30 Disember 2011

impian besar saya

Impian besar saya bukan mahu jadi pembesar. Apatah lagi impian saya kalau ditulis ia adalah satu impian yang kecil bagi manusia-manusia lainnya. Akan tetapi impian besar saya itu kalaulah satu hari nanti saya akan melakukannya, saya adalah orang yang sangat-sangat berbahagia bilamana apa yang saya percayakan kini akan saya lakukan pada masa akan datang. Tanpa ragu. Tanpa rasa takut.

Sekalipun pada masa ini saya sedang melakukannya. Saya sedang lakukan impian besar saya ini dan kalian (kawan-kawan yang kita sayang) sedang membacanya. Kalianlah saksi impian saya ini. Secara langsungnya walau dalam keadaan maya. Impian besar saya itu bukan sekadar menulis di blog CikPanda Berkongsi Cerita. Impian besar saya yang mungkin akan ada sesetengah manusia akan menyindir dan menyumbingkan bibirnya ke atas akan saya usahakan secara berdikit-dikit.

Bukan tidak ada yang menyokong dari segi moral atau tidak terjumpa haluannya tapi seperti yang saya katakan impian besar saya itu adalah impian kecil bagi sesetengah manusia lainnya. Ya, saya mahu berkarya dan hasil karya saya itu nanti adalah impian yang saya maksudkan - mengubah persepsi dunia tentang perbezaan mengenai kehidupan. Tentang hidup. Bukan tentang Dhia.

Tentang Dhia yang tidak saya ikuti kerana kepercayaan saya terhadap kualiti cerita tentang satu kehidupan yang bukan seperti itu yang mahu saya tontoni. Tentang Nora Elena mahu pun Ombak Rindu. Karya-karya itu bagus tidak saya nafikan. Tapi bercerita mengenai impian besar saya bukan sepertinya karya-karya itu yang mahu saya hasilkan.

Saya suka sekali melihatkan sisi berbeza tafsiran manusia tentang kehidupan. Usai menonton 3Idiots di TV3 malam semalam (walau saya adalah antara yang terlewat menyaksikannya!) sempat saya khabarkan pada rakan lain untuk melihat cerita Aamir Khan memeran watak guru kepada seorang murid disleksia (saya tidak ingat tajuk filem itu) dan juga filem Hindustan Paa lakonan Amitabh Bachan yang memaparkan sisi berbeza kehidupan manusia dan fasa lain karya para Hindustani.

Bagi filem atau karya manusia yang penduduknya dilahirkan di bumi Malaysia ini, saya hanya kagum dengan sentuhan Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan tercuit dengan cerita kawan-kawan hasil arahan daripada Afdlin Shauki.

Berbeza dengan medium filem, saya juga turut tersentuh dengan karya Faisal Tehrani - Tunggu Teguh Dulu dan kini saya sedang layani novel Habiburrahman - Bumi Cinta. Karya mereka membawa saya ke dunia yang lebih realis. Terdampar saya ke kehidupan yang jauh dari ceritera rekaan, bomoh, khurafat, hasad dengki, percintaan yang curang, cinta yang melalaikan dan sebagainya yang tidak membangun jiwa.

Seperti yang pernah saya reviukan di dalam blog saya ini mengenai Perempuan Berkalong Sorban, minat saya yang lebih selektif kepada ceritera-ceritera karyawan Indonesia yang lainnya seperti Ayat-ayat Cinta dan Laskar Pelangi.

Jika satu hari nanti, impian besar saya ini menjadi kenyataan, akan saya khabarkan berita gembira itu pada kawan-kawan yang kita sayang. Apa mediumnya dan bila jangka waktu perkara baik ini akan berlaku saya tetap akan teruskan hasrat/impian/matlamat/kemahuan saya untuk ke arah itu.

Tetapi ini bukanlah satu azam baru yang saya rekakan dengan sengaja kerana tahun melangkaui tahun yang lagi satu. Saya tidak suka terburu-buru untuk ke arah itu. Pada saya biarlah mengambil masa yang entah berapa lama kerana dalam jangka masa yang lama ini - saya bukan bergoyang kaki semata tetapi akan terus memerhati, berempati dan berhati-hati menjalani dan meneladani kehidupan saya ini dengan kehidupan mahkluk lainnya di muka bumi Tuhan ini.

Semoga satu hari nanti saya akan berada pada satu kehidupan yang penuh berbeza kerana telah berjaya melaksanakan impian besar saya ini. Saya sudah memberitahu dan berkongsi cerita dengan kawan-kawan yang kita sayang - yang suka membaca, yang suka mendoakan saya dan saya juga mendoakan impian besar kawan-kawan yang kita sayang supaya tercapai segala impian yang diimpikan.

****

Terima kasih kerana sudi membaca omelan kecil saya di sini.
Selamat Tahun Baru buat semua kawan-kawan yang kita sayang - yang cantik bak rupawan dan yang hensem menawan.

Jaga diri dan biarlah diri kita lebih banyak memberi daripada menerima manfaat dan kebaikan, semoga Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Kaya saja yang layak menimbang tara dosa dan pahala kita.

17 Disember 2011

tiada indah hidup tanpa masalah

Tiada indah hidup ini tanpa masalah.
Tiada daya diri ini mendepani semuanya sendiri.
Tiada pula yang memahami tapi mahu menyakiti.

Kerjakan pekerjaan sebagai ibadah pujuk diri.
Janji Tuhan di syurga nanti, pasti.

mereka lari kerana kecut dan takut

Kata mereka mahu mengubah dunia. Yang buruk jadi indah. Yang jelek jadi cantik. Mahu mereka supaya semuanya akan gah di mata dunia. Tapi, barangkali mereka lupa. Manusia duniawi berpesan-pesan supaya ada di antaranya tidak alpa. Mereka lari kerana kecut dan takut. Biar jadi ribut, biar jadi kalut. Tapi mereka tetap terus berlari kerana kecut dan takut. Mahu mereka diakhir cerita jadi indah. Tidak susah buat mereka tapi penuh onak dan duri. Untuk yang lainnya terpaksa memijak duri-duri dunia. Mereka terus lari kerana kecut dan takut. Di akhir cerita mereka berdiri kerana dipuji. Yang memijak duri-duri dunia memilih jalannya sendiri. Hebat sangat mereka ini. Jika hebat, mereka tidak perlu lari kerana kecut dan takut. Sebaliknya, mereka perlu sama berani memijak duri-duri dunia. Berani atau takut sama seperti benar atau salah. Tidak perlu berani tapi tak perlu takut. Tidak ada yang salah, tidak ada yang benar. Kerana semuanya jadi benar dan salah; jadi takut dan berani. Jadi, mengapa mereka lari kerana kecut dan takut? Kerana tidak berani, barangkali. Buat yang lainnya tidak berani merajai hati juga tapi mereka tidak lari kerana kecut dan takut. Buat yang lainnya hanya perlu mendepani dan meneladani hal-hal yang baik supaya jadi berani. Mengertilah aku kini, mereka yang berani tidak harap dipuji. Walau dalam diri takut pernah merajai tetapi bagi mereka yang takut dan kecut akan terus berlari. Itu pasti.

11 Disember 2011

Permudahkanlah Ya Allah...

Semoga Allah mempermudahkan urusan-urusan mereka yang banyak membantuku dan Allah memberikan lebih banyak rezeki buat mereka. Amin...

05 Disember 2011

Ombak Rindu

'Cinta tak kejam. Tapi manusia yang tak tahu menghargai.' (Ombak Rindu)

02 Disember 2011

Istikharah Cintaku




Allah yang menciptakan cinta.
Allah yang membisikkan rindu.
Semoga Allah mendengar Istikharah Cintaku.



09 November 2011

saya mengidam!

Masa kena tahan kat hospital hari tu - aku nekad lepas keluar macam-macam yang aku nak makan. Sebabnya... lauk kat hospital hanya diberi pilihan nak ayam ke nak ikan?

Bukan aku tak tahu bersyukur tapi tekak ni ada rasa macam nak telan makanan lain selain yang aku nyatakan tadi. Jadi, makanya beberapa makanan memang aku dah dapat makan dah - antaranya daging masak blackpaper. Fuhh... meletop aku masak - sebab pi campak sekali dengan cili padi sekali dalam 7-8 batang.


Sekarang aku ada rasa nak makan benda ni. Cuba tengok bebetul. Terliur tak? Terliur kan... nak pulak perut ni tak berapa nak tahu makan apa lunch time tadi. Lalalala....

Lagi satu, hari tu ada drama tajuk Cik Kiah Kole Kacang - tetiba aku pun rasa nak makan kole kacang ni.


Tah kat mana lah aku nak cari kuih ni kat tengah-tengah Putrajaya. Kalau ada pun dan aku terbeli lalu aku termakan sebab nak hilangkan rasa mengidam ni, mesti rasa kuih tu ada kurengggg sikit. Maksudnya apa? Sebab air tangan orang tu tak power la.

Emmm... lapar nyewww... :-(

03 November 2011

Cerita minggu lepas


Terbongkang saya 6 hari kat Hospital Pakar Al-Islam kerana.... Kerana apa? Kerana saya sakit - Sinusitis yang telah merebak hingga ke belakang kepala otak saya.

Kenapa kepala otak? Sebab otak saya telah diimbas (scan) untuk mencari punca penyakit ini. Macam mana atau apakah simptom-simptom yang saya lalui hingga dapat penyakit yang saya tak tau pun saya ada. Sejak awal bulan saya kerap demam dan apabila demam saya sakit kepala. Makan ubat panadol saja yang saya tau - saya baik dari demam itu.

Kemudian saya demam lagi, ambil langkah yang sama dan pergi ke klinik. Ubat habis dimakan oleh saya tapi saya tetap rasa sakit kepala yang amat sangat. Sehinggalah saya dimasukkan di hospital seperti yang saya nyatakan di atas - doktor buat pemeriksaan dan menemuramah saya (ya, doktor itu juga sangat peramah orangnya!) 

Doktor cakap dengan sangat intusias bahawasanya dia perlu mencari apakah punca penyakit saya dan dia mencadangkan saya membuat imbasan otak (CT Brain Scan). Geruns kan bunyinya? Saya tau, tapi saya ok kan saja dengan harapan saya nak baik dan tak mau sakit ini lagi. 

Harapan saya juga janganlah ada penemuan yang pelik-pelik. Walau pun anda dan juga saya tertanya-tanya 'How lah sinus ko boleh sampai kat belakang kepala?'

Alhamdulillah, sekarang saya dah ok sihat sejahtera kembali bekerja seperti biasa di tempat baru - Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang sangat cantik ini di Putrajaya. 

22 Oktober 2011

Rumah Baru

Macam ni eh rumah aku nanti? Hehehe....


1 November ni... Welcome to Putrajaya Pjan. Lalalalalala....
Yang sebenarnya - aku pun tak tau apa perasaan aku yang sebenarnya berkenaan nak pindah-pindah ni.
Tapi, yang sebenarnya perasaan tu bercampur baur dan redha saja lah.

Sebelum ni ada sikit stress - nak beli itu ini, nak manage duit, famili tanya bila dan bila nak pindah. Sampai aku pun konfius sikit. 'Aik, macam nak halau jek ni?' Huhuhu... Tapi aku tau aku yang a bit sensitive. Sikit-sikit nak emo. Stop it Pjan!

Alahai Pjan... Pjan


Bagi sebahagian manusia - permulaan baru hidupnya dikira daripada hidup seorang selepas itu berdua. Lain pulak dengan aku. Cerita baru hidup aku bisa dibilang beberapa hari lagi bila mana aku akan menetap sendiri tidak seperti kebiasaan bersama keluarga bahagia di kampung halaman tercinta - Kg. Datuk Keramat.

Alahai CikPanda ni poyo pulak bercerita... Pakai ayat nak yang emo je. Hehehe...

Yang sebenarnya... disebabkan pejabat aku akan berpuindah dan akan beroperasi sepenuhnya di Putrajaya 1 November ni, nampak gayanya aku akan melalui fasa hidup orang bujang yang sebenar. Lebih-lebih lagi aku dah pun dapat kuarters kerajaan dekat Presint 5, Putrajaya.

Makanya, tidak boleh seperti selalu celik mata je mak dah siapkan itu ini. Paling-paling kurang teh O panas pagi-pagi dah ada. Sekarang semuanya akan dibikin sendiri. Mengada betul kan aku ni?

Kalau dulu masa belajar duduk rumah sewa dan menyewa dengan kawan-kawan sangat-sangat la berbeza dengan persiapan aku nak masuk rumah baru ni. Fuuuhhhh... itu ini semuanya nak disediakan. Masalahnya, aku... Aku terasa aku sangat cerewet untuk cari barang keperluan rumah.

Bukan boleh beli suka-suka hati je. Cerewet sangat tahap gaban sampaikan apa yang mak aku cadangkan kalau aku tak berkenan mulalah muncung panjang sedepa. Lepas tu, rumah aku tu, makanya sehingga sekarang banyaklah lopong sana-sini. Alahai Pjan-pjan...



Pesan Diri



Hidup ini takdir. Sesuatu yang telah ditentukan Allah untuk semua makhluk-Nya. Setiap kelebihan punya kekurangan. Setiap kelemahan punya kekuatan. Begitu hidup ini diatur-Nya untuk setiap makhluk Allah itu sentiasa memanjatkan syukur dan berterima kasih. Tidak kira kepada sesiapa pun - sesama manusia yang dikenali mahu pun yang tidak dikenalinya.

Jangan dibanding bezakan setiap kelemahan diri kerana aib diri perlu dipelihara dan dijaga. Dan tidak juga kita tahu bila pula kita akan dimalukan kerana pasti ada manusia yang sentiasa punya niat berbeza untuk menunggu masa melihat kita dimalu bogelkan.

Sepertinya, hidup kita ini perlu sentiasa dipesan-pesan setiap hari, diingat-ingatkan supaya tidak lupa diri. Pesan-pesan buat diri sendiri yang punya short term memory lost...

16 Oktober 2011

sabar aku jangan dicabar.

bagaimana untuk tidak meluah marah melalui lidah?

bagaimana untuk memberitahu yang kita sedang marahkan mereka?

marahkan mereka atau marahkan situasi mereka?

tidak meluah marah daripada lidah jawabnya sabar sajalah.

harus bagaimana perlu memujuk diri agar sabar?

sabar itu satu anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada hamba-Nya.

tapi perlu diingat setiap perkara ada batasnya.

pujuk diriku, agar mereka bisa mengerti sabar aku jangan dicabar.

12 Oktober 2011

berhenti bila penat




Umpamakan kehidupan seperti berjalan di sebatang jalan yang panjang. Terlalu jauh sehingga tak tahu mana penghujungnya. Infiniti. Tiada batas waktu yang ditetapkan untuk sampai ke sana. Sehingga ada ketikanya kita mahu berlari laju supaya cepat sampai ke destinasi yang dituju. Adakalanya pula kita jalan perlahan kerana mahu  menikmati pemandangan.

Di perjalanan itu, ada pelbagai cabaran. Pilih kiri atau kanan. Kehidupan itu adalah keputusan untuk membuat pilihan. Mahu mati atau mahu hidup. Mahu teruskan atau tidak. Mahu ke kiri atau ke kanan, depan atau belakang.

Masa tak pernah berhenti. Bila masa bermula pun jangan pertikaikan. Allah Maha Mengetahui. Jauh perjalanan itu, kita berselisih dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang aneh, ada yang jelek, ada yang menyenangkan dan ada yang terus menjadi misteri.

Berhenti. Bila penat. Terus berjalan lagi. 

29 September 2011

my clear button



Salam. Sejak dua menjak dan berbulan-bulan kebelakangan ni - hidup makin sibuk dan sangat sibuk. Ke sana dan ke sini tu dah selalu. Sampai adakalanya wuuiisshhh sakit!

Jadi, makanya i need my clear button. So, this is my clear button. Tengok vlog dari matluthfi90 and IniAnwarHadi walau pun dah tengok banyak kali - it's really help me to overcome my STREEEESSSS level.

Tak tahu lah korang - kawan-kawan yang kita sayang kalau tension macam mana pulak kan?
Tapi, macam mana pun sentiasalah ingat - mengadulah pada Tuhan kerana hanya Dia yang akan memberi ketenangan.



27 September 2011

hal yang sama?

...dan bila kita mula tahu dan mahu merindui dirinya, adakah dia juga rasa hal yang sama?

21 September 2011

Kalau Saya Super Panda



Kalau saya Super Panda dah tentu tak akan ada Superman dan Batman.

Kalau saya Super Panda saya akan ke satu hujung dunia ke satu hujung dunia yang lain dalam sekelip mata.

Kalau saya Super Panda – pasti panda-panda yang lain tak akan berpuas hati sebab saya jadi Super Panda.

Kalau saya Super Panda hari ni mesti tak ada Hafizan Hamzah.

Kalau saya Super Panda, Nasha Aziz tetap akan jadi Supermak.

Supermak bukan Super Panda.

Saya pun tak akan jadi Super Panda.

Sebab Super Panda tu hanyalah bahan untuk saya merepek saja hari ini. 

Saat Ini

Yang saya perlukan saat ini adalah diam.

Yang saya perlukan saat ini adalah memerhatikan.

Yang saya perlukan saat ini adalah rehat yang secukupnya.

Yang saya perlukan saat ini adalah tubuh badan yang sihat dan segar bugar.

Yang saya perlukan saat ini adalah senyuman saya suatu ketika dulu.

Yang saya perlukan saat ini bukan saat-saat seperti sebelumnya.

Tetapi, tetap ada saat-saat yang seperti sebelumnya itu yang saya rindukan. 

Pujuk Diri

Kebelakangan ni, sungguh rasa tidak bagus itu datang berkali-kali. Walau cuba pujuk diri sendiri, namum ia tetap gagal. Umpamanya, anak burung yang mahu belajar terbang tapi gagal dalam percubaan pertamanya.

Sedang rasa tidak enak itu menjengahkan diri, rupa-rupanya di keliling kita juga berlaku perkara yang sama. Perkara yang tidak menggembirakan bagi mereka. Sepertinya, aura yang tidak bagus sama sekali ini dapat dirasakan oleh sekelian makhluk di serata dunia.

Tapi apakan daya, rasa itu tetap tidak dapat dirasakan oleh semua. Rasa yang tidak bagus ini harapnya akan berlalu pergi jua dan selamanya tidak akan singgah menyapa diri lagi. Kalau boleh.

Setelah difikir berkali-kali, usah dipeduli apa yang akan terjadi. Semuanya adakalanya bukan dalam kawalan diri. Sesungguhnya, buruk dan baik sesuatu perkara itu Allah jualah yang lebih mengetahui. 

19 September 2011

Raya dengan KodokMondok Saya


20 Syawal semua KodokMondok dapat beraya bersama. Dah 2 orang dah Kodok junior. Tahun depan tambah lagi tak ahli baru? Hehehe.... Mudah-mudahan....

06 September 2011

Yeayyyy.... Lepas Raya Kahwin !!!!!!!!!!!!!!

Eh... eh... errrr... bukan aku lah yang kahwin. Musim-musim raya ni memang ramai yang merancang menamatkan zaman bujang masing-masing. Bulan ni je, dah siap2 terima undangan Walimatul Urus dari tiga rakan. Insya Allah, kalau tak ada aral melintang, aku akan datang untuk ketiga-tiga majlis perkahwinan plus ada majlis akad nikah pun aku dijemput untuk hadir.

Alhamdulillah, buat pasangan Farah Dilla bt Mat (kawan sekolah rendah sama kelas dari darjah 1 hingga 5) dan pasangan. Cik Ina Burn... eh...eh bukan Azlina Abu Bakar dan pasangan (kawan kelas masa belajar Diploma Pentadbiran Awam UiTM) dan Hazlianayati Subdin dan Abdul Haidir Mohd Sukor (kawan 1 batch Pegawai Penerangan batch Disember 2009)

Semoga perkahwinan kalian bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Aminnn...


28 Ogos 2011

Resipi Onion Rings Super Rangup Sedap Giler


1. 2 biji bawang kuning saiz sederhana.
2. Hiris bawang dan jadi gegelung macam ni.
+ +

3. Campurkan 1 cawan tepung jagung dan 2 cawan tepung gandum, sedikit garam dan lada hitam. Gaul rata dan curahkan air soda sehingga dapat adunan yang sedikit pekat. Rehatkan    
                                     selama 10 minit sebelum digunakan untuk menggoreng. 
4. Pilih serbuk roti jenis Panko. Letakkan sedikit garam dan sebuk paprika atau lada hitam secukup rasa.


5. Celupkan gegelung bawang ke dalam bancuhan tepung dengan menggunakan garfu. Letakkan gegelung bawang ni di dalam pinggan serbuk roti (gunakan garfu berlainan untuk mengelakkan bancuhan tepung melekat pada serbuk roti jadi bergumpal) dan gorengkan di dalam kuali dengan minyak yang panas dan banyak (deep fry).



6. Ulangi langkah ini dan buat satu demi satu dengan sabar dan redha. ;)


Tips:
1. Gunakan bawang saiz sederhana untuk dapatkan gegelung bawang yang kiut. Kalau nak guna saiz besar pun tak jadi hal.

2. Kalau tak jumpa air soda? Aku pernah guna Ais Krim Soda... dan jadi. Tapi kalau Pepsi ke Mirinda Oren ke aku x jaminlah rasa dia jadi macam apa kan.... Hehe... Kenapa guna air soda? Aku rasa untuk dapatkan kesan ranggup.

3. Buat onion rings ni memang kena banyak sabar sebab kita kena buat satu-satu. Sebabnya, nak elakkan kerugian pada serbuk roti yang senang bergumpal bila dia dah bersatu padu dengan bancuhan tepung tu. 

4. Gunakan minyak yang dah betul-betul panas kalu tak saduran bawang dengan tepung dan serbuk roti akan serap banyak minyak.

5. Dalam resepi asal ada juga keperluan untuk menambahkan bancuhan tepung tadi dengan tepung ubi kentang. Tapi sebab sepekat yang berapa gram sangat harganya agak mahal dan aku rasa tak berbaloi, aku ambil satu sudu kentang lenyek dan campurkan dalam bancuhan tepung. Tapi, kalau korang tak buat kentang lenyek sebagai pasangan sejoli onion rings ni tak pe boleh diabaikan satu ramuan ni. Insya Allah masih dapat kesan ranggup.

6. Kalau tak dapat cari serbuk roti jenis PANKO? Tak pe jangan menangis. Ni resepi Jamie Oliver aku kongsikan dengan korang. Amik roti biasa, (Jamie pakai roti Wholemeal utk lebih berkhasiat katanya) kisar dalam pengisar kering dan panggangkan sekejap dalam ketuhar atau kuali leper untuk kesan yang lebih kering. Dan jadilah serbuk roti ala2 Jamie Oliver bukan cap PANKO. 


SELAMAT MENCUBA... ;)

Resipi Kentang Lenyek dengan Gravy Lebih Sedap Daripada KFC



Hari ni CikPanda berkongsi resepi kentang lenyek ni sebab tadi dapat called daripada Ketua Kodok. Mula2 dia suruh tulis SMS cara2 nak buat gravy resepi ni tapi sebab macam tak feel, aku suruh dia call siap dengan pen n kertas. 

Nah, korang pun boleh cuba buat sendiri. Hasilnya macam kat bawah ni. Hehehe... Kpah sila print resepi ni untuk abah ko k! Sebelum tu bapak Kpah pun pernah called Ain mintak resepi ni tapi sebab tokeh resepi ni aku maka hari ni selamat memasaklah kepada semua. 





Bahan-bahan:
12 biji kentang sederhana besar (jenis Holland)
6 ketul stok ayam (Maggi or Knorr)
2 batang saderi
1 biji bawang kuning (sederhana)
600ml air
1 cawan susu segar 
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
5 titik kicap manis
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
6 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung

Cara Memasak:
1. Kupas kentang dan belah dadu (sederhana) dan rebus sehingga empuk. Letakkan 2 biji kiub ayam dan sedikit garam.

2. Toskan kentang dan lenyek. Suamkan susu. Ketika lenyek kentang letakkan sedikit mentega (dalam 2 sudu) dan susu. Gaul sebati. Letakkan sedikit lada hitam pada kentang (jika suka).

3. Didihkan 600ml air. Masukkan saderi dan bawang kuning yang dihiris sederhana besar dan masukkan 4 biji kiub ayam. Masak hingga air rebusan mendidih dan toskan air rebusan ini.

4. Cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau supaya tepung tak bergumpal sehingga menjadi warna perang. 

5.Masukkan air rebusan (stok ayam). Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Jumlah kicap akan menentukan warna gravy yang dikehendaki. 

6. Didihkan gravy ni, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa (hati-hati dengan kuantiti garam sebab dah ada sos tiram, tak letak pun tak pe).

7. Ketika mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan sedikit air. Masukkan dan terus kacau rata. Siap!

Tips: 
1. Kuantiti dalam resepi ni tidak spesifik. Mungkin korang boleh kurangkan atau lebihkan tapi berpada-padalah. Ikut gerak hati. Kalau jumlah kentang sekali ganda dari resepi yang aku bagi ni atau kurang, maka korang kenalah gandakan atau kurangkan bahan-bahan yang lain jugak.

2. Kalau masak bukan dalam bulan Ramadan, sentiasalah rasa supaya boleh adjust mana2 yang patut. 

3. Boleh juga gantikan kiub ayam tu dengan stok ayam pekat yang dijual di mana2 hypermarket. Resepi sebenar yang aku dapat memang kena pakai stok ayam pekat tu, tapi tiba2 hypermarket yang aku gi tu, dah habis stok. 

4. Kalau nak guna kentang jenis lain pun tak ada hal. Aku cadang n memang guna jenis Holland sebab aku rasa jenis ni cepat empuk. 


SELAMAT MEMASAK TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN... 

22 Ogos 2011

15 Ramadan: Iftar KodokMondok (Entri Terlampau)



Mashed Potato in the making.
Kalau korang buat x sedap, tu sebab kentang tu x dilenyek oleh Ketua Kodok. Hehe...
Super Panda dan kawan2 masak. Masya Allah.... rezeki.... rezeki...
15 Ramadan hari tu iftar dengan KodokMondok. Semua ada kecuali Kodok Bob, almaklumlah kodok junior - Tsara baru 2 bulan. Kecik sangat tu nak bawak jalan jauh.

Maka, dijadikan cerita, kali ni kitaorang iftar kat rumah Kodok Chubby kat Gombak. Dengan menu hidangan yang aku cadangkan macaroni cheese, mashed potato, chicken nugget tempura, onion ring n salad - fuh menu nak western tapi layan sirap selasih ais - yg macam telur berudu tu (sebab Ketua Kodok mengidam!) n teh O panas perisa blackurrant! (Mengucap... hahah)

Sebab aku dah offer menu tu maka dah jadi acara wajib untuk aku masak. Oh, silap KAMI masak bersama tapi aku jadi ala2 Cip Chef! Keadaan dapur... nauzubillah... boleh pengsan. Kalaulah mak aku buat spotcheck ala2 warden asrama... confirm KAMI kena ketuk ketampi macma Labu-Labi. Haha...

Pada hari kejadian semua dari ofis masing-masing, dengan Kota Lumpur hujan lebat menimpakan dirinya, ada semacam kerisauan kat aku yang dorang ni pasti tersangkut n mungkin acara memasak akan lambat.

Oh, rupanya tak, pukul 6 tuan rumah sampai - maka acara memasak pun bermula!

(Imbas belakang waktu)

Aku kat Giant: Err... saderi lupa beli pulak, (time ni dah bayar barang2 lain) maka aku pun tolak troli semua ke tempat sayuran. Ok, dapat. Sudah la aku nak chicken stock Maggi tak dak, tah apa rasa la aku masak nanti. Ulp.... jangan ada yang pengsan nanti sudah.

Dah sampai kat rumah, Kodok Chubby cakap: Jan, aku bersihkan dulu apa yang patut. Adik aku ni buat sepah pulak. Ok2... cuak kat dapur sebenarnya sebab tak da sapa yang tolong. Tolonglah, segera datangkan kawan-kawan aku yang lain.

Mix Salad with Mango n Raisins
Lepas tu Kodok Melaram datang, Ketua Kodok pun datang merempit dan fuhhh... lega Mondok pun sampai kemudiannya. Sambil2 tu aku dah macam rasa kalau lah aku peserta Masterchef confirm dah kalah.

Lepas tu masak... masak... masak.... masak.... dan beginilah hasilnya. Burpp... Alhamdulillah... 

** Resipi semua makanan ni Insya Allah nanti buat entri lain ye. 



Onion rings yang Super Rangup Sedap Best Gilerrr....
Mashed potato with gravy yg lebih sedap daripada KFC!
Macaroni n Cheese with Squid, Black Pepper Sausage n Mushroom. Emmm... yummy!

Same salad with extra cheddar cheese. Boommmm!

14 Ogos 2011

cerita tentang kita

tanpa sedar atau pun tidak.
kita sering membanding beza kehidupan kita dengan yang lainnya.
kemudian, kita akan memperkatakannya.
sedangkan diri kita bukan orang lain.
selayaknya kita tidak perlu mencampuri urusan mereka, bukan?
kerana kita tidak pernah ada di kedudukan mereka.
kita tak pernah akan bisa menyelami rasa dan cerita mereka.

sedang diri kita juga terlalu banyak kisah.
tetap sama. masih ada yang mahu peduli dan ada yang abaikan kerana tidak perlu peduli.

hidup ini aturannya hebat.
tahu apabila perlu mengambil tahu
tetapi belum tentu kita mahu apabila kita sudah tahu.

sama saja, perkara ini terjadi kepada semua.


03 Ogos 2011

Enam Ratus Sepuluh Hari

610 hari - semak jangan tak semak Pjan!
Enam ratus sepuluh hari - kalau tak salah hitunglah. Dari Disember 2009 hingga ke hari ni aku dalam sektor awam ni. Hari ni aku jadi juri pertandingan menulis esei anjuran dua agensi di bawak KPKK.Tak payahlah aku tulis details sangat, karang orang kidnap aku lak kalau tau anak dorang tak dapat tempat pertama pertandingan tu. 

Ok2, bukan nak cerita apa sangat pasal pertandingan tu, tapi aku nak berkongsi cerita jadi juri di peringat saringan ni MEMANGGGGGGGGGGGGG fuh, macam-macam perasaan ada. Sudahlah aku terdatang lewat sebab dapat surat arahan lewat jadi makanya, aku terlepaslah sesi taklimat yang penuh bermakna bagi seorang juri lebih-lebih lagi jadi juri bidan terjum macam aku ni.

Di pendekkan cerita. Urus setia suruhlah aku jadi juri untuk karangan budak sekolah rendah. Maka, dengan sangapnya aku pun duduk dan diberikan ulasan ringkas serta nota kriteria penyemakan kertas-kertas pertandingan menulis esei.

Perasaan aku macam-macam - cemas, hairan, kelakar nak tergelak sebab gelakkan diri sendiri yang macam blur semacam dan lain-lain lagi. Kumpulan aku cuma tiga orang je, termasuk aku jadi empat. Aku pegang pen, capai kertas budak-budak tu terus aku macam, 'eh, kena baca semua eh?'. 

Muka aku dah memang macam orang kurang darah dah, terus sorang kakak tu sapa aku, 'tak pe dik, ni peringkat saringan kita check format je dulu. Kalau baca semua nanti memang tak sudah'. Hehehe... aku gelak sendiri, tersipu-sipu malu dan bodoh-bodoh macam dah lama tak pergi sekolah. (Tapi memang pun dah lama tak gi sekolah!)

Jadi, terciptalah satu lagi sejarah dalam hidup aku setelah 28 tahun hidup. Dulu-dulu masa kecik, aku pasang cita-cita nak jadi cikgu kan? Kan? Hahaha... nah aku terlupa nak bayangkan kalau aku jadi cikgu ni sebenarnya bukan hanya mengajar tapi kena ada extra time untuk semak kerja sekolah students. 

Jasa cikgu akan aku kenang sampai bila-bila.

Check punya check memang stress!!!!!!!!! Sebab-sebabnya aku senaraikan seperti berikut:

a. aku rasa macam aku ada kat satu alam lain, yang mana aku rasa adik-adik ni sangatlah berfantasi dengan 
    tajuk yang diberi. istilah cikgu-cikgu karangan terpesong. istilah orang sekarang ke laut, dik!

b. format pertandingan suruh tulis dalam format karangan surat tidak rasmi. tapi, ada dalam bentuk cerpen,     
    ala-ala gaya penulisan fan club disney channel dll,

c. istilah cikgu-cikgu tulisan cakar ayam. walaupun aku tak dapat cakar ayam punya tulisan dan aku tak  
   nafikan memang ada tulisan tangan yang lebih cantik daripada tulisan tangan aku, aku memang dapat 
   selamilah perasaan cikgu-cikgu kalau semak hasil karangan 'cantik' kita dolu-dolu. alahai... ampunkan kami, 
   cikgu.

Akhir sekali, aku memang akan harungi hari-hari aku dengan sabar dan tabah. Harap-harap tak ada sesiapa yang tersinggung sebab zaman2 sekarang ni, persepsi lain2. Aku cakap dari segi pengalaman aku yang tak seberapa ni je, nanti orang ingat aku perasan hebat ke apa. Orang yang paling hebat dalam dunia ni, bagi aku ialah cikgu. Cikgu yang sebenar-benar cikgu ye, yang dedikasinya hanya mahu melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Semoga peranan cikgu ni kita hormati dan sanjungi sebab tak semua orang boleh menjadi pendidik yang benar-benar hebat dan berkualiti. Hidup, cikgu!

Untuk adik-adik di sekolah, teruslah suka menulis dan apa yang lebih penting banyakkan membaca kerana membaca tu kan jambatan ilmu.
Mari membaca.

01 Ogos 2011

ramadhan ya kareem




Ya Allah, permudahkanlah urusan amal ibadat kami sepanjang menjalani Ramadhan ini. Ya Allah, berkatilah segala amalan kami. Semoga Ramadhan pada kali ini adalah Ramadhan yang terbaik yang pernah kami lalui. Semoga Ramadhan pada tahun ini adalah lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun sebelumnya. Ya Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang temukanlah kepada kami malam yang lebih baik daripada 1000 bulan yakni Malam Lailatul Qadar. Amin... Ya Rabbal 'Alamin. 

29 Julai 2011

bila mak jadi pengulas sukan


Apa-apa pun syabas dan tahniah buat semua pemain kebangsaan, yang hanya seri 1-1 dengan Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia. Walau seri tapi kita tersingkir sebab ikut agregat permainan sebelum ni di Singapura kita tewas 3-5. 

Takpe, yang penting sekarang permainan pasukan Malaysia dah banyak menunjukkan perubahan yang positif. Tapi, kelemahan tetap ada dan kalau dapat diperbaiki, tak mustahil Malaysia jadi antara pasukan yang disegani bukan saja di rantau ini tapi juga di dunia. 

Bukan niat aku nak ulas panjang lebar terhadap skill dan strategik permainan, biar orang yang selayaknya yang perbetulkan. Tapi, apa yang aku nampak semangat rakyat Malaysia dalam memberikan sokongan terhadap pasukan kebangsaan juga turut harus dipuji.

Sebentar tapi kita baru saja lihat ramai yang memenuhkan Stadium Bukit Jalil, pengulas sukan yang melaporkan bagitahu lebih kurang 90,000 yang memenuhkan stadium. Itu cerita kat stadium yang aku tengok dari skrin tv rata yang abah beli.

Tapi, buat julung kalinya dalam masa 90 minit + 5 minit tambahan masa, mak aku antara yang menonton, memberi komen, mengulas dan macam jurulatih pun ada. Selalunya, mak akan tidur lebih awal kalau tak ada rancangan tv yang menarik.

Antara komen-komen mak aku, dia sangat suka hati untuk memberi sorakan terhadap kecekapan Apek. Ye, mak aku kenal Apek k! Hehehe... komen-komen lain, mak jugak macam penonton-penonton perempuan lain yang lebih bersifat emosi ketika bersorak. Tu belum lagi dengar mak aku membebel-bebel dengan 'lakonan' pemain Singapura. 

Ada beberapa pemain Singapura yang mak aku panggil dengan 'Oh... si buncit ni. Kuat jugak dia larik ek!' Eh sana dan eh sini... macam-macam lagi mak bebelkan oh silap ulaskan.

Dan-dan gol pertama Malaysia disumbatkan maka, jiran tetangga pula datang membawa rezeki, Satay Keramat yang best tu. Barkat Selamat perut kami terisi dengan satay untuk dijadikan modal tambahan untuk bersorak bagi pasukan Malaysia. 

Syabas Harimau Malaya... 

20 Julai 2011

Kodokmondok... Kamu Yang Macam-Macam II



Siapa pernah tengok kartun kodok angkat tangan? Hahah... jangan tipu, kartun ni bukan macam kartun sang kancil dan buaya.

Ok...ok... dipendekkan cerita si Mondok pada suatua hari telah upload kartun ni dari Youtube dan dedikasikan pada Kodok-kodok yang lain. Sebab dia rindu kat kitaorang. Heheh... Sengal tapi lucu.

Lepas tu aku, aku pun sengal... cari kat Youtube, jumpa pulak lagu Sang Kodok ni! Aduii... Dah macam ala-ala ada lagu tema pulak kitaorang ni. Respon Kodok-kodok yang lain, layankan aje la perangai tak semenggah aku n si Mondok ni.
Lalalala....


19 Julai 2011

blog walk

saling bicara


kamu tahu kenapa kita jarang berbicara? sebab kita acapkali gagal mencari ayat-ayat yang indah untuk hubungan ini...



indah sekiranya dalam hubungan ini kita saling sentiasa berbicara.

dari satu peristiwa kepada peristiswa lainnya.

kita mungkin berbeza pendapat dan saling berbalah.

tapi kita tahu tiada siapa yang benar dan tiada siapa yang salah.
 
 
credit to: greenkaripap.blogspot.com

18 Julai 2011

Masa yang lalu



Maafkan masa lalumu

Tawakalkan masa depanmu
 
Nikmatilah saat ini...




Habiskan Cerita Ini

Cerita 28 harijadi perlu dihabiskan di sini. Indah - segala perjalanan dan perancangan yang dilalui. Dan segala pengalaman tu tak kan berulang dengan perkara yang sama lagi. Masa berlalu meninggalkan, terus abadi jadi kenangan. Kenangan baru yang harus difikirkan dalam masa terdekat - masa hadapan. 

Usai meraikan cerita harijadi, seminggu selepas itu aku ke Kota Singa lagi. Kali ini dengan cerita tersendiri. Yang membuatkan mainan emosi aku menjadi berbagi-bagi.

Perihal dunia. Segala-galanya perlu dilupa. Mana mungkin semuanya mampu dilupakan kerana sedikit sebanyak terselit pengajaran. Pengajaran tentang kehidupan. Kehidupan yang memeritkan, yang melelahkan, rumit jika terus memikirkan rumit. 

Akhirnya, cerita-cerita seperti itu akan menjadikan kita lebih kuat, lebih menghargai, lebih menghormati apa saja yang sedang kita miliki. Kerana tidak selamanya ia akan ada di sisi. 


13 Julai 2011

28 Harijadi - Cerita Empat

Kpah: Eh, Jan kau kenapa?

Err... tu ada air kat bawah la. Seram... Eee...
Kpah: La ko gayat ke? Hahaha
Akibatnya - Kpah posing2, amik gambar sendiri.
Mana ada gayat. Aku seram2 segan jek ada air kat bawah tu. Cable car kat Genting n Langkawi lagi tinggi aku ok je. :P

Hmm... 
 CikPanda posing dengan pokok2 buluh. Feberet makanan panda!
Images of Singapore.

12 Julai 2011

28 Harijadi - Cerita Tiga

Inilah Far Far Away... Yeayy!!!!
Rangka dinosaur. Giginya uii... panjang2, tajam2 lagi!
Mari menjadi buruh kasar.
Spesis makhluk asing warna-warni.
Alamak! Errr....
Tersengih2 reply mesej kawan-kawan yang kita sayang yang wish birthday hari tu.

28 Harijadi - Cerita Dua

Revenge of the Mummy - nak posing kat sini kena pakai baju ikut warna tema? Haha
Oh, yang ni pulak rumah Ogre - kaum kerabat Shrek. Ada suara bila kita ketuk pintu tu. Huhu... Atok Shrek kot?  Haha...
Yang ni siapa tak kenal sila tahan napas anda! Hehe....
Masa ni si Woody Woodpacker tengah rehat, digantikan pulak dengan cik GF-nya. Layan....
Posing penat. Kaki rasa nak tercabut, tapi banyak lagi tempat tak round time ni. 
Tempat ni Ancient Egypt. Segala keturunan mumia ada kot kat sini.? Tah.....
Dinosaur Rex ini disyaki spy abah Kpah. Alamak! Hehe...
Lights Camera Action pulak Steven Spielberg kongsi cara-cara buat special effects.