29 Mac 2011

Permudahkanlah Urusanku

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah.
Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.

Dan berikanlah rahmat-Mu kepada mereka yang banyak membantuku.
Orang yang terlalu asing, yang sedang membantuku, kini.
Limpahkanlah rezeki yang luas kepadanya.

Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kaya dan Yang Maha Pemberi Rezeki.
Amin.

28 Mac 2011

Kluang dan Sekitarnya

Jom layan foto-foto yang aku tembak kat Kluang, Johor dan sekitarnya. Mula-mula aku tak berapa yakin apa subjek yang aku perlu tembak sebab kebiasaannya foto aku lebih kepada manusiawi dan acara-acara.

Tangkap gambar bangunan memang jarang-jarang sekali. 'Tembak' gambar manusia hatta pemandangan semulajadi bagi aku indah - sebab mampu buat aku tersenyum. Gembira. Ceria.

Ambil gambar bangunan bagi aku sangat 'kaku'. Aku tak tahu macam mana nak suruh bangunan tu 'senyum' bila mana aku ingin menembak 'mereka'. Hentam sajalah, Labu!


Jln Dato' Haji Rauf - lokasi hotel penginapan. Mula-mula sampai dekat sini, siap tanya lagi kat sorang brader motor tu mana jalan ni, rupa-rupanya dekat sangat. Siap kitaorang yang follow brader tu pun tak sempat nak ucap terima kasih. Harap-harap brader tu tak maki kitaorang.


Kenangan naik kereta api masa kecik-kecik dulu. Aku tak pernah pun peduli ada tempat nama Mengkibol dan Chamek. Nama je best student Geografi aku ni! Haha... hampeh!

Stesen Kereta Api Kluang
Cita-cita uncle ni nak jadi model tapi tak kesampaian agaknya. Maka, aku pun sudi-sudikanlah lensa aku ni menancap gambarnya.


Mungkin pada masa depan aku perlu 'mesra'kan lensa aku ni 'tangkap' subjek-subjek kaku ni sebab kadang-kadang ia tetap ada ceritanya tersendiri.

23 Mac 2011

Khabar Mereka

Kadang-kadang bila kita tak dapat berkomunikasi dengan seseorang tu mulalah kita jadi pensekodeng tegar di FB mahu pun cuba try ingat-ingat balik password Friendster. 

Maka, terlihatlah khabar seorang kawan lama di alam maya ni. Alhamdulillah, itulah yang terbaik untuk dia dan kehidupan serta jalan yang dipilihnya. Dan segala-galanya akan ada jua kejadian terbaik akan berlaku pada diri kita satu hari nanti.

Oh, ya tadi ada kawan mintak aku 'menembakkan' gambar pre-weddingnya, Insya Allah verbally aku dah setuju. Lagi pun, bila dah dimaklumkan awal-awal ni maka aku berbesar hati amik job tu. Siap boleh tunggu ikut free time aku lagi. Itulah yang sebaiknya, sebab setakat hari ni aku hanya betul-betul free on May onwards. Kalendar aku untuk April dah pun penuh, kebanyakkannya untuk urusan-urusan kerja dan out-station.

Jadi, aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih kat sorang kawan ni sebab nak guna khidmat aku. I'll give you my  fully commitment on that matter. Janji korang puas hati, aku happy *senyum*




Terkenang Dolu-dolu

Gila sakit kepala! Sebab ngantuk tapi tak nak tidur. Tengok gambar-gambar lama. Sengih sorang-sorang. Tu belum lagi niat di hati nak scan gambar yang aku jumpa time kemas bilik. Sangat momento!

Nantilah bila aku dah scan aku nk buat kecoh especially kat KodokMondok. Sebab masing-masing dah berubah sekarang. Hahaha... physically!


20 Mac 2011

Belon-Belon - Episod Dua


Sebenarnya niat kat hati kalau boleh naik, memang nak naik. Harga tiket pun murah je RM10. Tapi perlu faham konsep k, naik tak terbang ke mana-mana.


Jadi, KAMI tengok barisan tak lah panjang mana, oh tidak, rupa-rupanya, tiket dah habis dijual. Kaunter tiket pun dah tak ada si penjual tiket. Maka, hampalah harapan tak dapat naik.


Difahamkan orang-orang yang dapat naik tu, dorang dah ada kat tapak tu sejak dari pukul 7 pagi lagi. Atau mungkin lebih awal?


Niat, hasrat dan harapan ni bawak je la ke tahun depan. Mungkin kena tidur area Putrajaya, baru cepat sikit dapat Q beli tiket. 

Jadi, kalau korang nak tahu pasal episod ketiga, cerita ni akan bersambung tahun depan k. Hehehe...



Belon-Belon - Episod Satu

Janji dengan Ketua Kodok n Kodok Chubby pukul 7 pagi jumpa dekat LRT Kampung Baru. Maka, tak seperti rutin hari Ahad aku yang suka bermalas-malas atas katil, pagi ni aku dah tercongok dekat LRT Damai.


Ceritanya sebab KAMI nak pergi tengok hot air balloon kat Putrajaya. Tahun lepas aku pergi dengan Ain and met my PIC (partner in crime - cerita aku pedajal kekawan buat FB hangit) Afzan or Mike. Tahun lepas silap percaturan, pergi petang, maka cuaca pun tak meredai perbuatan kami tu maka kami hanya berlari-lari anak di dalam hujan yang rintik-rintik kemudian menjadi lebat. 


 Berbalik kepada niat suci murni KAMI pada tahun ni, maka, Kpah pun join. Misi bermula dengan membeli sarapan nasi lemak kukus lauk sotong lagi! Hehehe...


Lepas ni bolehlah membeli-belah sarapan kat sini, Kampung Baru lah mana lagi. Dekat-dekat dengan lorong Jalan Khatib Koyan.


bersambung...

19 Mac 2011

Khabar Lama Jadi Baru

Salam,

Harap kawan-kawan yang kita sayang berada dalam keadaan yang sihat jua. Dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni jagalah diri korang elok-elok k. Sebab dalam dua minggu kebelakangan ni, CikPanda tak berapa sihat. 

Dua minggu lepas, aku demam lepas balik dari bertugas di Pusat Media Kerdau terus hari Isnin di pembukaan Parlimen, aku terus "kiok" macam ayam da... Lepas tu doktor bagi injection

Ubat dah habis makan, demam tak kebah pulak. Pergi lagi ke klinik minggu lepas. Tidak seperti biasa, doktor interview macam-macam sebab doktor risau H1N1 masih ada lagi. Dapat lagi satu injection antibiotik dengan dua jenis antibiotik untuk ditelan. Hah, amik obat!

Aku pun risau gak dengan isu Adenovirus, beberapa pelatih kat PULAPOL meninggal dunia. Sudahlah PULAPOL tu dalam linkungan 10 km radius je dari rumah aku. Harap-harap ni demam biasa je la.

Tapi, Alhamdulillah, kesihatan diri ni sekarang makin baik. Minumlah air secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat. Kalau sakit cepat-cepat jumpa doktor.

Untuk seorang kawan yang mohon aku mendermakan darah, aku mintak maaf sangat-sangat sebab keadaan kesihatan aku yang tak mengizinkan. 



10 Mac 2011

momentum aku



perlahan. tak boleh laju. 

kembalikan momentum aku.

cepat jangan lambat.


09 Mac 2011

demam tapi update blog??

boleh je kalau nak.
kalau larat.
kalau sebenarnya... nak bagitahu aku masih bernyawa lagi.

.........
..............
.....................

Rindu Setengah Mati

derma darah

"Pjan"
"Emm..."
"Ko dah tidur?"
"Emm..."
"Darah ko jenis apa?"
"O"

"Ko boleh derma darah?"
"Tak, period!"
"Oh, nak habis period pun tak boleh derma darah ke?"
"Tak"

Talian terputus. Eh?? (Dia ni...???)

Kalau tak pasal period pun, aku tak leh derma darah sebab aku demam. Demam - makan ubat - ubat maksudnya ada dadah lah. Demam kena cucuk bontot lagi. Apa maknanya? Maksudnya aku SAKIT. Jangankan nak bagi darah, air dalam badan aku pun tak cukup!

Diri sendiri pun aku tak terdaya nak jaga... maaflah...

begini caturannya?

hidup makin menekan.
sarat. berat.

tak pasti begini percaturannya.
maju setapak. undur setapak?

tidak!
percaturannya - hingga jadi juara.
walau apa cara?

dalam percaturan akan ada yang kalah.
akan ada yang terkorban.
tak pasti inikah caturannya.

kalau begini, tak pasti. lebih baik undur saja.
pasti.

walau apa terjadi.

06 Mac 2011

KodoksMondok - Rindu Korang Jugak La

Baru seminggu aku out-station kt Kerdau ni, korang dah tanya aku bila balik?
Iya lah, aku pun rindu korang gak.
Sabar jap lagi - petang karang aku balik la.

04 Mac 2011

Peterpan - Semua tentang kita

sangka mereka hebat

usai seorang kawan menceritakan tentang satu perkara.
ada baiknya aku undur dulu.

bukan tidak mahu. tapi sulit.
sekarang lebih baik begini.

daripada ditindas kejam oleh manusia duniawi.
percaturan mereka, sangka mereka itulah yang hebat.

bagi yang pernah bersama dulu.
yang sekarang berada di luar lingkungan itu
merasa pelik. dan perkara itu tidak hebat.

keliru. hanya mereka yang tahu.
waktu akan menentu.

terfikir begini

adakalanya, seperti tidak ada keperluan untuk mengubah dunia?
adakalanya, seperti tidak ada keperluan untuk segala-galanya?

tapi keperluan kita adalah untuk segala-galanya dan mahu ubah dunia.
letih.

silakan bagi mereka yang mampu.

02 Mac 2011

Ya, saya boleh!


hari-hari kerja 8 pagi sampai 12 malam.
tapi saya tak kurus melidi macam dalam gambar ni pon!
gemuk lagi adalah.
haha. apa boleh buat?
lapar makan. tak lapar pun makan. stress lagi makan lagi

ikan patin masak tempoyak kat Kerdau ni sangat sedap ok.
sesuai dengan bandar Temerloh - Bandar Ikan Patin
selamatlah. tak sempat nak kurus melidi macam model Appetton Weightgain ni.


Orang Brunei ke Pusat Media Kerdau

Sekarang ni musim pilihanraya kecil tengah hangat kat Merlimau dan Kerdau. Maka, CikPanda dan kawan-kawan diarah bertugas di Pusat Media kat sini, Kerdau, Temerloh, Bandar Ikan Patin. Heheh... signature bandar ni kasi promote sikit.

Pagi tadi rombongan pegawai perhubungan awam dari negara Brunei Darulsalam pun melawatlah Pusat Media ni dengan niat sebagai perkongsian ilmu. Akan datang kamilah pulak akan berkongsi ilmu dengan orang Brunei kat sana. Mudah-mudahan kalau ada rezeki, dapatlah CikPanda ke sana. Cewahhh2...


Sembang pagi dengan orang Brunei yang pertama kali melihat suasana pelaksanaan pusat media pilihanraya kat Malaysia. Al-maklumlah seperti kata ketua delegasi ni kat negara dorang tak ada pilihanraya.
Antara pegawai perhubungan awam Brunei yang tertarik dengan setting pusat media kat sini yang banyak membantu media membuat liputan pada pilihanraya kecil N28 DUN Kerdau

Ketua delegasi - Haji Dayang bin Haji Kasim

Ni sebahagian media tempatan yang datang buat liputan. Tengah hari tadi dah masuk dalam Buletin 1.30

01 Mac 2011

'Tembak' Ikan

Gambar-gambar ni aku 'tembak' kat jeti Kampung Paya, Pulau Tioman hari tu. Layaannn....

biru air laut sebenar

edit bright dan contrast

edit dgn tambah warna biru - main sikit dgn saturation

ikan-ikan glow in the dark