23 Disember 2014

respek la!



Bismillah. Satu perkara yang sangat penting bagi aku - dalam hidup ni - HORMAT atau RESPEK. Susah sangat ke? Bila tiada rasa respek tu kadang-kadang aku rasa macam... eh ko dah kenapa? Pada aku kalau kita hormat pada orang, orang pun akan rasa hormat pada kita. Kita manusia saling bergantung dan memerlukan. Tapi pada sesetengah orang - tah apa yang dorang fikir - ah... aku lagi bagus dari kau! Kau yang patut beri hormat pada aku. Berlagak nak mati kot! Lama-lama terhakis rasa hormat pada orang macam ni.

12 Disember 2014

Review Filem: Manisnya Cinta di Cappadocia

Serius filem ni korang kena tengok sebab memang lain dari yang lain. Aku dah lupa aku baca ke tak novel ni tapi kalau cerita ni bukan dari novel pun takde hal. Aku bagi lima bintang. Susah nak describe tp korang memang kena tengok cepat-cepat sebab aku dah tengok semalam. Hahaha...
Kalau aku cadang korang kena gi tengok cepat2... maknanya memang cerita ni best giler ok!

Allah Tahu

Bismillah...

Akhirnya kebenaran bercakap sendiri. Biarlah. Mereka dengan cara mereka. Kesian. Kita yang tengok rasa kesian. Tapi dorang ok je. Sekarang memang korang ok. Untuk jangka masa panjang aku rasa parah kalau korang berterusan macam ni.

Betul. Cara kau, cara kau. Aku pun ada cara aku sendiri. Aku memang terlalu menjaga. Sebab lebih baik berwaspada daripada nanti ada yang terluka. Selama aku menjaga, sebaiknya aku jaga hubungan aku dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Biar bekerja ada rasa RESPEK, walau siapa pun kita.

Akhirnya banyak suara yang berkata, tak pa sabarlah Allah ada. Aku tak sorang-sorang lalui susah ni. Aku sedar Allah beri ujian tanda Allah sayang kita. Susah ujian. Senang pun ujian. Bukan ke hidup ini ladang ujian?

Allah Maha Tahu, Allah Maha Mengerti.
Allah ada.
Dorang lupa.
Aku tak nak jadi lupa pada-Nya. Malu sebab Allah dah bagi lebih dalam hidup ni.

10 Disember 2014

Mental Block

 
Dalam konteks sebagai penulis - hal ini lumrah. Seumpama umur-umur senja yang sedang mengalami simptom menopaus. Buat semua perkara serba-serbi serba tak kena. 

Aku pernah alami 'writer's block ni. Rasanya macam kaki ko patah dan tongkat ko hilang. Tulislah macam mana pun - satu tahap ko rasa menyampah. Ayat-ayat ko hilang. Kalau disuruh mengayat untuk mengorat memang tahap ko kena reject awal-awal la. Tak payah bawak jumpa mak bapak bakal mertua ko.

Kaedah aku atasi perkara ni memang tak mahal mana pun - tapi air mata jantan akan jadi sangat murah seperti harga seplastik air daun ketum. Paham tak ni?

Ambil lah masa berapa lama pun. Tapi jangan lama sangat takut nanti jadi umang-umang yang hilang cengkerangnya lalu dihanyutkan arus. Parah sangat ni. Kahkahkah...

Kaedah lain aku cari buku yang bagi inspirasi untuk menulis. Plsssss... tolong jangan pergi pinjam or beli buku teknik-teknik menulis. Ini aku buat sebenarnya - tapi sangatlah bangang ye! Ko memang boleh menulis - teknik ko diasah dari sekolah rendah - jadi pelajar Masscomm - praktikal kat Berita Harian - pernah jadi copywriter radio tiba-tiba ko decide pinjam buku teknik menulis memang sah ko GILA. Aku la tu... bukan korang. 

Selamat mencuba dan menulis. Jangan takut. Allah ada. Mengadu pada-Nya Dia bagi jalan keluar.

still surviving

SINAR HARIAN 10 DISEMBER 2014
 
Alhamdulillah... Bila Allah duga macam2 perkara terus aku 'mental block' tak leh menulis. Tapi fikir dorang kerja aku senang. Masya Allah terima kasih kalau korang fikir macam tu. Apa yang penting dlm bekerja RESPEK la kerja orang lain. Tak kira siapa pun kita.

Terima kasih rakan2 media yg selama ni beri peluang untuk terbitkan artikel yang aku tulis.
Terima kasih kpd pensyarah2 yg memudahkan kerja aku dgn bagi maklumat yg lengkap.
Terima kasih kawan seunit yang bertugas ambil gambar pada hari kejadian.

Terima kasih Ya Allah kerana beri aku kekuatan utk terus menulis. Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku kenal dan bekerja dgn rakan sekerja yg awesome dan sempoi.
Allah majikan kita. Jaga KPI Allah, Insya Allah... Allah jaga kita.

09 Disember 2014

tiba-tiba dah disember





Bismillah...

Alhamdulillah. Pantas betul masa berjalan. Aku suka. Moga hilang segala resah. Walau tak sepenuhnya. Walau lepas tu ada lagi dugaan lain. Lega. Hasrat nak berjumpa dengan orang yang betul untuk aku meluahkan akhirnya tercapai. Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan pertemuan tu. Selebihnya aku serahkan sebaik-baik perancangan yang Allah dah tetapkan.

Tiba-tiba dah Disember kan? Maka genaplah 5 tahun aku dalam servis kerajaan. Lima tahun beb, muda sangat sebenarnya. Alhamdulillah, walau setahun jagung usianya pengalaman yang aku dapat sangat bermakna. Aku lebih kenal diri aku. Aku kenal orang dekat sekeliling aku. Pahit manis - lebih banyak yang pahit, kelat dan masam sebenarnya. Yang manis perubahan diri yang aku niatkan untuk jadi lebih baik daripada sebelum ni. Walau laser mulut aku masih lagi berbisa tapi aku cuba berpada-pada. Malu beb nak mem'fire' orang sesuka hati.

Segala makneka drama manusiawi yang jadi dalam hidup aku aku telan walau tak hadam - macam mana nak hadam tak sedap mana pun melayan kerenah yang tah bukan-bukan. Sekali lagi, aku hanya duduk di tepi sambil berpeluk tubuh dan menggelengkan kepala - kesian korang ni.

Fasa baru - Niat baru

Bukan sebab tak lama lagi nak masuk tahun baru masihi. Bukan macam tu - yang sebenarnya aku cuma boleh bagi masa untuk diri aku dalam servis ni dalam lima tahun lagi. Dalam tempoh ni aku akan buat yang terbaik dan yang pastinya dalam tempoh tu kalau aku tak pada kedudukan yang sepatutnya, aku rasa aku angkat kaki je la. Bye-bye.

Bukan sebab kecewa tapi ini semua cerita manusiawi - yang gila pangkat - yang takut kedudukan tergugat. Aku bukannya siapa-siapa pun. Tapi tu lah... bukan mudah nak jadi mudah. Ada saja cara orang nak sekat rezeki kita. Kadang aku sampai - eh, kenapa ni? apa hal jadi kat aku macam ni lak? Siut je korang ni, dah gila gaknya. Tak pe lah. Berbalik kita pada Yang Maha Esa. Allah dah catatkan rezeki untuk kita sekian banyaknya begini. Bersabar dan sabarlah lah.


21 November 2014

Lepaskan...

Bismillah...

Lepas satu, satu hal yang jadi. Sabarlah Cikpanda. Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Kesimpulannya, bukan setakat tengok cerita kartun tapi dah macam opera cina n wayang kulit semua pun ada.

Ok. Lepas ni apa pulak? Aku kena belajar untuk lepaskan. Dalam banyak perkara yang jadi. Lepaskanlah pjan oi apa-apa yang bukan dalam kawalan kita. Hikmahnya sentiasa ada untuk orang yang sentiasa cari hidayah-Nya.

Cukup Allah bagiku.

17 November 2014

cerita kartun pun tak kelakar macam ni

Bismillah.

Macam mana aku nak mula ye? Hidup ni ada naik dan turunnya. Kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah. Kadang kita kat tengah, kadang kita kat tepi. Aku? Aku pun tak tau sekarang aku kat mana. Aku rasa aku kat tengah-tengah la. Lepas aku ada kat atas, aku pun dah rasa bedebuk ke bawah. Sekarang momentum aku pada takat sederhana.

Nak jadi cerita, berlaku kacau bilau dalam hidup aku. Sampai aku putuskan nak jahanamkan diri aku sendiri. Ok, cerita ni boring sudah. Sebab aku dah sedar diri lepas hantuk kepala kat dinding. Tak berbaloi pun aku benjolkan kepala aku sendiri. Sekarang aku dah ok. Ya, betul aku dah ok. Berkat kasih sayang Allah beri aku petunjuk. Alhamdulillah.

Ok, tajuk ada perkataan kelakar tapi aku rasa apa yang aku tulis ni macam tak kelakar. Hari-hari aku sekarang aku bertabah diri dan kuatkan semangat macam tak ada apa-apa berlaku. Hati kering beb! Aku boleh buat hati kering, tak ada perasaan. Emosi tah ke mana tu tak penting. Siapa cari pasal siap! Eh, tapi aku tak buat pun. Kasih sayang Allah bagi pada aku mahal harganya jadi tak payah buat year end sale la. Hmm... pe aku merepek ni ya.

Senang cakap macam ni la... cakap memang senang tapi nak sampaikan satu-satu perkataan jadi merepek je. Mudahnya begini la... akhirnya Allah tunjuk kebenaran. Kebenaran akhirnya bercakap sendiri. Aku senyum. Alhamdulillah. Kekalutan yang berlaku bukan aku penyebabnya. Kalau ada orang lain atau pihak yang nak aku tanggung kesalahan dorang, oh no way! You start it, you fix it.

Aku ambil pendirian untuk jadi pemerhati. Kesian... tapi tak pe la. Fungsi aku pun dorang dah kurangkan patutnya aku berterima kasih dan teruja atas kurniaan ni. Bila ada yang bertanya dan minta pendapat aku, aku bagi sebab tak rugi apa pun. Sekurang-kurangnya dorng boleh tahu aku bukan bagi cela keadaan. Fikirlah sebaiknya. Nilailah perbezaannya sekarang.

Sepatutnya kalau kita lebih menghormati kekalutan ni tak perlu berlaku. Apabila yang diatas kalut dan mengalutkan keadaan, tak yakin dengan kita, kita senyum je la dan duduk tepi. Berlagak pandai dan menghina kebolehan orang menampakkan kekejian engkau yang sebenarnya. Allah tutup aib kita, tapi kita pilih untuk aibkan diri sendiri - ni lah maksud aku.

Kalau korang ada kat tempat aku, memang korang akan bersetuju yang korang tengah tengok cerita kartun. Kadang-kadang hal yang jadi macam tengok drama. Drama yang korang tengok tapi korang malu nak tengok. Dah la tak ada hero hensem. Drama yang korang tengok kalut sangat. Sudahnya kita rasa kita yang tengah pegang remote control ni macam nak tukar channel lain je. Hah, dapat pun apa yang aku nak sampaikan. Metafora sangat ni.

08 November 2014

tulislah

Pesan seorang stranger yang lebih kenal aku daripada rakan sekerja aku. "Tulislah. Disiplinkan diri, ambil masa untuk menulis. Setengah jam sehari mungkin." Aku terdiam. Macam menulis tu senang ya? Ahh... aku beralasan lagi dan lagi.

Dulu pada ketika aku terlalu marah dengan keadaan. Aku marah sangat-sangat atas perbuatan orang lain. Atas ketidak adilan yang dia buat. Atas tak ada daya aku nak berbalas jawab segala persoalan yang dia kemukakan. Pendek kata - menyampah gilalah kalau aku nak jumpa dia. Aku beralasan dialah penyebab aku jadi mental block. Puiii...

Memang jijik bila aku fikir balik. Besar betul impak dia dalam hidup aku. Sampai aku tak berselera untuk menulis lagi. Lepas sekian lama aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan aku ubah rasa menyampah aku pada lantak kau, lantak aku!

Lepas audit diri aku tahu dia bukan masalah aku lagi. Masalah aku ialah AKU sendiri! Korang faham tak? Kalau kita ada masalah tak payah cari orang lain untuk disalahkan. Salahkan diri sendiri lagi bagus! Mana tak sebelum ni aku macam ok. Memanglah ok sebab dia pun ok dengan aku. Lepas tu... oh aku tak nak ingat lagi. Konsepnya lantak kau, lantak aku. Jadi biar aku hadam dan pendam.

Lepas yang selepas itu aku pun rasa aku nak tulis balik. Tak payah aku matikan keupayaan yang aku ada semata-mata kerana kegilaan orang. Bermula dengan usaha kecil barulah aku tahu dan sedar mental block aku berpunca dari aku sebab aku kurang membaca. Jadi kat situ aku dah tau aku perlu baca.

Baca dalam erti kata lain yang menginspirasikan diri aku untuk menulis. Maka dipendekkan cerita aku pun membacalah bahan bacaan ringan lagi santai dan bersahaja untuk buku pertama dalam kurang tiga jam dah habis. Aku suka. Aku kagum dengan penulisan penulis tu.

Sekarang pun aku tengah memilih satu lagi buku yg buat aku berfikir, mencerna dan sedang hadam ilmu-ilmu tu yang jadikan aku manusia lebih bahagia dan merembes air mata lagi dan lagi. Yang tersurat dan tersirat dalam penulisan tu buat aku rasa malu pada diri sendiri.

03 November 2014

harapan

Bismillah...

Bila aku sakit ada yang memberikan harapan. Aku pun berharap pada harapan itu akan berpihak pada aku. Satu hari yang tengik terjadi dalam hidup aku bila mana harapan tu punah. Aku pun melolong meronta bagai nak gila. Bila aku tersedar - bangang gila tindakan aku tu. Tapi yang sebenarnya aku terlalu penat dan letih untuk banyak perkara.

Iman yang ada tak sebanyak dan setebal mana. Aku persoal dan pertikai perkara yang bukan dalam kawalan aku. Merepek. Jawapan yang aku tunggu tak seperti yang aku mahu. Tak ada penjelasan sebenarnya. Untuk kesekian kali dan entah berapa kali air mata merembes keluar lagi.

Takpe lah ini ujian Allah. Allah uji kita sebab sayang kita. Klise tp akur sebab aku masih sedar aku tenang bila mengingati-Nya. Hari demi hari aku dapat terima keadaan hingga ke hari ni. Walau ada orang lain pulak yang nak jadi tukang cerita terpulanglah. Yang mendengar pula kalau suka dengar cerita yang bukan aku yang sah atau kongsikan terserah koranglah nak percaya atau tak. Gila ko serius aku rasa cam someone special tahap selebriti tanahair yang tak popular mana! Haha...

Harapan tu masih ada tapi biarlah Allah Yang Maha Berkuasa yang tentukan jalan aku. Aku berserah dan berlindung hanya pada-Mu.

Teringat petikan buku yang aku baca malam tadi karya Bahruddin Bekri dalam Padanya Ada Cinta - "Jangan kita mendahului kerja Tuhan."

Tenang. Terima kasih atas doa kawan-kawan yang kita sayang. Jangan risaukan aku atau terima kasih kerana risaukan aku. Dugaan ini aku terima seadanya. Atas kebodohan dan kekurangan diri, aku belajar lebih lagi. Pengalaman mematangkan bukan mematahkan.

27 Oktober 2014

apa khabar?

Alhamdulillah.

Aku sihat tapi tengah berpantang-larang. Erkk... untuk kesekian kalinya bila mana selama ni aku hanya dengar je orang sakit gastrik boleh sampai kena warded, sampai tak boleh buat kerja. Aku pelik. Sebelum ni aku pernah warded sebab denggi dan sinus terlampau punya teruk. Alih-alih terkena kat batang tubuh sendiri aku gastrik teruk pada satu awal pagi hening.

Siap wassap group adik-beradik aku tapi tak de balasan. Lena sungguh lahai abang-abang n kakak aku tidur. Huaaa... akibat daripada tu maka menonggeng kesakitan la aku sampai aku pun tak tau nak buat pe. Bangun subuh cirit-birit lagi dan lagi dan lagi. Terus nangis lagi. Ya Allah... aku nak mati ke? Mulalah perasaan merepek bukan-bukan yang aku fikir. Tak cukup cirit, aku muak pulak. Hoi, aku bukan kena morning sickness ke ape ke ye. Set balik minda korang tu. Haha...

Maka lepas periksa itu ini dan macam-macam perkara lagi. Sahlah aku alami simptom gastrik teruk! Hmm... emosi lagi. Dalam proses pulihkan kembali semangat yang hilang, ada beberapa perkara hebat yang jadi. Jiwa besar ni tak mahu selamanya jadi macam ni. Nak kembali semangat semula. Nak kembali ceria semula. Syukur, Alhamdulillah. Allah beri semua tu. Aku sengih. terima kasih Ya Allah.

puting beliung

Hari ni khabar berita yang diterima - beberapa kawasan akan dilanda ribut kuat yang mungkin akan mengakibatkan puting beliung. Pihak berkenaan dah menafikan. Moga kita semua dalam perlindungan-Nya.

Puting beliung jiwa raga pernah dengar kah? Hahaha... harapnya itu bukan aku. Aku mungkin melalui fasa mendung berlalu dengan hujan melanda dengan tiba-tiba. Bila atmosfera aku kembali tenang, langit cerah memancarkan suria. Hmm... welcome back pjan. Kau dah pandai merepek semula kat sini. Haha...

kembali senyum

Bismillah...

Bukan mudah untuk meyakinkan diri. Tapi syukur Alhamdulillah segala-galanya aku ambil langkah berwaspada. Masih terdengar cerita kurang enak. Ah... pedulilah. Jiwa mesti lebih besar daripada sebelum ni untuk tidak terlalu emosi dalam banyak perkara.

Aku lebih banyak senyum mendengar perihal mereka. Kesian. Tapi sampai bila? Aku juga yang tersepit jiwa raga. Tidak. Aku tak perlu emosi berlebihan. Buang masa dan tenaga. Itu kan masalah mereka. Masalah individu tu sendiri. Akhirnya aku ambil pendekatan memerhati dan senyum kembali.

Kalaulah satu hari nanti aku bisa menulis cerita mereka... kalaulah jadi aku akan tulis. Motif??? Untuk pengajaran kita bersama. Untuk ingatkan diri aku yang selalu lupa. Untuk aku sedarkan diri hidup di dunia ini ladang ujian. Allah Maha Memerhati dan Maha Mengetahui.

Sabar pjan untuk sedikit masa lagi.

25 Oktober 2014

Jiwa.

Tadi tengok rancangan Tanweer kat TV9. Tetamu jemputan Eirma Fatima kongsi pengalaman dia berubah. Katanya dia ubah utk masa depan dia. Dh banyak hati org yg dia hampakan atas keputusan dia x sambung belajar Law dan nak jadi pelakon. Demi utk membuktikan keputusan yang dia pilih  betul dia berusaha utk buat yg terbaik dlm bidang yg dia pilih.

Kemudia dia share nasihat. Jiwa kita ni besar. Kitalah yang menentukan arah tuju jiwa kita nak jadi macam mana. Maksudnya kita nk jadi jiwa besar yg kuat atau yg lemah. Kerana daripada kekuatan jiwalah kita membentuk siapa diri kita.

Nah pjan sila ketuk kepala berkali-kali utk hadam perkara ni. Sebelum ni bukan tak tau tapi mcm dh terhantuk baru nak sedar.

Ustaz Don pulak dalam rancangan ni ulas perubahan Aizat. Katanya kita manusia akan berubah bila kita mula hilang sesuatu dari dlm diri kita. Bila kita mula tercari-cari rupanya kita lalui fasa perubahan. Selalunya  kita akan jatuh dan bangun balik. Jatuh yang menjadikan kita orang yang berusaha utk jadi org yg lebih baik berbanding sebelumnya.


Allah Maha Besar. Penuh kasih sayang. Semoga Allah sentiasa dengan kita dgn limpahan nikmat dan rahmat kasih sayang-Nya.

Jom istiqamah jadi yg lebih baik setiap hari. No turning back! You can do it pjan!

24 Oktober 2014

Buku Baru



Alhamdulillah...

Bertemu dgn thn hijrah yg baru. Permulaan cerita yg baik utk aku. Semoga terus istiqamah jadi muslimah yg baik. Terus aku merasa tersangat kerdil dgn nikmat yg Allah berikan. Tak sedikit pun kasih sayang Allah kurang untuk aku. Allah selalu bagi lebih. Aku terima dgn penuh syukur.

Walau terkadang aku lebih suka menyoal dulu. Kenapa mcm ni kenapa bkn yg mcm yg aku mau? Sesungguhnya Allah jua yg memegang hati kita. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Perancangan Allah hebat dan sangat tepat dan terbaik.

Ampunkan dosa2ku Ya Allah...

Jauh.



Assalamualaikum. Insya Allah. Mudah-mudahan ini adalah entri penutup segala cerita duka aku. Kalau sebelum ni aku sangat terkesan dengan segala cerita moody aku sampai aku rasa aku pun macam nk jadi dismental - haha.

Takpe lah... inilah cerita normal seorang yang namanya CikPanda. Gambar atau catatan kt atas tu daripada catatan aku dlm hp. Mmg aku terkesan sbb aku sendiri mcm dh lupa. Aku lupa sebenarnya sebelum sesuatu perkara tu aku lebih dulu dah mengadu pada-Nya. Dek kerana konpiden tahap tinggi membawa kepada diri ku yang sering lupa - aku lupa yg sebenarnya Allah dh pn bg jawapan kpd segala persoalan dlm benak aku ni.


Allahu Akbar... Allah Maha Besar. Betapa aku terus-terusan mengagumi kebesaran-Mu. Engkau sentiasa bersamaku. Saat aku rasa terlalu kecewa aku marah kepada ketidakadilan yang aku rasakan. Syukur Alhamdulillah Dia bagi petunjuk pada aku dengan cara lain.

Tq ALLAH... Moga Engkau tidak meninggalkan aku terlalu jauh. Sesungguhnya Engkau sangat dekat apabila aku memerlukan-Mu. Moga aku juga istiqamah dalam menjalankan perintah-Mu.

Amin...

09 Oktober 2014

cikpanda oh cikpanda

Bismillah.

Lately tulis merapu. Mcm aku yang makin lesu. Oh cikpanda bertabahlah. Sikit lagi. Insya Allah. Asyik2 citer yg x best yg aku tulis sini. Mana tah citer best? Ada... citer best byk kalau hal yg satu ni jadi kenyataan.

Tarik nafas lega kalau akhirnya terjadi hal yg satu ni. Semoga dgn berjayanya hal yg satu ni bakal jadi kenyataan utk hal yg satu lagi. Amin...

Nah... mana org yg sgt pasti nk tau rentetan hidup aku yg sebelum ni aku paparkan bak pelangi hingga tercalit rasa iri dan merasakan aku ni bertuah sekali. Sekarang hidup aku serasa pijak duri. Mahukah kau merasa iri atau kau tertepuk tangan berkali-kali sebagai tangan kemenangan melihat aku begini?

Allah Maha Adil. Ini kifarah utk aku. Aku redha dan sedang belajar utk ikhlaskan diri aku utk hadapi semua ni. Kerana aku hamba yg sangat2 lemah tanpa pertolongan dari-Nya.

Allah permudahkanlah. Tolonglah hamba-Mu ini yang lemah lagi hina. Kawan2 dunia akhirat tolong doakan sama ya. Lebih-lebih lagi kamu yg saya tak kenal. Terima kasih.

29 September 2014

sakitnya...

 


rindu betul

Salam.

Rindu betul buat perkara betul. Aku dah tak berapa betul untuk berada dalam keadaan begini. Beginilah... jadi orang berkelana. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Masa untuk aku terasa selalu lambat bila aku nak ia berlalu dengan cepat. Betul. Aku tak tahu nak kira berapa banyak air yang keluar daripada mata kiri dan mata kanan aku.

Bila orang tanya aku dah tak punya jawapan. Lekaslah. Cepatlah. Kalau betul untuk aku jadi betul.

15 September 2014

jasad tiada roh

parah dah aku ni. parah sekali. belum berkali-kali. tapi tak pe la. jasad aku kat sini tapi rohnya tah ke mana. buat perkara tak jadi saja. aku marah agaknya. terlalu marah. aku dah maafkan tapi mungkin tak ikhlas. penat weh... letih apatah lagi.

aku senyum. hari-hari aku senyum. kadang aku rasa aku tipu-tipu senyum macam tak ada apa. nak ada apanya tah? memang dah tak ada jiwa. cuma aku cuba berlaku waras. akal yang sedikit jernih tu aku ajarkan hal-hal yang baik.

baiklah. terima kasih Allah bagi aku akal yang boleh digunakan. walau tak banyak mana dan tak seberapa. akal ni lah harta aku menilai diri aku waras ke tidak.

05 September 2014

aku mintak Allah bagi


Bismillah. Salam Jumaat.  

Selama ni, aku mintak Allah bagi. Aku mintak lagi Allah bagi lagi. Mintaklah apa pun Dia tak pernah tak bagi. Terima kasih Ya Allah. Terasa kasih sayang-Mu bersamaku. Tapi untuk perkara lain bukan Allah tak bagi tapi belum masanya lagi. Ya Allah... tolong aku. Lembutkan hati ketua jabatan aku untuk keluarkan surat yang sepatutnya. Aku tunggu penuh sabar. Tapi aku tahu aku macam tak berapa nak sabar. Allah pun tahu malah Maha Mengetahui. 

Aku mintak, aku mintak dan mintak lagi. Ya Allah malunya rasa. Tapi Ya Allah hanya pada-Mu aku pasrahkan diri. Aku sandarkan harapan ni. Engkau Yang Maha Memberi Pertolongan.

Sesungguhnya Ya Allah pada hari yang berbahagia ini, perkenankanlah. Tolonglah Ya Allah.
Amin...


****

Alhamdulillah... Allah makbulkan permintaan aku ni. Aku dah keluar dari tempat tu weh.
Allahu Akbar!

update.22.6.2015

21 Julai 2014

manusia bukan robot

Nah, cerita manusia hari ni. Segalanya mahu cepat. Cepat tak boleh lambat. Kesegeraan katanya. Aku khuatir. Banyak macam boleh jadi bila mahu cepat. Bukan aku sokong lambat yang melambat-lambatkan. Jangan salah tafsir. Belum aku sampaikan maksud dah ada yang tahu dan mahu bikin konklusi. Itu gila.

Berbalik pada manusia yang mahu dan suka cepat. Cepat tak salah. Yang salah manusia yang mahu cepat secepatnya. Dalam kata lain cepat jadi cemerkap. Sudahlah dia mahu cepat segala macam yang dimahu seperti baru minta sekarang semalam sudah diberi. Manusia macam ni gila. Sangat.

Aku manusia. Kita manusia. Dia pun manusia. Aku, kita dan dia manusia. Kita bukan robot. Aku benci manusia lain mahu merobotkan manusia lainnya. Sial! Maaf atas bahasa aku yang kasar. Sebab tidak ada sebab lain yang boleh buat aku lembutkan perkataan yang aku pilih. Manusia ini - yang suka cepat tapi cemerkap seperti sel-sel otaknya tidak bersambung. Terputus atau berselirat tah ke mana dalam otaknya.

Manusia yang merobotkan manusia bukan manusia. Sebab dia pun dah dirobotkan oleh tuannya. Gila sial. Semua ni buat aku menyampah tahap merepek! Aku benci manusia robot yang mahu dan hendak aku jadi macam mereka. Cis! Matilah kau! Sebab aku manusia bukan robot.

pasti mati

Bismillah...

Panas mata aku menahan air mata keluar meleleh. Kadang memang meleleh pun. Tak tahan. Sedih. Sebak. Pilu. Untuk Gaza. Untuk MH 17. Untuk MH370.

Cerita mati. Cerita yang tak direka-reka. Mati yang pasti. Aku takut. Sangat pasti. Hari mati manalah kita tahu bila dan di mana dan macam mana.

Aku nak mati dalam husnul khatimah.



bunga-bunga harapan

Bismillah...

Aku tak pernah berhenti berharap. Sungguh. Walau betapa aku sangat redha dengan segala yang sedang berlaku. Aku terus-terusan berharap dan berharap untuk kebaikan aku gak.

Mudah-mudahan dimakbulkan-Nya. Amin...

13 Julai 2014

3 tahun

Bismillah.

Satu hari ada org tanya aku. "Dah berapa tahun kau sambut raya kat sini?"
"3 tahun kak."

"Lama lagi la tu kau kerja kat sini."

Aku diam lama. Tak tahu nak jawab apa. Tahun ni dah kali ketiga aku beraya kat sini. Catatan paling lama utk aku kerja kat satu tempat.

Dalam kata lain kadang 3 tahun ni macam tak rasa apa pn ada. Hmmm... hilang deria rasa kot aku ni.

10 Julai 2014

23 harijadi eh 31 la

Bismillah,

Salam 12 Ramadan.

Syukur Alhamdulillah. Bertemu lagi dengan Ramadan tahun ni dan semalam 9 Julai adalah hari jadi aku yang ke... *ehem* 31 tahun. Alhamdulillah... syukur sangat-sangat sebab masih dimurahkan rezeki untuk ada dlm dunia ni. Err... pe nak tulis tah!

Terima kasih pada mak, abah dan adik beradik aku. Kawan-kawan yang wish thru wassap dan fb. Terima kasih atas ingatan dan ucapan yang baik-baik tu. Mudah-mudahan Allah perkenankan. Amin...

Macam biasa bermula tah bila tah, asal birthday aku je maka aku cutikan diri aku ni. Ala-ala sempena hari keputerian aku la. Dulu masa kerja kat Hotfm aku pernah cuti jalan-jalan kat Sarawak. Berdua je dengan Ain! Hah... memang cam kekok je bercuti berdua. Lepas tu aku ingat aku tak kan gi bercuti berdua lagi. Hahaha... tahun bila tah, rasanya dah kerja gomen aku p bercuti berdua dengan Kpah ke Singapore. Haaa... patutnya bertigalah tapi Ain yang begitu setia dengan program kewanitaannya kat Kelantan. Janji nak turun sendiri ke Singapore alih2 bagitau... korang sory aku penat!

Best gak cuti berdua ni lebih-lebih lagi kalau tau nak buat pe. Macam kat Sarawak sebab nk g World Rainforest Music Festival. Kat Singapore memang purposely nk g USS. Bayangkanlah sebelum USS bukak dah terpacak depan pintu. Balik bila dgr announcement yang USS tu nak tutup.

Tapi semalam aku cuma plan nak kemas rumah n bayar bil hp. Gila! Tapi ok la... byk perkara lain yang aku dapat buat tapi aku tak boleh share kat sini.

Semoga pijan panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipertemukan JODOH. Amin...

28 Jun 2014

1435

 Bismillah...

Alhamdulillah bertemu Ramadan lagi utk tahun ni. Ya Allah... aku bersyukur pada-Mu. Terima kasih. Masuk Ramadan mmg feelingnya lain. Gembira n sayu. Tah kenapa tapi aku rasa aku tahu cuma tak terzahir kata-kata.

Imbas bekakang waktu teringat masa berpuasa zaman UiTM dulu. Masa diploma duduk kt kolej Delima. Gi terawih dengan geng2. Turun kt bukit tepi kolej Perindu tu jln laju2 sambil depa tgn. Bayangkn sambil pakai telekung! Mcm keluangman la konon2. Haha... sengal!

Byk sgt kenangan yg boleh buat sengih sorang2. Zaman belajar mmg awesome. Hehe...

Selamat berpuasa semua. Maaf zahir batin. Semoga lebih baik drp Ramadan sebelum ni. Amin...

23 Jun 2014

dia raksaksa

Bismillah.

Hari ni raksaksa ni meroyan lagi. Aku muak. Kalau bukan untuk kepentingan diri dia yang nak jaga nama memang aku tak kisah. Tapi... kerja dia perlu ke ekspektasi yang maha tinggi. Tapi bukan dia buat. Bukan dia yang selesaikan masalah. Bukan dia mudahkan kerja orang. Almaklumlah dia raksaksa. Raksaksa makan orang bukan tolong orang. Lagi-lagi dengar nada dia bercakap yang angkuh, sombong menyampah pada gegendang telinga aku yang mendengar.

Alhamdulillah... aku anggap ni dugaan Allah nak temukan aku dengan dia si raksaksa ni. Alhamdulillah... aku sebenarnya dalam atmosfera kerja yang elok sesangat tapi hanya kerana dia aku kadang2 rasa atmosfera aku tercemar seperti Banting dilanda jerebu lagi. Tu sebab aku ada lagi kat sini. Sebabnya banyak kenapa aku masih kat sini.

Ok. Nanti aku sambung lagi. Dah nak sambung kelas.

02 Jun 2014

sempat

Momentum aku merudum. Untuk apa yang aku buat, tidak seperti sebelum ni. Menyesal? Tak mungkin. Mahu hijrah. Kerana aku dah lelah. Tapi aku sedar perjalanan hijrah itu tak mudah. Perlahan-lahan sampai nampak jalan. Bertahan sampai masa diberi kesempatan.


Petanda

Bismillah...

Agaknya petanda atau apa aku pun tak tahu. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Lepas entri aku yang terakhir sebelum ni. Esoknya aku kemalangan. Trauma semestinya. Cuba bertenang. Aku ambil cuti 2 minggu. Walau ok tp kadang mcm tak ok. Nak kata tak ok, Alhamdulillah ok je.

Lepas tu ada hal baik terjadi. Sepertinya hal yang baik itu aku cuba-cuba untuk tidak terlalu teruja. Sebaliknya aku gembira dengan rasa yang bercampur-baur. Ada perkara yang terkesan jadi, aku cuma diam. Yang lebih baiknya lagi, aku berjumpa dengan hamba Allah yang punya hal tersendiri tapi agak aku mereka juga tentunya ambil masa lama untuk pulih semula. Kerana cerita mereka lebih terkesan di hati, aku anggap apa yang jadi kat aku bukanlah perkara yang paling teruk. Hal aku cuma satu pengalaman yang Allah bagi untuk aku 'merasa'. Mungkin.

Aku macam ni jugak. Cuba bertahan untuk satu masa yang aku tak tahu bila. Aku bertahan untuk aku bantu orang lain. Orang lain yang memerlukan. Yang mana mungkin bantuan aku tu tak lah sebesar mana tapi bermakna untuk mereka. Nak berharap sekarang aku berpada-pada. Aku dah lalui tempoh yang agak rumit untuk aku jelaskan kat sini. Tapi sesiapa yang tahu, tahulah.

Aku ambil pendekatan lain. Aku luaskan pemerhatian, pengamatan dan timba serta kongsi pengalaman orang lain untuk aku hadam. Untuk aku faham. Untuk aku cerna dan proses dalam kepala otak aku. Bahawasanya pada akhir cerita ini akan ada 'sesuatu' yg lebih baik, menarik untuk diceritakan.

Semoga kau tabah Cikpanda. Walau apa pun yang jadi.

16 April 2014

Isyarat Ping Aku

Bismillah.

Lama tak mengayat kat sini. Senak otak, sebu dan tepu tak terperi. Kadang aku hanyut. Sengaja. Kadang aku dipukul ombak kembali semula ke pantai. Aku macam bernyawa tapi tak gembira. Jasad aku ada tapi roh tah ke mana. Mati belum lagi.

Dah lama aku bagi isyarat ping. Ibarat kotak hitam aku dh habis jangka hayatnya. Aku hanya tunggu penyelamat datang untuk angkat aku keluar dari dasar laut yang sangat dalam, lebih dalam daripada Lautan Hindi mahu pun Lautan Pasifik.

Aku tunggu dan berdoa. Seperti doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan paus "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." (QS. Hud: 87)

Aku pujuk hati. Sabarlah. Allah Maha Mengetahui. Jika sekarang bukan masanya, akan tiba masanya nanti. Akan terus juga aku berdoa agar perjalanan masa berputar cepat sekali.

24 Februari 2014

Mencari Hikmah Dalam Setiap Kejadian

Bismillah...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan-Mu. Terlalu sukar untuk mengungkap dengan kata-kata apatah lagi menulis segalanya.

Ya Allah, terima kasih atas gerak hati yang Kau berikan kepadaku. Gerak hati untuk semua perkara yang terjadi. Yang melarakan hati, jiwa dan raga. Akhirnya, aku tahu sesuatu apa yang aku mahukan. Sekarang, inilah masanya. Untuk segala daya dan usaha akan kukerahkan segalanya. Lillahita'ala.

Bergetarnya jiwa bergemuruh rasa berlinangan air mata sekali pun, akan aku pastikan perkara itu berjaya. Terima kasih Ya Allah kerana Kau ketemukan aku dengan insan-insan yang hebat yang merubah cara aku berfikir dan mencari hikmah di sebaliknya.

Ya Allah, kurniakanlah padaku nikmat untuk aku terus tabah dan meneruskan perjuangan ini. Perjuangan yang belum selesai sampai bila-bila pun. Besar harapan aku ada kenikmatan pada waktu tertentu. Sesungguhnya Engkau Maha Tahu.

Terus beri aku kekuatan-Mu, Ya Allah. Amin...

12 Februari 2014

maaf, saya salah...

adakalanya bahagia tu lambat datangnya. atau bahagia tu dah datang tapi kita tak merasainya.
aduh... sakit betul rasa derita. bertambah dengan hal dukacita dimaklumkan.

entah apa-apa. tapi aku mengerti satu perkara. belum masanya. kadang kita rasa kita betul, inilah masanya. tapi, Allah jua Yang Maha Mengetahui... itu kerana Allah sayang. Allah belum benarkan hal itu terjadi.

Allah sayang, Allah lindungi kita supaya kita tak lupakan Dia. Ya Allah maafkan aku, segala khilaf yang aku lakukan. aku salah. salah banyak untuk banyak perkara. kadang kita tak sedar atas tindakan, perbuatan dan tutur kata kita menyakiti orang yang menerima tamparan atas kelakuan kita.

maaf, saya salah...

01 Februari 2014

baru

Assalamualaikum,

Sampai masuk tahun baru bulan baru. Fuhhh...

Mental blok. Tiada ilham.
Mahu tulis tapi macam dah tak reti.

Kesian.

Recap. Hujung tahun lepas say warded lima hari. Tahun lalu tahun yang mencabar. Banyak juga perkara yang menyakitkan hati dan diri.
Tak suka. Tapi apa boleh buat.

Tahun ini mahu lebih baik. Lebih baik saya jaga diri saya dulu. Lebih baik saya lupakan hal-hal yang buat saya menyampah.

Langkah satu - saya mahu ke tempat baru. Keluar daripada tempat yang banyak buat saya suka dan duka lebih-lebih lagi. Hai hati bersabar la. Tak lama lagi. Insya Allah.