30 November 2010

First Anniversary


pada satu hari pada tarikh yang sama 30 November, pada tahun lepas. pada waktu lunch begini saya diraikan. diraikan untuk sebuah perpisahan! sedih. tapi tak tau nak cakap macam mana. sampai la saya didera (seperti dalam gambar di atas) untuk berucap. hehehe. konon-konon gembira tapi dalam hati ada taman de.
hari berganti hari... pejam celik, pejam celik rupa-rupanya dah setahun saya tinggalkan kawan-kawan yang kita sayang di hotfm. maka esok adalah 1st anniversary saya sebagai penjawat awam.
buat semua bos dan kawan-kawan yang kita sayang di hotfm... saya sentiasa rindu awak semua. baik yang masih ada di sana atau yang dah berhijrah ke mana-mana.
niat di hati mau tulis panjang berjela... tapi kang termenangis tak tentu hala. bikin haru saja! hehehe...

25 November 2010

Warna-warni Abstrak Kehidupan



Kanvas putih itu kehidupan. Aku warnakannya hitam bila aku muram dan suram. Indahnya warna pelangi yang mewarnai alam ini. Warna yang menggambarkan situasi aku sekarang ni ia adalah warna-warni yang abstrak. Ada merah, ada putih, ada kelabu, ada biru, ada ungu dan sebagainya. Bila marah aku warnakan merah! Ya, sekarang ianya terlalu berwarna-warni dengan warna-warni yang kelam. Earth colors kata orang. Bila kelam, itu tandanya hati tak girang dan tenteram. Hati, bila kan ia menjadi warna pelangi?




Percaya Diri

24 November 2010

Harapkan Yang Indah

Saya harap, hari-hari saya akan berlaku dengan indah.
Setiap hari saya impikan perkara yang sama.

Rupa-rupanya hari-hari saya bukan saja indah malah terlalu 'indah' dengan pelbagai ragamnya, rasaksa gorgomnya, labu-labinya, si luncainya.

Dan saya?? Kadang-kadang saya jadi cikpanda, kadang-kadang saya jadi sang narnia, kadang-kadang lagi saya jadi pjan, dan lagi dan lagi dan lagi... Macam-macam saya boleh jadi ikut suka hati.

Hakikatnya apabila kita memperolehi atau memiliki sesuatu yang kita inginkan dalam hidup ni, ia datang bersama masalah. Pakej kata bahasa promosinya. 1 set. Lengkap.

Saya harap yang datang bersama masalah itu, bukanlah masalah yang tak boleh diselesaikan. Setiap masalah akan ada jalan keluarnya. Mana-mana pintu bukan untuk ditutup selama-lamanya. Pintu yang terbuka akan menampakkan cahayanya. Pasti.

15 November 2010

Khabar Dari Labuan II


Khabar dari seorang kawan memberi maklum - kawan saya yang berada kat Labuan meninggal dunia tengahari tadi. Al-Fatihah buat arwah.

Dalam masa singkat kurang setahun saya kenal dia, seperti yang saya tuliskan dalam Khabar Dari Labuan sebelum ini - begitulah yang saya gambarkan tentang diri dia. Saya dan kawan-kawan lain tertanya-tanya kenapa jalan begitu yang dia pilih.

Mungkin dah sampai masanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Sebelum ajalnya, kali terakhir saya temui dia pada sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu tanggal 16 September yang lalu. Dia nampak sihat dan tidak merepek seperti seperti sebelumnya.

Tiada istilah Amerika wo~ lagi dari perbualannya, tapi dia menunjukkan dedikasi kerja dan waras tentang dirinya. Alhamdulillah. Satu petunjuk yang baik.

Selepas itu semuanya seperti biasa hinggalah perkhabaran yang saya terima petang tadi. Kawan-kawan lain pun terkejut. Tak percaya.

Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga dirinya dilindungi dan dipermudahkan segala urusan di alam sana. Ralat diri saya andai pernah terkasar bahasa, terlajak kata, terkelentong sini sana pada dia. Ampunkan dosa-dosa saya.



14 November 2010

Post Mortem Dengan Mak

Saja aku skip dulu cerita pada hari kejadian sebab cerita ni lagi penting sebab aku belum sempat berjumpa n borak kat Kodoksmondok.

Balik je dari sekolah tu terus abah sambut aku kat depan muka pintu, "Laku tak?" (Abah pun excited gak!) "Mestilah... tapi ada banyak cerita ni nak story."

Pung pang pung pang... aku, mak n abah cerita sambil minum air-air Arab n KFC, terus aku teringat aku ada bawak balik sandwich Kpah, "Op... kejap-kejap. Ni sandwich yang Kpah buat. Rasalah."

Reaksi mak, "Hmm sedap macam ni korang jual dua ringgit setengah? Ishh... tak patutlah. Patut setengah ni je dah seringgit setengah, dua-dua belah tiga ringgit la." Jawab aku, "Nanti tak ada yang nak beli pulak?" "Mesti ada. Siap korang packing cantik ni. Ishhh... tak tahu!"

Haha sangatlah Donald Trump kan mak saya ni? Ishh... nasib mak tak turun padang, datang kat sekolah kalau tak, pasti sangat macam-macam kita kena weh! Hehehe... apape pun thanks a million to mak n abah coz support kitorang beriya-iya.

Terkenang balik masa mak dulu-dulu berniaga rojak dan kuih-muih ni semata-mata nak besarkan kitaorang adik-beradik. Now, anak-anak mak n abah semua pun dah berjaya. Alhmadulillah.

Saya tak pernah malu nak tenyeh rojak lagi kalau perlu sebab susah payah dari nak sediakan bahan-bahan dan sakit-sakit n sengal-sengal badan yang saya rasa sekarang ni, mesti lagi sakit time mak buat semuanya sorang-sorang dulu dengan bantuan abah sikit-sikt.

"Nanti pasar ni bukak aku nak jual baliklah rojak!" Berangan mak aku ni boleh tahan gak! Haha. Serentak aku n Angah respon, "Eh-eh, jangan nak ngade." Boleh?


Cerita dari Dapur

Kelmarin bila aku balik je lepas Maghrib - aku nampak sesosok tubuh mak kat dapur tengah panaskan kuali besar. Buah-buah dan bahan nak buat rojak ada yang mak dah tolong sediakan dan ada yang perlu dibuat.

Mak pun bagi command "Lepas ni adik tolong mak kupas semua buah ni, bahan lain mak dah buat, ni mak nak goreng kacang. Nanti adik tolong kisar bila dah sejuk. Asam jawa dah beli?" Dan lagi, dan lagi... mak terus membebel. Ni siapa yang tolong siapa tah la. Excited mak, macam dia yang nak pergi menjual kat Hari Kanak-Kanak tu esok.
Terus aku mesej Kpah kurang lebih macam ni bunyinya - weh, dapur aku dah nak macam buat kenduri sambut menantu ni. Kpah balas - ye ke? dapur aku lak macam nak buat majlis bertunang. Sengal pulak si Kpah ni! Haisshh...

Dan setelah macam-macam berlaku kat dapur mak tu, maka aku pun nak buat aiskrim Malaysia pulak. Terus mak menyampuk, "Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak boleh mak ngan abah buat siang tadi." Halalala... romantik orang tua, saja je nak jeleskan aku.
"Orang tak nak susahkan mak la."

Sebenarnya satu je yang aku fikir - karang kalau mak penat, percuma je aku kena marah balik. Tapi tah kenapa mak semacam teruja nak buat semua ni sambil-sambil tu memang teruslah teringat balik nostalgia lama. Nasib baik jugaklah mak tolong sebab tangan aku yang pekong ni susah gak nak tolong simpulkan aiskrim Malaysia ni.

"Dulu mak ingat lagi, mak jual aiskrim Malaysia ni 5 sen je. Ni kau nak jual berapa? Apa lagi yang korang jual? Nanti nak bahagi untung macam mana?" Ni antara soalan ala-ala Donald Trump dari mak aku yang mana ilmu berniaga ni dia tengah ajarkan kat aku.


Penat tapi Berbaloi-baloi

Penat. Hahaha. Tapi semalam satu lagi aktiviti dengan Kodoksmondok yang memang berbaloi-baloi bila buat bersama-sama. Sempena sambutan Hari Kanak-kanak yang dibuat kat Sekolah Wawasan kat USJ 15, kitaorang berniaga - ada rojak buah, sandwich Kpah buat yang sangat sedap, air barbican dan lain-lain air yang diimport dari negara Arab n aiskrim Malaysia. Memang sangatlah banyak nak diceritakan balik kat sini tapi nantilah.

Apa pun semua ni nanti akan jadi kenangan lagi. Bagus! Good Job! Awesome! Excellent! n memang Wow!

12 November 2010

Megamind - Si Kepala Biru


Minggu lepas tengok cerita ni dengan Kpah kat Cineleisure. Thanks Kpah! Hehehe... Kalu tak sangap hidup aku apa tah lagi bila dimaklumkan lebih awal perlu bekerja pada hari Ahad sempena lawatan rasmi Presiden Austria. Maka, otak perlu dicairkan dengan hiburan ringan seperti ini. Hehe...

Oh, thanks jugak kat Mr. Chubby sebab berhibur bersama kawan-kawannya ke Melaka. Kalau tak, pasti korang berdating, maka tidak bermakna dan tak berapa nak indahlah hidup aku ni minggu lepas.


Jadi, ceritanya sangatlah menghiburkan. Lalu, aku suka berfikir macam ni bila aku tengok cerita ni. Pada aku tak semua orang jahat tu berfikir mahu menjadi jahat. Dia tak pernah mintak dari kecik nak jadi jahat. Apatah lagi sedari kecil dirinya telah disisih dan tidak dipedulikan, sepertinya ada satu perasaan mahu memberontak dan mahu lakukan yang terbaik.

Apabila sudah buat perkara baik, tidak pula dihargai, malah dikeji, jalan mudah bagi dirinya dikenali dan terkehadapan daripada orang lain adalah dengan melakukan hal yang sebaliknya
Apabila buat jahat dapat perhatian orang walaupun dibenci. Maka, aku terfikir begini, sebenarnya setiap orang mahukan perhatian dan penghargaan dalam kehidupan. Betul, kan?


Buat Kpah - suara Brad Pit adalah untuk watak hero hensem tu yang ala-ala poyo tu. Selain tengok kartun 3D-nya, cerita ni juga ada babak drama, dramatik dan romantik. Bayangkanlah bila si kepala biru ni dah jatuh cinta - perangai yang jahat terus mahu jadi orang baik. Dan lagi, dan lagi, dan lagi... apa lagi korang pergi la tengok sendiri. Hehehe... Tak rugi.


11 November 2010

Mode: Kapas

tah kenapa mode melankolik sangat ni
mungkin sebab...


Sewaktu Dahulu - Andy Flop Poppy from the movie "CINTA"



kenangan sangat. haha
dataran merdeka pun banyak kenangan
filem ni pun sangat la kenangan
oh, 2006 rupanya
simpan dan letak jauh-jauh
kenangan tetap dikenang

Imbas Waktu Di Belakang Hari



Imbas Waktu Di Belakang Hari saya ingat lagi...
- riang
- mudah
- minum susu dalam botol
- main teng-teng/ konda-kondi/ baling selipar
- dimarahi lalu menangis
- belajar ABC, 123, alif ba ta
- indah

Ahh... masa itu telah berlalu. Hari ini saya dewasa.

Macam Robot... Salah Cute Robot!

Seperti inilah saya sekarang. Hehehe.
Jangan risau saya ok. Cuma letih otak baru lepas buat congak-congak bisnes kecil-kecilan bersama Kodoksmondok. Sabtu ni ada sambutan sempena Hari Kanak-Kanak di sebuah sekolah kat USJ 15.

Selamat Maju Jaya! (Ayat cikgu sekolah bagi kata-kata perangsang pada murid-muridnya)

10 November 2010

Macam Kami


macam kami kan? hehehe

ceritanya macam ni. semalam hampir-hampir nak kena game dengan ketua kodok. haha... tah la dah lama sangat kawan maka dah al-maklum dah. hampir-hampir CikPanda nak meletup la jugak tapi nasib Kpah, Wa n Bob ada.

dalam kereta semua merungut... pot pet pot pet... bla bla bla. siap aku cakap, rasa cam nak marah sungguh kat ain tu tapi bila pikir ko Wa, kang baby ingat "oh, ni la auntie narnia... ee garangnya dia. nanti aku kuar mesti aku banned auntie ni"

semua gelak. tapi kat meja makan NZ jadi saksi nasib baik Kpah, Wa n Bob tak hambur balik makanan tu kalu tak... haha. ceritanya cam ni - Ain telefon mungkin nak cari kat mana meja kitaorang, aku jawab, dengar tak dengar, tenggelam-timbul suara si ain ni. perlu ke aku marah lagi? haha... tak pe la.

jadi aku pun cakap kat dorang, 'korang tau tak, hari tu aku sembang dengan ain thru phone tiba-tiba dia senyap. aku pun jerit-jeritlah, seru-seru... ain, ain... ishhh apa hal ni. so, aku drop that call. call balik ain. ain cakap asal ko letak weh, aku dengar la suara ko. aku jawab, aku tengah cakap yang ko senyap je tak bunyi kenapa? ko kat ne?

hehehe... ain gelak.
*
*
*
ain jawab selamba, "tah la jan sejak pakai iphone ni, sensitif betul, bila terlanggar kat pipi aku ni kang siap la tertekan button mute."

hahahaha.... Kpah, Wa n Bob gelak kuat-kuat sampai sepet mata dorang. siap tak leh nak telan makanan tu.

aku ingat hp aku yang antik ni yang buat hal. tapi aku tak la pulak dengar orang lain yang dah pakai iphone ada masalah cam ain ni. iphone 4 lagi k. jadi, iphone salah ke pipi gebu ain yang salah? haha jawab la sendiri.
---

tiba-tiba ain sampai... "gelak sampai boleh dengar dari hujung sana."
maka, taklah aku jadi pemarah malam tadi. nasib baik jadi jumpa kalau tak mau berminggu aku buat-buat merajuk malas nak jumpa ko ain. haiiiiiiih... sebab aku mengenangkan kawan-kawan dah mengandung je buat aku tak nak jadi pemarah sebab aku tak nak budak-budak ni lahir kang dorang mengata aku.

'oh suara garang ni la yang aku dengar dari dalam perut mak aku lagi. huaaaaaaaaaa....' (nangis beriya sampai tak mo pandang aku! ishh... mintak simpang jangan jadi macam tu. jadi pesan aku kat kawan-kawan yang aku sayang ni, mengandunglah selalu... heheh. supaya penyakit marah aku ni jadi cool jek)

...hahahaha...

saya happy

09 November 2010

bukan macam tu... macam ni

mula-mula saya nak cakap, saya nak tulis pasal hal lain. tapi bila jari-jemari ni menari-nari di atas papan kekunci komputer riba mood saya sedang bergelora dan menggelegak - geram dengan si dia.

buat anda-anda semua kalau nak baca sila baca kalau tak sudi tak mengapa. saya memang cam ni. kan saya dah kata bukan macam tu tapi macam ni. janganlah break the communication dan suka menunggu untuk menyalahi orang lain saja. macam mana lah saya tak jadi garang, sebab kamu bagi saya ruang supaya jadi macam ni.

saya penat sebenarnya k untuk jadi garang dan ganas. penat. bukan macam ni yang saya nak. saya nak jadi seorang yang tenang. tolong saya... boleh?

07 November 2010

yuk bobok


selamat malam
tah bila akan mengomel di sini lagi
dengan panjang lebarnya


(mode: rindu)


ada magisnya



di satu ruang itu. saya tunggu.
di satu sudut itu. saya perhatikan.
saya tahu pasti ada magisnya.
yang tak terluahkan.
yang tak bisa diterjemahkan.
ayuh ciptakan magis itu.
saya tunggu.


04 November 2010

waktu sengal aku




setiap musibah ada hikmahnya. pelan-pelan kayuh basikal jangan sampai roda tercabut macam gambar kat atas ni. kadang-kadang walau kita dah ambil langkah berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian, kita masih lagi perlu berdepan dengan segala onak dan ranjau durinya bak kata ayat-ayat dalam buku cerita.

cerita yang sebenarnya aku nak tulis pasal lain. tapi jadi macam ni pulak. aisshh... ni maknanya tibalah waktu sengalnya. waktu sengal aku.


lompat si katak lompat



lompat si katak lompat. lompat tinggi-tinggi.
cepat adik cepat, cepat tumbuh gigi.
cepat ke lambat ke. pelan-pelan kayuh.
cepat tak bermakna cekap.
lambat tak bermakna lembab.
bersederhana tapi hampir sempurna.
berhati-hati dengan tindakan. teliti istilahnya.


oren dan epal

oren dan epal tu kan tak sama. tapi oren dan epal tetap ada rasa manis dan rasa masamnya sendiri. mana satu yang lebih sedap?

ikutlah tekak masing-masing. kalau suka oren, makanlah oren. kalau suka epal, beli dan makanlah epal. jangan dibuat perbandingan. masing-masing punya kelebihan. dua-dua sedap. dua-dua orang ramai suka. ada juga orang ramai yang tak suka lalu memilih pisang.

dalam hidup pun macam tu. jangan suka dibuat perbandingan pada dua perkara yang berbeza. pada satu-satu perkara tu akan tetap ada perbezaan dan persamaannya. jadi, fikir-fikirkanlah.

03 November 2010

betul kan kata saya?

pada saya tak ada siapa yang betul dan tak ada yang tak betul. saya, awak, kamu, mereka dan kita semua buat perkara betul dan tak betul.
benar kamu betul. kalau saya salah tolong ingatkan.
tapi tak semestinya saya salah. itu sebabnya saya ingatkan.


betul. tak betul. benar dan salah.
semuanya betul dan salah.

saya budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan.

1, 2, 3, mula....

banyak benda nak kena buat dalam satu masa. kadang-kadang tak tau mana nak mula dulu. belum pun bersedia nak mula. ada hal lain yang perlu dibereskan dulu. katanya - buat ikut keutamaan. lepas dah ikut perlu tindakan susulan. maka, berderet-deretlah yang perlu dibuat daripada mula. mula-mula ada permulaan tapi kadang-kadang payah nak jumpa kesudahan.
pelan-pelan kayuh nasihat daripada kawan. teringat balik sebenarnya.