07 Jun 2010

Gila la kalau tak hebat

Sabtu lepas - walau kepala sakit-sakitan kerana bekerja ketika rintik-rintik hujan di Dataran Merdeka dan melayan panas terik pada petang hari di istana, aku gagahkan diri untuk bersama Kodoks - Kodok Chubby, Kodok Melaram dan Ketua Kodok. Melepak sambil makan bubur sedap kat Kg Baru.

Borak-borak berempat untuk macam-macam topik. Hehehe. Update diri memasing lorr.. kerna sudah lama tidak bersua.

Kodok Melaram

Tahniah kerana kamu dianugerahkan award utk projek 'kerang busuk'. People appreciate you. Kami ni je pekerja gomen kena kerja kuat sikit. Hehehe...

Kodok Chubby

"Hmm.. baguslah mR. Chubby aku baca blog ko. Ko baca status fb dia." (Baca je aku tak pernah komen. Hehehe...) Yang pasti kalau mR. Chubby ko nak kenalkan kitaorang yang single ni dengan kawan-kawan artis yang dia kenal make sure kitaorang dapat jalan kat karpet merah ok, tak mau kat belakang pentas (demand boleh?) :P

Ketua Kodok

Hebat! Memang hebat, bukan Ketua Kodok la namanya kalau tak hebat. "Along cakap premium ko kena bayar lebih tau. Pasal ko OBES!!! Hahaha..." Serentak semua ketawa.

Keadaan makin tak leh kontrol bila Kodok Melaram bagi respon, "Eh, tak fair la... macam mana dia leh tau kau obes?" Aku jawab, "Orang insurans tu kiralah BMI dia, tak kanlah Ain nak hantar gambar pasport pastu orang tu ingat dia obes." Kpah sambung, "Taklah, Ain bagi gambar ukuran poskad - gambar penuh. Hahahaha..." Masalahnya Ketua Kodok perbetulkan dengan istilah kedai gambar "Bagi gambar 3R aku - siap pose cekak pinggang." Gelak lagi... sawan! Gelak kitaorang makin menjadi-jadi. Nasib baik dah sudah makan, kalau ketawa tersedak bubur, terkeluar paru goreng dan ayam masak halia balik, tah macam mana tah! Haha...

2 ulasan:

  1. hahaha..rugi x dpt join..msg2 sengal..

    BalasPadam
  2. sengal, giler, sawan... ketawa x ingat org keliling... mcm biasa meja sebelah2 dah berganti orang. ktorg berganti gelas. naseb x berganti pinggan... hehehe

    BalasPadam