22 Disember 2010

Catatan Gadis Bersandal Pink Jenama Cap Buaya

Satu gadis bersandal pink jenama cap buaya berjalan di tengah jantung Kota Lumpur. Cuaca mendung. Daun-daun kering berserak di jalan. Tu petanda angin kuat, kejap lagi nak hujan.

Gadis bersandal pink jenama cap buaya berjalan melawan arus kenderaan bersesak kiri dan kanan. Merenung jauh ke depan. Pandangan tertancap pada tiga gadis sunti bergaya urban di jalanan. Bersama mereka ada sorang mamat dengan warna rambut seakan-akan bulu memerang, berkaca mata hitam walau tiada mentari yang memancar (mendung dik! ke sakit mata?).

Hmm... tak apa lah. Trend zaman sekarang. Semuanya mahukan perhatian. Gadis bersandal pink jenama cap buaya terus berjalan. Lampu merah di depan. Kereta berhenti. Gadis bersandal pink jenama cap buaya terus berjalan.

Sedang berjalan terfikir perihal dua kawan. Hati mereka seperti diikat. Seorang menunggu jawapan. Seorang lagi mahu hadapi dengan senyuman dan mohon diberikan kekuatan.

Semoga kalian bakal disatukan. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan