21 Ogos 2012

ikhlas itu balasannya syurga Allah

Assalamualaikum,

Salam 3 Syawal 1433H. Saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri saya yang pernah saya lakukan sama ada yang saya sedari mahupun di luar sedar saya kepada semua kawan-kawan yang kita sayang. Setelah sebulan berpuasa, kita meraikan Syawal dengan satu kemenangan. Kemenangan yang besar kerana selama sebulan kita berusaha mendidik nafsu dan meningkatkan amal ibadat. 

Moga amal ibadat yang kita lakukan pada Ramadan yang lalu akan kita amalkan secara berterusan. Mudah-mudahan kita dipertemukan dengan Ramadan yang seterusnya. Amin...

Pada Ramadan yang lalu, saya melihat satu perubahan kepada banyak orang di keliling saya. Lalu, saya bertanya pada diri, apa yang sedang berlaku? Mereka berubah, aku? Macam mana dengan aku? Tidak ada apa-apa perubahan kah? Aku kah yang masih biasa-biasa saja? 

Adakalanya persoalan itu berlalu tanpa jawapannya. Aku diam lalu terus pejamkan mata. Dengan harapan apabila mata terpejam maka aku boleh lupakan seketika persoalan-persoalan dalam benak kepala aku ni. Ya, memang aku lupa apabila memejamkan mata. Tapi, tak selamanya mata kan terus terpejam, kan? 

Aku bertanya lagi dan lagi. Aku harap akan temui jawapan dan bisa mengerti. Lalu, ku pujuk hati dengan memberikan jawapan ini kepada diri sendiri. Mudah-mudahan saja aku dan kamu dapat perbaiki diri. Walau mungkin bukan kini tapi nanti. Ya, satu hari nanti. 

Ikhlas itu balasannya adalah syurga Allah. Lalu aku mencari makna ikhlas. Ikhlas itu sinonimnya adalah suci, jujur, rela, tulus. Maka, benak aku terus berlegar. Daripada satu perkataan menjadi empat perkataan yang lain. Sinonimnya adalah sama ertinya. Aku bingung. 

Lalu daripada pemahaman aku sendiri (yang cetek ilmunya ini - kalian bisa saja menghentam dan menegur tulisan saya ini. Saya ikhlas menerima teguran itu). 

Permulaan ikhlas itu adalah niat yang baik. Tapi, saya bertanya juga. Niat solat itu juga adalah demi melakukan perkara yang baik. Tapi, adakalanya kita leka lalu dalam solat itu kita berhutang khusyuk kepada-Nya. Masya Allah. Malu aku. Kalian juga perlu malu jika ada rasa sama seperti aku. 

Aku cuba untuk tidak menyulitkan keadaan. Ah, kita kan manusia dan bukan malaikat! Aku cuba memahamkan perlakuan ikhlas itu yang seerti dan berjalan seiringan dengan empat perkataan yang lain tadi iaitu suci, jujur, rela dan tulus. Lalu aku tergerak untuk menggerakkan jejari aku di papan kekunci ini dengan menulis perkataan HATI

HATI yang suci, bersih dan tidak hitam daripada noda adalah kunci utama bagi perlakuan ikhlas, jujur, rela dan tulus. Barangkali aku memujuk diri. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan