22 Ogos 2012

sabarlah

Kita manusia bukan malaikat. Lalu, saya tersepit lagi dengan persoalan dunia. Walau bicara itu tidak mengenai apa-apa yang ditulis dengan huruf-huruf J O D O H, saya perlu bereaksi kurang selesa dengan persoalan-persoalan lainnya.

'Sekarang kerja dekat mana?'
"Kolej, di Banting," ringkas jawap saya. 
'Kenapa di sana? Mintak tukar ke?'

Saya mula kurang selesa. Lalu, diam adalah jawapannya. Adakala saya menjawab juga. Sekadar basa-basi saja. Saya faham mereka tak mengerti. Sedang saya bergelut sendiri dengan masalah sendiri, tak kan semua masalah saya perlu saya omelkan di sini dan menjaja cerita peribadi di sana sini. Cukuplah saya kongsikan dengan mereka yang faham saja.

Sukar. Memberi kefahaman atau pemahaman kepada mereka ini. Sukar juga  buat saya untuk meniti hari-hari lalu tanpa mereka ambil tahu. Tahu mereka, tugas saya mudah saja. *senyum sumbing dan herot bibir sajalah saya* 

Tidak kurang juga ada yang terus-terusan bertanya - kenapa? Ishhh... 

Satu hari, ada satu perkara terjadi. Lalu, seorang kawan memberitahu saya. 'Sepertinya dia mahu menjadi kamu. Itu yang saya rasa tapi tak tahulah kalau saya salah.'

Kalau boleh saya melopongkan mulut pada ketika itu, pasti lalat masuk ke dalam disangkakan mulut saya ini gua! Saya membalas, "Kenapa dia nak jadi saya. Hidup saya pun kurang serba-serbi. Apa yang seronoknya jadi saya?"

Fahamlah saya, mereka tidak pernah mahu mengerti. Memilih untuk menjadi saya dan bukan Siti Nurhaliza atau Nealofa adalah satu perkara yang buang masa saja! Sia-sia. 

Nah, kalau nak menjadi saya, jadilah. Sesungguhnya kalau saya diberi pilihan mahu menjadi siapa dalam hidup ini atau jika dibangkitkan kembali, nescaya saya memang selesa begini dan tak mahu menjadi siapa-siapa. Syukur Alhamdulilah, dalam serba kekurangan saya rasa saya ada kelebihan iaitu tidak perlu saya menjadi siapa-siapa melainkan menjadi diri sendiri.

Lalu, ayat untuk pujuk hati. Bersabar sajalah. Sabar yang menguatkan saya. Sabar yang mengajar saya memahami jerit payah ini. Sabar yang mengajar saya siapa kawan sejati dan kawan yang perlu saya jauhi. Sabar juga mengajar saya mengenali diri sendiri dan mendekatkan diri kepada Ilahi. 

Sabarlah, sabar dan sabarlah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan