08 Jun 2010

Sekotak Kismis Harga Seringgit

Sembang-sembang dengan Kodoks Sabtu lepas kat Kampung Baru tercinta, ada satu perasaan yang menganggu dan rasa terganggu bila tengah-tengah makan tu datanglah orang jual buku, jam, mainan, macam-macam perhiasan dan macam-macam lagi. Tu belum dengan orang buta yang dipimpin tangannya oleh si pembawa sambil menjual tisu atau memang datang menadah tangan. [Kekadang tengok orang keliling hulur seringgit tapi dapat sepeket tisu! Yelah, orang buta]

Selamat beberapa jam melepak tu, ada lebih 10 orang menyapa kami untuk tujuan jual-beli. Terganggu. Dan dalam kepala terus terfikir-fikir - kesian, rimas, marah, tak gembira. Satu sudut - susah sangat ke orang kat Malaysia ni sampai kena tadah-tadah tangan untuk sara hidup. Satu sudut lagi - siapa dalang yang hantar budak-budak ni? Secara zahirnya - budak-budak ni bukan anak-anak Malaysia. Sudut lain pula yang aku tengok daripada pemberi - pemurahnya la, lagi kau kasi lagi galaklah mereka ni. Hisshh...

Ada pulak tu yang jual kismis siap ada surat lagi untuk bina sekolah tahfiz dan sebagainya. Sampai macam tu sekali nak menuntut ilmu tapi kena jadi si penjual kismis sekotak seringgit. Tak jual kismis tak boleh belajar ke? Mana mak bapak? Mana cikgu sekolah? Kesian, tapi aku tak mahu korang galakkan hal ni dari berterusan. Jadi, paham-pahamlah nak beli ke tak sekotak kismis harga seringgit ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan