16 April 2010

Nikmat Dikongsi Bersama

Alhamdulillah, dapat perkhabaran gembira. Sedikit sebanyak teruja. Tapi sungguh dugaan juga semakin berganda. Pujuk hati supaya lebih bersabar dan mohon petunjuk Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

"Ya Allah, sekiranya perkara itu akan menjauhi aku daripada-Mu, maka jauhkanlah aku daripada perkara itu. Sekiranya perkara itu membuatkan aku semakin mendekati-Mu, maka Kau dekatkanlah aku pada perkara itu."

Semoga Allah memberkati rezeki yang dilimpahkan kepada aku untuk dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan yang kita sayang.

1 ulasan: