02 Disember 2013

masanya hampir tiba


Assalamualaikum...

Semalam 1 Disember genap empat tahun aku sebagai penjawat awam. Bermula hari ni, aku tengah menghitung hari untuk memulakan sesuatu yang baru. Aku tunggu... masanya hampir tiba. Tak lama lagi... Insya Allah.

Semoga Allah mempermudahkan urusan aku. Urusan rakan-rakan ku yang lain. Di dunia mahupun di akhirat. Amin...

21 November 2013

mengertilah...

Biar sedikit tidak rugi.
Walau banyak tidak memberi makna.

Biar yang sedikit memberi makna.
Tidak banyak tidak mengapa.

Ada apa pada makna bagi mereka yang tidak mengerti?

jika ini...

Jika ini yang terakhir kali... aku bersyukur dengan segala ketentuan-Mu.
Jika ini yang terakhir kali... aku berterima kasih atas segala kasih sayang yang Kau beri.
Jika ini yang terakhir kali... aku pasti rindu dengan segala yang Kau beri.
Jika ini yang terakhir kali... aku pasti ingin selalu dengan nikmat-Mu.

Ya Allah, sekian banyak aku meminta. Sekian banyak Kau beri padaku.
Sungguh aku malu meminta pada-Mu, banyak pula yang Kau beri padaku.
Allahu Rab... limpahkan kasih sayang-Mu kepada mereka yang banyak membantuku.
Ya Allah, jadikan aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur.
Ya Allah, mudahkan urusan kami di dunia juga di akhirat.

Amin...

05 November 2013

cerita simpanan

Semua yang aku tulis tersimpan tidak disiar. Entah kenapa hilang ghairah omelan di sini. Rindu. Tapi tak menjadi apa. Minda lesu. Sedih. Hidup mendesak. Di kiri kanan, atas bawah. Terduduk. Kadang terbaring. Dengan sendu.

Ceritanya banyak mahu dikongsikan. Tapi buntu. Bukan tidak mahu atau malu. Tapi.... segala macam perkataan negatif tak mampu ditaip lagi.

Sekian.

hijrahku



Semoga Allah mengizinkan hajatku ini.
Semoga Allah memudahkan urusan hijrahku.
Semoga Allah memperkenankan penghijrahanku.
Amin...

18 September 2013

resepi fish n onion rings super rangup meletop!

Fish n onion rings super ranggup meletop


Bahan-bahan:
1 keping isi ikan dory (aku beli yg frozen jek! Nk sedap pakai ikan fresh k)

1cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbornat
sedikit lada sula
sedikit lada hitam
secubit garam
* semua bahan ni diadun dgn air secukupnya. Jgn cair  or pekat sgt. Buat just nice utk salut isi ikan. Rehatkan adunan tepung ni dlm 10 minit sblm digunakn utk masak. Tujuan utk soda tu mengembangkan dirinya dan molekul2 tepung bersatu padu dgn jayanya supaya bila goreng kita dpt kesan ranggup pd ikan dan gegelung bawang. Cewah meletop sgt cara aku explain ni.

1 cawan serbuk roti panko
Sedikit daun parsli dicincang halus
secubit garam (jika suka)
* gaulkan serbuk roti dgn daun parsli n garam sehingga seia sekata

Cara masak:
1. Celupkan isi ikan dlm adunan tepung. Kemudian letakkan pd adunan serbuk roti. Campak dlm kuali yg ada minyak panas. Kalau minyak terpercik kat muka ko padan muka! Letakkan la isi ikan tu dlm kuali dgn penuh rasa hormat dan gembira sbb sat lagi korg akan dpt mkn ikan goreng sedap yg super ranggup meletop! Kelas x jah cara kak kiah explain ni?

2. Goreng sehingga dpt warna keemasan mcm dlm gmbr tu. Ikut suka la berapa minit sbb kak kiah masak kt dapur x pakai jam tangan atau tiada jam di dinding
dapur. And then put aside utk kita plating bersama gegelung bawang tersayang.

Cara-cara nak buat onion rings super ranggup meletop:

1 biji bawang besar kuning dipotong bolat-bolat supaya jd gegelung.

Celupkan gegelung bawang dlm adunan tepung n serbuk roti then campak satu2 dlm kuali. Selamat mencuba masak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Kalau kak kiah memang x sabar especially bila gegelung bawang dh siap mmg x sabar2 nak masuk mulut nggappp!

Sebelum mkn baca Bismillah k. Tapi nk lebih lazat dan ekstra sedap kita plating la bersama si kacak hensem si daun salad bersama miss cili sos n mr mayonis. Nk lagi sedap slice kn lemon. Tak de lemon? Apa ada hal... kak kiah pun cuma slice kn limau nipis je utk menambah perisa dan menghensem jelitakn plate tu. Taraaaa siap!

Psssst... jgn lupa pose gambar satu or dua or tiga gmbr k. Bukan pe sebagai kenang2an yg korg skrg dh pandai masak western food guna bhn yg paling senang cari/sediakan. Yg paling penting korg masak resepi ni confirm lg sedap drp order kt kedai or gerai or restoran.

12 September 2013

psiko pencuri hati

Teruja dgn cadangan mondok, maka aku menyaikokan diri utk tontonnya sendiri. Ya benar. Lakonan dan mesej yg terkesan dgn watak-watak saiko dlm filem ini. Tak mahu ulas mengenai ceritanya. Lihatlah sendiri.

Cuma terkaitnya kita dlm situasi yg menggentarkan lalu diri menjadi psiko pasti pernah dialami kebanyakan kita. Realitinya sama ada diri kita atau persekitaran ruang legar hidup ini pasti menjadikan diri kita adakalanya bukan diri kita.

Aneh? Tidaklah bg org yg pernah alaminya. Ini bkn hipokrit kerana jadi org lain. Tapi diri kita seolah bkn diri kita krn situasi yg kita hadapi.

Apa pun kawalan diri adalah yg lbh utama. Sama ada mahu terus rebah atau bangkit kembali. Wahai sang psiko sekalian sama ada kamu si pencuri hati atau hati kamu yg dicuri. Sedarlah. Allah sentiasa bersamamu.

11 September 2013

muak

Bosan dengan sifat tamak kamu itu. Bosan dengan nafsu besar kamu. Tidak akan pernah puas. Manusia nafsu-nafsi. Tidak mahu mengerti. Mahu kamu terlalu berlebih-lebih. Kurang tidak boleh. Jika orang melebihi kamu itu jadi salah. Yang salah kamu kerana haloba kamu tiada siapa hormati kamu.

Kamu beritahu kamu mengerti laskarmu. Tapi ada kalanya mereka terkorban sebelum berjuang. Kerana kamu. Kamu yang tamak itu. Aku muak.

30 Julai 2013

Hening Subuh Ramadan

Salam Alaik...

Sayup terdengar azan subuh. Tadi macam banyak perkara nak update kat sini. Tiba-tiba macam tak tersusun ayat-ayat tu. Bukan hanya tadi, tapi hari-hari sebelum ni ingat nak singgah corat-coret macam-macam hal. Sudahnya, pasti kejap lagi ada 2 ke 3 entri akan terpost. Eh, ter'post'? Ayat aku!

Ramadan kali ni terasa cepat masa berlalu. Mungkin sebab pengisian pelbagai acara dan aktiviti yang padat buatkan masa berlari dengan cepat... atau aku je sorang yang rasa macam tu?

Apa pun aku rasa syukur sangat. Untuk beberapa perkara, Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah.

Entah apa nak ditaip lagi... Tersekat.

15 Julai 2013

Saya Anak Bulan Ramadan


Salam Alaik...

Syukur, hari ni dah 6 Ramadan. 9 Julai yang lepas genap la, 30 tahun. Iskk... banyaknya. Tapi nanti 28 Ramadan 1434H aku genap 31 tahun. Alhamdulillah... Allah masih beri nafas kat aku.

Macam biasa, ramai kawan-kawan yang ucap selamat panjang umur dan murah rezeki kat aku.  Amin... Terima kasih sahabat. Kek kat atas ni, Ketua Kodok hantar kat aku malam 9 Julai lepas tarawih. Tq Ain. Tq Helya (kawan yang sangat suka buat kek dan pastri).

Makan bertiga untuk kek yang lebih 1 kg. Kalau ada sesiapa teringin meh la datang rumah. Ada lagi ni.

Semoga Ramadan kita pada kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Amin...

27 Jun 2013

xpdc lagi... yeayyyy






Ok bye2... esok nak gi naik Gunung Irau. Eh? silap2 sabtu pagi2 lepas subuh kami naik. Esok bertolak dari kolej dulu.

Yeayyyyyy... okbai!

anugerah


Alhamdulillah... Ni lah hasilnya. Disiarkan dalam Harian Metro 26 Jun 2013. Hantar beberapa gambar, as usual depa akan cakap tak cukup ruang. Tak pe la, faham. Terima kasih kerana menyiarkan kejayaan pelajar KKKL ni. Dan lagi??? Yes, absolutely, sangat banyak program/aktiviti dan semuanya nak masuk surat khabar... hahaha... hmmm...

Buat mana yang terdaya tapi tetap kena buat jugak ye. Hehehe... positif... positif. I love my job! *wink*

18 Jun 2013

ke Pulau Redang kita


Assalamualaikum.... Fuhh... Hujung Mei hari tu aku tengok jadual aku untuk Jun just nice. Sekali, mak datok! Ke sana ke sini gak le...

6 & 7 Jun - Klinik dan Latihan Petanque (kat kolej je)

8 Jun - Majlis Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda kat IKBN Kuala Langat
(Alhamdulillah, 32 pelajar kolej aku dapat pingat gangsa kerana aktif dalam aktiviti kesukarelawan - artikel tak siap lagi. huhu)

9 Jun - Bertugas di Karnival My3L MiTC Melaka

12 Jun - Kejohanan Petanque Kolej Komuniti Selangor (kt kolej je... tp ke hulu ke hilir tengah panas! haha)

17 Jun - Mesyuarat kat Putrajaya (seharian!)

18 - 21 Jun - Eksplorasi Marin D' Pulau Redang

22 & 23 Jun - Kejohanan Master D' Petanque Double Terbuka Piala Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (kat kolej je tp main panas for sure)

25 & 26 Jun - Sesi Pengambilan Pelajar baru

28 - 30 Jun - Panjant Gunung Irau kat Cameron Highland lak!

Haha.... mampu? Insya Allah...

Malam ni bermula la perjalanan ke Pulau Redang. Blooop, blooop, bloop... berenang dengan kuda laut. Hehehe...

I love my job! Hik.

31 Mei 2013

XPDC Cinta Alam D' Bukit Broga

 
Assalamualaikum semua. Fuh.... dah lama tak update tulis cerita panjang-panjang. Sibuk kerja konon, tapi memang sibuk pun. Okay, kali ni nak kongsi cerita pasal ekspedisi ke Bukit Broga. Tau2... ramai orang lain dah sampai tempat ni pun. Tapi, aku lain... hehehe. Apa yang lain?
 
Orang lain kalau nak naik bukit ke buat aktiviti lasak selalunya dinasihatkan untuk cukup rehat dan tidur supaya tak jejaskan stamina. Aku??? Hahaha... Ekspedisi kali ni sebenarnya aku tak tidur 24 jam. Apa kes? Mana taknya sebelum tu aku terlibat dengan pameran peringkat antarabangsa kat KL pada 12 dan 13 Mei. 11 Mei lak aku pun kerja... Ekspedisi ni 14 Mei. Kami bergerak dari kolej pukul 4.00 pagi (14 Mei). Aku habis pameran kul 6.00 petang (13 Mei)  kat KL balik sampai kolej haruslah dah malam. Maka, aku dengan few lecturers n staff decided untuk tidur kat kolej. Rasionalnya risau kena tinggal kalau tidur kat rumah masing-masing? Hehehe... tak lah. Sebenarnya, yang tinggal tu termasuk aku sebab kitaorang biro makanan yang decide nak makan sedap-sedap jadi masak sendiri lah.
 
Dengan 30 pelajar sekali tidur dekat kolej, maka malam tu bermula la operasi persediaan makanan kitaorang. Bukannya apa, lepas naik tu kitaorang decide nak buat konsep piknik di tepi sungai. *wink*
 
Jadi, menunya adalah seperti berikut... (sila jangan amalkan kepada korang yang tengah diet ye). Untuk alas perut sebelum naik bukit, kami sediakan sandwich telur and sardin! Bekalkan kepada semua termasuk air kotak. Tambah lagi dengan air mineral dan roti manis untuk bekalan dorang turun bukit.
 
Untuk menu piknik lak, kami bawak ayam, ikan cencaru, sosej, jagung, salad, nasi dan sup sayur! Hah, amik ko! Tapi, jangan salah faham, kitaorang buat BBQ, jadi semua tu perap la awal-awal. Cuma nasi putih n sup sayur je masuk (masak) pukul 1.00 pagi. Hah, ni la sebabnya kitaorang berjaga!
 
Walau apa pun memang aktiviti ni buat aku rasa teruja. Tak tidur pun tak pe la. Alhamdulillah, lepas subuh dalam pukul 6.30 pagi kami mulakan pendakian. Mata terus segar bila dah mendaki. Tak tersengguk atau ngantuk pun.
 
Oh, ye... lepas dah sampai n turun semula, kami piknik kat Sungai Tekala. Masih lagi aku ok. Nah, amik ko, lepas dah berendam kat sungai n menikmati makanan tahap hotel 5 bintang, dalam kereta aku tidur. Mata bagai digam-gam. Barulah aku rasa, penaaaaaaaaaaaaaaaat sangat weh.
Ting-tong jangan cakaplah. Nak drive balik rumah pun aku mak (tak) sure aku dalam keadaan yang sedar dan waras. Kalau tak? Hmm... Apa pun, kepada korang yang belum naik Bukit Broga ni pergi lah. Best!
 
* Yang berwarna merah tu memamg tak sengaja - salah eja. huhu malu jek!
 
Aksi kungfu CikPanda di Bukit Broga! Haha

Alkisahnya, semua pun sporting posing bengong-bengong ni.
 
Ambil masa berehat kat atas ni. Syok wooo...
 
Menyelit je la keje kita orang ni...
 
Posing lagi....
 
Group photo dengan bos n student
 
Jalan balik dengan bawak beg plastik sampah. Kita orang bukan naik suka-suka tau! Ada kerja amal yang dibuat iaitu kutip sampah di sepanjang laluan turun Bukit Broga ni. Almaklumlah dah ribuan umat manusia naik tapi sampah pun sepah je.
 
Tak sure la Air Asia ke MAS. Hehehe
  
Dah sampai kat Sungai Tekala, jadi model MILO jap!
 

19 Mei 2013

Dengan Izin-Nya

Lagi-lagi saya buntu. Mahu cari ilham tidak terlihat. Apa lagi mahu menggapainya. Menulis - itu pekerjaan saya. Mahu menulis tidak semudah membaca - memahami - dan berhenti di noktah akhir.

Menulis perlu tenang dan senang diri. Kalau tak, tak menjadi. Namun, dengan izin-Nya jualah, segalanya terjadi.

Sekadar mengasah fikiran yang tumpul. Tajam atau tidak bergantung pada si tangan yang menggunakannya. Tumpul lagi, perlu diasah lagi. Kalau boleh, hari-hari.

Ketika menulis fikiran tah ke mana-mana. Tulis kemudian berhenti lagi. Kosong. Adakalanya hanya menulis tanpa memahami. Tapi, terima kasih kepada yang sudi membaca contengan ini.

Dengan izin-Nya jua, menulis bagi saya seperti terapi. Kerana tidak semua perkara boleh diluahkan dengan mudah. Ini cara saya dan mereka mengekspresi diri.

01 Mei 2013

Selamat semuanya...

Bersenang-lenang. Semoga selamat semuanya. Buat mereka. Buat kita.

Sedia

Sedia untuk segala kemungkinan terjadi. Sedia untuk bersedia atas apa-apa kemungkinan berlaku. Untuk yang mungkin tak terjadi apa-apa pun perlu sedia.

Nanti

Dan apabila sampai masanya nanti, saya akan tinggalkan segala yang pernah saya miliki. Pemilikan yang sementara - tidak kekal. Di sini - semuanya baik-baik belaka. Pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Bila sampai hari tu, satu hari nanti yang saya sendiri tidak pasti bila, pasti akan membuat saya rasa sedih. Meninggalkan tak semudah ditinggalkan. Atau sebaliknya?

Imbas belakang waktu - ramai yang mempersoalkan. Pertembungan persepsi berlaku. Saya pasti mereka tidak dalam 'kasut' saya. Saya terus yakinkan diri dan mula tidak peduli tafsiran orang yang tak mengerti.

Sepantas masa berlalu. Mereka akhirnya okay saja apabila saya okay. Alhamdulillah. Kekuatan itu apabila apa yang kita fikirkan boleh, akhirnya boleh diterima mereka. Diam mereka mungkin bukan kerana mereka setuju secara total, mungkin diam mereka tanda mereka mengerti walau mengambil masa lama. Kerana satu hari nanti semua itu bakal terjadi. Nanti.

28 April 2013

Kahwin tahun ni?

"Kau nak kahwin kan, Jan?" tanya sorang kawan satu pagi sambil sengih-sengih.
"Ye la, nak. Kenapa?" aku respon sambil tergelak.
"Tahun ni kan, kau kahwin?" sambung dia.
Hahahaha... Sungguh-sungguh aku gelak.
"Kau ni dah kenapa?" aku tanya tak puas hati.
Dia pun gelak. Sengal.

*Rupa-rupanya kawan ni nak promosi pakej fotografi dia. Aku gelak n sengih je la.

15 April 2013

Khabar hidup dan mati

April - bulan yang keempat. Semua orang pun tahu. Tapi untuk peringatan diri kita yang hidup ni - mati tu pasti. Sejak kebelakangan ni, ada je khabar kematian yang aku terima. Baik kenalan yang dekat atau jauh. Ya Allah, semoga Kau cucuri rahmat ke atas roh mereka.

Dalam pada tu, aku dapat khabar sedih. Kakak sepupu aku sekarang dalam ICU HKL, semalam pergi melawat ke sana dan melihat keadaan dia. Sedih. Pilu. Kenang nasib anak-anaknya. Kenang nasib tuan punya diri. Kita yang melihat rasa terseksa. Betul-betul kejadian yang aku perhatikan mengingatkan diri aku sendiri, macam mana keadaan aku nanti? Kalau diri aku yang jadi macam tu satu hari nanti? Nauzubillah... minta dijauhkan.

Macam mana pun, takdir Allah tak siapa tahu. Muda kita sihat, gembira, seronok dapat buat banyak perkara. Tiba jadi hal-hal yang diluar jangka memang menakutkan. Tapi, di sinilah ujian-Nya. Kalau kita redha pasti Allah juga yang bantu.

10:20

Buruk perangai tak, kalau dah empat hari kita sebenarnya pakai jam tangan yang dah mati. 10:20 ni la waktu terakhir hayat jam tangan aku. Terasa bengong pakai jam yang dah menemui ajalnya tapi sebab tak mau jam ni keciciran kat mana-mana jadi pakai je la.

Ok, sebenarnya bukan hal ni yang wajib aku update kat sini. Cuma macam dah  lama tak merepek, jadi ni la first entry yang tak berapa cukup zat untuk korang hadam. Eh? Memang merepek!

28 Mac 2013

'Tembak' Malam


















Kalau pandai, meh teka nama-nama binatang ni. Night Walk @ Taman Negara

Program Menggapai Pelangi

Posing wajib kat depan tugu ni. haha

Rehat jap - jungle trecking

Depan kawasan perumahan Orang Asli Kaum Batek

Selesai... Ala-ala photographer national geography konon!
Ye, saya gayat :p

Yang ni pun tak berani sebab tak tau berenang.

Tunggu turn flying fox. Eeeee... gayat!

Pose dengan bos ;)

Aktiviti menyumpit... aku 'tembak' saja.

Brrrrrrrr.... x suka aktiviti ni tapi buat je la...
Yang ni ok sbb dorang x terbalikkan bot tu. White water rafting namanya...

04 Mac 2013

dalam majalah

Keratan majalah LIBUR edisi Mac 2013



Keratan Majalah REMAJA edisi 1 Mac 2013




Alhamdulillah, program kolej aku masuk dalam majalah REMAJA dan LIBUR untuk bulan ni. Hujung bulan lepas pulak Majalah LISA pilih untuk buat promosi roadshow dorang dan akan dimasukkan ke dalam ruangan Diari LISA untuk edisi Mei nanti. 


paragliding @jugra










Cantik tak? ;-)

Cer tengok hp student ni... hehehe... siap ikat getah tu. Haha... Time amik aku x perasan, dah upload pun tak perasan lagi. Sampai la, ada yang bagi komen kt FB Kolej Komuniti Kuala Langat (Official) baru la aku perasan budak ni punya hp.

Hmm.... bestnya!
Leh hantar kat magazine ni *wink*


Salam semua. Semoga korang semua sihat. Jom layan gambar-gambar yang aku 'tangkap' kat Bukit Jugra Jumaat lepas. Ekspedisi Bukit Jugra ini adalah edisi kedua untuk pelajar dan kakitangan kolej aku. Yang naik paragliding tu pulak ialah bos aku! Huaaaa... bos kata seronok gila! Aku nak naik weh... Mudah-mudahan program yang akan dijalankan nanti bagi aku peluang untuk berparagliding. Weee.... x sabarnya.































26 Februari 2013

wajah-wajah di kuala mu

 
Assalamualaikum semua. Just nak share dulu dengan korang gambar-gambar yang aku 'tembak' kat Kuala Mu. Memang bila masuk dalam perkampungan Orang Asli ni, memang rugi kalau tak snap muka-muka unik dorang ni.
 
Minggu lepas, aku follow Program Kuala Mu - IM4U anjuran kolej aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dengan 30 sukarelawan terdiri daripada pelajar kolej memang ada macam-macam perasaan dan pengalaman ni tak ternilai harganya dengan wang ringgit.
 
Dalam program ni selain beri sumbangan makanan dan pakaian, kami juga memberikan khidmat bakti kepada SK Pos Kuala Mu yang terdiri daripada 13 guru yang tabah mendidik anak bangsa di sini. Rasa kagum dengan ketabahan dan kegigihan guru-guru kat sana membuatkan aku rasa kerdil sangat amanah yang aku pikul sekarang ni.
 
Ok, layan gambar dulu la ye. Aku tengah nak perah idea untuk penulisan artikel.