12 Mei 2010

Khabar Kematian


Perjalanan yang diiringi hujan ke sebuah negeri. Negeri bersejarah. Perkenalan yang singkat. Lebih singkat daripada yang disangka.
Tuhan lebih menyayanginya.
Kurang 48jam perkenalan, terima khabar duka. Kawan memberitahu khabar kematiannya.

Teringat ceritanya. Tahu impiannya. Kami berkongsi cerita.
Cerita mahu berjaya.
Tuhan, letakkan dirinya bersama orang-orang beriman. Kerana aku percaya, pertemuan yang Kau aturkan terselit hikmah dan pengajaran.

Mungkin ingatan untuk diri ini yang sering terlupa. Terlupa tentang kematian dan asal-usul kejadian. Maka, Kau sedang menyedarkan kami - aku dan kawan-kawan yang kita sayang tentang harga persahabatan, nilai dan harga kasih sayang sesama manusia.

Kau kirimkan dirinya seketika cuma kepada kami. Sesungguhnya hanya Kau Yang Maha Mengetahui. Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Ampunilah dosa-dosanya dan dosa-dosa kami.

Sesungguhnya, ku tak layak ke syurga-Mu. Namun, tak pula aku sanggup ke neraka-Mu.
Al-Fatihah buat allahyarham Supandi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan