28 Ogos 2011

Resipi Kentang Lenyek dengan Gravy Lebih Sedap Daripada KFC



Hari ni CikPanda berkongsi resepi kentang lenyek ni sebab tadi dapat called daripada Ketua Kodok. Mula2 dia suruh tulis SMS cara2 nak buat gravy resepi ni tapi sebab macam tak feel, aku suruh dia call siap dengan pen n kertas. 

Nah, korang pun boleh cuba buat sendiri. Hasilnya macam kat bawah ni. Hehehe... Kpah sila print resepi ni untuk abah ko k! Sebelum tu bapak Kpah pun pernah called Ain mintak resepi ni tapi sebab tokeh resepi ni aku maka hari ni selamat memasaklah kepada semua. 





Bahan-bahan:
12 biji kentang sederhana besar (jenis Holland)
6 ketul stok ayam (Maggi or Knorr)
2 batang saderi
1 biji bawang kuning (sederhana)
600ml air
1 cawan susu segar 
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
5 titik kicap manis
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
6 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung

Cara Memasak:
1. Kupas kentang dan belah dadu (sederhana) dan rebus sehingga empuk. Letakkan 2 biji kiub ayam dan sedikit garam.

2. Toskan kentang dan lenyek. Suamkan susu. Ketika lenyek kentang letakkan sedikit mentega (dalam 2 sudu) dan susu. Gaul sebati. Letakkan sedikit lada hitam pada kentang (jika suka).

3. Didihkan 600ml air. Masukkan saderi dan bawang kuning yang dihiris sederhana besar dan masukkan 4 biji kiub ayam. Masak hingga air rebusan mendidih dan toskan air rebusan ini.

4. Cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau supaya tepung tak bergumpal sehingga menjadi warna perang. 

5.Masukkan air rebusan (stok ayam). Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Jumlah kicap akan menentukan warna gravy yang dikehendaki. 

6. Didihkan gravy ni, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa (hati-hati dengan kuantiti garam sebab dah ada sos tiram, tak letak pun tak pe).

7. Ketika mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan sedikit air. Masukkan dan terus kacau rata. Siap!

Tips: 
1. Kuantiti dalam resepi ni tidak spesifik. Mungkin korang boleh kurangkan atau lebihkan tapi berpada-padalah. Ikut gerak hati. Kalau jumlah kentang sekali ganda dari resepi yang aku bagi ni atau kurang, maka korang kenalah gandakan atau kurangkan bahan-bahan yang lain jugak.

2. Kalau masak bukan dalam bulan Ramadan, sentiasalah rasa supaya boleh adjust mana2 yang patut. 

3. Boleh juga gantikan kiub ayam tu dengan stok ayam pekat yang dijual di mana2 hypermarket. Resepi sebenar yang aku dapat memang kena pakai stok ayam pekat tu, tapi tiba2 hypermarket yang aku gi tu, dah habis stok. 

4. Kalau nak guna kentang jenis lain pun tak ada hal. Aku cadang n memang guna jenis Holland sebab aku rasa jenis ni cepat empuk. 


SELAMAT MEMASAK TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN... 

2 ulasan:

  1. terima kasih cik panda.. aku dah salin resepi ni, ni nak try masak utk abah aku.. xtau la jd ke x.. huhu..

    BalasPadam
  2. kpah.... jadi ke tak? hehehe...

    mesti abah ko syg ko lebih pas ni ;)

    BalasPadam