17 Jun 2010

Cinta Untuk Kamu


Cinta untuk kamu - kerana kamu dan aku - kita meraikan cinta. Cinta sesama manusia tidak kekal tapi pasti cinta pada Pencipta adalah yang abadi.

Cinta untuk Kodok Stress
Bukti cinta telah kau perolehi. Cinta tidak perlu bertanya. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.

Cinta untuk Kodok Bob
Cinta adalah cinta... cinta antara aku dan dia. Kerana aku cinta dia.

Cinta untuk Kodok Narnia
Walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian cinta itu.

Cinta untuk Kodok Melaram
Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kala sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

Cinta untuk Kodok Chubby
Cinta bukan hanya sekadar kata-kata. Kata-kata adalah pakaian cinta tetapi yang utama adalah makna, perilaku dan sikap atas nama cinta.

Cinta untuk Ketua Kodok
Jangan berkata tidak bila kau jatuh cinta. Terus-terang sajalah buat apa berdusta. Cinta itu anugerah, maka berbahagialah. Sebab kita sengsara bila tak punya cinta.

Cinta untuk Mondok
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.


Cinta mendengar cinta, cinta berkata cinta, cinta melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, gembira, sedih, tenang, cemburu, tertekan, bahagia, ketawa dan menangis bersatu menjadi cinta. Cinta aku dan kamu tidak banyak bezanya kerana cinta punya rasa dan jiwa.

5 ulasan:

  1. To ketua kodok,
    ketika bercinta mengakulah sedang bercinta... jgn menafi2 bile dah putus baru nak bercerita....

    To kodok melaram,
    jgn memaksa diri mencari cinta.. cinta dan chemistry seiring datangnya.. tidak dipupuk dan tidak perlu berfikir utk menerimanya..

    BalasPadam
  2. kpah ko patut buat blog gak! pasti lucu! esp. share la cam ne ko pujuk mr.chubby ko! heheh

    BalasPadam