30 April 2010

Kuala Lumpur dan Pelangi di Pagi Hari

Jalan-jalan yang aku lalui setiap hari sama. Tapi hari ni berbeza bila pagi yang cerah dengan rintik-rintik hujan membasahi bumi. Aku nampak pelangi. Pelangi di pagi hari. Hari Jumaat lagi. Aku senyum sendiri. 'Eh, ambil gambar boleh kongsi dengan kawan-kawan yang kita sayang. Nah ini untuk kamu orang.'


Jalan lagi. Di bawah pelangi. Teringat mitos pasal pelangi macam selendang bidadari. Macam-macam. Senyum lagi.

"Hati-hati bawak kereta. Hujan. Jalan basah."
"Ok, abah."
Sebab Ucu bawak hati-hatilah dapat ambil gambar pelangi. Senyum lagi.

Jalan yang makin hampir ke bangunan pejabat. Dekat kota lumpur yang kita diami. Yang jarang-jarang boleh tengok pelangi pagi.

Nah ini satu lagi. Semoga dapat tengok pelangi lagi. Satu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan