22 April 2010

Kodok Chubby Yang Comot



Hmm... kisah kodok yang ke-4 ni lak pasal Kodok Chubby a.k.a Kpah (sebut kak pah). Dia antara yang genius dalam famili KodoksMondok. Tapi dia gak la yang paling comot. Hehehe...

Aku dengan Kpah dah berkawan dari darjah satu lagi. Sama-sama dalam kelas Melur dari darjah 1-5. Darjah 6, Kpah masuk kelas 6 Amanah, aku 6 Jujur. Tingkata 1-3 pun kelas yang sama. Kelas Mulia kt SMKPW. Tingkatan 4 Kpah masuk aliran Sains. Aku Sastera Ikhtisas.

Kerana Kpah ni berbeza dari kodok-kodok yang lain, maka dia menuntut pun nun jauh di Ostrolia... hahahah... apakah? Kat USM Kelantan dalam bidang Forensik. Giless kan, pompuan ni??? Giless dalam ayat di atas bermaksud hebat. (Sebenarnya aku tak suka puji ko Kpah) Hehehe...

Tapi, dah 20 tahun berkawan, maka memang betul aku dan Kpah ada persamaan. Iaitu - mendapat kawalan ketat dari mak abah masing-masing. Lepak lah kat celah mana, lepas mak aku called bapak Kpah pun akan called, "Kakak kat mana? Bila nak balik?"

Sekarang atas inisiatif Kpah, dia berusaha meninggalkan Ketua Kodok. Kpah dah masuk gym weh... hahaha... aku tunggu perubahanmu Kpah. Nanti kita gi workout sama-sama.

Mana pulak dapat gelaran Kodok Chubby? Sebab Kpah pun cam Wa, dapat gelaran ikut nama gelaran yang kami gelar kat bf-nya - Mr. Chubby. Perkara yang tak boleh bla, dorang ni bercinta, cerita semua nak yang sweet-sweet je... heheheh... Paling tak tahan tengok Kpah ni bila dia ber3G dgn Mr. Chubby. Hahaha... Kpah, Kpah....

Semua nak sweet. Hehehe

2 ulasan:

  1. hahaha.. aku bangga dpt 1 slot utk diri aku!!! perasaannye spt ade 1 novel khas diterbitkan ttg cerita aku..

    BalasPadam
  2. ayakk... hahaha. memasing memang dah layak ada citer sendiri. kekdg aku terpaksa pilih2. ni baru citer basic je. hehe... kalau mendalam sgt kang mmg dh boleh jd catatan sejarah.

    ada apa-apa perlu aku tambah?

    BalasPadam