30 April 2010

Khabar dari Labuan

"Kau dah tidur ke Pjan."
"Belum. Tapi nak dekat tidur jugak la ni. Pe cer kau?"
Dengar suara dia ketawa.
"Aku nak datang sana, 7 hari bulan depan."
"Oh, ok." (Dalam hati - bulan lepas pun kau cakap perkara yang sama. Dengar je la. Haha)
"Apa cerita kawan-kawan yang lain?" (Bagusnya kau tak lupa kawan-kawan)

Dan lagi... dan lagi... aku hanya mendengar sesekali menyampuk. Seorang kawan dari Labuan tak pernah lupa nak telefon aku. Bukan setiap hari. Bukan juga seminggu sekali. Tapi kadang-kadang. Tukar-tukar cerita. Tapi kebanyakkannya aku mendengar dan tolong ketawa sama. Perbualan masih pada topik yang sama. Pasal kerja dia, pasal dia nak kahwin dengan Y dan pasal cerita kaya dia. Amerika wo~

"Kau dah jutawan, belum?" aku tanya.
"Amerika wo~. Mestilah dah. Haha..."
Sambung dia lagi, "Nanti aku nak jumpa orang yang boleh lobi aku masuk politik."
"Aik, masuk politik pulak. Kau ni, dari tadi Amerika wo~, Amerika wo~. Dah makan ubat belum?"
"Dah. Haha" Ketawa lagi dia ni. Aku pun ketawa sama.

Satu ketika bila kawan ni bercerita memang jelas dengar suaranya. Suara yang gembira. Tapi kadang-kadang penceritaannya ada yang tak jelas kerana susun atur ayat dan nada-nada yang bercampur-baur. Ada sedih dan marah tapi dia boleh buat gembira. Dia ketawa. Aku pun ketawa.

"Kau tak kerja ke esok?"
"Tak le, pasal hari tu, aku ada buat program. Siap masuk tv. Kau tak tengok ke? Berita wilayah dalam RTM."
"Dah lama aku tak tengok tv lah."
"Ramai yang cakap aku hensem. Haha"
(Sakit budak ni) Aku ketawa. Dengar dia puji diri sendiri.
"Eh, Pjan. Banyak perempuan suka kat aku tau. Dorang semua gila-gilakan aku. Kau je tak."
"Pasal aku tak gila. Hahaha," aku jawab selamba dan ketawa. Dia pun ketawa jugak.

"Kenapa kau nak kahwin dengan Y?"
"Pasal dia GEDIK. Hahaha." (Jawapan paling jujur pernah aku dengar. Bukan nak jaga tepi kain orang tapi ikhlas aku tanya soalan tu dan dapat jawapan paling jujur dalam dunia)
"Kau kalau kahwin dengan dia nak buat bini ke nak main-main?"
"Nak buat bini la. Tapi dia tak nak aku. And, Puan B pun tak kasi aku kahwin dengan dia."
"Kenapa pulak?"
"Pasal Puan B cakap aku biol. Hahahaa"
Aku pun ketawa. Ketawa besar. Terbayang kejap, kalau la aku ni watak kartun dalam satu cerita, memang aku dah ketawa berguling-guling dah.

Perbualan aku dengan kawan dari Labuan dengan macam-macam cerita. Siap ada gak aku kelentong pun dia percaya. Adoi... yai. Tah la, pada aku dia mangsa keadaan. Aku cuma boleh bagi telinga aku untuk mendengar dan ketawa saja. Pada aku, kawan aku ni tak perlu lah disisihkan. Lagi pun pada aku, dia bukan satu ancaman.

Jujur, aku tak rapat dengan dia. Tapi ada je cerita tentang diri dia yang dia nak bagi tahu.

"Nanti aku nak kahwin dengan mak janda."
"Mak janda mana pulak ni?"
"Sarimah. Kan dah janda! Amerika wo~ Hahaha..."

(Memang kau biol. Bukan aku cakap. Kau yang cakap)

3 ulasan: