03 Disember 2010

Teater Natrah

Atas permintaan ramai, teater Natrah ni akan berlangsung sehingga esok 7 Disember 2010. Adalah tak adil untuk aku mengulas panjang lebar pasal teater ni. Apape pun diharapkan gangguan teknikal pada mikrofon beberapa pelakon dapat dielakkan dan pementasan berlaku lebih 'live'.

Satu produksi yang dapat banyak perhatian dan ulasan media. Tapi, pada aku adalah lebih baik produksi tu mencipta lagu yang tidak diciplak daripada muzik Bollywood. Perkara tu hanya akan beri kredit pada mereka dan tak menghargai hasil muzik tempatan.

Jalinan 'kimia' antara Maya Karin dan Remy Ishak tak boleh dinafikan. Tapi terlalu kaku untuk melihat Remy bergerak tari dalam tarian ala Bollywood tu walau dapat sorakan gemuruh daripada penonton termasuklah aku. Hehe...

Pujian yang paling melambung aku bagi pada penghayatan watak Natrah pada umur 70-an yang dipegang oleh Sofea Jane. Walau hanya bermonolog, lontaran suara, penghayatan emosinya - celaru, pilu, penuh duka dan air mata - hingga terkadang aku terfikir dah gila agaknya Natrah pada penghujung usianya. Kalaulah Natrah tahu... Ya hanya Natrah yang lebih tahu. Maka, Allah Maha Mengetahui fitrah dan naluri Natrah atau Maria atau Bertha. Atau apa saja nama dan gelaran yang disandang ketika hayatnya. Che Aminah panggil dia Putih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan