27 April 2010

Berbeza.Tafsiran

Aku.Kau.Tafsiran.Kita.Berbeza

Kata mereka sempurna itu mustahil. Sempurna itu milik Tuhan. Tapi aku melihat dan mentafsirkan. Sempurna itu tak mustahil. Kerana diri kita juga milik Tuhan.

Dari satu fasa ke satu fasa kehidupan. Kita berubah. Walau perubahan itu tak menjanjikan kesempurnaan. Tapi aku melihat proses ke arah itu. Sempurna.


Tak faham. Aku ambil contoh terdekat. Seorang kawan. Kawan rapat bagai bersaudara, baru saja melahirkan. Fasa kehidupannya - pada aku telah sempurna. Kenapa? Bagaimana tidak, fasa kehidupannya - menjadi seorang anak, adik, kakak, kawan. Berkahwin - menjadi isteri dan kini menjadi ibu.
Prosesnya ~ lihat kehidupannya di situ telah sempurna sebagai seorang perempuan yang telah mengalami proses bertahun-tahun untuk menjadi sempurna. Dari seorang yang biasa-biasa kini ibu yang hebat kerana di sisinya kini seorang puteri yang comel. Sempurna, kan?

Jadi, sempurna itu memang bukan perkara mustahil. Interpretasi kita yang berbeza sahaja yang menjadikan sempurna itu mustahil. Walau apa pun yang kita buat kembali kepada sang pencipta. Itu juga satu proses yang sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan