22 Mei 2012

Tik...tok...tik...tok

Mahu cepat masa berlalu.
Pantas tinggalkan belakang waktu.
Lantas tidak mahu ingat segala ingatan yang lepas.

Mahu cepat masa berlalu.
Menuju hari baru.

16 Mei 2012

bila datang bulan... 5

Bismillah...

Alahai macam-macam yang jadi bila datang bulan... lima. Harijadi mak saya of course la terus sambut Hari Ibu sekali gus tapi ada gak aku dengar-dengar Ustaz Azhar Idrus kata haram meraikan Hari Ibu. Lagi pun bagi aku hari-hari, hari ibu. 

Kedua, bila datang bulan lima gak la ada sambutan Hari Jururawat yang jatuh pada 12 Mei. Awesome! Sebab bulan ni jugak saya dah buat beberapa mata jururawat berlinang air mata dan menangis teresak-esak. Sebab mereka, saya telah menjadi manusia yang 'awesome' dan terlihat 'jahat'. Terima kasih.

Bila datang bulan... lima jugak pada hari ni 16 Mei ialah Hari Guru. Oh, macam-macam yang saya teringat terutama bila saya pertama kali pandai tulis karangan ialah tentang menjadi guru. Bagus point-point yang saya bagi maka terbuktilah saya memang sudah pandai mengayat sejak kecil lagi. Awesome! 

Bila datang bulan... lima gak, maka Ketua Polis Negara juga datang melawat ke hospital saya bekerja. Awesome job! Mana taknya sampai saya kena ketuk pintu rumah rakan sekerja hanya kerana segugus kunci yang saya amat sangat perlukan. Kata anak buah saya, 'Tak kan sampai nak kena pergi rumah dia pulak, bos?"  Ya, memang kena pergi ketuk rumah orang tu. Sebab saya memang maksudkan setiap pekerjaan kita ni adalah perkara serius. Saya tak kuasa nak tanggung penat lelah dan buang masa saya dan anak buah lain dari pagi hingga ke petang yang permai pada hari Ahad. Biarlah mereka kata saya radikal atau terrorist sekali pun kerana terpaksa serang hendap rumah orang. Maka, pada hari yang awesome tu gak saya dengar alasan yang tak logik lagi memualkan. Dan please talk to my hand, ok?

Maka, pada hari kejadian bermula pada subuh yang hening maka kelihatan poyolah saya dan anak-anak buah yang mahu berpakaian sedondon serba hitam. Dan, buat pertama kalinya saya memakai blazer dan skirt! Eeeww... (Sila jangan bayangkan) Kata mereka yang lainnya saya macam polis. Nasib baik mereka kata saya macam polis kalau saya terlihat seperti pramugari itu lebih gedik dan tak dapat diterima akal. Hehe...

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Maka, penat kami berbaloi-baloi pada hari itu. Kerana bila lagi nak menggedik berposing-posing dengan pakai blazer dan skirt maka saya juga diheret ke kancah berposing-posing dengan anak buah, sorang budak praktikal dan dua orang jejaka gorgeous bergelar doktor (sudah jadi bapak orang k) yang tanpa segan silu berposing di tapak pameran. Hahaha... saya memang rare kan? Yup, saya tau. Spesis macam saya memang jarang jumpa. 

Semua ni akan jadi kenangan terindah saya. Alhamdulillah, syukur sebab saya dikelilingi manusia-manusia hebat dan memahami. Tapi, kami golongan minoriti saja. Tak apa. Pada saya biarlah kehadiran kita dirasa dan bila tiada biarlah kehadiran kita dirindui dan diingati. 

Buruk baik kejadian yang menimpa diri saya membuatkan saya lebih berpada-pada. Saya hargai kasih sayang orang di keliling saya, semoga mereka juga merasakan hal yang sama.

Selamat Hari Jadi Mak.
Selamat Hari Ibu.
Selamat Hari Bidan dan Jururawat Sedunia.
Selamat Hari Guru.
Selamat tinggal tempat kerjaku (soon to be, Insya Allah)

Oh, hampir terlupa... Selamat Hari Belia. Ada lagi tak yang saya terlupa? 
Selamat semuanya. 














08 Mei 2012

Peluk tubuh

Peluklah tubuhmu dan ucapkan terima kasih. 

Kita kurang menghargai diri sendiri kan? Sekarang, peluklah diri sendiri dan ucapkan terima kasih. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Buat macam gajah ni dan ucaplah terima kasih pada diri sendiri dan berikan kata-kata pujian dan positif kepada diri sendiri. Kalau ada pasangan, peluklah dan hargai pasangan kita. Tip ni saya dapat masa sertai Seminar Psikologi untuk penjawat awam bulan lepas. 

Kalau terlalu mengharap orang menghargai diri kita lagi la payah, jadi jalan terbaik adalah memberi penghargaan kepada diri sendiri dengan setiap tindakan yang telah kita lakukan. Selamat berpeluk tubuh. 

Dah buat macam ni hari ni? Semoga kita pun ceria macam gajah ni setiap hari. 

Belum


Banyak bintang di langit bumi Korea. Saya belum lihat dengan mata sendiri. Saya baru lihat di kaca tv. Saya belum untuk banyak perkara lagi. 


Dalam banyak perkara yang belum terjadi lagi, saya dah buat orang menangis lagi, hari ni. 



Entah kenapa ucap maaf itu terdengar murah. Sedang saya mahu merumuskan, ucapan maaf diikuti giggled gedik memang buat hati saya membara.



Simpati saya kepada mereka. Memalukan tapi bila nak jadi hal, perkara serius tak perlu diperkotak-katikkan. Lancar mulut saya tertinggi suara. Pitching entah hilang ke mana. Bercakap sesama manusia terasa bercakap seperti dengan dinding pula.



Bukan satu, bukan dua tapi empat pasang mata berderai air mata. Kata-kata saya jadi bisa kerana mulut kamu badan binasa. Saya tak luah ucap maaf, kerana apabila saya mengatakannya saya benar-benar maksudkannya. 



Banyak perkara yang belum saya lalui. Tapi pengalaman hari ni, jadi peringatan untuk diri saya sendiri. Hidup tak perlu meninggi diri. Ego letak ke tepi. Jangan anggap diam saya selama ini kosong tak berisi. Sekali saya bersuara dengan nada tinggi, itu tanda geram yang saya tanggung tak terperi.



Lesson learned to make you a better person. 

It's not easy to be me. 

02 Mei 2012

Sebab Apa 4.0?



Tajuk ni tak ada kena mengena dengan rentetan episod minggu lepas. Sahaja aku pilih nombor empat, sebab aku nak bagitau kat korang yang sebenarnya hari ni aku genap 4 bulan. Bukan, bukan sebab aku hamil 4 bulan ka atau langsung tak datang bulan. Tidak sama sekali!

Tapi aku dah empat bulan kat tempat aku kerja sekarang. Aku tak tau aku suka ka dak? Yang aku rasa macam mana aku boleh tercampak kat sini dan macam manalah aku leh lalui bulan keempat ni dengan pengalaman yang AWESOME.

Hahaha... kerana bulan keempat ni lah telah membuktikan kebengongan otak aku. Boleh ka dak, tadi aku ingat orang mati SMS aku? Misteri Nusantara betul. Tak pa, aku tak sanggup nak ceritakan hal tu. Cukuplah dua tiga orang ja yang tau pasal hal ni. Malu beb...

Kadang-kadang aku rasa hidup aku ni macam pemain dam ular. Hangpa tau dak dam ular tu macam mana? Budak-budak moden sekarang memang tak tau, kesian korang. Ya lah, macam mana tak macam pemain dam ular tu, cuba bayangkan bila kita main lepas baling dadu tu... kita langkah setapak. Pastu kalau kena 'makan' dengan ular tu maka kita pun jatuhlah ikut kat mana ekor ular tu parking (oh, my English). Seterusnya, lepas baling dadu, kita langkah lagi beberapa tapak, pastu kita jumpa tangga, kan? Kita pun naiklah tangga tu. Lepas tu baling dadu lagi, kita pun kena undur lagi beberapa tapak.

Hah, macam tu lah aku rasa hidup aku sekarang, ada naik tangga dan macam kena makan dek ular pun ada gak. Tak bermakna kita mara setapak, kita dah sampai ke garisan penamat, kadang-kadang bila kita nak mara ke depan tu kita kena undur dulu. 

Aku harap aku tak terus undur. Aku harap aku akan jadi seperti pemain dam ular yang berjaya. Maka, majulah sukan untuk negara. Majulah Pjan untuk semua perkara!






Opick - Sepi vs Cerita 4.0 (cerita 4 perenggan)



Dan apabila kepentingan peribadi melebihi kepentingan pertiwi, yang suci dan terpuji jadi bangsat dan keji. Dan apabila keamanan yang dilaungkan, kebencian pula yang diterbitkan. Dan apabila kamu bilang kamu boleh, kamu juga boleh menjadi sekejam Israel layaknya.

Saya malu menatap episod-episod yag memalukan, yang memilukan. Mengenang nasib bangsa sendiri dan bangsa-bangsa lain yang bersatu. Katanya mahu aman tapi entah di mana silapnya yang aman jadi tidak tenteram lagi. Berpaksikan kebenaran, makin lama makin terselak. Muak dan jijik. Cerita najis - yang busuk lagi meloyakan.

Benar dan salah tidak tahu yang mana. Kerana segalanya menjaja cerita peribadi. Ceritanya diluah tidak kena pada masa. Jika kamu yakin kamu benar, selesaikan masalah keluarga bersama keluargamu, bukan mendedahkan aibnya kepada khalayak. Jika benar dia salah, selesaikanlah masalah kamu sendiri. Masalah kamu dan keluarga kamu bukan masalah pertiwi. Hanya mahu diri mendapat hormat, kamu hilang kehormatan diri. Di depan siapa lagi? Anak bangsa sendiri. 

Ada lagi. Salah menyalahi berbondong-bondong ceritanya. Yang salah kerana manusia menghukum sendiri. Sebetulnya manusia terlupa akan adanya hukum Allah Yang Maha Berkuasa.