28 Disember 2012

Menulis Lagi

Salam. Saya masih tak mampu lagi menulis apa-apa yang terkini. Sekadar mahu bekongsi hasil kerja saya yang disiarkan di dalam akhbar. Dua artikel di dalam dua surat khabar berbeza. Satu di dalam Sinar Harian, 26 Disember 2012 dalam ruangan Kampus sempena program Mini Karnival Kursus Pendek 2012. Saya tulis, ambil foto sendiri dan hantar kepada editor. Syukur, Alhamdulillah. 

Satu lagi artikel saya tulis disiarkan dalam Berita Harian, ruangan Kembara Siswa Varsiti, m/s V13 untuk program Skuad Inspirasi Kolej Komuniti dan ikonnya ialah Dato' Fazley. Syukur, Alhamdulillah dapat Byline. Ini kali kedua nama saya tertera dalam artikel sebelum ini pun di dalam Berita Harian. 

Alhamdulillah, terima kasih Berita Harian. Tempat jatuh lagi dikenang. Tahun 2007 saya praktikal di sana - Berita Harian, Jalan Riong Bangsar. Bila di Google, dapatlah saya cari satu artikel yang saya tulis ketika praktikal dulu. Tajuk artikel ialah Komunikasi Eratkan Hubungan Keluarga. Selamat membaca ;-)


20 Disember 2012

susut

Bukan berat badan yang menyusut. Tapi kalau perasan, skala penulisan saya di blog makin lama makin kurang. Sebabnya... Saya lebih tumpukan pada kerja-kerja hakiki iaitu menulis untuk artikel program-program di kolej tempat saya cari rezeki. Ini hasil yang telah diterbitkan di media massa.










19 Disember 2012

macam mimpi

Cepat masa berlalu. Alih-alih dah nak dekat penghujung tahun 2012. Yup, rasa macam mimpi. Mimpi yang sempurna. Sempurna dalam erti kata banyak hal baik buruk, hitam putih kehidupan. Best tak best, hadap je la. Turun naik - semuanya awesome?

May be korang tak kan paham. Ye lah, sebab tak semuanya aku ceritakan kat sini kan. Bila dah lama bertapa sampai terlupa nak update cerita. Haha tah la. Korang layan je la k.

Ya, saya boleh!


Bismillah. Alhamdulillah. Syukur, syukur, syukur pada-Mu, Ya Allah. Sesungguhnya tanpa bantu daripada-Mu, aku tak terdaya berdepan dengan semua perkara yang terjadi. 

Di sebalik kejadian ada banyak hikmahnya. Dalam banyak kejadian itu, saya bertemu dengan mereka yang hebat. Kerana kehebatan merekalah, saya terus bertahan dan terus-terusan bibir saya mengukir senyum. 

Banyak perkara yang terjadi, terus saya muhasabah diri. Banyak perkara yang terjadi saya tidak sendiri. 

Lebih-lebih lagi Dia disisi menjadi saksi. Mudah-mudahan Allah memurahkan lagi rezeki mereka yang hebat ini. Amin. 






12 Disember 2012

maaflah...

Bismillah,

Assalamualaikum...

Maaflah. Bukan tak ada cerita yang nak dikongsikan. Ada banyaaakkkkkkk sangat cerita tapi tak sempat, dan tak dan, kadang otak beku bila nak start menulis. Busy kerja lagi? Ye, betul. Sebetul-betulnya saya seperti '...ku bernafas dalam air...' Kadang rasa macam bernafas dalam lumpur pun ada! Hahaha.... hadoi! 

Kesian korang, kalau betullah korang rasa 'ek eleh si pjan ni, update ni jek kat blog dia?' 
Ok, tak pe. La ni kadang aku banyak update kat twitter. Jadi, jom follow aku punya twitter @fizanhamzah. Facebook aku lak dah link daripada twitter ni. Jadi kalu x de apa update kt twitter maka x de le aku update hape2 kt FB tu. Kadang2 aku part time jadi pengulas sukan tak bertauliah kat twitter! Hehehe...

Ok, jangan lupa esok untuk sorak Team Malaysia di Separuh Akhir Kedua Msia lwn Thailand untuk Piala Suzuki AFF 2012. Semoga Harimau Malaya dapat masuk final yeop! okthxbye... -XOXO-


hmm....


patut la? huaaaaaaaaaaaaa.... 

19 November 2012

Edcoustic - Muhasabah Cinta (Official Music Video)

apa tajuk tah ???

Ya Allah, selamatkanlah saudara kami di Gaza. Semoga Engkau sahaja yang dapat memberi perlindungan dan kemenangan kepada mereka. Amin...


Jari-jari saya terhenti menari-nari di papan kekunci ni. Ada banyak cerita setelah sebulan lebih terperap idea - tak mampu berkongsi cerita. Kadang bila dah lama tak menulis, nak mula menaip pun boleh termenung kosong depan monitor. Ini pun jari-jemari saya mengetuk-ngetuk tanpa ikut irama seperti kebiasaannya. 

Banyak perkara yang jadi sepanjang tak berkongsi cerita di sini. Ada ketikanya rasa payah nak menyusun ayat. Mudah saja saya terus lupakan perkara tu. Bila teringat balik, saya putuskan biarlah tak dikongsikan di sini. 

Oh, ye... Oktober lepas saya hilang hp.... lagi. Kan? Padan muka aku! Tah la, apa nak jadi, hal tu pun dah jadi. Senang je... forget it! Ayuh, teruskan hidup. Lupakan hal sedih. Ada ramai lagi cerita hidup orang yang lebih susah, yang lebih banyak dugaan hidup dan cabaran dan kita tak tahu pun pasal hal mereka. 

Mungkin, lepas ni... akan jarang-jarang berkongsi cerita lagi. Tah la... kalau rajin, kalau otak tak penat macam orang berlari 10,000 meter pulak penatnya. Kalau ada, adalah... Doakan yang terbaik untuk semua perkara. 

Till then.... xoxo. Published! (hahaha.... kalau korang belum tengok Istanbul Aku Datang, silalah ke panggung wayang sekarang. nanti baru korang tau kenapa ayat last aku macam ni. hehe) 

02 Oktober 2012

Aku. Dia. Dan. Waktu.



Dia pernah tawarkan dirinya menjadi pelangi saya. Saya lihat dia dengan pandangan yang kosong. Tidak serius riak di mukanya. Cakap main-main atau semberono saja. Kalau saya gangster, dah pasti saya tumbuk muka dia.


Dia hampir-hampir menjadi pelangi saya, jika benarlah? Jika tidak, saya saja yang perasan agaknya. Bukan saya tidak mengerti bahasa tubuhnya. Bukan saya tidak pasti tutur dan bicaranya. Bukan saya tidak mahukan dia. Cuma saya yang bergelut dengan masalah jiwa. Saya bukan sakit jiwa. Masalah jiwa maksud saya, saya  mula tertanya-tanya, apa benar saya sedang merasakan hal yang sama. 



Di awal cerita, tidak seperti biasa. Di pertengahan cerita ada hal yang luar biasa. Sepertinya pintu yang tertutup rapi selama ini diketuk bertalu-talu. Mahu tidak mahu saya membuka sedikit pintu itu. Lalu saya jengahkan muka tapi tidak mempelawa dia masuk. Lama berkeadaan begitu, tidak ada langkah lainnya. Mungkin kami terdiam kaku di muka pintu itu. Lalu berpaling dan berjalan menuju ke haluan masing-masing. Perihal pintu itu, masih sama. Tidak terbuka luas, tidak juga ditutup rapat. Hanya dua manusia ke arah berlawanan. 



Seiring pantasnya waktu berlari, saya dan dia tidak bertemu lagi. 



Ada hari-harinya, saya rindukan dia. Dan saya rindukan momen-momen yang kami lalui bersama. 



Bersama dia, mungkin perkara itu mustahil akan berlaku. Tapi takdir Tuhan Yang Esa tak siapa tahu.



Aku. Dia. Dan. Waktu.

04 September 2012

September, oh!

Sumber daripada Google

Assalamualaikum.

Ye ni la keadaan saya sekarang. Bila dah sibuk ni, maka tak berasap la dapur saya. Makan tapau jek, alahai x ada pilihan. Kadang sebab tak ada idea nak masak apa n nak makan apa. Semoga September cepat berlalu untuk saya. 




28 Ogos 2012

KodokMondok - Selamat Hari Raya 1433H

Tsara tengok apa tu?

Baju raya Ain biasa2 je :p

Ni rumah last. 10 ke 15 minit gak la tunggu pintu tu bukak. Haih...

Kpah dgn cite download appilcationnya. 

Mkn kuih raya Ain buat - popia nestum.

Sorg je tak ada - tgh pantang kan?

24 Ogos 2012

Ours - Kodok Junior

Adam ngantuk tapi auntie2 nak tengok jugak

Hai, aunties. Saya, Adam Rayyan :)
Kaki bola ni nanti. 

Termenung kejap Tsara - kalau ibu ada adik nanti macam mana?




Tsara dah boleh jadi kakak dah ni. Hehehe
Aisyah Safiyyah n Tsara Eishal. 

Jom, masak!

Salam semua,

Mungkin ada yang dah bosan layan ketupat, lemang n rendang. Jom, cuba masak resepi ni pulak.

http://fizanhamzah.blogspot.com/2012/08/blackpepper-beef-steak-with-mashed.html

22 Ogos 2012

sabarlah

Kita manusia bukan malaikat. Lalu, saya tersepit lagi dengan persoalan dunia. Walau bicara itu tidak mengenai apa-apa yang ditulis dengan huruf-huruf J O D O H, saya perlu bereaksi kurang selesa dengan persoalan-persoalan lainnya.

'Sekarang kerja dekat mana?'
"Kolej, di Banting," ringkas jawap saya. 
'Kenapa di sana? Mintak tukar ke?'

Saya mula kurang selesa. Lalu, diam adalah jawapannya. Adakala saya menjawab juga. Sekadar basa-basi saja. Saya faham mereka tak mengerti. Sedang saya bergelut sendiri dengan masalah sendiri, tak kan semua masalah saya perlu saya omelkan di sini dan menjaja cerita peribadi di sana sini. Cukuplah saya kongsikan dengan mereka yang faham saja.

Sukar. Memberi kefahaman atau pemahaman kepada mereka ini. Sukar juga  buat saya untuk meniti hari-hari lalu tanpa mereka ambil tahu. Tahu mereka, tugas saya mudah saja. *senyum sumbing dan herot bibir sajalah saya* 

Tidak kurang juga ada yang terus-terusan bertanya - kenapa? Ishhh... 

Satu hari, ada satu perkara terjadi. Lalu, seorang kawan memberitahu saya. 'Sepertinya dia mahu menjadi kamu. Itu yang saya rasa tapi tak tahulah kalau saya salah.'

Kalau boleh saya melopongkan mulut pada ketika itu, pasti lalat masuk ke dalam disangkakan mulut saya ini gua! Saya membalas, "Kenapa dia nak jadi saya. Hidup saya pun kurang serba-serbi. Apa yang seronoknya jadi saya?"

Fahamlah saya, mereka tidak pernah mahu mengerti. Memilih untuk menjadi saya dan bukan Siti Nurhaliza atau Nealofa adalah satu perkara yang buang masa saja! Sia-sia. 

Nah, kalau nak menjadi saya, jadilah. Sesungguhnya kalau saya diberi pilihan mahu menjadi siapa dalam hidup ini atau jika dibangkitkan kembali, nescaya saya memang selesa begini dan tak mahu menjadi siapa-siapa. Syukur Alhamdulilah, dalam serba kekurangan saya rasa saya ada kelebihan iaitu tidak perlu saya menjadi siapa-siapa melainkan menjadi diri sendiri.

Lalu, ayat untuk pujuk hati. Bersabar sajalah. Sabar yang menguatkan saya. Sabar yang mengajar saya memahami jerit payah ini. Sabar yang mengajar saya siapa kawan sejati dan kawan yang perlu saya jauhi. Sabar juga mengajar saya mengenali diri sendiri dan mendekatkan diri kepada Ilahi. 

Sabarlah, sabar dan sabarlah. 


21 Ogos 2012

ikhlas itu balasannya syurga Allah

Assalamualaikum,

Salam 3 Syawal 1433H. Saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri saya yang pernah saya lakukan sama ada yang saya sedari mahupun di luar sedar saya kepada semua kawan-kawan yang kita sayang. Setelah sebulan berpuasa, kita meraikan Syawal dengan satu kemenangan. Kemenangan yang besar kerana selama sebulan kita berusaha mendidik nafsu dan meningkatkan amal ibadat. 

Moga amal ibadat yang kita lakukan pada Ramadan yang lalu akan kita amalkan secara berterusan. Mudah-mudahan kita dipertemukan dengan Ramadan yang seterusnya. Amin...

Pada Ramadan yang lalu, saya melihat satu perubahan kepada banyak orang di keliling saya. Lalu, saya bertanya pada diri, apa yang sedang berlaku? Mereka berubah, aku? Macam mana dengan aku? Tidak ada apa-apa perubahan kah? Aku kah yang masih biasa-biasa saja? 

Adakalanya persoalan itu berlalu tanpa jawapannya. Aku diam lalu terus pejamkan mata. Dengan harapan apabila mata terpejam maka aku boleh lupakan seketika persoalan-persoalan dalam benak kepala aku ni. Ya, memang aku lupa apabila memejamkan mata. Tapi, tak selamanya mata kan terus terpejam, kan? 

Aku bertanya lagi dan lagi. Aku harap akan temui jawapan dan bisa mengerti. Lalu, ku pujuk hati dengan memberikan jawapan ini kepada diri sendiri. Mudah-mudahan saja aku dan kamu dapat perbaiki diri. Walau mungkin bukan kini tapi nanti. Ya, satu hari nanti. 

Ikhlas itu balasannya adalah syurga Allah. Lalu aku mencari makna ikhlas. Ikhlas itu sinonimnya adalah suci, jujur, rela, tulus. Maka, benak aku terus berlegar. Daripada satu perkataan menjadi empat perkataan yang lain. Sinonimnya adalah sama ertinya. Aku bingung. 

Lalu daripada pemahaman aku sendiri (yang cetek ilmunya ini - kalian bisa saja menghentam dan menegur tulisan saya ini. Saya ikhlas menerima teguran itu). 

Permulaan ikhlas itu adalah niat yang baik. Tapi, saya bertanya juga. Niat solat itu juga adalah demi melakukan perkara yang baik. Tapi, adakalanya kita leka lalu dalam solat itu kita berhutang khusyuk kepada-Nya. Masya Allah. Malu aku. Kalian juga perlu malu jika ada rasa sama seperti aku. 

Aku cuba untuk tidak menyulitkan keadaan. Ah, kita kan manusia dan bukan malaikat! Aku cuba memahamkan perlakuan ikhlas itu yang seerti dan berjalan seiringan dengan empat perkataan yang lain tadi iaitu suci, jujur, rela dan tulus. Lalu aku tergerak untuk menggerakkan jejari aku di papan kekunci ini dengan menulis perkataan HATI

HATI yang suci, bersih dan tidak hitam daripada noda adalah kunci utama bagi perlakuan ikhlas, jujur, rela dan tulus. Barangkali aku memujuk diri. 




18 Ogos 2012

beritahu satu dunia






Beritahu satu dunia aku sudah jatuh cinta.

Beritahu satu dunia aku sedang bercinta.

Beritahu satu dunia, oh bahagianya bila kita bertemu cinta.

Mencintai-Mu sungguh sempurna. 



Tolong aku beritahu satu dunia, ya? 

Terima kasih cinta. Terima kasih Tuhan yang anugerahkan cinta pada kita. 


Untuk kamu, untuk kita, untuk semua.  

Sebelum mata dipejam



Sebelum mata dipejam, saya harap hari esok akan lebih baik daripada semalam.
Sebelum mata dipejam, saya harap saya tak mengguriskan perasaan orang. 
Sebelum mata dipejam, saya harap saya dapat membahagiakan setiap orang di sekeliling saya.
Sebelum mata dipejam, saya harap akan jadi manusia yang boleh diharapkan. 
Sebelum mata dipejam, saya harap hari esok tidak seperti semalam. 
Sebelum mata dipejam, saya harap saya akan terus tabah dan cekal. 
Sebelum mata dipejam, saya harap dan terus berharap tanpa putus asa. 
Segalanya akan sempurna dengan izin-Nya.  
Sebelum mata dipejam, saya mohon ampun dan maaf atas salah silap saya. 
Sebelum mata dipejam, saya harap awak semua akan memaafkan salah silap saya. 
Sebelum mata dipejam saya juga dah maafkan segala salah silap semua orang pada saya. 
Saya hanya hamba-Nya yang hidup atas nikmat yang sementara.

13 Ogos 2012

Adam Rayyan - 3rd Kodok Junior

Adam Rayyan's

Hi, aunties! Nampak tak ciri-ciri kaki bola saya ni? Hehehe....
Ni la anak Siti Hajar Fauzi aka Kodok Stress yang selamat melahirkan baby boy 1 Ogos 2012.
Semalam aku, Kodok Bob, Bob n Tsara plus Kodok Chubby melawat Adam. As usual baby tengah tidur tapi ibu baby bawak kendong keluar dengan sebelah tangan je. Aku n Kodok Bob melopong kejap. Pehhh... tu la ciri-ciri ibu profesional. Honestly, kalau baby baru lahir dengan berat tak sampai 5kg ni aku memang tak pandai kendong. Aku akan tengok, senyum-senyum dan agah baby bolehlah. 

Walaupun anak buah aku dah lima kesemuanya, memang aku tak pernah or akan try test kendong dorang. Sebabnya aku takut - kepala baby kan lembut lagi. Aku keras! Ishhh... ye lah, nanti ada anak sendiri mesti pro dengan tiba-tiba, kan? Harapan sangat! Haha... 

Macam biasa kalau anak orang lahir, kita mesti nak tengok baby ni ikut muka mak ke ayah ke or terkenan sesapa macam kes Tsara terkenan kat Kpah? Hehe... Tapi, Adam... Kehenseman dia ni tak nampak ikut muka sesape lagi sama ada ibu or abah dia.

Bagusnya Adam ni, kitaorang borak macam mana kuat pun dia wat derk je tidur lepas dapat minum susu. Haishh... Aisyah pulak (kakak Adam) pandai bawak diri main-main dengan Tsara n dunia dia sendiri. Tapi tu  adalah aksi sopan sementara je depan auntie-auntie dia cover tunjuk baik. Walhal, dah macam-macam aksi kakak buli adik sebab jeles n she needs attention lebih dari parent dia. 




09 Ogos 2012

Bagaimana Mahu Membalas Kebaikan Orang Pada Kita?

Sungguh saya tak kenal dia, tapi dia ikhlas membantu saya. Bantuan dia sangat-sangat saya hargai. Tapi, bagaimana mahu membalas kebaikan orang pada kita?

Saya doakan hal-hal yang terbaik untuk dia. Semoga kehidupannya mendapat rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat. Amin.

ikhlas ke aku?







“Ikhlaskan diri kamu untuk semuanya kerana Allah. Ikhlaskan diri kamu untuk apa sahaja yang mendatang. Ikhlaskan hati untuk membahagiakan orang lain dengan tidak memeram dendam dalam kepala dan tidak meluah marah daripada lidah. Ikhlas bukan sekadar pada ibadah, ikhlas juga pada ujian yang mendatang.”

~kredit to dingin.blogspot.com~


balasan cinta Tuhan

tanda cinta dari Tuhan
setiap hari diberikan udara yang cukup
terus bernafas. kuat.

tanda cinta dari Tuhan
diturunkan hujan mengalir di sungai, mengalir di lautan.

tanda cinta dari Tuhan dipermudahkan segala urusan.
yang sukar jadi senang. yang senang, bersenang-lenang.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Tuhan-ku.

balasan cinta Tuhan
tak mampu diberikan walau untuk kusyuk dalam solat.
bersujud solat tengah malam.
manusia jadi malu kepada-Nya.

di hadapan Tuhan
mengharap cinta-Nya
namun cinta itu kurang atau tak mampu kita membalasnya.

Takdir Cinta

Saya tidak kenal pun dia. Dia di sebelah saya menegur tentang hal yang lainnya lalu terus dia mengatakan tentang diri dia. Ujian Tuhan. Takdir cintanya dipanggil Tuhan lewat hujung tahun lalu. Itu takdir cinta dia. Sang suaminya tidak pernah mengadu sakit tapi dia telah pun menjadi balu. Anaknya masih kecil kerana kata dia baru saja mendirikan rumah tangga yang bahagia sekitar setahun lebih. Nada suaranya sayu menahan sebak. Saya tahu, dia tak tipu. Kata saya - sabarlah (walaupun cliche, saya perlu juga katakan sesuatu). 

 *** 

901 - sedang manusia lainnya memperjuangkan sesuatu. Saya ditemukan Tuhan dengan kisah kehidupan yang tiada siapa sangka, saya jadi tempat dia mengadu. Dia wanita pilihan Tuhan, diduga dan diuji melalui takdir cintanya. Adakalanya saya terfikir begini, manusia sering mengejar cinta manusia. Mengagumi pasangannya. Memujinya sepenuh jiwa dan raganya. Akhirnya, cinta manusia ditinggalkan/dipisahkan. Sama ada kita bersedia ataupun tidak, Allah sentiasa ada untuk kita. Dia yang memberi cinta, Dia jugalah yang mengambil cinta. 

terpaksa sanggup



"Terkadang ada perkara yang kita tak sanggup menghadapinya kita terpaksa menyanggupinya. Terpaksa sanggup." (CikPanda)

Cerita 4.0 (4 perenggan)

[entri peram]



Dan apabila kepentingan peribadi melebihi kepentingan pertiwi, yang suci dan terpuji jadi bangsat dan keji. Dan apabila keamanan yang dilaungkan, kebencian pula yang diterbitkan. Dan apabila kamu bilang kamu boleh, kamu juga boleh menjadi sekejam Israel layaknya.

Saya malu menatap episod-episod yag memalukan, yang memilukan. Mengenang nasib bangsa sendiri dan bangsa-bangsa lain yang bersatu. Katanya mahu aman tapi entah di mana silapnya yang aman jadi tidak tenteram lagi. Berpaksikan kebenaran, makin lama makin terselak. Muak dan jijik. Cerita najis - yang busuk lagi meloyakan.

Benar dan salah tidak tahu yang mana. Kerana segalanya menjaja cerita peribadi. Ceritanya diluah tidak kena pada masa. Jika kamu yakin kamu benar, selesaikan masalah keluarga bersama keluargamu, bukan mendedahkan aibnya kepada khalayak. Jika benar dia salah, selesaikanlah masalah kamu sendiri. Masalah kamu dan keluarga kamu bukan masalah pertiwi. Hanya mahu diri mendapat hormat, kamu hilang kehormatan diri. Di depan siapa lagi? Anak bangsa sendiri. 

Ada lagi. Salah menyalahi berbondong-bondong ceritanya. Yang salah kerana manusia menghukum sendiri. Sebetulnya manusia terlupa akan adanya hukum Allah Yang Maha Berkuasa. 









Bila Berperang




"Bila berperang tak menggunakan pedang atau senapang, berperanglah menggunakan ilmu dan akal." (CikPanda)

Blackpepper Beef Steak with Mashed Potatoes, French Beans and Chacos

Foto by Ketua Kodok 


Updated! (utk 2 org makan)

2 keping daging batang pinang
Lada hitam
Secubit garam
Kacang buncis
Chacos

Resepi Kentang Lenyek, sila klik kat sini http://fizanhamzah.blogspot.com/2011/08/resipi-kentang-lenyek-dengan-gravy.html
- Tip: untuk blackpepper sauce ni buat cara yang sama macam gravy mashed potato cuma lebihkan kicap dan lebihkan lada hitam!

Cara memasak
Perapkan daging dengan garam dan lada hitam dalam 10 minit. Kemudian bakar selama 15 minit dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius

Buatkan kentang lenyek seperti dalam resepi.

Celur kacang buncis hingga lembut.
Masukkan kacang buncis yang telah dicelur ke dalam semangkuk ais dan air untuk dapatkan kacang buncis yang dicelur tu ranggup.

Cara-cara Menghidang

Letakkan kentang lenyek di atas pinggan.
Letakkan beberapa keping Chahcos perisa original diikuti kacang buncis.
Hidangkan daging di atas kacang buncis dan curahkan kuah lada hitam di atasnya.
Siap!

Selamat memasak.

cinta bukan sekadar senyum

Assalamualaikum,

Salam 20 Ramadan. Cepat sungguh masa berlalu, kan? Hujung-hujung Ramadan ni, ada sayu di hujung hati kerana Ramadan akan berlalu beberapa hari lagi.

Hal yang lepas biarkanlah berlalu. Hari ni sekadar mau kongsikan satu cerita yang buat saya berfikir dan tersenyum kerana ada benarnya. Nah, ini pautannya http://dingin.blogspot.com/2007/07/bukan-sekadar-senyuman.html

Bacalah. Saya suka layan blog ni. Penulisnya ada kata-kata hebat. Sedikit sebanyak kadang-kadang tulisannya mempengaruhi cara pemikiran dan penulisan saya.

01 Ogos 2012

Kak, ni sayur apa?

Satu hari di bulan Ramadan, (baru-baru ni lah) kat sebuah hypermarket.

"Kak, yang mana satu sawi?" Sambil menunjukkan dua jenis sayur di tangan kanan dan kirinya.
Aku terkebil-kebil. Dalam hati, 'Eh, adik ni tanya aku ke?'
Aku tengok dia, pastu tengok sayur-sayuran kat tangan dia.
'Budak ni nak prank aku ke?' Sebab kat tangan dia dua-dua sawi. Satu sawi biasa satu lagi sawi batang putih atau pak choy.

Tapi sebab aku tengok muka dia blur, aku pun cakap sambil belek sayur-sayuran tu untuk pastikan aku bagi jawapan betul. Kot mana la tau, ada rancangan khas siap kamera disorokkan dan nak menguji tahap kecekapan manusia-manusia atau kaum hawa dalam mengenal pasti jenis-jenis sayuran kat hypermarket.

Aku pun jawab, "Yang ni sawi biasa. Yang ni pun sawi jugak. Sawi batang putih."
Muka adik ni blur dan kawan kat sebelah pun blur. Mungkin jawapan aku tak meyakinkan dorang kot.
Lalu aku sambung, "Betul, dua-dua ni sawi."
Aku senyum untuk meyakinkan dorang.
Adik-adik ni lega.

"Kak, yang ni bayam. Betul, kan?"
"Ye, tu bayam."
Sengih-sengih dorang pegang sayur-sayuran tu. Kawan kat sebelah dia siap hembus nafas lega. Senyum.

Lepas tu aku sambung aktiviti beli-belah aku. Lepas tu aku balik macam-macam aku fikir. Dorang nak masak apa? Kenapa ada gak orang tak kenal rupa paras sayur-sayuran yang mudah? Bukan ke waktu kita kecik-kecik dulu ada kamus bergambar. Ada gambar pastu bawah gambar tu ada nama.

Lepas tu aku terkenanglah zaman-zaman aku habis SPM. Mak aku memang trained aku gi pasar sorang-sorang dengan senarai barang-barang yang mak pesan. Dan, aku rasa adik tadi tu pun mak dia yang suruh beli sawi n bayam tu.

** Moral cerita: Malu bertanya sesat jalan, dik!
Alaaa... tak pe, tiap hari belajar perkara baru. Macam baru-baru ni aku tengok rancangan masakan Chef Shers gi UPM ada nama daun ni Snakegrass tapi dalam bahasa Melayunya, Daun Belalai Gajah. Aku pelik? Confuse lagi snake = ular. Translate jadi gajah? Eh, sudah tukar ka?

Apa yang penting Daun Belalai Gajah ni elok untuk elak risiko barah.

24 Julai 2012

Salam Ramadan 1433H

Salam Ramadan buat semua kawan-kawan yang kita sayang.

Ramadan kali ini berbeza sekali. Hidup sendiri - berdikari. Bukan tiap-tiap hari begini. Lima hari seminggu dua hari lagi di kediaman ayah bonda. Usai Syaaban melabuhkan tirai saya disyaki menghidap denggi! Lagi? Lima tahun dulu dah kena dah. 

Selepas diperiksa darah, tiada denggi. Demam panas yang biasa-biasa saja. Nah berbuka dan bersahurkan ubat-ubatan. Lalu lalok di katil sendiri. Hari ni 4 Ramadan, selamat berpuasa kepada semua. Mudah-mudahan Ramadan kali ini lebih baik daripada Ramadan sebelumnya. Dari segi mujahadahnya. Dari segi imannya. Dari segi pengisiannya. Amin Ya Rabb.

Semoga kita semua dipanjangkan usia menuju Ramadan yang satu lagi. Andai ini Ramadan ku yang terakhir, maafkanlah segala salah dan silap empunya diri. 

Seperti Didakap Ibu

Seperti didakap ibu.

Anak kecil itu, menangis lalu terus menangis. Tangisan yang tiada tanda mahu berhenti. Diam. Anak kecil itu jadi diam lalu teresak-esak didakap ibunya. 

Seperti anak kecil itu, yang mahukan perhatian... perhatian... dan perhatian serta belaian ibunya.

Lalu anak kecil membesar dengan riang dan gembira. Sesekali hilai tawa memecah sunyi. Sesekali nakal dan manja silih berganti.

Bila besar anak kecil jadi dingin. Bercakap dengan ibu pun adakalanya tidak sudi. Anak kecil yang sudah besar terlihat meninggi diri. Lumrah hidup. Satu hari anak besar dilanda musibah, tiada siapa di sisi kecuali ibu yang setia menanti. 

Ibu yang semakin tua hanya tunggu dipanggil Ilahi. Anak yang besar dilanda musibah susah hati. Maka, datanglah rasa insaf di hati. Anak kecil yang sudah besar tidak berlengah lagi. Dari kecil dibesarkan ibu, sudah besar mahu berbakti.

Hangatnya pelukan seperti didakap ibu, lalu ibu pergi menyahut seruan Ilahi. Tiada lagi kasih terpateri. 

13 Julai 2012

Katanya Mahu Jadi Pelukis

Cerita manusia.

Satu hari ada seorang remaja datang kepada saya. Katanya mahu jadi pelukis.
Setelah berbalas soalan dan jawapan, ada riak gelisah dari bahasa tubuhnya. Gelisah seperti sesuatu yang sangat dia mahu tapi dia tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Itu sebab dia bertanya. Tapi wajah dukanya ditutupi dengan senyum sengih - tidak terluah kata.

Dia bertanya lagi, 'Macam mana saya nak jadi pelukis, kak?'
'Sekarang kamu buat apa?'
'Saya tengah belajar.'
'Belajar apa?'
'Engineering.'
'Kenapa ambil engineering kalau nak jadi pelukis? Susah ke belajar engineering
Dia gelisah lagi.
'Tak susah tapi saya malas.'

Dalam hati saya, nasib kau bukan adik aku. Kalau malas tak ada ubatnya. Kalau kau adik aku dan kau jawab sebab kau malas, perkara pertama yang aku nak buat ialah bagi pelempang aku. Tak apa, back to reality.

Jawab saya, 'Kalau malas, susahlah.'
Dia sengih dan terus berlalu. Lepas dia pergi, terngiang-ngiang ungkapan seseorang pada saya 'tak semua yang kita nak, kita akan dapat'. Tapi, sesungguhnya saya tak suka ayat itu. Ayat itu seperti pembunuh. Belati yang tajam menusuk terus tepat ke jantung lalu mati.

Untuk remaja tu, saya rasakan bukan kerana dia malas tapi faktor tidak ada cukup dorongan untuk dia menjadi pelukis. Mungkin cita-citanya telah dibunuh oleh kata-kata pedih yang tak menyokong dirinya. Dan saya juga pernah melalui perkara itu. Faktor dorongan dan sokongan sangat memainkan peranan besar dalam setiap tindak-tanduk kita, kan? Setuju?

Ya, saya tahu anda setuju! (senyum)



05 Julai 2012

i miss you


Saya rindu KodokMondok saya. Minggu lepas dapat jumpa kejap pasal celebrate birthday Tsara 1 year. Aisyah dah besar dah pandai cakap dan kenal Auntie2 Kodok dia. 

Saya tengah sibuk sekarang ni jadi banyak cerita tak sempat nak dikongsikan kat sini.
Penat? Kerja apa yang tak penat, kan?

28 Jun 2012

Adibah Noor & Sam - Ke Sana Denganmu | Official Music Video (Lyrics in D...



Saya suka sangat lagu ni.

Sam : Di bibir mu, ada ukiran membayang bah'gia mu, sungguh ayu
Adibah : Di matamu, ada kerlingan tergambar debaran mu
S&A : Usah dikau sangsi, genggamlah erat tangan ku
Adibah : Ku ingin ke sana dengan mu
Korus :
S&A : Mulakan langkahmu sayang usah berhenti Jiwa dan ragaku ini tetap disisimu Sumpah setiaku hanyalah untukmu Hingga ke akhirnya dikaulah nyawa ku

Adibah : Kau nafasku Telah tersemat mendalam oh cinta mu (Sam: Oh cinta mu) Kau yang satu
Sam : Uhuu... Kau Hidupku (Adibah: Kau hidupku) Segala impian terilham oleh mu (Adibah: Uhuuu...)
S&A : Bawalah diriku, genggamlah erat tanganku
Adibah : Ku ingin ke sana dengan mu

Ulang Korus

Bridge
Sam : Bersama oh kasihku
Memohon doa restu mereka yang terus setia mencinta
Adibah : Semoga mahligai yang indah, berlimpahan jujur dan tulus Bah'gia, kekal selamanya

Ulang Korus

Song : Ke Sana Denganmu
Singer : Adibah Noor & Sam
Composer : Azlan Abu Hassan (Warner Chappell Music Publishing)
Lyrics : Adibah Noor (Warner Chappell Music Publishing)
Label : Adibah Noor Entertainment
Penerbit Eksekutif : Adibah Noor
Penerbit : Azlan Abu Hassan
Susunan Muzik/Rakaman/Adunan : Azlan Abu Hassan
Studio Rakaman/Adunan : Grooveworks Studio
Kibod/Programming : Azlan Abu Hassan
Gitar : Eddie Marzuki
String Orchestration : Eddie Marzuki
Pemain Violin/Viola : Maya, Azlan, Angela, Siew Keen
Suara Latar : Azlan Abu Hassan, Adibah Noor
Sumber Video : Gua.Com.My

18 Jun 2012

Lukisan Apa yang Perlu Saya Warnakan


Cerita apa yang perlu saya tuliskan. 
Lukisan apa yang perlu saya warnakan. 
Puisi apa yang perlu saya bacakan. 
Semuanya sudah tertulis seperti dalam suratan. 

Aku mohon pada-Mu Tuhan, cerita ini biar jadi teladan. 
Cerita kehidupan antara manusia dan sang Pencipta. Agung-Nya Cinta-Mu, Agung-Nya Kasih-Mu. 

Terima kasih Tuhan kerana beri ilham. 
Terima kasih Tuhan kerana memakbulkan. 
Terima kasih Tuhan untuk segala ketentuan. 
Untuk hari ini, esok dan masa depan. 




Miskin Kata



Kisahnya, banyak cerita. Cuba susun kata menjadi ayat tapi tidak menjadi apa.

Ada perkara yang terjadi membuatkan saya berfikir banyak kali.
Terus saya tanya diri, takdir sendiri macam-macam  boleh jadi.
Saya teruskan sendiri dengan persoalan itu berlegar-legar lagi dalam fikiran saya ini.

Mahu diluah pada siapa? Saya simpan saja. Hikmahnya hanya Allah yang akan mempermudahkan sehingga terjawab segala persoalan saya.

17 Jun 2012

Cerita Panjang Yang Tidak Diceritakan

 
Bismillah. Ceritanya panjang. Sungguh panjang. Untuk memulakannya saja cukup tidak mudah. Cerita panjang itu tidak boleh ditulis ringkas. Dalam bahasa yang mudah juga amat payah untuk diceritakan di sini. 

Tarik nafas saya dibuatnya. Menghelanya saja kedengaran seperti keluhan yang panjang. Apa ceritanya ni? Tidak gembirakah saya. Saya gembira tapi bukan cerita gembira yang mahu saya kongsikan. Saya mahu ceritakan mengenai cerita yang panjang. Mungkin juga berjela. 

Masih tidak sampai maksud cerita saya ini. Saya tahu. Jadi, ceritalah. Tak mudah seperti yang saya katakan. Mahu mulakan daripada mana juga saya tidak tahu. Maka, berbelit-belitlah ceritanya nanti. 
Si tukang cerita tidak mampukah bercerita lagi?

Bukan begitu. Bukan tidak mahu kongsikan cerita ini. Tapi banyak perkara yang terjadi. Banyak persoalan mengapa terjadi dan saya tidak punya jawapan. Saya melihat jendela di luar, jikalau ilham mendatangi diri ini hanya dengan melihat jalan tar berwarna hitam tukar kelabu. Sebuah kereta di atas jalan itu. Apa lagi? Saya lihat pemandangan tapi minda saya tidak terilham juga. 

Sudah. Cukuplah. Maaf cerita panjang ini tidak akan diceritakan di sini. Di lain masa juga mungkin tidak akan diceritakan. Jadi, kita lupakan saja. Mudah? Sebegitu mudah untuk melupakan cerita panjang ini? Sepertinya tidak mudah juga. 




04 Jun 2012

Nestum Fried Prawn with Mango Salsa n Asparagus


Bahan-bahan: 
10 - 15 ekor udang sederhana
Setengah cawan tepung jagung
Setengah cawan tepung beras
Setengah cawan tepung gandum
1 cawan nestum
Garam dan lada hitam
Sebiji telur

Seikat asparagus
Sebiji mangga masak
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
1 biji bawang merah sederhana
Sedikit Daun ketumbar 
1 biji limau nipis
Garam dan lada hitam

Cara-cara memasak udang:
1. Buang kulit udang dan bersihkan.
2. Taburkan sedikit garam dan lada hitam
3. Campurkan ketiga-tiga jenis tepung yang telah diayak bersama nestum. Letakkan sedikit garam dan lada hitam.
4. Celupkan udang dalam telur yang telah dipukul dan gaul rata dalam tepung tadi. Goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat udang dan toskan minyak.

Cara-cara membuat salsa mangga:
1. Cincangkan cili merah, cili hijau, bawang merah dan daun ketumbar. Letakkan dalam satu mangkuk.
2. Cincangkan sebiji mangga masak dan campurkan dalam campuran cili-cili tadi.
3. Perahkan dengan jus limau nipis.
4. Tambahkan sedikit garam dan lada hitam dalam

* Asparagus dipotong panjang dan dicelur dalam air panas dan toskan.

Cara untuk menghidang:
1. Separuh asparagus disusun di atas pinggan.
2. Letakkan udang.
3. Letakkan salsa mangga,
4. Taburkan lebihan asparagus.
5. Taburkan salsa mangga di atas asparagus.

Tip:
1. Kalau tak nak guna nestum, boleh ganti dengan oat atau serbuk roti panko atau kalau tak suka bijiran, masih lagi boleh dapat salutan tepung yang rangup.
2. Kalau tak nak guna udang, boleh guna sotong atau isi ikan atau isi ayam.
3. Boleh guna lada capsicum kalau tak nak guna cili merah dan hijau. Kalau lidah korang tebal boleh jugak guna  cili padi tapi nama tu dah tak berapa nak salsa sangat la.
4. Kalau tak suka mangga janganlah korang guna manggis pulak ye. Boleh guna tomato tapi jadi tomato salsa la.
5. Kalau tak suka daun ketumbar boleh guna English Parsley.
6. Kalau rasa limau nipis tu tak buat korang terangkat boleh ganti dengan lemon setengah biji. Tak digalakkan guna cuka buatan atau cuka epal sebab kita nak buat resepi dengan bahan-bahan segar je k.
7. Kalau tak suka asparagus ke aspalela ke boleh ganti dengan French Bean atau nama Melayunya kacang buncis. Tolong jangan ganti dengan kangkung, kailan atau bayam ye. Apatah lagi kalau korang ganti dengan taugeh. Haha.... Ayyooo jangan macam-macam k.

* Kalau korang rasa resepi ni tak best tak payah cuba la der... Kang terpotong jari cam Azwan Ali kang naye je. Selamat mencuba dan selamat makan.






22 Mei 2012

Tik...tok...tik...tok

Mahu cepat masa berlalu.
Pantas tinggalkan belakang waktu.
Lantas tidak mahu ingat segala ingatan yang lepas.

Mahu cepat masa berlalu.
Menuju hari baru.

16 Mei 2012

bila datang bulan... 5

Bismillah...

Alahai macam-macam yang jadi bila datang bulan... lima. Harijadi mak saya of course la terus sambut Hari Ibu sekali gus tapi ada gak aku dengar-dengar Ustaz Azhar Idrus kata haram meraikan Hari Ibu. Lagi pun bagi aku hari-hari, hari ibu. 

Kedua, bila datang bulan lima gak la ada sambutan Hari Jururawat yang jatuh pada 12 Mei. Awesome! Sebab bulan ni jugak saya dah buat beberapa mata jururawat berlinang air mata dan menangis teresak-esak. Sebab mereka, saya telah menjadi manusia yang 'awesome' dan terlihat 'jahat'. Terima kasih.

Bila datang bulan... lima jugak pada hari ni 16 Mei ialah Hari Guru. Oh, macam-macam yang saya teringat terutama bila saya pertama kali pandai tulis karangan ialah tentang menjadi guru. Bagus point-point yang saya bagi maka terbuktilah saya memang sudah pandai mengayat sejak kecil lagi. Awesome! 

Bila datang bulan... lima gak, maka Ketua Polis Negara juga datang melawat ke hospital saya bekerja. Awesome job! Mana taknya sampai saya kena ketuk pintu rumah rakan sekerja hanya kerana segugus kunci yang saya amat sangat perlukan. Kata anak buah saya, 'Tak kan sampai nak kena pergi rumah dia pulak, bos?"  Ya, memang kena pergi ketuk rumah orang tu. Sebab saya memang maksudkan setiap pekerjaan kita ni adalah perkara serius. Saya tak kuasa nak tanggung penat lelah dan buang masa saya dan anak buah lain dari pagi hingga ke petang yang permai pada hari Ahad. Biarlah mereka kata saya radikal atau terrorist sekali pun kerana terpaksa serang hendap rumah orang. Maka, pada hari yang awesome tu gak saya dengar alasan yang tak logik lagi memualkan. Dan please talk to my hand, ok?

Maka, pada hari kejadian bermula pada subuh yang hening maka kelihatan poyolah saya dan anak-anak buah yang mahu berpakaian sedondon serba hitam. Dan, buat pertama kalinya saya memakai blazer dan skirt! Eeeww... (Sila jangan bayangkan) Kata mereka yang lainnya saya macam polis. Nasib baik mereka kata saya macam polis kalau saya terlihat seperti pramugari itu lebih gedik dan tak dapat diterima akal. Hehe...

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Maka, penat kami berbaloi-baloi pada hari itu. Kerana bila lagi nak menggedik berposing-posing dengan pakai blazer dan skirt maka saya juga diheret ke kancah berposing-posing dengan anak buah, sorang budak praktikal dan dua orang jejaka gorgeous bergelar doktor (sudah jadi bapak orang k) yang tanpa segan silu berposing di tapak pameran. Hahaha... saya memang rare kan? Yup, saya tau. Spesis macam saya memang jarang jumpa. 

Semua ni akan jadi kenangan terindah saya. Alhamdulillah, syukur sebab saya dikelilingi manusia-manusia hebat dan memahami. Tapi, kami golongan minoriti saja. Tak apa. Pada saya biarlah kehadiran kita dirasa dan bila tiada biarlah kehadiran kita dirindui dan diingati. 

Buruk baik kejadian yang menimpa diri saya membuatkan saya lebih berpada-pada. Saya hargai kasih sayang orang di keliling saya, semoga mereka juga merasakan hal yang sama.

Selamat Hari Jadi Mak.
Selamat Hari Ibu.
Selamat Hari Bidan dan Jururawat Sedunia.
Selamat Hari Guru.
Selamat tinggal tempat kerjaku (soon to be, Insya Allah)

Oh, hampir terlupa... Selamat Hari Belia. Ada lagi tak yang saya terlupa? 
Selamat semuanya. 














08 Mei 2012

Peluk tubuh

Peluklah tubuhmu dan ucapkan terima kasih. 

Kita kurang menghargai diri sendiri kan? Sekarang, peluklah diri sendiri dan ucapkan terima kasih. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Buat macam gajah ni dan ucaplah terima kasih pada diri sendiri dan berikan kata-kata pujian dan positif kepada diri sendiri. Kalau ada pasangan, peluklah dan hargai pasangan kita. Tip ni saya dapat masa sertai Seminar Psikologi untuk penjawat awam bulan lepas. 

Kalau terlalu mengharap orang menghargai diri kita lagi la payah, jadi jalan terbaik adalah memberi penghargaan kepada diri sendiri dengan setiap tindakan yang telah kita lakukan. Selamat berpeluk tubuh. 

Dah buat macam ni hari ni? Semoga kita pun ceria macam gajah ni setiap hari. 

Belum


Banyak bintang di langit bumi Korea. Saya belum lihat dengan mata sendiri. Saya baru lihat di kaca tv. Saya belum untuk banyak perkara lagi. 


Dalam banyak perkara yang belum terjadi lagi, saya dah buat orang menangis lagi, hari ni. 



Entah kenapa ucap maaf itu terdengar murah. Sedang saya mahu merumuskan, ucapan maaf diikuti giggled gedik memang buat hati saya membara.



Simpati saya kepada mereka. Memalukan tapi bila nak jadi hal, perkara serius tak perlu diperkotak-katikkan. Lancar mulut saya tertinggi suara. Pitching entah hilang ke mana. Bercakap sesama manusia terasa bercakap seperti dengan dinding pula.



Bukan satu, bukan dua tapi empat pasang mata berderai air mata. Kata-kata saya jadi bisa kerana mulut kamu badan binasa. Saya tak luah ucap maaf, kerana apabila saya mengatakannya saya benar-benar maksudkannya. 



Banyak perkara yang belum saya lalui. Tapi pengalaman hari ni, jadi peringatan untuk diri saya sendiri. Hidup tak perlu meninggi diri. Ego letak ke tepi. Jangan anggap diam saya selama ini kosong tak berisi. Sekali saya bersuara dengan nada tinggi, itu tanda geram yang saya tanggung tak terperi.



Lesson learned to make you a better person. 

It's not easy to be me. 

02 Mei 2012

Sebab Apa 4.0?



Tajuk ni tak ada kena mengena dengan rentetan episod minggu lepas. Sahaja aku pilih nombor empat, sebab aku nak bagitau kat korang yang sebenarnya hari ni aku genap 4 bulan. Bukan, bukan sebab aku hamil 4 bulan ka atau langsung tak datang bulan. Tidak sama sekali!

Tapi aku dah empat bulan kat tempat aku kerja sekarang. Aku tak tau aku suka ka dak? Yang aku rasa macam mana aku boleh tercampak kat sini dan macam manalah aku leh lalui bulan keempat ni dengan pengalaman yang AWESOME.

Hahaha... kerana bulan keempat ni lah telah membuktikan kebengongan otak aku. Boleh ka dak, tadi aku ingat orang mati SMS aku? Misteri Nusantara betul. Tak pa, aku tak sanggup nak ceritakan hal tu. Cukuplah dua tiga orang ja yang tau pasal hal ni. Malu beb...

Kadang-kadang aku rasa hidup aku ni macam pemain dam ular. Hangpa tau dak dam ular tu macam mana? Budak-budak moden sekarang memang tak tau, kesian korang. Ya lah, macam mana tak macam pemain dam ular tu, cuba bayangkan bila kita main lepas baling dadu tu... kita langkah setapak. Pastu kalau kena 'makan' dengan ular tu maka kita pun jatuhlah ikut kat mana ekor ular tu parking (oh, my English). Seterusnya, lepas baling dadu, kita langkah lagi beberapa tapak, pastu kita jumpa tangga, kan? Kita pun naiklah tangga tu. Lepas tu baling dadu lagi, kita pun kena undur lagi beberapa tapak.

Hah, macam tu lah aku rasa hidup aku sekarang, ada naik tangga dan macam kena makan dek ular pun ada gak. Tak bermakna kita mara setapak, kita dah sampai ke garisan penamat, kadang-kadang bila kita nak mara ke depan tu kita kena undur dulu. 

Aku harap aku tak terus undur. Aku harap aku akan jadi seperti pemain dam ular yang berjaya. Maka, majulah sukan untuk negara. Majulah Pjan untuk semua perkara!






Opick - Sepi vs Cerita 4.0 (cerita 4 perenggan)



Dan apabila kepentingan peribadi melebihi kepentingan pertiwi, yang suci dan terpuji jadi bangsat dan keji. Dan apabila keamanan yang dilaungkan, kebencian pula yang diterbitkan. Dan apabila kamu bilang kamu boleh, kamu juga boleh menjadi sekejam Israel layaknya.

Saya malu menatap episod-episod yag memalukan, yang memilukan. Mengenang nasib bangsa sendiri dan bangsa-bangsa lain yang bersatu. Katanya mahu aman tapi entah di mana silapnya yang aman jadi tidak tenteram lagi. Berpaksikan kebenaran, makin lama makin terselak. Muak dan jijik. Cerita najis - yang busuk lagi meloyakan.

Benar dan salah tidak tahu yang mana. Kerana segalanya menjaja cerita peribadi. Ceritanya diluah tidak kena pada masa. Jika kamu yakin kamu benar, selesaikan masalah keluarga bersama keluargamu, bukan mendedahkan aibnya kepada khalayak. Jika benar dia salah, selesaikanlah masalah kamu sendiri. Masalah kamu dan keluarga kamu bukan masalah pertiwi. Hanya mahu diri mendapat hormat, kamu hilang kehormatan diri. Di depan siapa lagi? Anak bangsa sendiri. 

Ada lagi. Salah menyalahi berbondong-bondong ceritanya. Yang salah kerana manusia menghukum sendiri. Sebetulnya manusia terlupa akan adanya hukum Allah Yang Maha Berkuasa. 









19 April 2012

Ucapan Hangat

Syukur pada-Mu Ya Allah. Hanya pada-Mu aku memohon agar Engkau murahkan rezeki kepada mereka yang banyak membantuku. Lapangkanlah pintu rezeki mereka, limpahkanlah rahmat dan kasih sayang-Mu kepada mereka. Lindungilah mereka, ibu bapa mereka dan anak-anak mereka.

Hamba-Mu yang kerdil ini yang sering meminta kerana Engkau Yang Maha Esa dan Berkuasa.

Amin Ya Rabb.

*buat staf-staf Unit Perhubungan Awam

17 April 2012

Doa Selamat

Perjalanan masa cepat berlalu.
Sedar atau pun tidak, yang terjadi tinggalkan belakang waktu. Yang akan terjadi, tertunggu-tunggu masa itu.

Sabarlah, masanya akan tiba jua.
Cepat atau lambat, berdoa untuk segala-galanya selamat.

16 April 2012

Sujudku

Alhamdulillah.
Tuhan Yang Aku Cinta.
Kerana-Mu aku bersujud.
Kerana-Mu aku berserah.
Kerana-Mu adalah sebaik-baik kuasa yang memakbulkan doa.

Sesungguhnya hamba merasa sungguh kerdil.
Kerana apabila aku meminta Kau perkenankan.
Apa yang terbaik untukku sesungguhnya Engkau Maha Tahu.

Tuhan Yang Aku Cinta

Jika lambat sedetik, mungkin tidak begini.

Jika lambat sedetik, tidak akan bertemu waktunya.

Aku pasrah dan berserah dengan ketentuan-Mu.

Tuhan Yang Aku Cinta.
Aku yang mengharapkan redha-Mu.
Aku mengharap redha kedua ibu bapa ku juga. Amin.

Engkau lembutkanlah hati-hati mereka.
Amin.

12 April 2012

Kasut

Apabila diduga, adakala kita lupa. Lupa Yang Maha Pencipta sedang menduga. Dugaan datang dalam kepayahan namun kesenangan pasti akan tiba jua.

"Kamu tidak ada dalam 'kasut' saya dan saya tidak ada dalam 'kasut' kamu." Mungkin kerana saiz 'kasut' kita tak sama. Mungkin kerana warna 'kasut' kita tak serupa.

Ada terfikir mahukan 'kasut' yang baru. Tapi sejenak terfikir, 'kasut' lama mahu letak di mana?

hanyut

Dan aku hanyut dalam nada lagu itu. Tari-tarian yang tak menentu.

10 April 2012

Bila Berperang Biar Sampai Menang

Saya bukan negarawan yang tercatat namanya di dalam buku pelajaran.

Saya bukan sasterawan yang bisa menulis karya sastera untuk dibukukan.

Saya bukan ahli fizik atau saintis atau karyawan tersohor.

Saya adalah saya. Seorang diri dan belum pun menjadi 'seseorang' lagi.

Saya bukan ahli perang. Saya bukan soldadu yang bersenjatakan pedang atau senapang.

Saya mahu berperang. Dan mahu saya apabila berperang biar sampai menang.

Takut

Saya takut jadi perhatian orang.
Saya takut jadi gagal.
Saya takut persepsi diri.
Saya takut diri dibenci.

Tapi, yang lebih saya takut... tentunya Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Adil.

Saya jadi takut bila mana orang meletakkan harapan yang sangat tinggi.

Saya takut harapan itu hanya tinggal harapan.

Saya takut untuk terus takut.
Kerana itu saya sabarkan diri.
Biar takut itu jadi kekuatan diri.

Wahai sang penakut, jagalah diri. Berbaik sangka pada-Nya. Kerana Dia saja yang ada jawapan yang terbaik untuk kita.

03 April 2012

hati bunga-bunga

Akibat merindu yang teramat sangat kepada mereka maka KAMI pun bertemu. Bertemu di tempat yang dijanjikan seperti selalu.

Memang terlalu lama. Lama yang amat sangat tidak melakukan aktiviti bersama. Hujung malam minggu yang lalu KAMI bertemu. Pertemuan berpasang-pasang mata itu, penuh cerita yang tak jemu-jemu. Ada-ada saja cerita yang dikongsikan.

Yang pasti cerita hati bunga-bunga lebih mendapat perhatian. Ya, hati berbunga-bunga cinta. Pastinya, cerita cinta yang direstui ibu bapa mereka. Ada debar dan getar. Kawan-kawan juga ikut teruja. Ahhh, tunggu saja. Masanya 'kan tiba nanti.

Saya sayang kodokmondok saya.

02 April 2012

Saya sedang...

Saya sedang memerhatikan.
Saya sedang dilihat.
Saya sedang diperhatikan.
Saya sedang melihat.

Sedang saya melihat tiada ilham yang menghampiri. Terus saya melihat diam-diam dan dalam-dalam. Sayup-sayup saya terdengar. Celoteh itu celoteh ini. Saya diam. Tiada ilham.

Saya toleh ke kanan, saya toleh ke kiri. Manusia berjalan mundar-mandir. Pergi ke sana berlalu dari sini. Saya diam. Cuma diam. Tiada ilham.

Cerita manusia hari ini tidak terinspirasi. Masa terus berjalan tinggalkan belakang waktu. Saya terus memerhati dan masa tidak akan terhenti. Pemerhatian saya juga akan terus memerhati. Selagi denyut nadi bersama diri.

29 Mac 2012

hati saya. rahsia saya.

Luaran sahaja yang saya kongsikan.
Hati saya biarlah rahsia.
Belum sedia. Belum mahu.
Yang saya pasti itu bukan kamu.

Hati saya biru atau kelabu atau ungu. Kamu tak kan tahu. Bila dah sedia nanti, saya kongsikan.

26 Mac 2012

Lebih

Jangan berlebih tapi tidak berkurang. Jika terlebih jadi pincang. Jika terkurang jadi bimbang. Lebih-lebih lagi jadi perhatian orang.

Ada perkara lebih baik diam saja. Ada perkara lebih baik berterus terang saja. Ada perkara lebih baik tidak berbuat apa-apa. Ada perkara perlu bersegera.

Saya pilih bersederhana saja. Tidak lebih tidak kurang. Kurang lebih tidak berkurang tidak berlebih.

25 Mac 2012

belon-belon 2012

Cerita minggu lepas di Hot Air Ballon 2012. Tahun ni tahun ketiga tapi masih tak dapat naik belon panas tu gak. Alahai, kempunan lagi. Cerita tahun lepas klik kat sini k belon-belon episod satu dan belon-belon episod dua

Up, up away
silhouette



Ketua Kodok pose happy

Kek terbang

Tah bila la nak naik ni?

Belon sedut lori

Belon lagi