28 Jun 2010

London Bridge

Baru je lepas tengok kekalahan England 1 - Germany 4
Nak mengulas lanjut, bukan kepakaran aku.
Hati kecil aku menyanyi-nyanyi:
London Bridge is falling down, falling down, falling down...
London Bridge is falling down my fair lady... :P

24 Jun 2010

Dia Tak Hebat Mana Pun

To: KodoksMondok -> Entri ni bukan pasal hal-hal bila aku nak kawen atau aku disuruh kawen. Tak.

"Dia cakap macam tu ke, Jan?"
"Ha'ah," sambung aku, "Kenapa?"
"Ayat tu sangat menghina kau weh... Macam mana dia cakap?"
"Sampai bila kau nak jadi macam ni, Jan?" Aku senyum tak pasti untuk apa.
"Dia ingat dia siapa, bukannya hebat mana pun!"

Dorang pung-pang-pung-pang... aku macam terbangang-bangang lagi sekali. 'Ayat tu menghina aku eh? Tah, lantaklah... orang tu pun bukanlah hebat mana pun. Baru masuk pun dah buat kes. Kes buat orang meluat, buat orang lain rasa macam nak bagi penampar kat muka dia.

Betul... kawan-kawan aku ni (my classmate Journalism - Arip, Lin, Ijat n Baby) punya respon sangat gila-gila hebat berpung-pang-pung-pang hanya satu ayat yang aku tulis kat atas tadi. Kata-kata daripada kenalan yang tak berapa rapat tapi perasan hebat.

Masa aku dihamburkan dengan kata-kata tu, aku sangat tenang walau terkaget sikit (may be at that time i was blurred)

Hina ke? Aku tak terasa begitu awal-awalnya. Tapi bila dah diprovokasi, adalah terasa sikit. Tak pelah, kadang-kadang yang membezakan diri seseorang tu bijak adalah melalui kata-katanya. Aku diam tak bermakna aku setuju. Aku diam tak bermakna kata-katanya betul.

Persoalan sampai bila tu, biarlah masa yang menentukan. Ingat, kita bukan bersaing dengan sesiapa tapi yang sebenarnya kita bersaing dengan diri kita sendiri.

Betul Kata Cicak

~Hidup ni sepatutnya indah dan tenang, tapi kadang-kadang kelakar~

Kalau ada cicak masa ni pulak dia berbunyi mesti kita cakap, "Hmm... betul kata cicak." Sesuatu yang terjadi tu kadang-kadang bukan sebab kebetulan. Sebetulnya ada hikmah bagi setiap kejadian dan penciptaan.

23 Jun 2010

500

Terima kasih pada semua kawan-kawan yang kita sayang, keluarga dan strangers yang sudi baca blog aku ni. Setelah dibangunkan semula Mac lepas sampai ke hari ni, dah cecah angka 500 mengikut statistik seperti yang dipaparkan.

Tapi, kalaulah boleh, aku memang nak tahu sangat pasal maklum balas korang tentang blog aku ni. Jadi, lepas baca sudi-sudilah tinggalkan komen kat tempat yang disediakan. Baik buruk komen tu aku akan terima, kritik pun boleh. Puji pulak biarlah berpada-pada.

Mungkin ada orang yang baca blog ni yang aku gelar strangers, lagilah bermakna kalau korang parkingkan sedikit komen yang bermakna. Terima kasih pada korang semua.

22 Jun 2010

Jenis Cinta Kamu Sama Dengan Subjek Apa?

Cinta seperti subjek-subjek PMR. UPSR dan PMR bakal dimansuhkan. Jadi, ni saja untuk suka-suka. Tidak ada kena-mengena dengan cinta monyet sesiapa sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Bahasa Melayu - Cinta tidak memerlukan karangan sepanjang 300-500 patah perkataan.
Bahasa Inggeris - Cinta jangan disamakan seperti 'Present, past and future tense' jangan membandingkan bf/gf kamu seperti 'tenses' ini kelak akan menerima padahnya.
Matematik - Cinta seperti topik 'Kebarangkalian'. Barangkali bf/gf kamu hanya minat, suka, sayang tapi tidak cinta.
Geografi - Cinta seperti di kutub utara dan kutub selatan. Akhirnya berjumpa juga di garisan khatulistiwa.
Sejarah - Cinta seperti Parameswara yang menemui pokok Melakanya.
Sains - Sepertinya setiap pasangan itu perlukan kimia, tuntutan biologi dan fizik -al yang menawan.
Pendidikan Seni - Cinta itu seperti lukisan abstrak.
Pendidikan Islam - Cinta perlu dipenuhi dengan ilmu rukun nikah, plus, dayus, nusyuz, hadanah, mandi wajib dan zihar.
Kemahiran Hidup - Cinta perlukan pelbagai kemahiran seperti memasak, menukang dan menjahit, memateri dan berkebun juga penting.

Ada lagi ke subjek PMR yang aku terlupa? Hehehe.... saja untuk suka-suka.

Masih Terdengar Lagi

Hidup tak pernah sunyi.
Hidup hanya sekali. Tak boleh sepi.
Masih terdengar lagi. Burung-burung itu berkicau.
Tiap-tiap hari, pagi-pagi lagi, burung-burung itu dah berkicau. Senyum.
Tiap-tiap pagi. Setiap hari. Masih lagi terdengar kicauan burung-burung itu.
Syukur, Alhamdulillah. Masih terdengar lagi.
Senyum sendiri pada alam yang tak pernah sunyi.

Jatuh Bangun. Turun Naik.


Tidak dapat tidak, hidup yang kita lalui ini banyak pancarobanya, banyak macam warnanya, banyak begitu dan begininya. Namun, aku percaya itu semua adalah takdir, hakikat dan peraturan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Hidup apabila sudah sampai masanya, pasti akan berhenti. Walau belum tiba masanya untuk menyahut seruan Illahi, pasti tiba pada saat dan ketikanya terhenti buat seketika.

Jatuh bangun kita, turun naik kehidupan kita itu adalah nikmat dan gelora dalam kehidupan yang sekejap cuma. Apabila naik, ada turunnya dan apabila jatuh pasti ada waktu kebangkitannya. Sabar, tenang dan redha sahajalah yang membezakan banyak perkara dalam kehidupan kita.

Sabda Nabi SAW yang direkodkan dalam Sahih Muslim, "Seseorang mukmin tidak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali."

Asing


Hidup ni rasa sangat asing.
Asing melihat keasingan hidup orang lain.
Asing berjumpa orang yang terasing daripada hidup kita.
Dalam satu kehidupan yang panjang untuk meneruskan kelangsungan hidup berselisih dengan orang yang asing daripada hidup kita.
Kita pun terasing daripada hidup mereka pada mulanya.

Lalu, perkara yang kita lalui pada satu kehidupan yang panjang ini tidak asing lagi pada kita apabila bertemu dengan mereka yang terasing daripada hidup kita pada mulanya.
Aku, kamu, kita, mereka bukan lagi orang asing yang mengasingkan diri pada kehidupan masing-masing.
Kelangsungan hidup diteruskan dengan perkara-perkara yang asing, lalu menjadi kebiasaan.
Kebiasaan yang biasa-biasa pada mulanya menjadi luar biasa kerana rasa asing itu dan orang-orang asing di keliling kita.

Asing itu apa, ya? Asing itu berlainan, berbeza, terpisah-pisah, tersendiri atau menjadi lain.

Ketika Suatu Saat Nanti...

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amiiinnn.......

20 Jun 2010

Ayat Bunga-Bunga

Kenapalah, ayat kat blog kau sekarang ni berbunga-bunga ni, Jan?'
Hahahaha....

Fikir dan tafsirlah sendiri...
Tapi, jangan nak terlalu memikirkan sangat, pasal nanti boleh jadi salah tafsir la pulak.

Jangan Tak Percaya

Lepak dengan Kodok Bob dan Kodok Chubby hari Jumaat lepas balik kerja.

"Macam tak caya je, Jan."
"Hmm... aku lagilah tak percaya."
Kpah yang dah habis berpeluh kat gim pun sambung melepak balik.
"Aku dah cerita kat Wa."
"Oh, ye ke? Tapi, kau macam mana sekarang?"
"Alhamdulillah, makin baik. Tak pe, sabar je la. Ada hikmahnya. Lepas ni kena lebih hati-hati. Ok? Jadikan pengajaran dan jaga diri baik-baiklah. Siapa yang nak jangka n sangka, kan?"








Turun kat tangga bergerak, "Aku ingat kau kena cancer, Jan." --> Wa punya statement!
"Hah?? Aiyooo..." Hahaha...

Cerita Nasi Minyak

Tadi sorang pakcik saya dengan tiba-tibanya datang dekat dan bertanya, "Jajan (ya, nama panggilan saya juga :P ) punya bulan 6 tahun depan kan?"
"Err... eh, tak lah," jawab aku kalut-kalut. Hmm... hehehe (dengan nada sinis)

Sabarlah ye, biar kawan-kawan saya yang mendahului. Insya Allah, ada jodoh nanti, kita berjumpa juga makan nasi minyak saya tu. Bila? Tah perlulah bertanya, sikit pun saya tak kan berahsia bila dah sampai masanya nanti.

Perlu ke saya rasa tertekan? Kadang-kadang ya, tapi kadang-kadang tak... pasal banyak hal lain lagi yang kena didahulukan.

18 Jun 2010

Bersabarlah Jawabnya

Bukan kerana kecewa cinta. Hakikatnya seperti diberikan nyawa kali kedua.

"Aku... bla, bla, bla... begitu, begini."
Sabarlah... keluarga dan kawan-kawan cakap suruh aku bersabar. Ya, aku sedang ke arah itu. Sedang belajar bersabar. Walau hidup ni aku rasakan tak adil untuk menanggungnya. Tidak adil tetapi dah pun terjadi. Dengan izin-Nya juga sesuatu perkara itu terjadi. Bersabarlah.

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)


Hidup siapa yang tak pernah diduga, walau dugaan itu datang di luar batasan fikiran kita. Aku perlu kuat, kuat untuk meneruskan kehidupan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala yang terjadi dan pasti ada hikmahnya. Biarlah aku hadapinya dengan senyuman, bimbang melihat orang keliling kita bimbangkan kita. Insya Allah aku binakan kekuatan baru ini dengan doa kalian.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

17 Jun 2010

Cinta Untuk Kamu


Cinta untuk kamu - kerana kamu dan aku - kita meraikan cinta. Cinta sesama manusia tidak kekal tapi pasti cinta pada Pencipta adalah yang abadi.

Cinta untuk Kodok Stress
Bukti cinta telah kau perolehi. Cinta tidak perlu bertanya. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.

Cinta untuk Kodok Bob
Cinta adalah cinta... cinta antara aku dan dia. Kerana aku cinta dia.

Cinta untuk Kodok Narnia
Walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian cinta itu.

Cinta untuk Kodok Melaram
Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kala sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

Cinta untuk Kodok Chubby
Cinta bukan hanya sekadar kata-kata. Kata-kata adalah pakaian cinta tetapi yang utama adalah makna, perilaku dan sikap atas nama cinta.

Cinta untuk Ketua Kodok
Jangan berkata tidak bila kau jatuh cinta. Terus-terang sajalah buat apa berdusta. Cinta itu anugerah, maka berbahagialah. Sebab kita sengsara bila tak punya cinta.

Cinta untuk Mondok
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.


Cinta mendengar cinta, cinta berkata cinta, cinta melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, gembira, sedih, tenang, cemburu, tertekan, bahagia, ketawa dan menangis bersatu menjadi cinta. Cinta aku dan kamu tidak banyak bezanya kerana cinta punya rasa dan jiwa.

The A-Team



Semalam aku pergi tengok filem The A-Team. Seingat aku, filem ni dari drama bersiri dengan tajuk yang sama sealiran dengan McGuyver dan Knight Rider dulu-dulu. Popular wo~ tu pasal aku boleh ingat. Hehehe... filem ni kategori drama aksi. Yup - full of action. Sangat berbaloi-baloi. Rugi kalau korang tak pergi tengok.

Watak yang paling aku suka ialah Murdock - dia ni gila sikit. Memang pun! Aku tak tahan tengok dia jadi doktor time tu dia jahitkan luka si B.A tu dengan corak petir. Heheheh... Lebih gila lagi time dia bawak helikopter n kapal terbang tentera. B.A yang gagah tu pun takut bila si Murdock ni bawak. Siap kena bagi suntikan lagi kena pengsankan si B.A ni.

Lagi, time tengok filem 3D time ni si Murdock ni lagi sekali dimasukkan dalam wad orang gila. Lebih giler lagi... 3D jadi betul-betul muncul depan mata. Hahahah... kalau tak faham... kenalah pergi tengok sendiri.

13 Jun 2010

Bukan Juri Profesional - III

Kat bawah ni aku copy&paste komen-komen juri tak profesional dari status fb Kpah. Kpah membisu aku dan Ain pot pet pot pet...

Status fb Kpah: dah tgk lagenda budak setan!! 3x nangis....
Aku: Tp ain byk gelak. Haha. Aku pn utk 2nd time tgok lbs ni jd lucu lak. Haha
Kpah: haha... "1,2,3 tekan!!"
Ain: mak..ibu..ehh..confius la..hahahhaha
Aku: sy dh hantar permohonan kerja sy dh makcik :P 'permohonan' tu yg x tahan... dorg keje gomen gak kot!
Ain: part ni mmg xbleh blah..permohonan oh permohonan..
Aku: selamat pagi cikgu... kt dlm dewan kuliah... lalalalla... haha
Ain: hahahha...kolej dah canggih, international tp pkai cikgu..aku xpasti bnd ni sengaja or tuan director pun xperasan..huhu
Aku: dia compress weh... kasyah nakal kan dr zaman sekolah n masuk kolej terbawak2 jd setan... tp tuan director msk kn perangai setan kasyah kt kolej dengan suasana sekolah. agak aku la kot!
Ain: mane bleh camtu..uwekk ko ni pepandai je wat assumtion..huhu mmg la ko kata dalam filem jgn fikir logik..mane bleh!!wlpn die filem kte yang tgk ni hidup dalam realiti bkn fantasi..n kte sebagai penonton bleh fikir logik..jd kene la wat cite y logik..pendek kta aku xsuke cite ni..bazir RM13..
Aku: eh, emosi lak... hahhaha... tgok citer ni ngan ko, aku leh jd x feel... asyik ketawa je dgn komen2 ko! hahhaha... ko mmg sgt lucu!
Ain: aku yang lucu ke cite tu yang lucu???
Aku: 2-2 skali. hahahha...
Ain: hahahahhahahahaha
Aku: siti dan cikgu loga pun lucu! hahahaha
Ain: "..................saya tak sehat" (sambil ngesat peluh)...huhuhuhu
Aku: katerina: awak sakit, jgn gi memana
kasyah: tp, sy nk terkencing (sambil buat muka tahan kencing)
katerina: x pe, dh ada bekas untuk awak! (hahahahahaha....)
katerina: nak saya tolong ke??? --> tlg buat pe??? hahaha

Moral: Sila buat filem yang lojik, kalau tak penonton macam kami akan mengulas filem tu pun macam tak lojik je. Dan sila jangan menonton filem ini dengan bawak anak-anak bawah 12 tahun ye, walaupun berlabel UMUM. Mengganggu dan terganggu.
Sekian, terima kasih.

Kalau aku tertengok untuk kali ke-3, aku pun tak pasti macam mana aku nak komen lagi!

Bukan Juri Profesional - II

Dipendekkan alkisah ni... (seperti membaca novel LBS yang tebal dan di short cut kan menjadi filem selama kurang 2 jam, begitulah perjalanan alkisah menonton LBS dengan Ain n Kpah ni)

10 minit pertama... ok Kpah dan Ain kelihatan gembira. Tapi, lepas tu aku cakap... 'cikgu eh?' ehehehe... Babak Kasyah dah sampai kat kawasan pedalaman, Ain cakap "Kat mana dia nak cas bateri kamera. Tak ada elektrik? Aku gelak. Ain terus potong "Huh, tak lojik!" Aku balas, "Jangan cari lojik dalam filem. Hehehe..."

Bla...bla...bla... pot pet pot pet... Cerita yang aku layan pertama kali dengan sangat emosi yang mana kat bahagian-bahagian tertentu aku menangis... kali ni aku tak menangis. Bukan sebab aku jiwa kental ke apa... tapi aku tak berdaya nak ikut emosi dalam filem ni. Sebelah aku Ain a.k.a Ketua Kodok ok!

Gelak-gelakkan pelat 'R' Lisa Surihani (tp she's so beautiful in this film), Ain yang sangat menyampah dengan watak si Emilia (watak orang hilang ingatan beb, kalau watak orang hilang hp tu aku! hahahah) Mula-mula, teknik cameraman fokus kat muka je... dah buat Ain maki hamun..."Ye lah, tapi yang pi potong muka dorang tu apasal?"

Kitaorang gelak lagi, bila Fazura muncul bawak watak Katerina. Macam aku ulas pasal filem ni awal-awal Fazura is so Katerina (tak mau pelakon lain bawak watak Katerina kalau filem ni ada sambungan. If bukan Fazura nanti kami boikot tak mau pergi tengok wayang lagi, boleh? heheheh)

Untuk kali kedua aku tengok LBS - aku rasa cerita ni banyak kelakar. Siap aku cakap kat Ain "Lebih kelakar daripada Shrek 3 weh!" Ehehehehe...

Bukan Juri Profesional - I

Petang tadi pergi tengok LBS untuk kali kedua dengan Ain dan Kpah. Jadi, makanya kalau 3 kodok dah duduk sederet... pasti... sangat pasti cerita yang beremosi pun boleh jadi cerita kitorang sendiri.

Bermula pagi Ahad aku dengan sandwich sardin Ain. (Wah, bahagianya laki ko Ain, tiap-tiap hari ko buat sarapan. Lama-lama muka laki ko pun cam sardin!! Hahahah... nasib baik lom ada laki lagi :P)

Baiklah, yang sebenarnya memasing nak tengok cerita lain. Tapi, kodok bersatu hati dan sepakat ok la jom LBS. Tengok orang semua tengah Q macam tak pergi sekolah. Buat barisan sederet dah nak sampai eskalator. Ruang beratur untuk beli tiket kat tengah-tengah melopong tak ada orang.

Aku dan Kpah pun cam orang bengong berdiri kat sebelah tali merah - sebenarnya tak mahu jadi macam dorang beratur tak tentu hala (eh, kan kitaorang pengawas kat sekolah - haha) Tapi, Ain tetap tabah masuk dalam barisan (sambil nyanyi-nyanyi lagu Inilah Barisan Kita)

Kpah: Kita book pakai Easy Access la, Jan?
Aku: Ok gak. Eh, Kpah. Tengok tu Ain dah kat depan kaunter???

Ya, betul Ain potong barisan orang-orang tak bersekolah tu dan meninggalkan kami berdua si pengawas skema yang nak beli tiket wayang ikut peraturan. Hehehehehe... cam ne Ain leh potong Q... hahaha... jawapannya hanya dia sorang je yang tahu. Hahaha... hebat tak hebat la... kalau tak hebat, jawatan sebagai Ketua Kodok dah lama dah boleh lelong kat orang lain. Heheheh... Ain memang World kan? Hahahaha

11 Jun 2010

MTV Tilu 'Ku Bukan Aku'

tak ada tajuk

Sepertinya, minggu ini aku tidak seperti diri aku yang sebenarnya. Rasa lemau, lesu dan bisu. Tah!!! Imaginasi aku lari melilau tah ke mana tah. Dah keluar dari dalam diri.

Penulisan juga menjadi beremosi. Emosinya tersendiri. (Emosi aku la tu) Tah, kerana hormon diri atau persekitaran atau perubahan umur berganti bulan dan tahunnya - barangkali.

Er... this is so not me! Apa kes ni??? Haiiiyysshh...


Jangan mengeluh, Pjan. People around you want you yang happy. Yang senang hati. Bukan yang mengeluh begini. Lalalala...


oit, panda bangun!!! la... patutlah. panda ngantuk. biar dia tidur dulu. rehat. kang panda bangun memekak susah pulak. hahaha

'kan ku tulis nama kamu

Dengar Lagu Lemau. Aku Pun Jadi Lemau.

BILA CINTA - OST LAGENDA BUDAK SETAN

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

10 Jun 2010

Gula Oh Gula


Isu pengguna yang paling top minggu ni dah tentulah pasal gula. Bukan minggu ni je, kalau tak silap aku dari bulan lepas dah macam-macam cerita kita dengar. Siap ada yang nak boikot, pengguna nak beli kena bagi MyKad, yang lagi tak tahan kalau nak beli gula secara pukal untuk sesuatu majlis kahwin contohnya, kena tunjukkan kad jemputan kahwin sekali.

Dengar dan perhatikan nampak lucu. Tapi, jangan haraplah! Ni isu besar, isu yang dah bertahun orang pertikaikan. Tapi, dari sudut lain, ni lah masa terbaik untuk kita kawal pengambilan gula dalam pemakanan kita. Jadi, bersabar saja la buat masa ni dan harapkan kita semua akan menjaga kesihatan dengan lebih baik.

Manisnya air dalam minuman, maniskanlah lagi senyuman.

Purse Cantik Dari Hawaii

Sebab lama sangat lepak dengan Kodoks ni, ceritanya pun kena tulis separate. Ni bukti contoh Ain suka buli aku.

Semua makanan dah habis licin pinggan dan mangkuk bubur tu, sebelum habis tu,

"Nak tambah tak? Tambahlah apa-apa... lauk lagi ke?" Ain pelawa.
Sengih aku jawab, "Kau belanja eh?"
"Tak lah."
"Ok, aku tak mau apa-apa lagi."

"Nak kopok lekor tak?" sambil mata Ain tengok kat kedai seberang jalan yang jual kopok lekor.
Aku, Lindzia and Kpah serentak "Ok je."
Aku tambah, "Kau letak la apa-apa atas meja ni. Selagi benda tu makanan, kejap lagi habislah."

"Bak purse!" Ain hulur tangan mintak kat aku.
Kpah, Lindzia dengan aku-aku sekali terkejut!
"Purse aku la! Hahaha..." (Bedebah sungguh gelak dia time ni)
Kpah dengan nada lega kata, "Aku ingat dia mintak purse kau Jan."
"Tu lah." Aku jawab pendek sebab nak redakan adrenalin aku yang dah melata dalam badan.

Ain gi beli kopok lekor dengan sengihan panjang lebar kat muka dia. Kpah sambung, "Aku pernah lah temankan Ain nak beli tiket kat IB, lepas tu dia tanya aku 'Ada duit tak' - aku jawablah takde, tau apa Ain jawab Jan?"
"Apa?"
"Tak baguslah bawak kau. Bawak Pjan - cakap je nak berapa, mesti ada. Ishh... rugilah bawak kau ni Kpah." Hahahaha...

Moral - Lepas ni kalau dorang ajak kuar, aku dah leh bajet berapa perlu bawak ikut keadaan lepak kat mana. Ain... ain...

"Nah, makan. Aku belanja. Hahahahaha... Asal? Ingat aku nak pinjam duit kau ke?" Ketawa Ketua Kodok yang paling annoying pernah aku dengar. Kaki buli betul!

Alkisahnya - Ain yang selama ni dipanggil YB sbb dia selalu usung beg ala-ala beg zakat sekarang dh tak kepit beg tu lagi. Dah ada purse cantik. Katanya kawan dia belikan kat Hawai, jadi lepas order makan memang dia mintak tumpang simpang purse cantik dengan kunci motornya sekali dalam beg aku.

Memang bersebablah kalau aku Kpah n Lindzia terkejut kalau yang sebenarnya niat Ain nak belanja tapi mintak kuarkan duit dari purse aku. Tapi, sebenarnya gimik je lebih. Poyo betul!

Haziq - A Catboy


Ni pasal anak buah aku si Haziq (4 tahun) yang panggil adik dia Muhammad Aqil Hafiz tu "Kudut-Kudut". Semalam sebab cuti sekolah dan tak nak dia nak dan kak Myra (6 tahun) dia kacau si Kudut-kudut, maka Papa Mok pun bawaklah askar-askar ni kat rumah nenek. Maka, berperang Teluk la budak-budak ni sempena cuti sekolah dengan dua lagi cousin dorang. Aku sempat borak dengan Haziq.

"Adik hensem tak?"
Angguk.
"Sayang adik tak."
"Sayang..."
"So, kalau adik hensem, Haziq tak hensem la kan? Sebab Haziq a Catboy"
"No..." Jawab dia pelan sambil mata dah berair.
Mak usu 'Erk...oh oo'

Kat luar dengar kucing gaduh lagi!
"Hah, tu cat jom tengok"
"Tak nak..."
"Kalau ada orang noti-noti, mak su bukak pintu kasi cat masuk eh."
"No-no-no..." Sambil tutup muka dengan bantal dan pejam mata.
"Kalau tak nak, gi tidur."

Haziq - a Catboy bukan pasal dia suka kucing. Tapi, ada seekor kucing dah buat kes dengan Haziq yang mana Haziq pernah kena cakar dengan kucing tu. Tu yang fobia lain macam anak buah aku ni. Pasal ikut kajian tak rasmi, kitaorang tak pernah ada kes dalam famili ni yang takut kucing. Tapi, Haziq dah pecahkan rekod. Umur 4 tahun dah dapat gelaran Haziq - A Catboy!

09 Jun 2010

LAGENDA BUDAK SETAN

Kota Lumpur Hujan Lagi

Kepala memberat. Kota Lumpur hujan lagi kat luar sana. Hujan je, kejap lagi Kota Lumpur ni penuh sesak la. Aarghhh... semak! Kerana jalan sesak. Tah kenapa, bulan ni entri aku menjadi emosi. Aku tulis je apa yang aku rasa. Apa yang aku mahu tulis, jari-jemari ni terus menari-nari.

Aku tak marah sesiapa. Jadi tak payahlah ada yang tanya kenapa penulisan aku jadi macam ni. Tapi, kalau aku marah pun sekejap je. Sebab sekarang aku kawal amarah aku. Aku penat jadi garang. Aku penat melayan rasa penat ni.

Tapi kadang-kadang, aku perhatikan orang keliling kita ni ada sikit 'kureng'. Bukanlah aku nak mengajar atau aku terlalu mengharapkan orang keliling kita ni faham kita. Tapi cukuplah kadang-kadang letak sikit rasa hormat dan malu.



Hormat atau respek ni memang terlalu abstrak kalau nak terus difikirkan. Respek dalam erti kata lain, tolonglah tak payah menyusahkan orang. Semak! Tahu tak. Dorang tak tahu. Pasal blog ni aku kongsi dengan kawan-kawan yang kita sayang je. Tapi, kalau orang luar yang aku tak kenal terbaca blog ni - silalah. Tapi, saya bukan umpat-umpatan tentang kamu.

Respek dalam kata kepala otak aku... jangan sampai mengganggu privasi orang lain. Dan cerita privasi sendiri pun pandai-pandai la simpan sendiri. Tak payah cerita sampai sepelaung orang boleh dengar dengan suara kau yang gegak-gempita umpama bunyi bunga api meriah ketika diletupkan untuk sambutan tahun baru atau bunyi mercun cina sempena nak rai gong xi fa cai sambil menari-nari tarian singa.

Aku terganggu. Mereka terganggu. Gangguan kamu menyusahkanku. Menyusahkan kawan-kawan yang kita sayang. Agak-agakya kau yang mengganggu kami ni adalah golongan orang-orang yang kurang kasih sayang? Barangkali. Ya, dan kebarangkalian aku ini mungkin ada benarnya. Tapi, memang benar pun.

Aku Macam Si Dory Fish

Er... hari ni dengan yakin dan pasti, aku keluar rumah membawa hp. Pasti sebab hari ni tak rushed (almaklumlah bila cuti sekolah, jalan raya kat kota lumpur ni pemandu-pemandunya berhemah sikit)

Dah nak dekat tengahari, aku tak dengar pun bunyi SMS masuk, pasal aku subscribed fb2mobile n berita daripada Malaysiakini thru SMS. Sebab terlalu yakin, cek kat handbeg, tak de, cek laci - tak de. Aih, tinggal kat kereta kot. Rasa yakin ni membuatkan aku ke tempat parking.

'Tet..tet' (ye ke ni bunyi alarm kereta aku - takpe la konon-konon). Dah cek semua tempat sampai but pun aku bukak...'Eh, tak ada?'

Aku pun gatal tangan update status kat fb aku ~dan bila hp tiada dibawa...~ Mak ai, kawan-kawan aku punya respon...lalalala... pasal kamu tahu apa yang kamu tulis, maka tak yah dituliskan lagi di sini. Tapi dementia ke aku?

Dementia tu apa? Nah cek kat sini http://www.medicalnewstoday.com/articles/142214.php

Kalau fikir sakit, sakitlah kita ni, sebenarnya aih, aku ni... aku ni... utk kes hari ni aku over confident, utk yg kes dulu-dulu ada kes short term memory lost dan cuai...cam Ain a.k.a Ketua Kodok aku tulis keCUAIan itu memBUNUH... den idop lagi la, ain oiii...

Moral (buat diri aku yang KADANG-KADANG terlupa)

1. jgn cuai - double check semua barang-barang penting sebelum keluar rumah.
2. jgn harap sgt save nombor telefon kawan2 dlm hp. buat catatan kat memana gak or simpan name card dorang yang hebat dan gempak tu. Just in case hp korang mati ke tp utk kes aku... hehehe...takut-takut hp aku tinggal kat rumah lagi. Lalalalala...


08 Jun 2010

Sekotak Kismis Harga Seringgit

Sembang-sembang dengan Kodoks Sabtu lepas kat Kampung Baru tercinta, ada satu perasaan yang menganggu dan rasa terganggu bila tengah-tengah makan tu datanglah orang jual buku, jam, mainan, macam-macam perhiasan dan macam-macam lagi. Tu belum dengan orang buta yang dipimpin tangannya oleh si pembawa sambil menjual tisu atau memang datang menadah tangan. [Kekadang tengok orang keliling hulur seringgit tapi dapat sepeket tisu! Yelah, orang buta]

Selamat beberapa jam melepak tu, ada lebih 10 orang menyapa kami untuk tujuan jual-beli. Terganggu. Dan dalam kepala terus terfikir-fikir - kesian, rimas, marah, tak gembira. Satu sudut - susah sangat ke orang kat Malaysia ni sampai kena tadah-tadah tangan untuk sara hidup. Satu sudut lagi - siapa dalang yang hantar budak-budak ni? Secara zahirnya - budak-budak ni bukan anak-anak Malaysia. Sudut lain pula yang aku tengok daripada pemberi - pemurahnya la, lagi kau kasi lagi galaklah mereka ni. Hisshh...

Ada pulak tu yang jual kismis siap ada surat lagi untuk bina sekolah tahfiz dan sebagainya. Sampai macam tu sekali nak menuntut ilmu tapi kena jadi si penjual kismis sekotak seringgit. Tak jual kismis tak boleh belajar ke? Mana mak bapak? Mana cikgu sekolah? Kesian, tapi aku tak mahu korang galakkan hal ni dari berterusan. Jadi, paham-pahamlah nak beli ke tak sekotak kismis harga seringgit ni.

Komen Aku Kat Sini

http://kadirjasin.blogspot.com/2010/06/kekalkan-kg-baru-milik-eksklusif-melayu.html

Lagi Tiga Hari

Lagi tiga hari, alamatnya remote TV kat rumah aku bukan kat tangan aku lagi la.

Ni semua gara-gara kau! [Sila tengok di bawah ni - hehehe]











Selamat ber'World Cup 2010'. Bagi kaki-kaki bola... hal ni buat mereka teruja. Aku sikit pun tak. Bukan tak minat. Tapi, tah, tak kisah la. Tengok la nanti, game mana yang aku nak tengok aku tengok la. Selalu aku tengok game yang angah n abah aku tengok. Abah aku suka ni...



Itali. Angah aku tak pasti. Aku? Sokong siapa yang menang, boleh? Hehehe...

Tak Panas Jadi Panas

Boleh tanya, "Tak panas ke masa kerja kat istana hari tu?" Diam. Aku tak jawab. (Dalam hati 'Eh, kau pun ada kat situ kot') Sambung lagi, "Akak balik pening kepala macam nak migrain." Aku diam lagi. Diam. Dan terus memandang muka TV depan aku. Sambung dia, "Tengok tu sampai dah terbakar dah muka awak. Awak kerja dari pagi kan?" Aku diam. Tak respon. "Tengok cerita apa ni. Ratu cantik ke?" (Cantik ke? Dah tentu rancangan tu pasal tari-menari)

Motif tanya soalan? Sedang kau pun ada kat tempat kejadian tapi datang makan je. Aku keliru dengan orang macam ni. Lebih keliru dan lebih panas, pada hari kejadian memang dia muncul time orang nak balik sambil cakap, "I nak tumpang balik dengan J***** la."

Nasib baik tak cakap nak tumpang aku. Kalau tak bukan takat panas hati je. Mau aku rasa nak kiamat dunia ni. Benci manusia pura-pura. Benci manusia bermuka-muka.

07 Jun 2010

LBS - Ulasan Aku

Aku bagitau Kpah, "Aku dah tengok LBS tau semalam. Tapi, kalau kau nak aku teman ok je. Cerita dia ok la - ok maksud aku untuk novel setebal tu dijadikan filem kurang 2 jam, ok - best. Tapi, aku sangat suka Fazura. Watak Katerina memang 'in' dengan Fazura. Sangat!"

Memang kalau LBS ada sambungan dan cerita Katerina tu tolonglah jangan tukar pelakon lain. Fazura sangat Katerina. Walau babak dia dalam LBS ni adalah kurang 10 babak, tapi gaya, mimik muka dan jiwa Katerina ada kat Fazura.

Keseluruhan - filem ni terlalu padat. Kalau orang yang tak pernah baca LBS memang tertanya-tanya cam Ain (Hotfm bukan KK) untuk babak-babak tertentu. Kenapa camtu, kenapa camni?

Ada kelebihan bila para pelakon ni dapat bimbingan drpd Oyg Ahmad Daud untuk latihan sebelum ke lokasi sebenar. Watak Ayu yang Lisa Surihani bawak ada 'jiwa'. Dalam LBS ni, kita leh tengok muka Lisa yang sangat buruk bila dia marah lepas kena belasah dengan Azmi (Que Haidar).

Que Haidar sangat saiko dan ni la 'pelakon sebenar' walau kadang-kadang aku terpikir memang dia kena sentiasa berkemejakah dalam ini filem? Hehehe...

Kelemahan yang aku perasan - Sheila Mambo dan Que bahasakan watak ibu dengan panggilan ibu tapi Lisa bahasakan ibunya 'mak'. Eh, tak paham? Gi tengok sendiri.

Pasal aku tak pernah belajar kat IPTS - aku tak tau pulak para pengajarnya perlu dipanggil 'cikgu' instead of 'encik/tuan/puan or sir'.

Kesimpulannya - LBS best bagi orang-orang yang macam aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk sebuah filem yang diadaptasi daripada novel. Tapi banyak yang boleh dibuat penambahbaikkan dari segi garapan jalan ceritanya. Maksud aku babak-babak kenakalan Kasyah perlu dibanyakkan lagi untuk menunjukkan kesetanannya. Buat sampai orang meluat.

Pengulas macam aku ni macam senang je mengulas, kan? Tapi, tu la aku cakap LBS - filem ini, cerita ini memang best untuk ditonton. Aku nak tunggu novel JIBAM lak kat wayang. Dulu ada ura-ura pasal hal ni tapi senyap pulak sekarang. Ingat JIBAM mesti aku teringat pasal katak pisang :P

Gila la kalau tak hebat

Sabtu lepas - walau kepala sakit-sakitan kerana bekerja ketika rintik-rintik hujan di Dataran Merdeka dan melayan panas terik pada petang hari di istana, aku gagahkan diri untuk bersama Kodoks - Kodok Chubby, Kodok Melaram dan Ketua Kodok. Melepak sambil makan bubur sedap kat Kg Baru.

Borak-borak berempat untuk macam-macam topik. Hehehe. Update diri memasing lorr.. kerna sudah lama tidak bersua.

Kodok Melaram

Tahniah kerana kamu dianugerahkan award utk projek 'kerang busuk'. People appreciate you. Kami ni je pekerja gomen kena kerja kuat sikit. Hehehe...

Kodok Chubby

"Hmm.. baguslah mR. Chubby aku baca blog ko. Ko baca status fb dia." (Baca je aku tak pernah komen. Hehehe...) Yang pasti kalau mR. Chubby ko nak kenalkan kitaorang yang single ni dengan kawan-kawan artis yang dia kenal make sure kitaorang dapat jalan kat karpet merah ok, tak mau kat belakang pentas (demand boleh?) :P

Ketua Kodok

Hebat! Memang hebat, bukan Ketua Kodok la namanya kalau tak hebat. "Along cakap premium ko kena bayar lebih tau. Pasal ko OBES!!! Hahaha..." Serentak semua ketawa.

Keadaan makin tak leh kontrol bila Kodok Melaram bagi respon, "Eh, tak fair la... macam mana dia leh tau kau obes?" Aku jawab, "Orang insurans tu kiralah BMI dia, tak kanlah Ain nak hantar gambar pasport pastu orang tu ingat dia obes." Kpah sambung, "Taklah, Ain bagi gambar ukuran poskad - gambar penuh. Hahahaha..." Masalahnya Ketua Kodok perbetulkan dengan istilah kedai gambar "Bagi gambar 3R aku - siap pose cekak pinggang." Gelak lagi... sawan! Gelak kitaorang makin menjadi-jadi. Nasib baik dah sudah makan, kalau ketawa tersedak bubur, terkeluar paru goreng dan ayam masak halia balik, tah macam mana tah! Haha...

02 Jun 2010

Bulan Jun Untuk Aku


Masuk je minggu pertama bulan 6 ni memang ada banyak sangat acara dalam hidup. Kerja - jangan cakap la, semua aktiviti dah kena tukar gear - dari gear 2 ke gear 5. Pasal dah masuk suku ke-2 bagi tahun ni kan. Minggu ni je, jom tengok pe yang aku sibukkan sangat.

31/5 - Isnin : Luncheon Talk Siri 1/2010 @ 10:00 am
1/6 - Selasa : Mesyuarat Pemantauan Aduan dengan BPA di Putrajaya @ 3.30 pm
2/6 - Rabu : Raptai Hari Keputeraan Agong kat Dataran Merdeka @ 8:00 am
Program Singgah Selalu di KPKK, Angkasapuri @ 3:00 pm
3/6 - Khamis : Meeting Toastmasters Club @ 2:00 pm
4/6 - Jumaat : (belum ada yang rasmi - jalan-jalan cari makan tu pasti. hehehe)
5/6 - Sabtu : Kawalan Media sempena Hari Keputeraan Agong di Dataran Merdeka dan Istana Negara
6/6 - Ahad : Hantar rombongan sepupu aku kat Semanggol selepas subuh.


01 Jun 2010

New Born

Pagi ni dapat mesej daripada Along - Alhamdulillah, pkl 10.12 am, 3.18kg - baby boy! (Besar punya wo~) Hehehe... tapi ni bukan anak Along. Anak Mok yang ketiga. Tanya apa nama baby? Muhammad Aqil ;)

~selamat subuh~