09 April 2011

Sibu - The Swan City


Kalau dah sampai tempat orang, tak sah kalau tak 'menembak'. Sibu, bandar ketiga terbesar di Sarawak selepas Kuching dan Miri. Tapi masa ronda-ronda dalam bandar ni aku rasa bandar ni sibuk sangat. Banyak kenderaan dan orang ramai ke destinasi masing-masing.

Bandar Sibu adalah central region bagi kawasan atau bahagian-bahagian dari pedalaman seperti Kapit, Mukah, Sarikei dan Kanowit. Kalau penduduk dari tempat yang disebutkan tadi nak ke bandar-bandar lain, bermakna dorang kena masuk melalui Sibu dulu. 

Tahu tak, nak ke Kapit hanya boleh menaiki speed boat yang mengambil masa 3 jam! Tak ada jalan darat dan selamatlah menikmati perjalanan melalui Sungai Rajang. 

Sibu terkenal dengan jolokan - The Swan City, tapi jangan terkejut dekat sini tak ada pun angsa yang berenang-renang di tepian Sungai Rajang tu. Angsa dipilih sebagai mercu tanda bandar Sibu kerana mengikut cerita orang tempatan di sini ia ada kena mengena dengan kehadiran imigran dari China suatu waktu dulu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan