31 Mei 2011

aku yang dah macam apa-apa tah

G.I.G.I.H
                      KuAt                     Nekad
                                                                                       usaha
                    tekad                    motivasi
     GAGAH                     
                                                                                                rajin

                                                                       BERANI
                                                                                  

30 Mei 2011

terfikir begini






~manusia itu hanya mahu difahami tetapi kurang mengerti.~
(CikPanda)









25 Mei 2011

p.o.k.o.k


pokok.
memerlukan air.

pokok.
memerlukan mentari.

pokok.
berdiri kerana akarnya.

pokok.
menjulang tinggi kerana dahannya.

pokok memerlukan air dan matahari
untuk berbunga lalu mengeluarkan buah.

pokok yang kecil menjadi besar.
lalu burung datang membuat sarang di dahannya.

bila sampai masa.
pokok semakin di mamah usia.
burung tak lagi hinggap untuk membuat sarang.

pokok layu
berguguran daunnya
jatuh ke bumi yang tidak memberi sebarang makna.

cerita pokok sama seperti manusia.
cerita manusia sama seperti pokok.

hakikatnya ini cerita pokok 
bukan manusia.

berbeda tetapi ada sama.






hakikat si buah epal



hakikatnya - epal yang busuk itu tetap tidak boleh dimakan
lalu dibuang tidak berguna.

hanya sang ulat yang boleh terus menghabiskan epal itu.
maka epal tetap epal dan masih berguna
kepada siapa?
kepada ulat itu.



...


Assalamualaikum...
CikPanda tumpang lalu....

Brrr... Bzzz
Siang - KERJA
Malam - mari MEMBACA

sambil-sambil tengok MAHARAJA LAWAK
dan TUNGGU Matluthfi90 dan IniAnwarHadi update vlog mereka


20 Mei 2011

Graffiti 1Malaysia


Klik sini


Assalamualaikum,
Untuk semua kawan-kawan yang kita sayang, semoga korang semua dalam keadaan sihat sejahtera.
Untuk review tiga filem tu nanti dulu la eh...

Kat sini nak buat pengumuman yang lebih penting. Buat semua penconteng-penconteng berbakat jom masuk pertandingan Graffiti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Rebut hadiah lumayan RM5,000 dan untuk maklumat lanjut klik link ni k http://graffiti.penerangan.gov.my/g1m/
          
Cepat hantar penyertaaan, tarikh tutup 10 Jun 2011. Jangan lupa baca dan patuhi syarat-syarat penyertaan. Nanti kalau menang boleh la belanja CikPanda ye. Hehe...



19 Mei 2011

aktiviti yang kita suka

Tengok wayang???
Ya betul!!!!!!!!!!!

Sebetulnya, aku nak kongsi cerita dengan korang pasal filem yang aku tengok minggu lepas.
3 filem sekali aku layan - Kongsi, Thor n n n (ajuk mathlutfi90) ye betul... Fast5.

Buat kaki wayang korang mesti setuju dengan aku yang ketiga-tiga cerita ni best, kan? kan?
Ok, nak balik bukak puasa dulu. Nanti malam kalau aku rajin aku update k.

bye!

eh... eh... jap, jom tengok Nur Kasih The Movie lak. hehe... ok, kali ni betul... bye!!!!!!!!!!!!!!!

16 Mei 2011

doakan keselamatan mereka

Assalamualaikum...

Mohon dipanjatkan doa buat saudara seIslam kita di bumi Palestin. Doakan juga keselamatan para sukarelawan Malaysia yang sedang menghantar bantuan kemanusiaan di sana dengan menggunakan kapal MV Finch .  

Salah seorang daripada mereka adalah kenalan saya yang sama-sama menuntut di UiTM. Dia ditugaskan untuk membuat liputan berita di sana. Kini bertugas sebagai wartawan BERNAMA.

Semoga perjalanan kenalan saya ini dan para sukarelawan yang lain selamat pergi ke bumi Palestin dan pulanglah semula ke Malaysia dengan keadaan selamat. Kami rakan-rakan sekelas dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Dan kita jangan putus berdoa dan berharap misi ini akan berjaya. 

Sesungguhnya kepada Allah jualah kita memohon perlindungan dan pertolongan. Amin...

14 Mei 2011

DiGi WWWow Awards

Assalamualaikum...
Untuk semua kawan-kawan yang kita sayang.


Jom, undi blog CikPanda - Berkongsi Cerita ni untuk blogger of the year dalam DiGi WWWOW Awards.
Klik link ni http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=110511005113991 - Log Masuk dengan Facebook - MAsukkan CAPTCHA (2 perkataan) dan klik Vote.


Untuk picture of the year pulak, ada enam pilihan gambar



11 Mei 2011

Wowwww wee~~

Jom klik kat sini

Awak semua, saya nak bagitau ni, saya ada submit beberapa gambar untuk masuk DiGi WWWOW Awards. Ce cari gambar-gambar ni Cute Faces, Faizal Tahir, Senja di Kota Kinabalu, Sky is blue, Putrajaya Bridge dan Sunset @ Pulau Tioman. Semuanya by Hafizan Hamzah.

Lagi satu kategori Blogger of the year... hoho... kategori ni memang blogger-blogger yang lebih popular pun masuk. Jadi, undilah blog mana-mana yang korang suka ye. Err... blog CikPanda - Berkongsi Cerita ni pun undi la. Hehehe... Psstt... blog IniAnwarHadi pun ada, ranking sekarang dah nombor 2.

Jadi, untuk semua kawan-kawan yang kita sayang... Layannn.... http://www.wwwow.my/

08 Mei 2011

bahasa rempit???



Comel gak la mamat ni! Kan??? Ahahahaha.... *pengsan*

Siapa Depa ni?



Assalamualaikum....

Korang dah tengok ka Youtube yang dibuat oleh matluthfi90 ni? Ala, yang aku suggest kat entri sebelum ni? Ce tengok... Ce tengok...

Budak ni dah semacam fenomena baru lak kat Youtube (ka dorag dah lama ada aku baru tau?) Sedang aku cari-cari maka aku pun terjumpa la lagi satu budak Kedah - IniAnwarHadi. IniAnwarHadi pun buat vlog sama cara cam si matluthfi90. Sapa mula dulu atau sapa terinpired dengan sapa aku tak tau n tak kesah... yang aku kesah cara penyampaian depa ni memang terbaik la!

Youtube kat atas ni pulak, kalo korang dah tengok vlog depa masing2... memang betoi la depa da saling mempromote each other... caya la... x yah nk syok sendiri. Sharing is caring kan? Kan? Gitu... 

Jadi, hang pa layaannn... la depa ni. Kalo dorang masuk Maharaja Lawak atau apa saja yang seangkatan dengannya pasti tahun depan depa tercalon dalam Anugerah Bintang Popular. Hahahaa.... tapi x pa... dorang ni pun masih blajaq kat overseas. Tak tercalon dalam mana-mana anugerah pun, depa dah ada peminat dan pengikut sendiri. Weeee~~~ selamat menonton depa nya cheghita eeEWW...

nama pun sampah



aku cukup kagum betoi la dgn si matluthfi ni. muka nerd... tapi lawak giler. semua mesej yang dia bgtau sangat terkesan. jadi, aku rekemen korang layan la dia ni... aku kenai dia time pi kursus induksi kt PD. sorang penceramah tak nak bagi kitorag ngantuk dia bukak beberapa video si matluthfi yang comel ni. 

tapi cerita sampah ni bukan la. kt PD, penceramah tu bukak yg tajuk 'accept differences' dan 'selamat hari ibu 2010'. yang cerita sampah ni aku pilih sebab aku tak tahan dengan nasib si buaya... aku gelak sorang2 nk dekat pukui 3 pagi. aduiii....  anak sapa la mamat ni?



02 Mei 2011

Jangan

Ada tiga keadaan atau situasi di mana kita tak digalakkan untuk membuat keputusan. Iaitu apabila kita dalam keadaan:

  1. Marah
  2. Keliru 
  3. Lapar
Info ni aku dapat masa kursus kat PD, walau tumpuan aku pada ketikanya tah ke mana-mana tapi kalau topik tu menarik, cepat je telinga aku tertarik dengan hal yang diperkatakan. 

Mungkin perkara ni pernah terjadi dalam hidup kita sebelum ni. Contoh macam aku, pantang aku ialah pi berwindow shopping dalam keadaan lapar. Maka, bila aku nampak sesuatu keperluan (walau pada masa tu tak berapa nak perlu pun) aku mulalah terbeli barang tu. Terbeli, ok? Hehehe...

Tapi tu la... dalam tiga keadaan ni, kita sebenarnya lebih terikutkan rasa hati yang mungkin dipengaruhi oleh suara-suara nafsu dalam diri kita yang telah menguasai diri pada ketika itu. Jadi, buat diri aku yang lupa, akan ku beringat-ingat dan berpesan-pesan kat diri ni. Nak pi shopping makan dulu. 



Kodokmondok... Kamu Yang Macam-Macam

Mula-mula, kalau kawan-kawan yang kita sayang, yang cantik-cantik dan yang hensem-hensem agak dah meluat nak baca pasal saya dan KodokMondok saya... silalah ke blog orang lain.

Blog ni memang tak sama dengan mana-mana blog dalam dunia ni yang akan bercerita tentang isu politik, isu dunia, subsidi minyak atau apa sekali pun. Blog ni memang pasal saya, jadi saya tulis apa yang saya suka saja. 

Lepas sebulan tak jumpa kesayangan saya ni - mereka Kodokmondok, tibalah masanya update tentang diri masing-masing. Alhamdulillah semuanya sihat dan baik-baik belaka.

Update 1: Ketua Kodok (KK)
Kita mula dengan KK, masa pilihanraya Sarawak, dapatlah perkhabaran tentang dirinya yang masuk ke hospital di Bintulu. Sebelum ni kerana tahap confident KK dia selalu cakap 'aku sihat', 'ah, tak sukalah dok kat hospital' dan lain-lain lagi. Lebih terkejut masa aku kursus kat PD, KK mesej 'tak jadilah operation...' Dan seterusnya, tunggu dan tengok perkembangan dalam selepas sebulan ni.

Update 2: Kodok Chubby (KC)
KC sama macam aku berkursus untuk sahkan jawatan sebagai penjawat awam. Tapi dia kat Pangkor. Kerana itulah dirinya aku lihat sedikit tanned. 

Update 3: Kodok Bob (KB)
Pengumuman bahawa dirinya dan suami dah beli rumah. Alhamdulillah... 

Update 4: Kodok Stress (KS)
Alhamdulillah... dah memulakan bisnes. Merancang menambahkan pendapatan keluarga. 

Update 5: Kodok Melaram (KM)
Menjadi pembimbing rakan sebaya. Baguslah, sambil menasihati kawan-kawan sekaligus menasihatkan diri sendiri, betul tak?

Update 6: Mondok
Yang ni paling aku suka dengar. Jeng...jeng... "Korang, aku dah berhenti AA tau". Semua dengar pun macam terkejut. "Aku dah dapat kerja baru". Oh... Alhamdulillah... 
"Tapi korang dengarlah cerita aku interview"
"Ok... ok... cer citer, cer citer..."
"Soalan pertama aku kena tanya, kawan-kawan awak kerja apa?" 
Hahaha... very the unexpected question, kan?
"Ko jawab apa? Pasal kitorang ke atau ko cakap pasal kawan-kawan AA"
"Dah tentulah aku cakap pasal korang. Sorang kawan saya kerja forensik, sorang computer analysis, yang lagi ada kerja dengan media, jaga-jaga pilihanraya... haha aku tak ingat nama kerja korang!"
(Sengal betul la si sharipah sorang ni)

Kesimpulannya, seronok dengar perkhabaran baik daripada KodokMondok. Ni baru sebulan, kalau pakat aku kena out-station lama ke overseas ke hahaha... agak-agak banyak benda aku ketinggalan. 

Aku sayang sangat-sangat kat KodokMondok ni sampai mati. Dunia dan akhirat tak kan jumpa yang macam ni. Korang yang lain pun, yang ikhlas berkawan dengan aku apa adanya. *wewiiit* suiittt tak??? hehehe...