02 Januari 2007

aku mula bersuara

Bismillah...

hati lega... sebab suara hati ini didengar... dari bisu... aku mula bersuara dan tertawa semula... ternyata tawa itu penawar duka... sedikit sebanyak aku mula menerima diriku yang pernah kehilangan CINTA dan rasa... tapi hari ini aku sedar... CINTA datang dan pergi...

aku belum kehilangan CINTA... kerana CINTA itu kehidupan... aku masih menjalani kehidupan maka sudah pasti CINTA itu ada tapi di mana?

bagi aku CINTA itu kepercayaan... jika percaya adanya CINTA maka benar CINTA itu ada... seperti kita percaya adanya TUHAN begitu juga kita percaya adanya CINTA... kita tidak melihat CINTA tapi dapat merasakan CINTA itu ada... tapi di mana?

bolehkah kita tanya di mana TUHAN yang kita sembah? begitu juga persoalan di mana CINTA?
CINTA itu satu anugerah... dari TUHAN... sedang kita tidak tahu di mana TUHAN maka kita tidak tahu di mana CINTA? bagaimana CINTA itu wujud begitu juga kita tidak boleh persoalkan bagaiman TUHAN itu wujud?

hanya TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI di mana CINTA... kerana CINTA itu pemberian-Nya... jika TUHAN itu CINTA maka aku mencintai-Mu TUHAN... tapi adakah sama apabila ditulis CINTA itu TUHAN... lebih baik ditulis begini... CINTA itu pemberian dan anugerah TUHAN yang tak ternilai erti dan harganya...

p/s: aku mohon pada-Mu TUHAN agar tulisan ini tidak wujud keraguan dan semoga aku dan pembaca mendapat petunjuk dan hidayah-Mu... Amin...

apa ya CINTA?

"Pinkie adalah saya. Sesuatu yang istimewa. Hidup yang penuh tragik. Ada cinta tetapi saya kurang mengerti artinya. Tidak berani memberikan definisi tersendiri. Apa ya cinta? Hebat jika manusia dapat mentafsirkan dengan tepat arti cinta itu. Kerana saya pernah cuba untuk bertanya pada ibu tentang cinta; tentang lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Jawapan yang diberikan hanya diam... Apakah diam itu cinta?" -T. Pinkie

aku juga tidak dapat memberikan makna CINTA... kerana bagi aku CINTA itu adalah CINTA... apakah diam itu juga CINTA..? aku semakin tidak mengerti... biarlah...

01 Januari 2007

bicara bisu #2

kadang-kala ada ketikanya kita tidak perlu tahu semuanya... perkara yang terjadi... tidak perlu diperjelaskan... kerana kita tidak buta menilai kejadian itu...

bagaimana nak diperjelaskan ? kerana tiada bicara lagi... yang berbicara pihak yang lain... dan aku tidak perlu tahu... kerana apabila aku tahu... aku yang tanggung sakitnya... apa yang sakit...? hati... sekeping hati yang dipinjamkan oleh sang Pencipta... disakiti dan dirobek... sakit dan pedih... air mata tiada harganya lagi...

menyesalkah aku..? ohh tidak... kerana kejadian itu sebahagian dari pengalaman hidup yang aku timba... pengalaman guru terbaik mematangkan diri... menginsafi dan mensyukuri nikmat-Nya...

ahhh... aku masih lagi berkias... bagaimana mahu diluahkan... kerana aku berikan tajuk bicara bisu... ertinya aku masih belum mahu menceritakannya...

bicara bisu

Bismillah...
Assalamualaikum...

bagaimana yah mahu dimulakan... mcm tak biasa plak nk blog... aku beralih arah... sebelum ni di friendster... tp ia terlalu terhad pada kenalan... dan kini aku mahukan ruang yang lebih besar untuk punya rakan yang berfikir... melihat dan berbicara tentang kehidupan...

hari pertama di tahun baru... hati ini masih belum pulih sepenuhnya... sakit... disakiti kerana apa yah..? putus CINTA itu aku sudah merawatnya... tapi sakit di tahun baru ini... gara-gara pertemuan di penghujung tahun lalu... yah lagi dua hari sebelum tahun baru...

bodohkah aku kerana melalui pertemuan itu...? aku tak pasti... tapi yang pastinya aku sakit kerana disakiti... rasa mual dan jelek... aku benci dengan diri ini... tapi tak pasti apa yang aku bencikan... sepatutnya aku tidak berlembut hati untuk menerima pertemuan itu... kerana aku tidak kuat menghadapinya...