28 Ogos 2011

Resipi Onion Rings Super Rangup Sedap Giler


1. 2 biji bawang kuning saiz sederhana.
2. Hiris bawang dan jadi gegelung macam ni.
+ +

3. Campurkan 1 cawan tepung jagung dan 2 cawan tepung gandum, sedikit garam dan lada hitam. Gaul rata dan curahkan air soda sehingga dapat adunan yang sedikit pekat. Rehatkan    
                                     selama 10 minit sebelum digunakan untuk menggoreng. 
4. Pilih serbuk roti jenis Panko. Letakkan sedikit garam dan sebuk paprika atau lada hitam secukup rasa.


5. Celupkan gegelung bawang ke dalam bancuhan tepung dengan menggunakan garfu. Letakkan gegelung bawang ni di dalam pinggan serbuk roti (gunakan garfu berlainan untuk mengelakkan bancuhan tepung melekat pada serbuk roti jadi bergumpal) dan gorengkan di dalam kuali dengan minyak yang panas dan banyak (deep fry).



6. Ulangi langkah ini dan buat satu demi satu dengan sabar dan redha. ;)


Tips:
1. Gunakan bawang saiz sederhana untuk dapatkan gegelung bawang yang kiut. Kalau nak guna saiz besar pun tak jadi hal.

2. Kalau tak jumpa air soda? Aku pernah guna Ais Krim Soda... dan jadi. Tapi kalau Pepsi ke Mirinda Oren ke aku x jaminlah rasa dia jadi macam apa kan.... Hehe... Kenapa guna air soda? Aku rasa untuk dapatkan kesan ranggup.

3. Buat onion rings ni memang kena banyak sabar sebab kita kena buat satu-satu. Sebabnya, nak elakkan kerugian pada serbuk roti yang senang bergumpal bila dia dah bersatu padu dengan bancuhan tepung tu. 

4. Gunakan minyak yang dah betul-betul panas kalu tak saduran bawang dengan tepung dan serbuk roti akan serap banyak minyak.

5. Dalam resepi asal ada juga keperluan untuk menambahkan bancuhan tepung tadi dengan tepung ubi kentang. Tapi sebab sepekat yang berapa gram sangat harganya agak mahal dan aku rasa tak berbaloi, aku ambil satu sudu kentang lenyek dan campurkan dalam bancuhan tepung. Tapi, kalau korang tak buat kentang lenyek sebagai pasangan sejoli onion rings ni tak pe boleh diabaikan satu ramuan ni. Insya Allah masih dapat kesan ranggup.

6. Kalau tak dapat cari serbuk roti jenis PANKO? Tak pe jangan menangis. Ni resepi Jamie Oliver aku kongsikan dengan korang. Amik roti biasa, (Jamie pakai roti Wholemeal utk lebih berkhasiat katanya) kisar dalam pengisar kering dan panggangkan sekejap dalam ketuhar atau kuali leper untuk kesan yang lebih kering. Dan jadilah serbuk roti ala2 Jamie Oliver bukan cap PANKO. 


SELAMAT MENCUBA... ;)

Resipi Kentang Lenyek dengan Gravy Lebih Sedap Daripada KFC



Hari ni CikPanda berkongsi resepi kentang lenyek ni sebab tadi dapat called daripada Ketua Kodok. Mula2 dia suruh tulis SMS cara2 nak buat gravy resepi ni tapi sebab macam tak feel, aku suruh dia call siap dengan pen n kertas. 

Nah, korang pun boleh cuba buat sendiri. Hasilnya macam kat bawah ni. Hehehe... Kpah sila print resepi ni untuk abah ko k! Sebelum tu bapak Kpah pun pernah called Ain mintak resepi ni tapi sebab tokeh resepi ni aku maka hari ni selamat memasaklah kepada semua. 





Bahan-bahan:
12 biji kentang sederhana besar (jenis Holland)
6 ketul stok ayam (Maggi or Knorr)
2 batang saderi
1 biji bawang kuning (sederhana)
600ml air
1 cawan susu segar 
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
5 titik kicap manis
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
6 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung

Cara Memasak:
1. Kupas kentang dan belah dadu (sederhana) dan rebus sehingga empuk. Letakkan 2 biji kiub ayam dan sedikit garam.

2. Toskan kentang dan lenyek. Suamkan susu. Ketika lenyek kentang letakkan sedikit mentega (dalam 2 sudu) dan susu. Gaul sebati. Letakkan sedikit lada hitam pada kentang (jika suka).

3. Didihkan 600ml air. Masukkan saderi dan bawang kuning yang dihiris sederhana besar dan masukkan 4 biji kiub ayam. Masak hingga air rebusan mendidih dan toskan air rebusan ini.

4. Cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau supaya tepung tak bergumpal sehingga menjadi warna perang. 

5.Masukkan air rebusan (stok ayam). Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Jumlah kicap akan menentukan warna gravy yang dikehendaki. 

6. Didihkan gravy ni, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa (hati-hati dengan kuantiti garam sebab dah ada sos tiram, tak letak pun tak pe).

7. Ketika mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan sedikit air. Masukkan dan terus kacau rata. Siap!

Tips: 
1. Kuantiti dalam resepi ni tidak spesifik. Mungkin korang boleh kurangkan atau lebihkan tapi berpada-padalah. Ikut gerak hati. Kalau jumlah kentang sekali ganda dari resepi yang aku bagi ni atau kurang, maka korang kenalah gandakan atau kurangkan bahan-bahan yang lain jugak.

2. Kalau masak bukan dalam bulan Ramadan, sentiasalah rasa supaya boleh adjust mana2 yang patut. 

3. Boleh juga gantikan kiub ayam tu dengan stok ayam pekat yang dijual di mana2 hypermarket. Resepi sebenar yang aku dapat memang kena pakai stok ayam pekat tu, tapi tiba2 hypermarket yang aku gi tu, dah habis stok. 

4. Kalau nak guna kentang jenis lain pun tak ada hal. Aku cadang n memang guna jenis Holland sebab aku rasa jenis ni cepat empuk. 


SELAMAT MEMASAK TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN... 

22 Ogos 2011

15 Ramadan: Iftar KodokMondok (Entri Terlampau)



Mashed Potato in the making.
Kalau korang buat x sedap, tu sebab kentang tu x dilenyek oleh Ketua Kodok. Hehe...
Super Panda dan kawan2 masak. Masya Allah.... rezeki.... rezeki...
15 Ramadan hari tu iftar dengan KodokMondok. Semua ada kecuali Kodok Bob, almaklumlah kodok junior - Tsara baru 2 bulan. Kecik sangat tu nak bawak jalan jauh.

Maka, dijadikan cerita, kali ni kitaorang iftar kat rumah Kodok Chubby kat Gombak. Dengan menu hidangan yang aku cadangkan macaroni cheese, mashed potato, chicken nugget tempura, onion ring n salad - fuh menu nak western tapi layan sirap selasih ais - yg macam telur berudu tu (sebab Ketua Kodok mengidam!) n teh O panas perisa blackurrant! (Mengucap... hahah)

Sebab aku dah offer menu tu maka dah jadi acara wajib untuk aku masak. Oh, silap KAMI masak bersama tapi aku jadi ala2 Cip Chef! Keadaan dapur... nauzubillah... boleh pengsan. Kalaulah mak aku buat spotcheck ala2 warden asrama... confirm KAMI kena ketuk ketampi macma Labu-Labi. Haha...

Pada hari kejadian semua dari ofis masing-masing, dengan Kota Lumpur hujan lebat menimpakan dirinya, ada semacam kerisauan kat aku yang dorang ni pasti tersangkut n mungkin acara memasak akan lambat.

Oh, rupanya tak, pukul 6 tuan rumah sampai - maka acara memasak pun bermula!

(Imbas belakang waktu)

Aku kat Giant: Err... saderi lupa beli pulak, (time ni dah bayar barang2 lain) maka aku pun tolak troli semua ke tempat sayuran. Ok, dapat. Sudah la aku nak chicken stock Maggi tak dak, tah apa rasa la aku masak nanti. Ulp.... jangan ada yang pengsan nanti sudah.

Dah sampai kat rumah, Kodok Chubby cakap: Jan, aku bersihkan dulu apa yang patut. Adik aku ni buat sepah pulak. Ok2... cuak kat dapur sebenarnya sebab tak da sapa yang tolong. Tolonglah, segera datangkan kawan-kawan aku yang lain.

Mix Salad with Mango n Raisins
Lepas tu Kodok Melaram datang, Ketua Kodok pun datang merempit dan fuhhh... lega Mondok pun sampai kemudiannya. Sambil2 tu aku dah macam rasa kalau lah aku peserta Masterchef confirm dah kalah.

Lepas tu masak... masak... masak.... masak.... dan beginilah hasilnya. Burpp... Alhamdulillah... 

** Resipi semua makanan ni Insya Allah nanti buat entri lain ye. 



Onion rings yang Super Rangup Sedap Best Gilerrr....
Mashed potato with gravy yg lebih sedap daripada KFC!
Macaroni n Cheese with Squid, Black Pepper Sausage n Mushroom. Emmm... yummy!

Same salad with extra cheddar cheese. Boommmm!

14 Ogos 2011

cerita tentang kita

tanpa sedar atau pun tidak.
kita sering membanding beza kehidupan kita dengan yang lainnya.
kemudian, kita akan memperkatakannya.
sedangkan diri kita bukan orang lain.
selayaknya kita tidak perlu mencampuri urusan mereka, bukan?
kerana kita tidak pernah ada di kedudukan mereka.
kita tak pernah akan bisa menyelami rasa dan cerita mereka.

sedang diri kita juga terlalu banyak kisah.
tetap sama. masih ada yang mahu peduli dan ada yang abaikan kerana tidak perlu peduli.

hidup ini aturannya hebat.
tahu apabila perlu mengambil tahu
tetapi belum tentu kita mahu apabila kita sudah tahu.

sama saja, perkara ini terjadi kepada semua.


03 Ogos 2011

Enam Ratus Sepuluh Hari

610 hari - semak jangan tak semak Pjan!
Enam ratus sepuluh hari - kalau tak salah hitunglah. Dari Disember 2009 hingga ke hari ni aku dalam sektor awam ni. Hari ni aku jadi juri pertandingan menulis esei anjuran dua agensi di bawak KPKK.Tak payahlah aku tulis details sangat, karang orang kidnap aku lak kalau tau anak dorang tak dapat tempat pertama pertandingan tu. 

Ok2, bukan nak cerita apa sangat pasal pertandingan tu, tapi aku nak berkongsi cerita jadi juri di peringat saringan ni MEMANGGGGGGGGGGGGG fuh, macam-macam perasaan ada. Sudahlah aku terdatang lewat sebab dapat surat arahan lewat jadi makanya, aku terlepaslah sesi taklimat yang penuh bermakna bagi seorang juri lebih-lebih lagi jadi juri bidan terjum macam aku ni.

Di pendekkan cerita. Urus setia suruhlah aku jadi juri untuk karangan budak sekolah rendah. Maka, dengan sangapnya aku pun duduk dan diberikan ulasan ringkas serta nota kriteria penyemakan kertas-kertas pertandingan menulis esei.

Perasaan aku macam-macam - cemas, hairan, kelakar nak tergelak sebab gelakkan diri sendiri yang macam blur semacam dan lain-lain lagi. Kumpulan aku cuma tiga orang je, termasuk aku jadi empat. Aku pegang pen, capai kertas budak-budak tu terus aku macam, 'eh, kena baca semua eh?'. 

Muka aku dah memang macam orang kurang darah dah, terus sorang kakak tu sapa aku, 'tak pe dik, ni peringkat saringan kita check format je dulu. Kalau baca semua nanti memang tak sudah'. Hehehe... aku gelak sendiri, tersipu-sipu malu dan bodoh-bodoh macam dah lama tak pergi sekolah. (Tapi memang pun dah lama tak gi sekolah!)

Jadi, terciptalah satu lagi sejarah dalam hidup aku setelah 28 tahun hidup. Dulu-dulu masa kecik, aku pasang cita-cita nak jadi cikgu kan? Kan? Hahaha... nah aku terlupa nak bayangkan kalau aku jadi cikgu ni sebenarnya bukan hanya mengajar tapi kena ada extra time untuk semak kerja sekolah students. 

Jasa cikgu akan aku kenang sampai bila-bila.

Check punya check memang stress!!!!!!!!! Sebab-sebabnya aku senaraikan seperti berikut:

a. aku rasa macam aku ada kat satu alam lain, yang mana aku rasa adik-adik ni sangatlah berfantasi dengan 
    tajuk yang diberi. istilah cikgu-cikgu karangan terpesong. istilah orang sekarang ke laut, dik!

b. format pertandingan suruh tulis dalam format karangan surat tidak rasmi. tapi, ada dalam bentuk cerpen,     
    ala-ala gaya penulisan fan club disney channel dll,

c. istilah cikgu-cikgu tulisan cakar ayam. walaupun aku tak dapat cakar ayam punya tulisan dan aku tak  
   nafikan memang ada tulisan tangan yang lebih cantik daripada tulisan tangan aku, aku memang dapat 
   selamilah perasaan cikgu-cikgu kalau semak hasil karangan 'cantik' kita dolu-dolu. alahai... ampunkan kami, 
   cikgu.

Akhir sekali, aku memang akan harungi hari-hari aku dengan sabar dan tabah. Harap-harap tak ada sesiapa yang tersinggung sebab zaman2 sekarang ni, persepsi lain2. Aku cakap dari segi pengalaman aku yang tak seberapa ni je, nanti orang ingat aku perasan hebat ke apa. Orang yang paling hebat dalam dunia ni, bagi aku ialah cikgu. Cikgu yang sebenar-benar cikgu ye, yang dedikasinya hanya mahu melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Semoga peranan cikgu ni kita hormati dan sanjungi sebab tak semua orang boleh menjadi pendidik yang benar-benar hebat dan berkualiti. Hidup, cikgu!

Untuk adik-adik di sekolah, teruslah suka menulis dan apa yang lebih penting banyakkan membaca kerana membaca tu kan jambatan ilmu.
Mari membaca.

01 Ogos 2011

ramadhan ya kareem




Ya Allah, permudahkanlah urusan amal ibadat kami sepanjang menjalani Ramadhan ini. Ya Allah, berkatilah segala amalan kami. Semoga Ramadhan pada kali ini adalah Ramadhan yang terbaik yang pernah kami lalui. Semoga Ramadhan pada tahun ini adalah lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun sebelumnya. Ya Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang temukanlah kepada kami malam yang lebih baik daripada 1000 bulan yakni Malam Lailatul Qadar. Amin... Ya Rabbal 'Alamin.