28 Februari 2011

berganti-ganti

saat berganti minit berganti jam berganti hari.
hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun.

26 Februari 2011

Cuba Senyum

Tiba-tiba aku terfikir untuk cuba cari kesempatan untuk gembirakan hati ni.
Tengok wayang? Tah, tak tau cerita apa yang best untuk ditonton.

Bersembang dengan KodokMondok, masing-masing pun sibuk.
Nak buat apa tah yang boleh kembalikan senyum aku ni lagi.

Ok2... aku cuba senyum *tangan*
Macam tak ikhlas langsung nak tersenyum lagi.

Tengok cermin, cuba senyum. Hmm... Haha.

Sibuk


Akankah...??
Tak pe la tak mau fikir apa-apa.
Sebab sekarang saya sangat sibuk.

Lepas satu, satu kena buat... kerja.
Alhamdulillah... siap.
Dah siap ada kerja lagi.
Oh... saya sangat suka kerja *tangan*

Harap kuat terus... berjalan dan membuat kerja.
Kadang-kadang rasa macam robot pun ada gak.
Haha... tetiba my body shut down before 9pm!
Gila!

Kadang-kadang makan.
Kadang-kadang masuk angin.

24 Februari 2011

Macam Pelik

Aku dah tak tahu marah orang???
Pelik tu...

Semua orang pun tau CikPanda gila garang tu pasal digelar Kodok Narnia!
(Thanks la Mr. Chubby)

Sebab apa aku tak mahu marah orang?
Kemungkinan2 berikut la antaranya:
- Pasal dah selalu kena marah. Jadi, sendiri tau la macam mana perasaan dimarahi tu.
- Hati kering. Lantak hang la, kalu aku tak marah aku tak sayang dah. (ok, tipu jek :p)
- Pendam je lah perasaan marah tu. Last2, aku marah diri sendiri jek pastu emo tak tentu hala.
  (dalam erti kata lain seperti menzalimi diri sendiri... oucchh... sakit ok!)

kenapa jadi begini?

(kenapalah jadi begini?)
*tah la, mana aku tau?*

(bukan ke sepatutnya jadi macam lain)
*macam apa?*

(macam buat karipap ke?)
*oh ni cerita pasal nak buat karipap ke?*

(entah?)
*entah pulak?*

(kenapa?)
*ko tanya aku lagi kenapa? ko ni kenapa?)

(kenapa aku pulak? bukan engkau ke?)
*ni cerita apa?*

(siapa pulak yang bercerita?)
*ko ni memang dah gila!*

(laa... kau baru tahu ke aku ni gila???)
*oh, aku pun lupa yang aku pun sama gila gak*

**ni cerita orang gila kah??**

CikPanda kata - pandai-pandai la korang nk bagi kesinambungan cerita ni macam mana atau tafsirlah sendiri. kerana tafsiran kita berbeza untuk semua perkara. ingat, orang gila tak kan mengaku dirinya gila. selamat berfikir dan mentafsir.

silalah kongsi tafsiran korang. tak baik fikir sorang-sorang. boleh gila dibuatnya. (kenyit mata)

entri 4 pagi

CikPanda tak leh tidur. Kejap lagi kat ofis tah macam mana lah. Kalau aku tumbang ke apa paham-paham je la. Jap lagi confirm jadi mata panda.

Banyak sangat yang otak aku fikir sampai tak boleh tidur.

Tidurlah... mahu tidur tapi tak boleh.

23 Februari 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Jawab daun keladi: Sama-sama.

Mungkin sebab aku selalu lupa, sampai aku lupa ucap terima kasih kat korang.
Koranglah - kawan-kawan yang aku sayang, sampai bila-bila pun.

Untuk segala kebaikan korang kat aku, pertolongan korang, pinjaman harta benda dan harta karun korang, masa korang yang sangat berharga dan jugak kasih sayang korang. Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan amatlah saya hargai.

Hari ni atau sampai bila-bila pun kalau aku lupa ucap terima kasih. Terimalah ucapan terima kasih aku ni sampai hujung nafas aku. Seadanya. Boleh?

Boleh, terima kasih sekali lagi. (Senyum)

Oh, untuk korang yang singgah baca blog aku tanpa aku kenali siapa korang - terima kasih juga. (Senyum lagi, kali ni sambil kenyit mata kat korang... hehe)


21 Februari 2011

Sheila On 7 - Bila Kau Tak Disampingku




** Bila KodokMondok tak di sampingku **

emo tak sudah

Tak payahlah sesiapa nak terasa dengan perangai aku yang satu ni. Aku memang macam ni, kalau tengah kusut tu tak kira la apahal, memamg susah muka aku nak menipu - pura-pura ok tapi sebenarnya tak.

Apa yang aku kusutkan pun aku tak pasti. Sebab beban bukan setakat kat bahu tapi beban kat otak ni. Kereta rosak, saving makin susut nak baikkan kereta rosak, kerja lagi, lagi lagi kerja... emo! 

Nak makan pun tak selera. Udara macam tak cukup untuk aku sedut. Nasib baik masih bernyawa. Entah la. Atau aku je yang mengusutkan keadaan? 

Macam ni tak boleh jadi ni. Tolong kembalikan senyum aku dulu. Aku rindu. Senyum dan perkara2 yang sama waktu dengannya. 


ku bogelkan kamu di sini - III

KAMI - KodokMondok

:: episod berlapis-lapis ::


Ini cerita hujung minggu lepas. Sempena meraikan hari jadi ke 28 tahun untuk Kodok Stress, Kodok Bob dan Mondok. Lokasi Cosy Place Wangsa Maju. Organizer ialah Kodok Chubby yang dibantu oleh lain-lain. Maaflah aku tengah emo dengan macam2 hal minggu lepas, lalu aku hanya mengiyakan kehadiran aku untuk malam yang sangat-sangat bermakna dalam hidup KAMI.

Yang menjadikan ia sangat bermakna sebab bukan dapat makan makanan sedap. Tapi sebab dah lama tak dapat duduk-duduk sama-sama dalam satu masa yang sama. Al-maklumlah semua pun sibuk dengan hal masing-masing.

Nak dijadikan cerita pada 1 pagi jam 3 pagi - si organizer pun menyampaikan msg panjang lebar tapi apabila dipendekkan ia tertera seperti ini '...tema berlapis-lapis hehehe...'

Maka, masing-masing dengan pemahaman yang tersendiri.

[Hari Kejadian}

Masuk kereta Kodok Chubby, "Hah, pandai pun ko pakai berlapis-lapis. Hehe..."

Masuk kat tempat yang dijanjikan, Ketua Kodok, Kodok Melaram dan Mondok dan tiba. Kodok Chubby pun cakap "Laaa... kan aku cakap tema berlapis-lapis!"

"Ni...hehe" Ketua Kodok menunjukkan lapisan pada badannya!

Sah! Rupa-rupanya kitaorang semua fikir hal yang sama. Memang sengal. 

*****
Sebab dah lama sangat tak jumpa maka, bukan Birthday girls yang diraikan dapat hadiah. Yang lain-lain pun dapat gak. Ala-ala di dinner dapat door gifts.

Thanks Ketua Kodok n Mondok yang banyak berjalan dan belikan KAMI macam-macam. Yeaayyy... suka sangat. 



16 Februari 2011

Lagu Berhantu - Sedetik Lebih (Anuar Zain)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...





EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd



*lirik lagu ni sangat berhantu, ok!*


Hatiku Kau Pegang???

Lirik Lagu Hatiku Kau Pegang Ana Raffali

Semalam ku termimpi
kau telah membawa lari
oh hatiku jauh pergi
adakah ini satu petanda
kau akan ku jumpa nanti?

Sekian lama sudah
ku jalan tanpa berteman
oh diriku takut nanti
kau dekatiku
dan tumpang lalu
tinggalkanku tersipu-sipu

Pelbagai cara telah ku lakukan
untuk menyingkirkanmu dari benak fikiran
tapi semuanya hampa belaka
kau mula meraja di minda
hatiku memangpun kau pegang
lepaskannya, pulangkannya padaku

Setelah ku bertekad
tak mungkin ku terjerat
oh jantungku jatuh lagi
melihat engkau
tersenyum comel
hancurkan rancangan aku


Pelbagai cara telah ku lakukan
untuk menyingkirkanmu dari benak fikiran
tapi semuanya hampa belaka
kau masih meraja di minda
hatiku memangpun kau pegang
lepaskannya, pulangkannya padaku




Hahahahhaa... *pengsan!*

The Green Hornet



Sebelum sorang kawan ajak tengok cerita ni aku langsung tak tau apa-apa pasal filem ni. Paling-paling masa selak surat khabar ada la satu pertiga muka surat poster filem ni The Green Hornet - Jay Chou. Huh?? Best ke? Cerita pasal apa... alaaaaa... kalau tak best tak tau la aku.

Rupa-rupanya cerita ni adaptasi daripada komik dan sangat popular dari dulu-dulu lagi. Selain komik, dah ada beberapa filem dalam versi ikut peredaran tahun. Macam James Bond gak la. Lepas sorang hero, hero lain akan ditukar pada dekad seterusnya.

Ok, overall... cerita ni menghiburkan. Banyak babak kelakar2 sengal dan heroinnya Cameron Diaz yang nampak agak tua. Tapi masih maintain cun gitu!

Jay Chou agak gemuk - ni review kawan aku sebab aku tak pernah tengok filem Jay Chou sebelum ni. Best tengok cerita ni sebab watak Kato ni genius cipta kereta-kereta canggih lebih canggih daripada kereta The Knight Rider! Hahaha...

Nama pun cerita super hero walaupun Green Hornet ni tak ada superpower tapi masih lagi kalau nak jadi hero tu kena menyamar. Agak cliche di situ tapi tetap la aku berpegang pada ulasan aku sebelum ni, jangan cari logik dalam filem!

Janji menghiburkan dan selamat menonton untuk kawan-kawan yang kita sayang ;)





lima bukan empat

Sebab lilin atas kek tu yg bagitau aku, umur Dini lima tahun bukan empat! 


Oh, perlu saya memberitahu, anak buah saya Nur Dini Qistina umur dia lima tahun la bukan empat! Hehehee...

Apa nak jadilah dengan aku ni. Sindrom si ikan dory la ni. Dalam kurungan *malu, ishhhk*

Ok2.... petang tadi acara makan-makan makanan segera dah pun selamat dijalankan. Dini dapat kek kaler pink yang dia nak walaupun gula ising kaler putih siap ada gambar Barney lagi.... tapi dalam kek tu ada aiskrim kaler pink

Best pulak jadi budak2... time aku kecik macam tak tahu pulak nak request dan boleh dapat macam-macam.

Birthday aku yang ke-28 boleh ke nak request? Tapi bukanlah kek Barney. Heeee...
Ok, tau dah, tak ada siapa nak layan! Haha adoi berangan jek lebih!

15 Februari 2011

::jangan pernah menyerah::



LASKAR PELANGI - akhirnya dapat jugak tengok filem Indonesia ni. Memang menyentuh perasaan. Terutama bila babak si Lintang yang genius tu tak dapat nak sampaikan khabar gembira tentang kemenangannya masuk satu pertandingan menguji minda antara sekolah kepada bapaknya yang meninggal dunia. Sebagai anak yang sulung pula, dia terpaksa melupakan dan meninggalkan sekolah tempat dia mendapat ilmu. Tinggalkan cikgu dan kawan-kawan yang dia sayang.

Mesej cerita ni mudah, setiap warga berhak mendapat pendidikan. Dan dari segi moral - banyak menyentuh tentang kehidupan. 

"Jangan pernah menyerah, kawan"
"Terus mengejar pelangi"
 "Dalam kehidupan ni, biar banyak memberi. Jangan hanya banyak menerima"

14 Februari 2011

nur dini qistina - empat tahun



Pagi tadi dapat mesej dari Along - Walimatulurus. Esok 15.2.11/Selasa pukul 2 petang, jamuan hari jadi Nur Dini Qistina di rumah nenek. Undangan seisi keluarga.

Masa mula-mula baca kat perkataan walimatulurus tu aku dah mula pelik - eh, ada gak orang nak kahwin hari Selasa (mengada betul, kan!) hahahaha... siapa suruh aku tak baca habis kan. 

Lepas tu aku reply - hehe ok2. Tahniah kerana terima menantu! Haha... 

Happy Birthday Dini - anak buah aku hari ni 14 Februari,  umur dia empat tahun. Tahun lepas kerana pengaruh tv, depan mak n kakak aku dia tanya soalan ni:


"Mak shu, bila mak shu nak kahwin?" (Erk...?)
"Oh, nanti dulu eh!" ---> dia ajuk iklan Johnson & Johnson


Sekian.

MTV "Sedetik Lebih" - Anuar Zain (1:49 Min)

sunset pulau tioman

CikPanda @ Pulau Tioman 

ada rasa rindu bila tatap momen-momen macam ni

CikPanda @ Pulau Tioman

harap satu hari nanti... tak tengok sunset sorang diri 





13 Februari 2011

mana entri cuti2?

CikPanda@pulau tioman


ada. tp simpan kat draf. nak cerita tapi macam ayat2 tu semua tak best.


hahaha... macam la sebelum2 ni punya entri aku bina ayat2 yang best, kan???


tah la...

02 Februari 2011

The Best Mak in the World


Setelah mendapat persetujuan dan GREEN LIGHT daripada bonda kesayangan saya, sekali lagi Cik Kelisa Cik Panda akan menjadi kenderaan rasmi ke percutian Kodok2 esok. Eh, silap gerak malam ni. Tetapi, pastilah menerima pakej lengkap iaitu khidmat nasihat percuma ibu-ibu terhebat. Ok, baiklah! Saya ingat. Kawan2 atau Kodok2 pun pasti tak lupa pesanan mak ni.

Pesan mak 'hati-hati bawak kereta tu', 'kalau jalan licin bawak pelan2', dan lagi dan lagi... 'jangan seronok sangat', 'mintak kawan2 jangan tidur, mesti ada yang teman', 'kalau penat berenti rehat'.

Ok, mak. Oh ada lagi, 'adik tayar kereta tu bagi angin cukup2', 'touch n go isi siap2'. Ok, mak! You are the best MAK in the world. I love you... muahhh... 

Sebab mak sayalah penyelamat untuk situasi2 genting, last minute tak tau nak bawak kereta siapa. Kereta Kodok yang berpasangan kalau boleh Kodok2 yang single janganlah kacau daun kan? Ala2, bagi peluang honeymoon. Hehehehe...

Jom Cuti Lagi



Percutian yang pertama untuk tahun ni dengan Kodok2. Setelah berbulan berganti tahun merancang, akhirnya tokeh chalet kata ok keadaan banjir makin surut. Mode: sangat gembira! 

Alhamdulillah... 

Malam ni gerak guna jalan yang dicadangkan oleh tokeh chalet. Esok 6 pagi mesti dah naik bot. Lalalalaa....

01 Februari 2011

selamatkanlah...

hari ni cuaca cerah berseri. mentari muncul kembali. semoga mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat seperti di Johor dan Melaka tak berdukacita lagi.

Ya Alllah, kepada-Mu jualah kami memohon agar selamatkanlah negara kami daripada bala bencana yang tak diingini.pulihkanlah keadaan seperti biasa. Ya Allah, Kau selamatkanlah juga saudara-saudara kami di bumi Mesir. di mana jua mereka berada selamatkanlah. Amin...