16 Februari 2013

Extra Hot Chilli Peri-peri with Baked Potatoes Cheese n Brocolli


Bahan-bahan:

Seketul paha ayam saiz sederhana
1 botol extra hot chilli peri-peri
1 biji kentang
Sekeping cheddar cheese
Segengam brokoli

Cara memasak:

1. Perapkan peha ayam dengan 1/4 botol sos extra hot chilli peri-peri. (Kalau nak lebih pun ok je) Titiskan beberapa titik minyak zaitum masa perap ni. (Perapkan dalam 2 jam atau lebih)
2. Kentang potong dadu dan perasakan dengan secubit garam dan lada hitam.
3. Grill ayam dalam ketuhar yang panas 200 darjah celcius selama 25 minit. (Macam aku grill je kat kuali non-stick fried pan tapi kena selalu balik-balik kan ayam tu selama 25 minit jugak atau lebihkan 5 minit!) Kentang pun grill bersama.
4. Kentang dalam 15 minit dah boleh diangkat dan time panas2 tu, letakkan sekeping cheddar cheese.
5. Didihkan air dalam periuk lepas tu campakkan brokoli, angkat dan toskan selepas 2 minit.
6. Siap masak semuanya dan bolehlah platting macam dalam gambar ni.

Selamat memasak! :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan