20 Februari 2013

masih ada sinar...




Alhamdulillah, penulisan dan hasil 'tangkapan' gambar-gambar bagi program kolej aku tersiar lagi dalam Sinar Harian hari ni. Semoga ramai orang dapat manfaat dan tahu peranan Kolej Komuniti ni.

Berpeluang melihat dengan mata kepala dan menemubual insan-insan istimewa ni memang mengagumkan. Sebab apa? Mana tak nya sebelum ni kerja aku dikelilingi orang-orang popular (Hot FM).... artis-artis, bintang-bintang popular. Masa kerja kat penerangan lak, memang bertentang mata dengan prominent leaders dalam dan luar negara (as usual aku x de bergambar la sebab tengah bertugas, kalau ada pun terselit-selit dalam kotak kamera abang-abang fotografer dan aku x ada simpanannya). Kalau ada aku ambil gambar pakai BB aku pun, dah selamat jadi sejarah silam pahit payau sebab BB aku dah hilang, save dalam laptop lak laptop dah kena virus. Haha... selamat la.

Kali ni aku kerja kat satu daerah, dapatlah aku merakamkan (cewah ayat!) cerita-cerita manusiawi yang terpencil, tersorok dengan cerita mereka tersendiri. Berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Carey - perkampungan masyarakat Orang Asli kat sini buat aku rasa... 'walawehh... kita sibuk-sibuk lah nak tengok negara orang, tapi negara sendiri pun x habis pusing lagi'. Meh, datang sini... ada ramai orang perlukan kita yang kononnya berjaya di menara ilmu tapi terasa tak macam kita kurang memberi kepada masyarakat? Hmmm.... fikir-fikirkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan