22 Oktober 2011

Alahai Pjan... Pjan


Bagi sebahagian manusia - permulaan baru hidupnya dikira daripada hidup seorang selepas itu berdua. Lain pulak dengan aku. Cerita baru hidup aku bisa dibilang beberapa hari lagi bila mana aku akan menetap sendiri tidak seperti kebiasaan bersama keluarga bahagia di kampung halaman tercinta - Kg. Datuk Keramat.

Alahai CikPanda ni poyo pulak bercerita... Pakai ayat nak yang emo je. Hehehe...

Yang sebenarnya... disebabkan pejabat aku akan berpuindah dan akan beroperasi sepenuhnya di Putrajaya 1 November ni, nampak gayanya aku akan melalui fasa hidup orang bujang yang sebenar. Lebih-lebih lagi aku dah pun dapat kuarters kerajaan dekat Presint 5, Putrajaya.

Makanya, tidak boleh seperti selalu celik mata je mak dah siapkan itu ini. Paling-paling kurang teh O panas pagi-pagi dah ada. Sekarang semuanya akan dibikin sendiri. Mengada betul kan aku ni?

Kalau dulu masa belajar duduk rumah sewa dan menyewa dengan kawan-kawan sangat-sangat la berbeza dengan persiapan aku nak masuk rumah baru ni. Fuuuhhhh... itu ini semuanya nak disediakan. Masalahnya, aku... Aku terasa aku sangat cerewet untuk cari barang keperluan rumah.

Bukan boleh beli suka-suka hati je. Cerewet sangat tahap gaban sampaikan apa yang mak aku cadangkan kalau aku tak berkenan mulalah muncung panjang sedepa. Lepas tu, rumah aku tu, makanya sehingga sekarang banyaklah lopong sana-sini. Alahai Pjan-pjan...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan