14 Mei 2010

Thomas Cup dan Selera Makan Aku Yang Terencat

Aku pun nak jadi sebahagian daripada sejarah. Kalau dulu, tahun 1992 aku dapat melihat tapi tak dapat berkongsi cerita kat sini. Masa tu aku kecik - 9 tahun. Sekarang, dengan semangat berkobar-kobar nak tengok pasukan Malaysia melangkah ke peringkat akhir perlawanan habis sudah.

Malaysia tewas 0-3 kepada China. Syoknya tengok perlawanan ni membuatkan diri kita bukan sekadar menjadi penonton tapi kita jugak jadi pengulas sukan, jurulatih dan pemain di bangku simpanan. Hehehe...

Aku cuma tengok perlawanan separuh akhir ni kat rumah dengan famili. Angah, Abah dan Mak. Tapi, mak tak amik port sangat. Perlawanan antara Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei membuatkan aku menyampah tengok aksi Lin Dan menari-nari breakdance dengan telanjang dadanya bila dah menang.

Beregu pertama pun bagi saingan yang bagus tapi semangat pemain China melampau hebatnya membuatkan pemain kita gugup gagap - pincang sana sini beraksi depan penonton sendiri. Masa ni aku tengah hadap makan malam aku- mee bakso. Selera aku terencat bilamana perlawanan seterusnya ditentukan dengan menang kalah pemain Wong Choon Han.

Wong Choon Han beraksi hebat jugak. Sekurang-kurangnya dia bersaing dengan aksi menarik. Keputusan muktamad Malaysia 0 - China 3. Dengan selera makan aku terencat kerana bersemangatnya aku bersorak bila tengok beberapa serangan balas Wong Choon Han menjadi.

Akhirnya, mee bakso aku tolak ke tepi sebab ada sikit perasaan hampa bila Malaysia tak ke final. Aku bukan saja menonton, melihat dan bersorak tapi berkongsi cerita kat sini. Sebab satu hari nanti cerita CikPanda ni boleh dikongsi dari satu generasi ke generasi lain.

**Status CikPanda kat FB - bagusnya Thomas Cup ni membuatkan orang keliling kita terlupa kejap yang dorang ni penyokong MU, Chelsea, Arsenal dan Liverpool... inilah yang kita mahukan... semangat kesukanan dapat menyatukan kita rakyat Malaysia. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan