22 Jun 2010

Asing


Hidup ni rasa sangat asing.
Asing melihat keasingan hidup orang lain.
Asing berjumpa orang yang terasing daripada hidup kita.
Dalam satu kehidupan yang panjang untuk meneruskan kelangsungan hidup berselisih dengan orang yang asing daripada hidup kita.
Kita pun terasing daripada hidup mereka pada mulanya.

Lalu, perkara yang kita lalui pada satu kehidupan yang panjang ini tidak asing lagi pada kita apabila bertemu dengan mereka yang terasing daripada hidup kita pada mulanya.
Aku, kamu, kita, mereka bukan lagi orang asing yang mengasingkan diri pada kehidupan masing-masing.
Kelangsungan hidup diteruskan dengan perkara-perkara yang asing, lalu menjadi kebiasaan.
Kebiasaan yang biasa-biasa pada mulanya menjadi luar biasa kerana rasa asing itu dan orang-orang asing di keliling kita.

Asing itu apa, ya? Asing itu berlainan, berbeza, terpisah-pisah, tersendiri atau menjadi lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan