31 Mac 2010

Berangan Nak Jadi Oprah Winfrey


Time kecik-kecik dulu, bila cikgu tanya or suruh tulis dalam kad kuning ke hijau (lupe suda), dari sekolah rendah sampai sekolah menengah mesti aku tulis or bagitau aku nak jadi cikgu. Kenapa cikgu? Sebab aku rasa pekerjaan mulia ni hebat. Lagi pun tanpa cikgu manalah ada pemimpin2 sekarang. Tok det pun mesti berterima kasih dengan cikgu, apa lagi Najib atau Pak Lah.

Naik sikit tahap pemikiran aku yang tah pape masa remaja tu, aku berangan nak jadi lawyer plak. Sebabnya aku masuk debat - beriya pung, pang, pung, pang (walaupun waktu tu aku bkn wakil sekolah - debat tu hanya dalam kelas utk subjek bahasa Melayu je!). Hehehe...

Dah betul dah arah aku, siap masuk UiTM aku pilih utk belajar Diploma Pentadbiran Awam, pastu nak sambung Law. Hmm... kerana doa mak aku gak kot yang x mo aku jadi lawyer, maka signal yang aku bagi time tu ialah utk ke Masscomm. Ingat senang nak buat Masscomm. Nak masuk pun kena interview tanya pasal current issues.

Lalalala... lepas praktikal kt Berita Harian, sorang lecturer aku tanya sapa nk jd wartawan? Aku antara orang yang kudung pada saat itu. Hmm... bukan aku x jiwa nak jadi wartawan. Sangat jiwa, tapi medula oblogata aku bagitau aku nak buat benda (kerjaya) dalam bidang lain. Tapi time tu x decide lagi nak jadi apa.

Setelah menganggur 2-3 bulan, barulah aku tau betapa x bestnya bila x buat apape. Maka, kawan aku pun tanya nak try jadi Copywriter? Hmm... bolehlah. Bermulalah kerjaya aku sebagai Junior Copywriter di radio Hotfm - Lebih Hangat Daripada Biasa tu setelah mengalami sesi temuduga yang sungguh aku x duga! Err... coretan temuduga tu aku penah tulis dalam blog aku kt Friendster.

Eh, tulis tajuk berangan nak jadi Oprah - tapi banyak lak yg aku bebel ni. Hmm... kenapa nak jadi Oprah? Erk, bukan maksud aku nk tukar warna kulit cam dia. Bukan! Tapi aku berangan nak buat talk show cam Oprah buat sebab impak rancangan tu sangat-sangat terkesan dalam hidup aku dan jugak orang lain.

Terkesan sampai aku perasan dan berangan nk jd cam dia! Hahaha... Terkesan tengok perubahan sorang remaja perempuan Filipina yang didera bapanya, bangkit dari kesusahan hidup tapi akhirnya mampu mengagumkan dunia berkat bakat nyanyiannya - berduet dengan Celion Dion! Memang sangat meremangkan bulu roma!

Banyak lagi episod dalam Oprah Winfrey's Show yang buat aku tertanya-tanya, kalau la aku boleh jadi cam dia... Oh, ye! Dalam satu episod ulangtahun Oprah Winfrey's Show, yang Black Eyed Peas tgh buat show utk konsert tu, penonton boleh lak menari ramai-ramai utk steps yg sama! Suprise untuk Oprah kata mereka!

Lalalalala... aku kat sini bukan untuk berangan! Tapi kenyataannya aku sekarang bekerja sebagai Pegawai Penerangan. Live Your Best Life.

2 hari lagi - mereka akan bersama

Bismillah.

Ni cerita kawan-kawan yang kita sayang. Mereka - udha & shah akan melangsungkan pernikahannya pada Sabtu ni. Hehehe... Tahniah-tahniah. Tadi cek kt status FB mereka dan kawan-kawan yg kita sayang - semua gembira, ada gak yang nerves (eh?) dan excited semacam jek!



Gambar di atas, ketika majlis bertunang sekali harung dgn open house. Yang ramai2 ni geng budak sekolah Puteri Wilayah. Yang kt bawah ni lak, dak2 opis mega melatee dgn aksi sengal2 semuanya.

Apape pun semoga Udha n Shah kekal bahagia Sampai Syurga. Aminn..

30 Mac 2010

aku tengok mereka


Tempoh hari di pesta buku - aku tengok ramai rakyat Malaysia berlumba-lumba ke sana. Jalan jadi sesak. Manusia pun berduyun-duyun. Kawan aku bertanya, macam tak percaya je rakyat Malayasi baca buku setahun - ikut laporan akhbar tempoh hari. Itulah pasal.

Di satu kaunter, di depan aku, sorang akak tu beli lebih 10 buah novel. Tu belum lagi aku. Nak hampir 10 buah buku pelbagai jenis. Hmm... Mungkinkah kajian tu dibuat at a wrong time? Atau respondennya memang di kalangan manusia-manusia yang tak cintakan ilmu. Memang betul, susah kita nak tengok masyarakat kt sini pegang buku tak kira walau di mana. Tu pasal lah sampai kena buat iklan, baca buku dalam LRT. Tak pe lah, itu inisiatif kerajaan nak menggalakkan kempen membaca. Tapi kenapa tak turunkan harga buku pulak? Nak tunggu pesta buku, baru boleh dapat buku-buku harga murah.

Tapi, tempoh hari jugak masuk dalam surat khabar, sorang pelajar perempuan sedang asyik baca buku sambil berjalan - kaki terselit pulak dalam longkang. Macam-macam hal.

manusia bangkai, manusia bingai

Bismillah.

Sabtu lepas, menjadi tajuk utama akhbar - anjing menggonggong mayat bayi yang baru saja dilahirkan. Masya Allah. Apa nak jadi? Ibaratkan nyawa manusia dah tak ada nilai, sampai boleh jadi santapan si anjing jalanan. Tapi yang lebih celaka, manusia yang serupa bangkai sanggup buat perbuatan keji dan terkutuk - biarkan satu nyawa dicampakkan umpama sampah!

Tahlah, kat Malaysia ni macam trend pulak - sekali berita buang bayi, berderet-deretlah kes seumpamanya untuk berhari-hari, minggu ke minggu sampai berbulan-bulan. Bila kes bunuh - macam-macam pulak cara pembunuhan dilakukan. Aku terasa macam manusia-manusia kt negara aku ni dah sakit jiwa - parah dah ni!

Hebatnya kejadian manusia, Allah dah berikan akal, tapi bila akal tak dapat mengawal nafsu, nafsu di'raja'kan dalam diri ni lah padahnya. Buat diri aku yang sering terlupa, aku sentiasa mohon perlindungan diri, keluarga, kawan-kawan yang aku sayang dan saudara seIslamku selamat dunia akhirat. Moga kita sentiasa dibawah perlindungan-Nya. Aminn...

29 Mac 2010

amarah

Bismillah.

Sekadar ingin berkongsi apa yang aku baca drpd majalah Solusi mengenai marah. "Marah itu penyakit rohani yang memberi kesan pada jasmani. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Carilah ubat marah."

Agak-agak apalah ye ubat marah? Tapi kenapa kita perlu marah, sedang kita adalah dituntut untuk belajar bersabar. Pada aku, kita berhak utk berasa marah... tp agak-agaklah. Bila kita perlu marah? Kalau aku, aku akan marah bila mana aku berasa terancam, atas dasar utk mempertahankan diri dan meluahkan emosi aku yg sebenar2nya.

Tapi, "Apabila marah, pintu akal seolah2 tertutup, fikiran tersentak dan memutuskan segala idea serta hilangnya segala pertimbangan." Yup, betul aku sgt setuju. Apa yang penting jgn terbawa-bawa amarah tu, lalu jd perkara yg boleh diungkit2. Apabila akal dalam keadaan lebih waras dan diri lebih tenang, pilihlah untuk berbincang dengan keadaan yang terkawal.

"Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan menafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akuilah hakikat itu. Ingat, kita perlu memaafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri."

26 Mac 2010

satu petang

satu perkara berlaku.
perlu beritahu.
pilih sorang kawan.
ajak sembang.

sembang lama.
sebab lama tak jumpa.
cerita itu, cerita ini.
ok la, nanti.

petang ni aku janji.
untuk beritahu. kau kawan aku.
esok. semua ini jadi realiti.


terima kasih sebab jadi kawan aku.
petang nanti akan berganti.
pilih satu waktu.
kita akan bertemu.
untuk kamu kawan aku.

tengok aku

tengok muka pc. pc tengok aku.
diam. bisu.
jari-jari menari. terhenti.
apa ni. byk aku nak tulis.
tapi bukan ini.

cuba lagi. terhenti lagi.
bukan hal ini. bukan begini.
eh, lihat luar tingkap.
nampak awan. cantik.
ciptaan Tuhan.
hari ni warna biru.
semalam kelabu.

cuba lagi. takkan berhenti takat ni.
mesti ada lagi. cerita yang nak dikongsi.
tapi terhenti.
aarghhhhhhhh...















Note: Awan mendung di Putrajaya sewaktu aku dan kawan-kawan yang aku sayang sedang mahu melihat belon udara panas.

25 Mac 2010

aku.buku.foto.

Bismillah...

Hujung minggu ni, Insya Allah akan ke Pesta Buku Antarabangsa. Satu-satunya event kt KL yg aku x pernah missed. Salah satu kegilaan aku adalah buku. Jangan tanya banyak mana buku yang aku dah baca sebab belum pun satu-satu buku tu habis, aku dah beli buku baru. Heheheh... pendek kata aku ni gila beli buku termasuklah majalah dan novel.

Genre buku kesukaan aku pelbagai - politik, motivasi, psikologi, agama dan lain-lain. Kalau majalah sekarang ni layan utk fotografi aje. Satu lagi kegilaan aku ialah 'menembak' gambar. Tapi tak lah gila sangat sampai beli ribu-riban aksesories kamera. Aku cuma ada DSLR Olympus e-300 je ye. Beli time belajar. Memula dulu takut nak mencuba, berkat tunjuk ajar arwah Hj. Shafie time belajar Fotocomm dulu arwah bawak ke Padang, Sumatera. Tu la first time aku pegang DSLR. Arwah pesan tangkap je - trial n error.

Alhamdulillah, kalau tak kerana percubaan pertama tu aku pun x tau aku ada bakat dan minat dalam bidang fotografi ni. Pencapaian - bukanlah nak riak sekadar berkongsi. Final semester, arwah suruh aku masuk Visit Malaysia Year Eco Challenge yang mana program ni melibatkan media Malaysia - maksudnya ada fotografer yang profesional. Satu gambar aku menang untuk kategori 'Pasar'. Task bermula kt KL lagi - dalam keadaan penat dan stress manalah ada mood nak 'menembak', kan! Hantam sajalah!

Sampai kat Pasar Besar Siti Khadijah, Kelantan - kami pun 'menembak'. Satu team 4 orang, dalam team aku ada 2 DSLR. Kami setuju, gambar aku yang dipilih untuk kategori tu. Alih-alih diumumkan menang, rasa macam tak percaya. Sebabnya, aku student tapi dapat kalahkan mamat-mamat fotografer ni... hehhehe.

Moralnya - dalam diri satu-satu individu tu ada kelebihan yang tak kita sedari selagi kita belum mencubanya. Kata pakar motivasi, kita perlu menerobos kebolehan diri dan jangan berkata tidak-tidak.




P/S: Macam biasa lah, dah aku yang menembak, confirmlah ni bukan aku. Hehehe...
Gambar Pasar Siti Khadijah tu kasi aku time utk carik balik. Nanti aku kasi upload.

24 Mac 2010

dulu lain - sekarang lain

Dulu bujang, sekarang dah kahwin. hehehe... bukan cakap pasal diri sendiri tapi pasal kawan-kawan yang kita sayang. Minggu lepas kawan baik kahwin tp tak dapat datang pasal aku g kursus. 2 minggu aku kat langkawi. April ni pulak, sorang lagi kawan bakal menjejakkan kaki ke pelamin. Alhamdulillah, tahniah untuk korang. Insya Allah, aku tolong apa yang aku mampu.

Kalau dulu sorang, sekarang dah berdua pulak. Bukan aku tapi kawan-kawan aku yg dh berumah tangga n nak berumah tangga. Ada gak kawan-kawan yang dah ada satu or dua anak. Yang tgh tunggu due date pun ramai. Tak sangka dapat tengok perkembangan kawan-kawan aku ni. Dari kurus melidi sampai la dah jd kembang semangkuk! Tahniah.

23 Mac 2010

aku menulis bukan kerna nama

Assalamualaikum...

Dulu lain sekarang dah lain. Sangat2 lain. Baca tulisan sendiri satu waktu dulu - terkenyih sorang2. Itu luahan hati dari jiwa yang sakit. Ingatkan tangan yang menulis ni dah menghapuskan hasil tulisan sendiri, tapi rupa2nya tak! Ada kawan suruh buat blog. Jawapan aku - dah pernah buat tapi dh lama betul tinggalkan bidang ni (blogging). Perlu ke buat sekali lagi? Lupa sudah password blog ni, alih-alih, eh blog aku x pernah terhapus. Cuma ingatan pada 2007 tu je kadang-kadang singgah2 kejap dalam kepala otak ni. Dalam erti kata lain 3 tahun langsung tak pernah pedulikan blog ni apatah lagi mewar-warkannya pada kawan2. Hmmm... (Kalo x mungkin aku dh ada pengikut sendiri dan boleh buat duit daripada blogging).

Tanya lagi pada kawan td, malu weh baca luahan hati sendiri. "Delete la". Haha... jawapannya x mo. Tu semua ada kenangan tersendiri. Sangat2 klasik.