16 April 2010

The Climb - CikPanda version not Miley Cyrus version

Selak majalah. Gulp... DSLR baru. No no no... can't afford. Aku sayang DSLR Olympus e-300 ku. Dia dah banyak berjasa. Nak bagi dia kawan baru je, si flash. Selak lagi majalah - Jom Cuti-cuti Malaysia lak. Alahai... Hurmm...

Sabar...sabar... sedang berusaha. Kadang-kadang kita punya banyak impian. Seribu, dua ribu atau berjuta-juta impian. Tapi kita letakkan ke tepi. Kita tinggalkan impian tu dan tak jadikannya kenyataan. Kenyataannya bukan kita tak boleh capai impian tu tapi kita tak berusaha. Usaha untuk apa? Untuk lihat potensi diri. Kita selalu cakap 'Ah, tak pe lah.' 'Ah, dia anak orang kaya. Memanglah dia boleh beli itu dan ini.'


Kan?? Tapi yang sebenarnya kita bukan set nak berjaya, kita set yang kita dah gagal sebelum mencuba. Kita bukan berani nak berjaya tapi kita berani cabar diri kita untuk set kegagalan yang pertama. Ya Allah, keluarkanlah aku dari kelompok orang yang gagal itu.

Analoginya begini - lihat bayi kecil yang mahu belajar bertatih. Lihat mereka jatuh, bangun lagi. Jatuh, nangis lagi. Bila mereka dah bertatih kita pun gembira. Lepas tu bukan setakat berjalan tapi boleh berlari dan melompat. Kerana apa kerana mereka tak takut gagal. Mereka letak kejayaan tu dengan satu langkah - nak berjaya - lepas tu boleh berjalan. Nampak, bayi tu pun berani untuk set kejayaan. Siapa bayi tu? Bayi tu bukan anak kita atau anak orang lain. Bayi tu ialah diri kita sendiri - kita terlupa agaknya dari kecil lagi kita dah menjadi orang yang BERJAYA kerana kita BERUSAHA.



Tapi bila dah dewasa ni, kita cipta ketakutan yang melampau-lampau dalam diri kita. Kerana apa? Kerana kita banyak tanggungan, banyak sangat orang letakkan harapan, stress kerja lagi. Macam mana nak berjaya sedang kita makin dewasa makin banyak tanggungjawab dan beban. Beban?? Tu semua kata-kata negatif yang merangsang tindakan kita untuk berfikir POSITIF, BERUSAHA, BERTINDAK dan capai KEJAYAAN.



Kita adalah apa yang kita fikirkan. Fikirkan KEJAYAAN bukan kegagalan.

1 ulasan:

  1. jgnla memikirkan sgt perkara2 kecik 2... yg kecik kita hilangkan...yg besar kite kecilkan... amcam???

    BalasPadam