15 April 2010

ku bogelkan kamu di sini

(Imbas masa lampau)

Di dalam bas. Menuju ke menara gading, seorang teman tersenyum-senyum membaca sesuatu di hp nya. Ketika itu, hp tanpa kamera. Lalu, orang di sebelahnya mencebik, 'Gila rupanya'. Hahaha... itulah dia si Kodok Bob tuan punya nama.

Di sebuah negeri yang terletak ribuan kilometer jauh dari kota lumpur yang ditinggalkannya, dia mentelaah hal-hal forensik. Hal-hal luaran dan dalaman tubuh manusia telah diselongkarnya. Kini menyulam bahagia bersama Mr. Chubby tercinta. Gelarannya juga sama Kodok Chubby diberi nama.

Bukan di London tapi di Londang, Melaka. Punya diri suka bergaya, berkaki dua. Kadang-kadang senyum gembira dan tersimpan banyak kisah lara di jiwa. Kerana kamu suka bergaya, maka kamu kami panggil Kodok Melaram dan kisah-kisahnya.

Bukan satu, tapi tak sampai lima. Mencari cinta untuk keperluan jiwa. Mudah stress tapi tak bengis. Satu hari berkata, 'Tahun ini, ada event besar dalam hidup aku.' Kamulah itu si Kodok Stress kini sedang berbadan dua.

Dahulu ku merempit bersamanya. Pernah jatuh motor ala-ala Superman tapi aku tiada. Nasib aku baik, aku dibelanjanya. Tapi masuk KLCC, duitku keluar dompet hanya untuk membayar seluar jeansnya. Kerana tak pernah mengecil, dialah juara. Maka kerana itu dan sebab-sebab lainnya, kamu kami gelar YB Ketua Kodok yang berjaya.

Aku bukan siapa-siapa. Tak mampu difikirkan kodoks yang lain untuk menggelarkan dirinya. Kerana ku garang macam singa - tanpa dipelawa Mr Chubby menggelarku bukan Kodok Singa tapi Kodok Narnia yang dapat nama. Jemaah kodoks setuju sahaja, 'Approved!'.

Satu makhluk tuhan paling seksi pelengkap cerita ini. Tiada gelaran kodok tapi dipanggil Mondok. Ku teringat cerita TokMi mu, gelak ketawa tak ingat dunia. Inilah cerita kita yang akan aku kongsi bersama.

Bersama-sama kamu - KodoksMondok ku tercatat sejarah tentang kita. Belajar bersama dari sekolah rendah, menengah, universiti dan di alam kerja. Punya karakter diri yang berbeza-beza. Tapi tak de hal punya. Ku bogelkan kamu di sini kerana aku pernah berjanji. Ini janji aku untuk menulis tentang kamu. Dan kamulah hadiah terbaik yang pernah aku terima.

11 ulasan:

  1. best best ... in detail pls .. boleh baca bila stresss .. tersenyum panjang ...

    BalasPadam
  2. I knew who u r. Thanks for your time, cik Mondok! Baca dan terus baca. Jgnlah stress2 sgt. Dgn blogging pun leh buat duit tau. Cepat buat bisnes beg ko. Nanti kita sembang panjang lagi.

    Kodok-kodok ku, kamu di mana?

    BalasPadam
  3. yo yo yo! aku masuk..maklumla..x keje..lmbt skit la kn..hahahha..
    sungguh bermadah kata2mu..

    dlm byk2,xkan ku lupa kisah superman itu..terbayang2 lagi aksi2 stunt itu..hahahhaha..

    pijan..lg la..dan lagi..hahahhaha..

    eh,kene aja gak aku cmne nk wat bisnes dgn blog nih..ahahaha

    BalasPadam
  4. bisnes kt blog??
    ko buat je apape topik, contoh nanti cm baju2 n manik2 ko tu kan. dh ada blog kenalah war2kan sbb blog aku ni dh registered kt nuffnang utk advertisers masukkan iklan.

    nk lg hebat. lg ramai org baca blog ko lg byk la duit masyuk. get it??

    pasal entry kodoksmondok stories, mmg byk yg nk di story-mory kan. hehehe. sabar-sabar.

    sambil2 tu entry lain bg la gak komen yg memberangsangkan. hehehe. tq2 krn membaca.

    BalasPadam
  5. ko abaikan kan la ape jua latar belakang aku nih..nnt ko kene cite detail psl nuffnang tuh..hahahhaha..ala..xreti..hahahhaha

    BalasPadam
  6. ko ni blaja IT ke aku yg blaja IT??? hisshhh...

    BalasPadam
  7. caya lar pjan.... xlame lg kite jd jutawan thru blog je...redmummy bole..insy,...kite pun bole...heheheh

    BalasPadam
  8. walaupon canggih tmpt kerjaku.. tp x sempat berinternet!!! akibatnya... ulasan ku lewat tiba dari yg lain..
    uish mmg terigt2 la cite dlu..ni baru introduction ni cik narnia.. kene ade kesinambungan lagi..

    BalasPadam
  9. tok kirana: go! go! go! jutawan internet.
    kpah: heheheh... pasti ada. satu entry, satu watak lak. tgu...

    BalasPadam
  10. kisah mak bapak kodoks juge tak terkecuali. hahaha

    BalasPadam
  11. heheheh... baiklah. itu pasti. kalo x citer kodoksmondok ni x lengkap.

    BalasPadam