08 November 2014

tulislah

Pesan seorang stranger yang lebih kenal aku daripada rakan sekerja aku. "Tulislah. Disiplinkan diri, ambil masa untuk menulis. Setengah jam sehari mungkin." Aku terdiam. Macam menulis tu senang ya? Ahh... aku beralasan lagi dan lagi.

Dulu pada ketika aku terlalu marah dengan keadaan. Aku marah sangat-sangat atas perbuatan orang lain. Atas ketidak adilan yang dia buat. Atas tak ada daya aku nak berbalas jawab segala persoalan yang dia kemukakan. Pendek kata - menyampah gilalah kalau aku nak jumpa dia. Aku beralasan dialah penyebab aku jadi mental block. Puiii...

Memang jijik bila aku fikir balik. Besar betul impak dia dalam hidup aku. Sampai aku tak berselera untuk menulis lagi. Lepas sekian lama aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan aku ubah rasa menyampah aku pada lantak kau, lantak aku!

Lepas audit diri aku tahu dia bukan masalah aku lagi. Masalah aku ialah AKU sendiri! Korang faham tak? Kalau kita ada masalah tak payah cari orang lain untuk disalahkan. Salahkan diri sendiri lagi bagus! Mana tak sebelum ni aku macam ok. Memanglah ok sebab dia pun ok dengan aku. Lepas tu... oh aku tak nak ingat lagi. Konsepnya lantak kau, lantak aku. Jadi biar aku hadam dan pendam.

Lepas yang selepas itu aku pun rasa aku nak tulis balik. Tak payah aku matikan keupayaan yang aku ada semata-mata kerana kegilaan orang. Bermula dengan usaha kecil barulah aku tahu dan sedar mental block aku berpunca dari aku sebab aku kurang membaca. Jadi kat situ aku dah tau aku perlu baca.

Baca dalam erti kata lain yang menginspirasikan diri aku untuk menulis. Maka dipendekkan cerita aku pun membacalah bahan bacaan ringan lagi santai dan bersahaja untuk buku pertama dalam kurang tiga jam dah habis. Aku suka. Aku kagum dengan penulisan penulis tu.

Sekarang pun aku tengah memilih satu lagi buku yg buat aku berfikir, mencerna dan sedang hadam ilmu-ilmu tu yang jadikan aku manusia lebih bahagia dan merembes air mata lagi dan lagi. Yang tersurat dan tersirat dalam penulisan tu buat aku rasa malu pada diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan