pasal semua. pasal kamu. pasal kita. pasal kawan-kawan yang kita sayang. pasal satu hari nanti. semua ni akan jadi kenangan. dalam hidup siapa lagi kalau bukan kita. pasal kita dan alam.
10 Jun 2010
Haziq - A Catboy
Ni pasal anak buah aku si Haziq (4 tahun) yang panggil adik dia Muhammad Aqil Hafiz tu "Kudut-Kudut". Semalam sebab cuti sekolah dan tak nak dia nak dan kak Myra (6 tahun) dia kacau si Kudut-kudut, maka Papa Mok pun bawaklah askar-askar ni kat rumah nenek. Maka, berperang Teluk la budak-budak ni sempena cuti sekolah dengan dua lagi cousin dorang. Aku sempat borak dengan Haziq.
"Adik hensem tak?"
Angguk.
"Sayang adik tak."
"Sayang..."
"So, kalau adik hensem, Haziq tak hensem la kan? Sebab Haziq a Catboy"
"No..." Jawab dia pelan sambil mata dah berair.
Mak usu 'Erk...oh oo'
Kat luar dengar kucing gaduh lagi!
"Hah, tu cat jom tengok"
"Tak nak..."
"Kalau ada orang noti-noti, mak su bukak pintu kasi cat masuk eh."
"No-no-no..." Sambil tutup muka dengan bantal dan pejam mata.
"Kalau tak nak, gi tidur."
Haziq - a Catboy bukan pasal dia suka kucing. Tapi, ada seekor kucing dah buat kes dengan Haziq yang mana Haziq pernah kena cakar dengan kucing tu. Tu yang fobia lain macam anak buah aku ni. Pasal ikut kajian tak rasmi, kitaorang tak pernah ada kes dalam famili ni yang takut kucing. Tapi, Haziq dah pecahkan rekod. Umur 4 tahun dah dapat gelaran Haziq - A Catboy!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan