13 Jun 2010

Bukan Juri Profesional - I

Petang tadi pergi tengok LBS untuk kali kedua dengan Ain dan Kpah. Jadi, makanya kalau 3 kodok dah duduk sederet... pasti... sangat pasti cerita yang beremosi pun boleh jadi cerita kitorang sendiri.

Bermula pagi Ahad aku dengan sandwich sardin Ain. (Wah, bahagianya laki ko Ain, tiap-tiap hari ko buat sarapan. Lama-lama muka laki ko pun cam sardin!! Hahahah... nasib baik lom ada laki lagi :P)

Baiklah, yang sebenarnya memasing nak tengok cerita lain. Tapi, kodok bersatu hati dan sepakat ok la jom LBS. Tengok orang semua tengah Q macam tak pergi sekolah. Buat barisan sederet dah nak sampai eskalator. Ruang beratur untuk beli tiket kat tengah-tengah melopong tak ada orang.

Aku dan Kpah pun cam orang bengong berdiri kat sebelah tali merah - sebenarnya tak mahu jadi macam dorang beratur tak tentu hala (eh, kan kitaorang pengawas kat sekolah - haha) Tapi, Ain tetap tabah masuk dalam barisan (sambil nyanyi-nyanyi lagu Inilah Barisan Kita)

Kpah: Kita book pakai Easy Access la, Jan?
Aku: Ok gak. Eh, Kpah. Tengok tu Ain dah kat depan kaunter???

Ya, betul Ain potong barisan orang-orang tak bersekolah tu dan meninggalkan kami berdua si pengawas skema yang nak beli tiket wayang ikut peraturan. Hehehehehe... cam ne Ain leh potong Q... hahaha... jawapannya hanya dia sorang je yang tahu. Hahaha... hebat tak hebat la... kalau tak hebat, jawatan sebagai Ketua Kodok dah lama dah boleh lelong kat orang lain. Heheheh... Ain memang World kan? Hahahaha

2 ulasan:

  1. knp aku xtau korg nk g tgk muvie???

    BalasPadam
  2. adoi... mmg x plan.. main redah je ni lps gi FF. ko nk tgok LBS dgn ktorg gak ke? heheheh...

    ni yg buat aku serba salah ni... huhu

    BalasPadam