22 Jun 2010

Jenis Cinta Kamu Sama Dengan Subjek Apa?

Cinta seperti subjek-subjek PMR. UPSR dan PMR bakal dimansuhkan. Jadi, ni saja untuk suka-suka. Tidak ada kena-mengena dengan cinta monyet sesiapa sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Bahasa Melayu - Cinta tidak memerlukan karangan sepanjang 300-500 patah perkataan.
Bahasa Inggeris - Cinta jangan disamakan seperti 'Present, past and future tense' jangan membandingkan bf/gf kamu seperti 'tenses' ini kelak akan menerima padahnya.
Matematik - Cinta seperti topik 'Kebarangkalian'. Barangkali bf/gf kamu hanya minat, suka, sayang tapi tidak cinta.
Geografi - Cinta seperti di kutub utara dan kutub selatan. Akhirnya berjumpa juga di garisan khatulistiwa.
Sejarah - Cinta seperti Parameswara yang menemui pokok Melakanya.
Sains - Sepertinya setiap pasangan itu perlukan kimia, tuntutan biologi dan fizik -al yang menawan.
Pendidikan Seni - Cinta itu seperti lukisan abstrak.
Pendidikan Islam - Cinta perlu dipenuhi dengan ilmu rukun nikah, plus, dayus, nusyuz, hadanah, mandi wajib dan zihar.
Kemahiran Hidup - Cinta perlukan pelbagai kemahiran seperti memasak, menukang dan menjahit, memateri dan berkebun juga penting.

Ada lagi ke subjek PMR yang aku terlupa? Hehehe.... saja untuk suka-suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan