26 Januari 2012

kembali senyum




Senyumlah - kerana senyuman kamu sangat indah. Lebih indah dari warna pelangi.
Senyum dari hati.
 

Dah lama, saya terlupa untuk ukir senyum dalam erti kata sebenar - senyum yang indah.
Entah kenapa, dalam banyak dugaan yang menimpa diri, atas limpah dan kasih sayang Allah saya terima khabar kejutan tersebut dengan kata-kata yang tak mampu saya ucapkan.

Subhanallah - Maha Suci Allah. Lebih banyak dugaan yang Kau berikan padaku, lebih mendekatkan aku pada-Mu. Makin banyak aku pelajari tentang kehidupan, semakin aku mengagumi-Mu. 

Pohon saya, 2012 ini akan ada cerita bagus. Adakah khabar ini saya ertikan sebagai cerita bagus permulaan tahun ini? Ya, saya terima khabar ini sebagai cerita bagus yang pertama. 
Walau saya tahu saya bakal mendepani cabaran yang baru kelak. 

Dari satu sudut, saya harus lihat dari sisi positifnya. Usai meminta pandangan beberapa pihak, mereka berkomentar ini adalah masanya - masa yang terbaik untuk saya memulakan langkah.
Terima kasih atas dorongan kalian. 

Itu antara salah satu sebab untuk saya tersenyum indah, sekurang-kurangnya untuk waktu ini hinggalah pada waktu yang Allah akan tentukan kelak.

Buat masa ini, saya bermukadimah sahaja. Justeru, tentu saya akan tuliskan cerita bagus itu kelak.




untuk semua perkara






21 Januari 2012

Satu

Satu untuk kamu. Satu untuk saya. Satu hanya Allah Yang Maha Esa. 1,2,3... Sayang semuanya. 1,2,3... Bila jatuh, bangkit semula. Ayuh kawan, jangan tewas. Ayuh kawan, bangun lekas. Jangan mudah terpedaya. Nafsu syaitan durjana. Tadah tangan berdoa pada-Nya. Moga Allah dengar doa kita, insan-insan tak terdaya. Di akhirat kelak kita pasti menang dan berjaya. Sampai syurga.

hati-hati merencana hidup ini

Dalam setiap kejadian ada hikmah. Dalam setiap hikmat ada Tuhan yang mengaturkan segalanya. Dalam setiap kejadian ada pengajarannya. Dalam pengajaran ada kebaikannya. Dalam kita berhati-hati merencana hidup ini, kita terkesan dengan cerita lainnya. Hanya Tuhan yang tahu segalanya. Semoga apa yang kita citakan akan ada dalam gengaman satu hari nanti. Nilai diri, perbaiki peribadi. Akhlak terpuji, disayangi Ilahi dan seisi makhluk di langit dan di bumi.

kuat dan jangan mengalah






Sepertinya saya sedang melarikan diri daripada masalah. Kerana merasa diri seperti teraniaya. Hanya kerana kejamnya hati manusia, saya jadi lupa pada kasih sayang Allah yang rindukan saya untuk mengadu kepada-Nya.

Kuat dan jangan mengalah. Dengan lebih berani, kebenaran lawan kebatilan. 


17 Januari 2012

S a i g o n

KodokMondok saya. Yang pakai jaket bukanlah.
Di Pasar Ben Thanh tapi selalu sasul Benten. *selambe je*
Tembak jangan tak tembak CikPanda
Dia cakap dia pretty gay. *tutup muka*
Pejabat pos
 'No motorbike, no girlfriend.' - Tourist guide said.
Lepak jap kat depan Hard Rock cafe sambil berbual dengan gay cantik. Cantik ke?
*garu kepala*
Upacara ibadat di kuil Cao Dai
Tiang eletrik dorang memang macam ni. 
Singgah ke pusat kraf. Kerja tangan ni menggunakan kulit telur dan kerang-kerangan.
Jus ciku dan jus mangga
Buah-buahan yang sanga menggiurkan. Hmm... 
Sesi posing depan kedai ais krim. Posing je tau, KAMI tak makan ok.
Macam tak tau macam mana nak rotate gambar ni. Huhu....
Bangunan dewan bandaraya di Saigon.

08 Januari 2012

Cerita 901



Esok 901 - Saya cuti-cuti dengan KodokMondok saya. 
Waweeee... tak sabar sungguh rasanya.
Nanti - tunggu sajalah update bergambar kat sini.
Insya Allah.




Peluang itu




Saya telah diberikan peluang itu. Mengenali dirinya. Mengenali diri saya juga. Ada perkara yang baik terjadi. Namun, ada juga perkara yang menjauhkan saya dari-Nya. Sesungguhnya, tahulah saya, Allah hanya hadirkan dirinya hanya untuk menguji diri ini. 

Ujian Allah adalah tanda kasih sayang-Nya agar hamba-Nya tidak melupakan Dia. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku hanya harap redha-Mu. 

Seandainya dia tercipta untukku, yang mendekatkan aku ke jalan-Mu, relaku menjadi miliknya. Sebaliknya, jauhkanlah aku dari dirinya jika hadir dirinya hanya menjarakkan aku dari redha-Mu. 

Kamulah pelangi yang pernah mewarnai hidupku dulu. 
Matahari yang menyinari hariku. 
Awan yang meneduhkan aku. 
Satu hari nanti berharap bertemu pelangi yang baru. 





Hanya Sekali

Hidup kita ni hanya sekali.
Mati pun akan datang sekali.
Sakit datang berkali-kali.
Jatuh cinta - yang sejati sampai mati - harapnya jua hanya sekali.
Jatuh cinta atau jatuh suka - mungkin berkali-kali.

Hidup biarlah banyak memberi.
Pemberian pasti dihargai.
Kenangan terpahat dalam hati.
Moga budi dan jasa dikenang sampai bila-bila nanti.

03 Januari 2012

tahun 2 0 1 2 hari ketiga bulan satu

Ni kali ketiga entri ni ditulis. Selamat tahun baru CikPanda. Hari ketiga dah. Sebenarnya nak tulis lain tapi isi kandungan jugak dah jadi lain. Selamatlah. Isi cerita terpesong sungguh! Yang sama ialah hari ni hari yang sibuk, sama macam hari-hari tahun lepas. Senyum. Selamat tahun baru buat kawan-kawan yang kita sayang. Bukan cerita sibuk yang aku nak tulis kat sini sebenarnya. *sigh* Semoga tahun naga ni lebih ganas daripada biasa. Eh, betul ke tahun ni tahun naga? Ah, selamba je la. Surat khabar yang aku baca pagi tadi bagitau tahun naga lah, kalau aku x baca surat khabar tahun lepas la kan. Hehehe. Oh, sengalnya. Sebab isi kandungan cerita ni memang bukan cerita pasal naga. Nanti aku cuba ingat balik apa yang sebenarnya aku nak tulis. Sepertinya tulisan ni nak dituliskan seperti ini. Buat semua kawan-kawan yang kita sayang, semoga tahun ini akan jadi tahun yang terbaik buat diri kita. Baik dari segi kehidupannya, kenangan dan pengalaman yang akan kita dapat, kasih sayang yang akan bertambah, kesihatan yang lebih baik lagi (azam saya x mo masuk wad lagi. Amin). 2012 - semoga ada cerita bagus buat kita semua. Amin.