02 Jun 2014

Petanda

Bismillah...

Agaknya petanda atau apa aku pun tak tahu. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Lepas entri aku yang terakhir sebelum ni. Esoknya aku kemalangan. Trauma semestinya. Cuba bertenang. Aku ambil cuti 2 minggu. Walau ok tp kadang mcm tak ok. Nak kata tak ok, Alhamdulillah ok je.

Lepas tu ada hal baik terjadi. Sepertinya hal yang baik itu aku cuba-cuba untuk tidak terlalu teruja. Sebaliknya aku gembira dengan rasa yang bercampur-baur. Ada perkara yang terkesan jadi, aku cuma diam. Yang lebih baiknya lagi, aku berjumpa dengan hamba Allah yang punya hal tersendiri tapi agak aku mereka juga tentunya ambil masa lama untuk pulih semula. Kerana cerita mereka lebih terkesan di hati, aku anggap apa yang jadi kat aku bukanlah perkara yang paling teruk. Hal aku cuma satu pengalaman yang Allah bagi untuk aku 'merasa'. Mungkin.

Aku macam ni jugak. Cuba bertahan untuk satu masa yang aku tak tahu bila. Aku bertahan untuk aku bantu orang lain. Orang lain yang memerlukan. Yang mana mungkin bantuan aku tu tak lah sebesar mana tapi bermakna untuk mereka. Nak berharap sekarang aku berpada-pada. Aku dah lalui tempoh yang agak rumit untuk aku jelaskan kat sini. Tapi sesiapa yang tahu, tahulah.

Aku ambil pendekatan lain. Aku luaskan pemerhatian, pengamatan dan timba serta kongsi pengalaman orang lain untuk aku hadam. Untuk aku faham. Untuk aku cerna dan proses dalam kepala otak aku. Bahawasanya pada akhir cerita ini akan ada 'sesuatu' yg lebih baik, menarik untuk diceritakan.

Semoga kau tabah Cikpanda. Walau apa pun yang jadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan