29 Julai 2011

bila mak jadi pengulas sukan


Apa-apa pun syabas dan tahniah buat semua pemain kebangsaan, yang hanya seri 1-1 dengan Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia. Walau seri tapi kita tersingkir sebab ikut agregat permainan sebelum ni di Singapura kita tewas 3-5. 

Takpe, yang penting sekarang permainan pasukan Malaysia dah banyak menunjukkan perubahan yang positif. Tapi, kelemahan tetap ada dan kalau dapat diperbaiki, tak mustahil Malaysia jadi antara pasukan yang disegani bukan saja di rantau ini tapi juga di dunia. 

Bukan niat aku nak ulas panjang lebar terhadap skill dan strategik permainan, biar orang yang selayaknya yang perbetulkan. Tapi, apa yang aku nampak semangat rakyat Malaysia dalam memberikan sokongan terhadap pasukan kebangsaan juga turut harus dipuji.

Sebentar tapi kita baru saja lihat ramai yang memenuhkan Stadium Bukit Jalil, pengulas sukan yang melaporkan bagitahu lebih kurang 90,000 yang memenuhkan stadium. Itu cerita kat stadium yang aku tengok dari skrin tv rata yang abah beli.

Tapi, buat julung kalinya dalam masa 90 minit + 5 minit tambahan masa, mak aku antara yang menonton, memberi komen, mengulas dan macam jurulatih pun ada. Selalunya, mak akan tidur lebih awal kalau tak ada rancangan tv yang menarik.

Antara komen-komen mak aku, dia sangat suka hati untuk memberi sorakan terhadap kecekapan Apek. Ye, mak aku kenal Apek k! Hehehe... komen-komen lain, mak jugak macam penonton-penonton perempuan lain yang lebih bersifat emosi ketika bersorak. Tu belum lagi dengar mak aku membebel-bebel dengan 'lakonan' pemain Singapura. 

Ada beberapa pemain Singapura yang mak aku panggil dengan 'Oh... si buncit ni. Kuat jugak dia larik ek!' Eh sana dan eh sini... macam-macam lagi mak bebelkan oh silap ulaskan.

Dan-dan gol pertama Malaysia disumbatkan maka, jiran tetangga pula datang membawa rezeki, Satay Keramat yang best tu. Barkat Selamat perut kami terisi dengan satay untuk dijadikan modal tambahan untuk bersorak bagi pasukan Malaysia. 

Syabas Harimau Malaya... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan