08 Disember 2015

#johorberkabung

Meratap bukan bersedih.
Bersedih kerana sayu dan rindu.

Rindu kerana senyumanmu itu.
Yang melihat pasti tertawan teringatkanmu.

Untuk kamu moga diampunkan dosa-dosamu.
Untuk kamu moga syurga buatmu.

Tenanglah kerana deritamu sudah tiada.
Yang ada kebaikan dan jasa2mu yg nenawan kalbu rakyat jelata.

#johorberkabung



29 Jun 2015

s.a.b.a.r

Bismillah...

Ikut hati mati. Ikut rasa binasa.

Ikut hati macam nak mati. Ikut rasa boleh jadi sakit hati.

Positif. Positif. Positif.

Yada. Yada. Yada.

Sabar itu ujian. Buat aku yang sedang belajar sabar.

Senyum. Sebab kita cantik bila senyum

Teringat pesan Dr Robiah K. Hamzah - segala yang kita punyai ini adalah pinjaman.

22 Jun 2015

kura-kura atau pura-pura

Baiklah...

Untuk perkara yang terjadi biarlah terjadi.

tumpul

Bismillah...

Untuk memulakan seperti tidak menjadi apa.
Yang tajam jadi tumpul. Tidak diasah.
Parah!

Mungkin ada hikmahnya. Sabarlah.
Berbaik sangka lebih baik.

18 Jun 2015

1 Ramdan 1436


Assalamualaikum semua.

Salam 1 Ramadan 1436. Syukur kita berjumpa lagi dengan Ramadan pada kali ni. Alhamdulillah. 

Maaf sebab dah jarang update. Lebih aktif di Instagram. 
Boleh follow saya di @fizanhamzah dan @homemadebycikpanda

homemadebycikpanda tu apa, ye? 
Buat yang belum tahu, saya gunakan label ni untuk jual Sambal Hitam Sedap. 
Alhamdulillah, Allah beri saya rezeki berniaga lepas hanya cuba resepi sambal ni dari internet. 

Alhamdulillah, sambutan juga menggalakkan dan kadang-kala seperti tak sangka dengan rezeki yang Allah nak beri. Syukur, ya Allah!

Moga segala perjalanan hidup kita ni dipermudahkan oleh-Nya. 
Amin... 



02 Mei 2015

review #pilotcafe




Ekspektasi aku tak tinggi mana sebelum nak g tgok cerita ni. Aku nak tgok sbb aku dh baca n layan novel  Ahadiat Akashah ni belas-belas tahun dulu.

Makanya, bila dari satu babak ke satu babak buat aku terkesan dan dgn tiba2 aku sendu makanya... inilah naskah adaptasi novel Ahadiat Akashah ke filem yg terbaik buat masa ni. Yg sblm ni hado... x yh la sebut tajuknya.

Formula bestnya Pilot Cafe ni sbb garapan pengarahnya Osman Ali yg membariskan pelakon2 yg hebat mendalami watak masing2 memang menjadi. Psstt... sy bkn peminat hero filem ni ye. Siapa pn pelakon dlm filem ni biarlah pengarahnya yg tau siapa yg dia nak. Bagus arahan pengarah mmg baguslah semua pelakon citer ni.

Yup... thumbs up utk lakonan Fahrin, Izzara, Neelofa n Eizlan Yusof! Pelakon yang pegang watak pembantu yg lain pn mmg A! Sila bwk tisu bebyk hokay!

Babak paling best pd aku time Zaidi Omar nk parang si Izzara. Ko rasa???? Kecut perut aku tgok Zaidi Omar nak hayun parang. Nasib hero ada! Eh... tiba2... Haha...

Walau byk review n ckp filem ni menggalakkan lagi isu moral n gejala sosial yg x baik ke eh lantakkan la... better g tgok. Dh tgok baru la tau apa mesej citer ni. Yg sibuk nak dgr ckp org nape kan?
Good job buat semua team #pilotcafe

Terkesan gak nape org mcm lupa n kureng nk mention citer ni naskah dari novelis hebat Ahadiat Akashah? Nape ye? Nape? Ke org ingat semua org dh kenal dia? Hahaha... ntah la.

Yg penting baca novel best. Layan movie pn best. Korg p tgok sendiri  nanti k.

17 April 2015

ini rindu


Tentang rasa ini. Aneh sekali. Tapi ini ku anggap kurnia. Yang Allah beri utk merasanya. Mungkin utk seketika cuma. Biarlah jika hanya dapat merasa tapi tidak sepenuhnya yang kita harapkan itu jadi milik kita.

Allah rindu kita hamba-Nya utk meminta hanya pada-Nya. Allah rindu dengar doa kita utk si dia. Moga dia selalu selamat tak kira di mana berada. 

Amin... 

14 April 2015

kurungan

 


Ada ketika dalam suasana sesak lagi menyesakkan kita terasa seperti tidak di dalamnya. Kita sibuk walau tak seperti sesibuk mereka. Kita sibuk tapi dalam dunia kita. Sama ada hanyut dalam khayal atau tenggelam dalam arus fikiran kita yang jauhnya seperti ke laut dalam.

Aneh.


Seperti kamu yang termenung kaku aku pun pernah begitu.

Aku pilih kurungan. Kurungan bukan dalam 'breket'.
Aku pilih utk jauh dari kesesakan dgn berkurungan. Berkurung dalam jutaan saat yang membuat aku rasa selesa dan selamat. Walau hanya sesaat!

cerminan




Bismillah.

Saya adalah cerminan diri kamu.

Kamu baik saya pun baik.

Kalau kamu sebaliknya. Begitulah saya.

Kerana saya adalah cerminan diri kamu.

Tapi... saya tak mahu jadi begitu.

Tak seronok jadinya.

Kamu jadilah kamu.

Dan saya jadi saya.

Cermin jadi perantara kamu dan saya - kita beza.






06 Mac 2015

epal - hijau dan merah



Bismillah. 

Ini kisah epal. Namanya sama walau dirinya hijau atau merah. Walau namanya sama tetapi tidak pada rasanya. Yang merah lebih manis dan yang hijau lebih masam. Seperti juga manusia yang sama hitam rambutnya tapi hati lain-lain. 

Begitu bezanya epal samalah seperti cerita manusia. Setiap manusia ada ceritanya yang tersendiri. Yang kita nampak sama tapi mungkin beza pengalamannya. Yang nampak sama tapi lain cabaran yang dilaluinya. Yang nampak sama tapi lain isi hatinya.

Manusia dan epal dua perkara berbeza. Setiap perbezaan perlu diraikan Perlu saling hormat-menghormati. Perlu saling memerlukan. Perlu saling menegur untuk kebaikan. Yang jelek di mata pasti jelek di hati. Yang baik di mata tak harap dipuji. 

26 Februari 2015

masa depan


Bismillah.

Dalam banyak perkara yang dibincangkan lewat ini, ramai orang di sekeliling aku merancang masa depan yang hebat. Yang menarik perhatian aku tentunya naik pangkat dan kuasa.

Aku beri kata-kata yang sedap didengar. Ada kala aku langgar norma kebiasaan dengan provokasi lainnya. Sebab aku tak nak kawan aku hanyut dalam angannya. Kawan, aku tahu kamu hebat. Berpijak di bumi walau anganmu setinggi langit. Bila capai citamu yang di langit, ingatlah kaki masih berpijak di bumi. Jangan kamu terapung di antara keduanya kerana tiada arah yang mampu membawamu ke atas atau ke bawah.

Cerita masa depan adakalanya takutkan aku. Aku juga merancang sesuatu yang hebat. Bersama kawan-kawan yang punya cita-cita yang sama. Dari bermula angan hingga ia jadi nyata Allah beri sedikit ujian. Jawab aku sabarlah. Mana ada pantai yang tak dipukul ombak. Mana ada rumah yang tak terkena hujan.

16 Februari 2015

kekok.

Bismillah.

Sesuatu yang kita biasa jadi yang tidak biasa itu bagi aku - kekok.

Semuanya ok di sini. Di tempat baru.

Tapi mungkin kerana ada perkara yang sekian lama dilakukan secara luarbiasa tapi tiada lagi dan itu kekok bagi aku.

Aku perlu sesuaikan diri. Terima apa pun di sekeliling aku.

Biar rasa kekok itu jadi biasa bagi aku insan yang biasa-biasa ini.

10 Februari 2015

maafkan aku kawan...





Bismillah...

Maafkan aku kawan kerana aku pergi dulu. Aku pergi kerana aku perlu buat begitu. Maafkan aku kawan kalau hal ini menyinggung hatimu. Tapi yang perlu kau tahu aku gembira bersamamu.

Bersama kamu kita punya banyak cerita. Cerita sedih dan suka. Kita gembira bersama. Kita kongsi hal sedih bersama.

Kamu senyum. Aku senyum. Harap aku apabila aku senyum. Kamu kembali senyum kepadaku.

04 Februari 2015

rezeki

Bismillah...

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang kita nampak fizikalnya. Ada yang kita rasa nikmatnya sahaja.

Allah Maha Pemurah... segala-gala telah diatur cantik oleh-Nya.

selamat

Bismillah...

Selamat semuanya. Di tempat baru. Tempat lama ditinggalkan dengan membawa segala kenangan dan pengalaman yang baik-baik belaka.

Permulaan hebat tahun 2015. Januari yang awesome. Februari yang bermula dengan eksaited bagi perkara yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah. Tunggu Mac tiba dengan debaran lain tapi penuh teruja. April dan seterusnya moga ada cerita baru yang lain. Amin...

02 Februari 2015

penantian satu kemenangan

Bismillah...

020215

Kalau dulu kita selalu dengar ungkapan penantian satu penyiksaan. Cuba kita tukar dengan penantian satu kemenangan. Apa rasa??? Best wooo...

Untuk orang yang diuji - saat menantikan sesuatu yg sangat kita hajatkan bila tak jadi kenyataan memanglah terseksa jiwa dan raga. Sebaliknya kalau penantian kita termakbul, tercapai dan jadi kenyataan itulah kemenangan.

Macam perlawanan bola sepak contohnya. 90 minit masa perlawanan umpama satu perjudian. Kemenangan berpihak bukan pada nasib. Usaha, kerjasama, persefahaman dan kerja keras kita antara kayu ukur kemenangan. Jangan lupa faktor luaran seperti sokongan penyokong, strategi jurulatih dan peranan pihak pengurusan yg menjaga kebajikan pemain.

Kita merancang tapi sebaik-baik perancang adalah Allah Yang Maha Mengetahui. Allah lagi tahu kita layak menang atau tak. Kita jaga hak Dia, Allah beri hak kita melalui kemenangan yg kita inginkan. Semuanya dengan kepercayaan dan keyakinan kita pada Dia.

Usai menang syukurlah kerana kita sangat dekat dengan-Nya. Jaga cinta ini. Huhungan kita dengan Pencipta sematkan untuk satu hari nanti kita akan menemui-Nya. Bukankah ini lagi satu kemenangan yg indah?

25 Januari 2015

Alhamdulillah



Bismillah...

Terima kasih Ya Allah... atas limpah dan kurnia-Mu. Sesuatu yang aku sangat perlukan. Sesuatu yang aku hajatkan, jadi kenyataan. Syukur pada-Mu.

Sesungguhnya nasib dan takdir kita tak sama. Jalan yang kita lalui penuh liku tapi hanya Tuhan yang tahu keperluan kita. Lalu Dia permudahkan jika kita sentiasa bergantung harap dengan-Nya.

Sesuatu yang aku pelajari dari pengalaman sendiri PERCAYA dan YAKIN dan BERHARAP pada-Nya. Sesuatu yang dihajatkan perlu diusahakan. Usaha bukan hanya pada keyakinan pada diri dan orang di sekiling yang cuba membantu tetapi lebih berusaha untuk diri kita hampir pada-Nya.

Allah Engkau dekat... penuh kasih sayang. Terima kasih Ya Allah saat aku jatuh Engkau ada. Engkau beri banyak peluang untuk aku perbaiki diri. Terima kasih Ya Allah atas kasih sayang-Mu dan perlindungan-Mu. Ini keajaiban!

07 Januari 2015

pertama



Alhamdulillah... artikel pertama untuk tahun ini. Sumbangan aku mungkin tak banyak mana dalam membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang berlaku. Aktiviti buat roti minggu lepas kat kolej aku pun aku bantu sekadarnya. Alhamdulillah artikel yang aku tulis dan gambar-gambar yang diambil ni disiarkan dalam Sinar Harian 7 Januari 2015.

Insya Allah more articles to come. Come on pjan, u can do it!

Terima kasih ya Allah atas kurniaan nikmat diberikan akal yang masih baik untuk menulis.

03 Januari 2015

hidup ini ladang ujian

Dengar cerita manusiawi lainnya - seperti semakin menggila. Ada tiada lebih aku bersyukur apa seadanya. Manusia bergelumang dosa terus santai dan bersahaja. Aku Allah duga sendu dan air mata sahabat setia.

Allah... matikan aku dalam iman dan Islam. Biar aku diuji di dunia walau nampak hina. Agar aku demikian hendaknya di sana tidak terseksa.

Amin.

#terbaikdariaku

Akan aku lupakan hal semalam.
Untuk aku bina masa depan.
Akan aku tinggalkan hal yang perit.
Untuk aku terus bangkit.

Akan aku coret cerita luka.
Untuk jadi lebih terbuka - terima takdir dari-Nya.
Usaha jadi yang terbaik buat diri, kawan dan keluarga.

Baik.

Fikir yang baik-baik.
Doa yang baik-baik.
Minta yang baik-baik.
Bersangka baik.

Jauhkan diri dari orang yang tak baik.

Sayang orang baik.


review - #terbaikdarilangit

Bismillah.

Dah tengok cerita ni? Hahaha... aku berbelah bagi nak tengok ke tak cerita ni. Lepas tu aku rasa aku kena tengok dgn rasa was-was. Kalau x best siap la! Sbb was2 kekonon bila tgok trailer ada pasal ufo.... lahai... kita bkn bdk sains. Star wars pn x reti tengok cam ne nak layan citer ufo org malaysia buat ni. Matilah nak oi!

Bila tengok ada part yang aku gelak sorang2 especially time Berg rasa bila dia buat filem org tak perlu faham mcm bg tamparan pada pembikin filem yg syok sendiri. Ada ramai kat Malaysia buat filem tak ada mesej kan. Maaflah kalau ada yg tersinggung. Kalau aku nk bagi komen lebih2 karang ngata aku tak ada ilmu bikin filem lebih baik shut up kan? Tapi kami ni yang menonton, invest beli tiket ada la wajar bagi kami bagi teguran dan komen supaya kami tak terasa diperbodohkan. Ok... ni review filem kan?

Aku suka filem ni sebab mesej yg ada dlm cerita ni. Elemen persahabatan yg sgt dkt dgn aku yg ada kwn2 yg kita sayang yg aku panggil dorg Kodokmondok. Berkawan lama dari sekolah dh buat kita rasa kwn ni jd darah daging kita n kadang2 mcm nyawa kita gak. Tapi bila berkawan mestilah ada salah faham dan bergaduh. Cerita dlm #terbaikdarilangit ada mesej pasal kawan2 kita. Cerita ni ada sedih dan ada ketawa. Aku suka!

Paling aku suka ialah watak Toyu lakonan Amirul Affendi. Watak - nerd, penakut, tak ada keyakinan diri tapi sangat berbakat dalam seni lukis. Lurus bendul sangat la. Watak dia besar walau falsafah dia x setanding Berg yg bersungguh nk suruh org percaya cerita ufo dia. Korang faham ke? Kalau nak faham kena g tengok sendiri k.

Quote yg aku suka drp Sarah "Suka fizik? Bila tekanan tinggi perlu cari ruang." Ok jgn tanya aku ni teori fizik yamg apply kat bab mana ye. Aku suka quote ni sbb aku menggambarkan diri aku. Sebab bila aku tertekan sebenarnya aku sangat2 perlukan ruang utk diri sendiri.

Ni review aku. Suka tak suka p tengok sendiri k.