah....

Semua nak sweet. Hehehe

Sebenarnya kan... Hehehe


Kenangan. Geng Melate. Dengan Yuna.

Semua orang tau, dulu aku kerja as Copywriter kat Hot FM . Kerana copywriter gak la buat aku ada perangai pelik - kata mereka ni la, kawan-kawan yang kita sayang - Geng Mega Mendung Melata Uolsss. Eh...

Ahahaha... Pelik ke? Kata mereka - aku ada kebolehan bercakap depan PC tanpa aku pedulikan orang keliling - cakap sorang-sorang! Bos, datang dan berdiri belakang aku pun aku tak perasan. Sampai pernah jugak la bos-bos (Alfred n Seelan) sergah aku. Silap hari bulan aku terlatah. Terlatah ye, bukan melatah! Kalau dah latah tu paham-paham je la...
Dah kerja aku buat skrip, jangan lah diganggu. Bukan sikit. Ado la... seminggu tak lebih 50 skrip. Termasuk clients nak 2-3 options. Huhuhu... skrip aku mestilah aku nk feel skrip iklan yang aku buat tu... supaya kedengarannya tak pelik nanti.
Ye, betul... sebelum skrip-skrip tu bagi pada talents untuk dirakamkan suara mereka tu, aku mesti la kena tau apa yang aku nak, delivery tone suara yang macam mana yang aku nak. GIGIH, kan?
Lagi pun kerja aku ni sangat saiko. Kalau tulis blog, panjang pendek satu2 entry tu, takde hal. Lagi pun masing-masing baca dalam hati, kan? Huhu... Ada ke orang baca blog aku ni kuat-kuat. Kalau ada, tu lagi saiko!
Tulis skrip iklan ni ada rules and regulations dia gak. Jangan memain - nanti kang leh kena sue or bayar penalti ratus ribu ok??? Ada skrip 20 seconds, 30 seconds, paling panjang pun 60 seconds. Berapa panjang pun skrip iklan tu, masing-masing ada cabarannya nak menulis. Kenangan... kenangan... Aku dan kasut purple ku di Hot FM.

my purple shoes

21 April 2010

Kodok 2nd Generation

Tak lama lagi... KodoksMondok secara rasminya akan jadi auntie2 cekodok..eh! Pasal Kodok Stress sedang sarat. Dijangkakan due pada 8 Mei... erm... kalau betul la 8 Mei baby tu kuar, dh sama birthday ngan mak aku tau! Maka, baby kodok 2nd generation ni akan berbulan bintangkan zodiak Taurus la. Hehehe...

Tak pe baby ni sure baik punya pasal Kodok Stress sangat cekal hatinya mengusung perut dari Kg Baru ke Shah Alam bagi menuntut ilmu. Nak tau kenapa dia kami panggil Kodok Stress? Pasal kau ni - Siti Hajar Fauzi seorang yg multitasking - sambil kerja dia belajar, sedang belajar dia bekerja dan bercinta kemudian berkahwin dan sekarang harap2 Kodok Stress dah tak stress lagi.

Tak kiralah apa jantina kodok 2nd generation ni, yg pasti KodoksMondok sangat teruja. Al-maklumlah semua auntie2 ni perasan nk title jadi yang paling hot!

So, here as auntie Kodok Narnia wants to dedicate this entry to our beloved 2nd generation and welcome him/her to the world. We're always be with you, baby. To Kodok Stress too. Happy Mother's Day in advance, ya! Hehehe...

Hati Kau Yang Pilih


Mereka kata ini lukisan. Yang di atas dipanggil abstrak.Yang di bawah - pemandangan.
Dua-dua cantik, dua-dua menawan.
Tapi mana satu yang lebih menggembirakan?
Kalau tak tahu buat pilihan. Biarkan. Sebab Hati Kau Yang Akan Pilih. Nanti.

20 April 2010

Resepi Kek Batik

Walaupun aku bukan Martha Stewart atau chef Zahida... apatah lagi pengacara Jalan-jalan Cari Makan tapi aku nak share resepi kek batik ni. Satu2nya kek yang aku tau buat, yg lelain, yg kena bakar dalam oven tu x yh la... memang aku tak tau.

Bahan-bahan:

1 pek biskut Marie (aku suka jenama Hwa Tai sebab ranggup. Yang lelain cepat lembik)
1 pek kecil Milo
200 gram butter
Susu pekat

Cara-cara nak masak:

Cairkan butter (buat double boil), masukkan Milo dan susu pekat dalam beberapa sudu. Jumlah susu ikutlah kalau suka manis boleh letak lebih. Selalu, aku letak dalam 6 sudu besar. Kacau rata dan angkat. Pastu patahkan biskut marie. Kacau rata lagi. Letak dalam bekas dan tekan utk mampatkan. Hasilnya... Hehehe, selamat mencuba.

Dah terliur ke?

Cerita Wedding Kodok Bob

Cerita kodok-kodok yang lain, "Majlis berjalan lancar. Tapi tak sempat rasa berdebar2 pasal time tunggu lafaz akad dan nikah tu ktorg x dengar. Ktorg buat bising, Jan." (Hah, buat bising?) Cerita lain...
"Kau tak de, last minute barulah Ain nak gi carik tudung kt jalan TAR. Kalaulah kau ada mesti dia datang umh ko sebab nak pinjam tudung." Dan lagi, dan lagi, dan lagi... korang bercerita. Aku mendengar. (Heheh...Kalau aku ada mmg aku kasi pinjam plus akan jd bebelism)
Sebab... aku takde time Kodok Bob ni kawen. Hmm... tapi dapat gak la aku tengok gambar2 KodoksMondok ni berposing-posing. Terubat sikit rindu. Bak kata orang jauh di mata dekat di hati. Situasi aku bila dapat ber 3G ngan korang 'Geng Banana Boat' aku cakap aku bercakap ngan korang sangat kuat.
Hehehe... dah terbiasa. Kalu x , tak kan lah kt SMKPW dulu kelas kita kena denda berjemur tgh panas pasal buat bising. Takkan lah, kita terlupa sampai pengetua dtg kelas 3 Mulia pasal kelas kita yang paling amat sangat bising. Haha... (kenangan...kenangan)

KodoksMondok

Bunga stokin

Sebab aku tak ada time ko kawen Wa, suka aku nak teringat pasal time ko bertunang dulu. Pasal katil patah! Hahahahah... Ain.. Ain...

Kenapa dapat gelaran Kodok Bob? Sebab dulu Wa ni agak 'bob' gak lah. Tapi kerana dia cekal kuruskan peha dan badannya hehehe... Salah! Salah! Pasal nama panggilan laki dia Bob. Nama sebenar, tak yah lah tulis pasal... sama nama dgn seseorang. Hahahaha...

19 April 2010

Ketua Kodok Yang Serba Tahu

Serba-serbi serba tahu. Cakap je kat mana nak cari tempat makan yang sedap. Kat mana nak cilok jln kt kota lumpur yang kita diami sejak kaki kita sekecil 2 jari. Dia lah si Ketua Kodok atau KK yang tahu macam-macam. Kerana macam-macam yag dia tahu ni jugak lak penerangannya pasal bunga stokin utk dibuat bunga pahar time Kodok Stress nak kawen ditipunya kodok-kodok yang lain. Aku tak boleh bla, bila fikirkan semula. Masih terbayang2 dalam kepala aku kata Ketua Kodok, "Beli stokin pastu buat bulat-bulat bentuk bunga, jadilah bunga pahar."

Dalam hati aku, apakah kegilaan si Kodok Stress nak beli stokin byk2 buat bunga utk jadikan bunga pahar. Jawapan pada imaginasi aku tadi ialah si KK dh jd KK gak - Kuat Kelentong! Huh, bunga stokin tu bkn yang macam mana ktorng fikirkan sampai lah ke rumah Kodok Stress. Stress aku dapat kawan cam ko ni. Jawapan sangat konfiden tapi salah! Hahaha... "Tak pe salah, yang penting yakin," jawab Ketua Kodok.

Kenapa dia dapat gelaran paling hebat ni? Hebat x hebat sangat la. Tapi yang lagi hebat Ketua Kodok ada cara jalan cam YB. Cara jalan YB yang sedang melawat kawasan. Hehehe... Dapat bayangkan tak?

Lagi, dia sangat sibuk. Tak kira di kementerian or jabatan mana yang dikerjakan. Kalau nak jumpa kena buat appointment. Itu pun cuma seketika sebab nanti katanya, "Aku kerje la, kul 2," katanya pada pagi hari Sabtu. Dia memang sangat suka kerja. Kadang-kadang kerja pun suka kat dia. Hahaha...

tengok perut. heheheh...

Sebab dia lahir bulan 10, maka jom kenal Ketua Kodok ni melalui bulan kelahirannya. Betul atau tidak... bolos saja dinding itu.

*suka sembang(correct)*suka orang sayang padanya*suka ambil jalan tengah*sangat menawan dan sopan santun (hehehe...)*kecantikan luar dan dalam(oooo...)*tidak pandai berbohong dan berpura-pura*mudah rasa simpati*baik dan pentingkan kawan(betul!)*sentiasa berkawan(betul juge)*hati mudah terusik, tetapi merajuk tak lama*cepat marah*macam pentingkan diri sendiri(macam betul. eh?)*tidak menolong orang jika tidak diminta*suka melihat dari perspektif sendiri*tidak suka terima pandangan orang lain *emosi mudah terusik*suka berangan-angan dan pandai bercakap*emosi yang kelam kabut *daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan - confirmed ketua kodok ni perempuan)*suka melancong, bidang sastera dan seni(sangat2 betul)*pengasih, penyayang dan lemah lembut*romantik dalam percintaan (heheh)*mudah terusik hati dan cemburu*ambil berat tentang orang lain*suka kegiatan luar*orang yang adil*boros dan mudah dipengaruhi persekitaran (tu yang beli jeans kt klcc aku kena kuar duit dulu tu...hmmp) *mudah patah semangat

Nampak macam banyak yang betul. Ain... jangan marah aku. Ko memang LEGEND bagi ktorang semua. Tak de ko, hidup ni cam tak bermakna. Hehehe... Sayang ko Ain. Sayang KodoksMondok juge... (tbc...)

18 April 2010

kamu lihat merah.aku kata hitam.

Seperti debat. Mau ada yang menang. Tapi tiada siapa mau jadi kalah. Ya, benar. Kerana pendirian masing-masing. Situasi - rokok dinyalakan kamu lihat MERAH. Tapi aku kata HITAM.




Mungkinkah ad (poster) di atas berilhamkan al-kisah si ayam ini?

MERAH api yang dinyalakan pada sebatang rokok. HITAM bagi aku dan kawan-kawan yang kita sayang. Yang terpaksa kita sedut. Kalaulah alam pun boleh berkata-kata, maka pokok, awan, buah epal dan sebagainya bersetuju dengan entry ini, kamu lihat MERAH, aku, kawan-kawan yang kita sayang dan alam yang bertasbih kepada Tuhan kata HITAM.
Mudah. Aku pinta satu saja - andai aku sudah tiada nanti, tolonglah berhenti merokok. Kerana asap rokok kamu itulah yang membunuhku, kucingku, ayamku dan alam di sekeliling kita.

Tak cukup lagi - andai satu hari nanti orang kesayangan kamu pula yang mati. Kamulah yang menyebabkan oksigen di bumi ini tercemar. Kerana kamu perokok tegar.




Aku dedikasikan entry ni kepada kawan-kawan yang kita sayang yang lebih cinta dan kasihkan rokok berbanding manusia-manusia di sekelilingnya juga alam yang hanya akan berbicara apabila berlakunya bencana.

Kamu tak ubah sepertinya. Selamat berkenalan.

16 April 2010

The Climb - CikPanda version not Miley Cyrus version

Selak majalah. Gulp... DSLR baru. No no no... can't afford. Aku sayang DSLR Olympus e-300 ku. Dia dah banyak berjasa. Nak bagi dia kawan baru je, si flash. Selak lagi majalah - Jom Cuti-cuti Malaysia lak. Alahai... Hurmm...

Sabar...sabar... sedang berusaha. Kadang-kadang kita punya banyak impian. Seribu, dua ribu atau berjuta-juta impian. Tapi kita letakkan ke tepi. Kita tinggalkan impian tu dan tak jadikannya kenyataan. Kenyataannya bukan kita tak boleh capai impian tu tapi kita tak berusaha. Usaha untuk apa? Untuk lihat potensi diri. Kita selalu cakap 'Ah, tak pe lah.' 'Ah, dia anak orang kaya. Memanglah dia boleh beli itu dan ini.'


Kan?? Tapi yang sebenarnya kita bukan set nak berjaya, kita set yang kita dah gagal sebelum mencuba. Kita bukan berani nak berjaya tapi kita berani cabar diri kita untuk set kegagalan yang pertama. Ya Allah, keluarkanlah aku dari kelompok orang yang gagal itu.

Analoginya begini - lihat bayi kecil yang mahu belajar bertatih. Lihat mereka jatuh, bangun lagi. Jatuh, nangis lagi. Bila mereka dah bertatih kita pun gembira. Lepas tu bukan setakat berjalan tapi boleh berlari dan melompat. Kerana apa kerana mereka tak takut gagal. Mereka letak kejayaan tu dengan satu langkah - nak berjaya - lepas tu boleh berjalan. Nampak, bayi tu pun berani untuk set kejayaan. Siapa bayi tu? Bayi tu bukan anak kita atau anak orang lain. Bayi tu ialah diri kita sendiri - kita terlupa agaknya dari kecil lagi kita dah menjadi orang yang BERJAYA kerana kita BERUSAHA.



Tapi bila dah dewasa ni, kita cipta ketakutan yang melampau-lampau dalam diri kita. Kerana apa? Kerana kita banyak tanggungan, banyak sangat orang letakkan harapan, stress kerja lagi. Macam mana nak berjaya sedang kita makin dewasa makin banyak tanggungjawab dan beban. Beban?? Tu semua kata-kata negatif yang merangsang tindakan kita untuk berfikir POSITIF, BERUSAHA, BERTINDAK dan capai KEJAYAAN.



Kita adalah apa yang kita fikirkan. Fikirkan KEJAYAAN bukan kegagalan.

Nikmat Dikongsi Bersama

Alhamdulillah, dapat perkhabaran gembira. Sedikit sebanyak teruja. Tapi sungguh dugaan juga semakin berganda. Pujuk hati supaya lebih bersabar dan mohon petunjuk Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

"Ya Allah, sekiranya perkara itu akan menjauhi aku daripada-Mu, maka jauhkanlah aku daripada perkara itu. Sekiranya perkara itu membuatkan aku semakin mendekati-Mu, maka Kau dekatkanlah aku pada perkara itu."

Semoga Allah memberkati rezeki yang dilimpahkan kepada aku untuk dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan yang kita sayang.

15 April 2010

ku bogelkan kamu di sini

(Imbas masa lampau)

Di dalam bas. Menuju ke menara gading, seorang teman tersenyum-senyum membaca sesuatu di hp nya. Ketika itu, hp tanpa kamera. Lalu, orang di sebelahnya mencebik, 'Gila rupanya'. Hahaha... itulah dia si Kodok Bob tuan punya nama.

Di sebuah negeri yang terletak ribuan kilometer jauh dari kota lumpur yang ditinggalkannya, dia mentelaah hal-hal forensik. Hal-hal luaran dan dalaman tubuh manusia telah diselongkarnya. Kini menyulam bahagia bersama Mr. Chubby tercinta. Gelarannya juga sama Kodok Chubby diberi nama.

Bukan di London tapi di Londang, Melaka. Punya diri suka bergaya, berkaki dua. Kadang-kadang senyum gembira dan tersimpan banyak kisah lara di jiwa. Kerana kamu suka bergaya, maka kamu kami panggil Kodok Melaram dan kisah-kisahnya.

Bukan satu, tapi tak sampai lima. Mencari cinta untuk keperluan jiwa. Mudah stress tapi tak bengis. Satu hari berkata, 'Tahun ini, ada event besar dalam hidup aku.' Kamulah itu si Kodok Stress kini sedang berbadan dua.

Dahulu ku merempit bersamanya. Pernah jatuh motor ala-ala Superman tapi aku tiada. Nasib aku baik, aku dibelanjanya. Tapi masuk KLCC, duitku keluar dompet hanya untuk membayar seluar jeansnya. Kerana tak pernah mengecil, dialah juara. Maka kerana itu dan sebab-sebab lainnya, kamu kami gelar YB Ketua Kodok yang berjaya.

Aku bukan siapa-siapa. Tak mampu difikirkan kodoks yang lain untuk menggelarkan dirinya. Kerana ku garang macam singa - tanpa dipelawa Mr Chubby menggelarku bukan Kodok Singa tapi Kodok Narnia yang dapat nama. Jemaah kodoks setuju sahaja, 'Approved!'.

Satu makhluk tuhan paling seksi pelengkap cerita ini. Tiada gelaran kodok tapi dipanggil Mondok. Ku teringat cerita TokMi mu, gelak ketawa tak ingat dunia. Inilah cerita kita yang akan aku kongsi bersama.

Bersama-sama kamu - KodoksMondok ku tercatat sejarah tentang kita. Belajar bersama dari sekolah rendah, menengah, universiti dan di alam kerja. Punya karakter diri yang berbeza-beza. Tapi tak de hal punya. Ku bogelkan kamu di sini kerana aku pernah berjanji. Ini janji aku untuk menulis tentang kamu. Dan kamulah hadiah terbaik yang pernah aku terima.

awan menemani langit

Intai langit dari laman abah.

Langit tak pernah sendirian. Walau ketika membiru atau kelabu. Langit sentiasa ditemani awan. Tak kira di mana. Tambah bila malam, langit ditemani bintang-bintang. Banyak sungguh yang menemani langit, tak kira siang atau malam. Diri kita pun sentiasa di kelilingi kawan-kawan yang kita sayang.

Kenapa aku memilih langit ketika berfikir begini? Langit menjadi alat bantu aku ketika berfikir. Beginilah analoginya hidup dikelilingi manusia-manusia. Yang berbeza citarasanya. Yang berbeza identitinya. Yang sama atau berbeza keinginannya.

Kita sama-sama ingin berjaya. Ingin bahagia. Sedang langit mengukir senyum bahagia. Awan berarak mendung, kelabu dan berlalu. Langit kehilangan awan buat seketika apabila hujan. Tapi langit tak sendirian. Langit ditemani guruh dan hujan. Ditambah petir yang menyilaukan. Manusia di bumi lari mencari perlindungan dan berkata, "Ah, hujan pula."

Ketika kita mampu tersenyum, kita ditemani teman-teman.
Bila bersedih adakalanya kita memilih untuk sendirian.
Ini bukan cerita pilu. Tapi fikir-fikirkan. Kau bintang, langit atau awan? Kau petir atau hujan? Atau kau manusia yang lari mencari perlindungan dan salahkan hujan?

14 April 2010

Jangan Tidak-Tidak

bkn hasil contenganku...ahaks!

Semua orang ada impian. Semua orang pernah pasang angan-angan. Dan terus berangan. Tapi tanpa usaha, impian takkan jadi kenyataan. Betul, tak? Termasuklah aku. Apa impian aku? Apa angan-angan aku? Sangat banyak! Mungkin ada yang dah tau atau baru nak tau - yang sebenarnya aku sangat suka berbisnes.

Bukan kerana aku baru mengikuti satu peluang bisnes yg sangat digeruni oleh ramai orang tapi aku dh buat macam2 bisnes. Jual tudung, jual t-shirt, jual kuih...macam2. Kek batik aku yg sedap tu pun pernah ada yg tempah! Walau x masyuk tp aku suka. Walau x byk keuntungannya tp aku gembira. Gembira krn dpt melihat senyuman orang lain.


Jadi, janganlah tidak-tidak lagi. Kenalah bertindak daripada sekarang.
Let's your dreams begins now with simple action. As simple as you read ABCD until Z.

Kenapa CikPanda?

Mesti ada yang ingat, aku mengada-ngada letak nama CikPanda kan? Ahahahaha... nama ni bkn aku gediks2 nak letak. Tapi ni la nama gelaraan aku yg diberi oleh dak2 13 ghosts. Hah, kwn2 aku hantu? Ehehehe... bukan juga.

Kalau diletakkan sebab2 kenapa CikPanda pasti korang ingat nanti aku up diri aku sendiri. Hohohoh... (tak kuasa mak!)

Banyak lagi nama2 gelaran yg aku sandang, tp biarlah yg biasa2 ni je korang tau. Yang luarbiasa tu, aku simpan sendiri. Sebab nanti lama-lama korang tetap akan tau gak :P

13 April 2010

kawan-kawan macam pelangi

Dah lama tak lihat pelangi.
Hujan. Mendung. Kilat berdentum. Tu dah biasa dah.
Jarang lihat pelangi selepas hujan kebelakangan ni.
Umpamakan kawan-kawan macam pelangi.
Lihat pelangi. Ceria.

Tengok pelangi. Gembira.
Jarang orang tengok pelangi - bersedih.

Kawan-kawan macam pelangi.
Berwarna-warni.
Dengan sifat-sifat tersendiri.
Andai nanti dapat tengok pelangi.
Ingatlah seorang kawan ni.
Yang suka sangat tengok pelangi.



Aku. Sarawak. 2009

sedar

Bismillah.

Baca surat khabar hari ni - budak perempuan 15 tahun yg nak nak sangat kawen hari tu batalkan niat nk kawen dgn boiprennya. Alhamdulillah... yg aku buat aku tertanya2 sampai nk tulis dlm blog aku ni psl budak ni baru tersedar bila mana dia baca cerita tentang dirinya di dada-dada akhbar. Seolah-olahnya, dia baru tersedar yg sebelum ni atau perkara yg terjadi tu bukanlah dirinya yg sebenar. Fikir-fikirkanlah...

12 April 2010

3 perkara...

3 perkara

Tiba-tiba teringat isi ceramah minggu lepas daripada seorang penceramah. Katanya - 3 perkara yang tak usah dikejar adalah maut, rezeki dan jodoh.

Melalui pembacaan aku dalam Harian Metro Jumaat lepas kalau tak silap, malaikat maut sebenarnya mendatangi kita sebanyak 70 kali sehari. Tapi selagi belum tibanya ajal kita, maka Allah tidak memerintahkan malaikat ini untuk cabut nyawa kita. Subhanallah, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Jadi, jgnlah kita alpa dan leka. Sesungguhnya kita tak boleh jangka bila tiba ajal maut tu kerana tiap-tiap hari kita didatangi malaikat maut. Bukan sekali tapi 70 kali!

Insafilah dgn mengingatkan diri kita yg sering terlupa ni. Mulakan sesuatu dgn Bismillah. Disudahi sesuatu pekerjaan yg baik dengan Alhamdulillah. Yang lebih penting cukupkanlah solat 5 waktu kita dan minta keampunan dari-Nya, bukan saja untuk diri kita malah untuk semua org yang kita sayangi - keluarga dan kawan-kawan.

Maaf ye, aku bukan ustazah... tp aku ambil pendekatan ni utk muhasabah diri dan mengingatkan diriku yg sering juga terlupa. Pasal rezeki - definisi rezeki pada aku sangat meluas. Manakan tidak dr sekecik2 perkara tentang mkn minum, duit, gaji, pekerjaan dan lain2 semua bersangkut paut dgn rezeki. Mungkin hari ni kita dapat mkn sedap. Esok lusa makanan yg kita mkn tu rasanya dh x sama lagi.

Dulu, sewaktu dulu, mak aku pernah ckp kt aku. "Makan je la cu, hr ni rezeki ko mkn yg biasa2 jek, esok2 dpt la mkn sedap2." Oh ye, situasi aku ngan mak aku time tu kt meja makan n aku kalo bab2 mkn sgt la suka mkn yg sedap2. Satu hari tu mak aku msk biasa2 je, bukan x sedap tp secukup rasalah. Kena tazkirah a.k.a bebelan yg meruntun jiwa - mulai saat tu aku akn mkn je apa yg mak aku masak. Paling2 tak, aku lak tolong masakkan masakan yg sedap utk mak aku. Rezeki jgn ditolak...

Bab jodoh - erkkk... bab yg satu ni cukup sensitif utk aku mengulas. Memandangakn situasi aku atau kenyataannya aku belum mendapat suratan takdir aku yg mana aku belum berjumpa jodohku (muzik latar: Cari Jodoh - Wali Band) hahaha... maka aku harap korang paham2 la. Tapi pada aku, belum ditemukan jodoh bukanlah ukuran seseorang itu tidak berjaya menambat atau tertambat hati dgn sesiapa. Sesungguhnya percayalah dan berpegang teguh pada 1 ayat al-Quran ni yang maksudnya 'Setiap makhluk diciptakan berpasang-pasangan.'

Maka kerana inilah, aku sgt2 yakin, jodoh itu ketentuan Tuhan dan aku akan sabar menanti. Bak kata lirik lagu Anuar Zain - Sabarlah menanti.... Ku kan pulang bersama... Cinta... aaaa....

pencarian

Sedang leka. tiba2 disapa seorang kawan. sudah2 la tu...(aku tau kau nk bercakap dengan aku).
Cakaplah, aku dengar...tp yg sebenarnya kami menaip dan membaca. tukar2 soalan dan jawapan. ye betul, kita masing2 dalam pencarian.

tak kira dalam pencarian kehidupan - tersirat atau juga tersurat. alahai... besarnya permasalahan hidup tetang pencarian. aku tak mahu teruskan pemikiran yg berat2 ni.
kacau. rimas. takut.

05 April 2010

Kahwin Dalam Taman

Layan gambar-gambar yang aku amik kat reception Udha & Shah.

Diarak oleh kereta kuda

Lalalala...

Congratulations to both of you...

me&udha

Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Semoga Udha & Shah kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aminn...