01 April 2010

Kahwin Muda

Budak-budak zaman sekarang, tah kenal ke tah tak main konda-kondi, congkak, teng-teng dan kejar-kejar patung. Tapi dulu time kita kecik-kecik mesti pernah main kawen-kawen, kan? Hahahaha... Tapi, la ni main kawen-kawen ni bukan sebab nak dukung anak patung tapi la ni budak-budak kecik sekarang dah dikahwinkan dan ada kes jugak memang nak-nak sangat kahwin time muda remaja!

Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba Turutkan,
Buang Emak Buang Saudara,
Kerana Kekasih Hamba Turutkan.


Pantun ni memang sesuai dengan apa yang terjadi. Mesti ada terbaca berita pasal remaja perempuan 15 tahun, nak-nak sangat kawen dengan boyfriendnya umur remaja jugak 19 tahun tapi sanggup tinggalkan keluarga. Alasan nak kahwin dengan si lelaki tu sebab dia kacak! Hah, sangat tak paham apa makna nak bina rumah tangga. Yang lagi pelik keluarga belah lelaki boleh terima utk kahwinkan pasangan ni.

Ye, memang betul daripada biar dorang buat maksiat sampai terbuat anak dan terbuang anak tu - lebih baik dikahwin kan memang la betul. Tapi... sangatlah merugikan! Sebab minah ni gak dah tak berminat nak belajar. Eh, dik PMR pun x lepas, x de SPM lagi, ko ingat senang ke apa nk survive in the future! Tulis panjang2 pon budak ni tak baca tulisan aku! Tapi agak2 la... gelojoh betullah budak remaja zaman sekarang ni! "Apa kejadahnya?" Bak kata Wan Kamarudin Wan Ibrahim.

Surat khabar hari ni siap laporkan mak remaja perempuan tu sampai pengsan bila anak perempuannya terus bekeras nak kahwin. Kalaulah budak ni adik aku... siap lah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan