31 Januari 2011

sinari alam ini. biar tambah seri.



kenapa tumbuh-tumbuhan memerlukan matahari?
kenapa manusia perlukan matahari?
kenapa awak dan saya memerlukan matahari?


sebab matahari tu umpama kasih sayang yang Tuhan beri kepada hamba-hamba-Nya.

matahari muncullah kembali.
sinari alam ini.biar tambah seri.
akan sentiasa aku syukuri. nikmat-Mu, Ya Illahi.

30 Januari 2011

dengar suara alam



hujan mendung di kota lumpur lagi. hari ni seharian duduk di rumah ditemani irama rintik hujan. dengar suara alam - hujan menyejukkan permukaan bumi. kalau panas tiada hujan - alam bagai memarahi.

memarahi rakusnya tangan gatal manusia yang menjahanamkan alam ini. bila hujan - mengakibatkan bah. bah di sana sini. pilihanraya kecil di Tenang juga bah. manusia di sana mahukan perubahan. ubah apa yang perlu diubah. tapi perubahan diri adalah perkara utama.

hujan dah berhenti. mungkin seketika cuma kerana hawanya masih dingin. udara sejuk. malam nanti hujan lagi. syukur alam ini tidak tidak pernah sepi. atau belum sepi?

Mungkin Kita Hanya Sebesar Zarah



Sebesar mana zarah itu, sedang ia tak terlihat oleh mata kasar?
Sekecil mana pula zarah itu jika kita bandingkan diri dengan bima sakti?

Mungkin, yang sebenarnya kita hanya sebesar zarah sahaja.
Dan mungkin juga zarah itu juga sebenarnya tidak kecil?

25 Januari 2011

Lambat Tak Mengapa

Asal lambat menjadi hina.
Lambat tak mengapa.
Lambat laun kau 'kan faham jua.


Lambat tak hina.
Lambat tapi selamat.

20 Januari 2011

Apa Saja

Tak semua yang kita nak dalam hidup ni, kita akan dapatkannya.
Sekalipun kita telah berusaha dan sedang berusaha untuk mendapatkannya.
Jika Allah tak mengizinkan, ia tetap tak kan jadi milik kita.

Atau apa saja yang kita inginkan.
Tak kiralah, kasih sayang, pencapaian, harta, darjat mahupun pangkat.
Apa saja.

Dan tidak semestinya usaha yang kita lakukan pada ketika itu perlu dihentikan.
Kenapa perlu beralah?
Bukankah segala usaha itu Allah sahaja yang menilaikannya
Dan daripada-Nya jualah kita akan memperoleh segala kenikmatannya
Walaupun di kemudian hari?

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Segala-galanya yang terbaik hanyalah daripada ketentuan-Nya jua.

19 Januari 2011

nota dari FB saya

manusia duniawi
by Hafizan Hamzah on Friday, July 30, 2010 at 1:56am

Ada tiada rasa gelisahku ini, aku hanya mampu pendam. Manusia duniawi sungguh kejam. Keparat juga mungkin. Mereka hanya tahu berpura-pura, tidak bertimbang rasa, pengecut lalu takut. Takut hilang arah. Takut hilang kuasa. Takut akan sesuatu yang ditakuti. Sesuatu yang berbeda-beda yang pada aku itu hanya ilusi cuma. Takut hanya perlu pada Pencipta kita sahaja.

Lantaran itu, manusia duniawi berperang-perang. Di sana sini mereka menyakiti. Disakiti hatinya lalu remuk-redam. Disakiti dirinya hingga luka berdarah. Siapa yang salah? Benar atau salah bukan persoalan. Lalu, ada yang memberi pandang – kau perlu tegar agar tidak bisa teguhmu dengan prinsip-prinsip yang kau percayakan – hanya diri kamu saja yang bisa memahamkan dirimu sendiri.

Kasih sayang itu pinjaman. Diberi sedikit kasih, diberi sedikit sayang. Ramai yang mengaku sayang. Tapi ada terkadangnya kita tak mampu membagi sayang. Kepada yang memberi patut menerimanya. Lalu, tertanya-tanya lagi. Apa benar ada orang yang tidak bahagia kerana kurang sayang?

Manusia duniawi hanya mahu menerima lantas sedikit memberi. Lihat saja perhubungan manusia duniawi dengan Pencipta-Nya. Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang telah memberi segala-galanya. Sebagai hamba-Nya, jauh sekali aku akan berpaling daripada-Mu. Kerana kudratku semuanya atau segalanya adalah pemberian-Mu – Yang Maha Pemurah. Lantas apa lagi yang kita inginkan?

Rahmat dari-Mu aku syukuri. Tapi masih lagi diriku ini merasakan kurang memberi. Memberi syukur pada usai solat lima waktuku masih tidak setimpal dengan segala pemberian-Mu. Ya Allah… ampunkan dosa-dosaku. Dosa-dosa kedua ibu bapaku, adik-beradikku, guru-guruku, kawan-kawan yang kita sayang. Dosa muslimin dan muslimat sekelian alam. Amin Ya Rabbal Alamin.

-Hafizan Hamzah (CikPanda)-

18 Januari 2011

demam


demam. lalok. ubat demam/selsema/batuk/antibiotik/saraf. 

korang jaga diri baik-baik. 
banyak minum air. 
sebab sekarang musim demam. 

demam... rindu? 
eh... hehe... gila lalok aku ni. 

masa untuk makan ubat lagi.
selamat...





13 Januari 2011

untuk memotivasikan diri di pagi hari


muka baru saya kat desktop PC dinasour. supaya saya dapat memotivasikan diri di pagi hari. setiap hari. 
ngeh... ngeh... ngeh... hehehe.

12 Januari 2011

'Menembak' alam





Dua keping gambar ni aku tembak di Sabah. 
Subhanallah.... cantik sangat. 
Rindu menembak. 
Nanti mahu menembak lagi.
Menembak warna alam - hati tenang.

10 Januari 2011

Tolonglah....

Tolonglah... ini bukan cerita aku terlupa bawak handphone ye. hehehe...

Ini cerita pasal AJL 25. Keputusan pun dah semua sedia maklum maka tak payahlah kita seperti rumah siap pahat berbunyi pulak. Walaupun aku ada gak berbunyi kat status FB Kodok Bob dan mahu mengomel sedikit kat blog aku ni.

Tahniah buat Ana Rafali. Tolong Ingatkan Aku yang mendapat kolaborasi dengan Zahiril Azim si pelakon dan pemilik blog dirinya sendiri yang aku suka sangat skodeng blog beliau. (boleh ke saya guna ganti nama dirinya dengan beliau, cikgu?) Hehehe...

Tapi yang buat aku nak berbunyi pasal persembahan keseluruhan para artis yang jadi finalis di AJL 25 ni pada aku semacam merepek. Maaf ye... saya tak salahkan produksi dan pembikin2 di belakang tabir, apatah lagi mahu memperlekehkan kreativiti para artis tersebut.

Tapi tak salah rasanya kalau saya katakan semua persembahan finalis mahu ada gimik dan lakonan yang sedikit mengganggu mata saya dan mata kawan-kawan saya yang ketika itu menonton di rumah masing-masing. Itukan pentas AJL yang penuh prestij tapi kebanyakkan finalis membuat persembahan dengan lakonan! Perlu ke?

Dahulu saya lihat persembahan M.Nasir tak pernah pulak nyanyiannya perlu diiringi dengan burung hud-hud, menyanyi lagu Bonda pun, M.Nasir tak bawak pelakon untuk melakonkan watak sebagai bondanya.

Lihat saja persembahan pembukaan daripada Francesca Peter, Nash dan M.Nasir. Persembahan interlude pula daripada Sharifah Aini, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza (bersama penari) yang semuanya memberikan paduan vokal yang aduhai... memang boleh buat meremang bulu roma kalau mendengarkan suara mereka.

Tapi itulah intepretasi kita mengenai kreativiti - masing-masing punya pendapat masing-masing. Tolonglah Ingatkan Aku kalau aku ada terlupa atau mungkin akan terlupa satu hari nanti.

segalanya kuning

hari ni si gadis tidak bertudung merah jambu.
tidak juga memakai sandal pink jenama cap buaya.

hari ni gadis bertudung ungu.
berjalan-jalan dengan wedges kuning.
dan segalanya ketika berjalan tadi berselisih pula
dengan segala macam benda berwarna kuning.

zebra cross berbelang kuning-hitam
tong sampah DBKL dengan penutup biru, berbadan kuning 
ada lagi.  tiba-tiba segala macam yang dilihat berwarna kuning.

tembok sekolah.
bangunan yang bersalut salutan iklan.
bank kepala harimau.
gam di sisi PC dinasour. 
banyak pulak teksi kuning.
satu kereta jenama Malaysia pun warna kuning.

segalanyalah kuning hari ini. hari ini - 10 hari bulan satu 2011.

     
Foto yang ditembak di sebatang jalan di Kota Singa

07 Januari 2011

Harap Esok


Aku harap esok akan lebih baik dan indah daripada hari ini. 

cerita bagus 2011

Alhamdulillah...

Sepatutnya adalah lebih realistik kalau diceritakan ketika baru sahaja mendapat tahu tentang perkara itu.

Tapi tak mengapalah, belum basi lagi. Memandangkan seminggu di tahun baru ni, mungkin cerita bagus ni boleh dijadikan ingat-ingatan pada masa akan datang.

Kelmarin, 5 Januari 2011 keputusan peperiksaan undang-undang Jabatan Perkhidmatan Awam dah pun dikeluarkan. Saya menduduki peperiksaan tu tahun lepas dan Alhamdulillah saya dan kawan-kawan lulus.

Maka, dipendekkan cerita tinggal satu kursus saja lagi sebelum penjawatan saya sekarang ini sah. Oh, maaflah kalau ada antara kawan-kawan yang saya sayang kurang faham makna pengesahan jawatan dalam sektor kerajaan ni. Jadi, saya bebelkan sedikit di sini.

Tempoh pengesahan jawatan saya ini adalah dalam tiga tahun dengan syarat memenuhi keperluan iaitu menduduki dua kursus iaitu kursus asas dan kursus induksi. Selain itu, dua peperiksaan yang wajib lulus adalah Peperiksaan Perkhidmatan dan Peperiksaan Undang-undang Kerajaan.

Untuk saya yang tinggal hanyalah menduduki kursus induksi. Insya Allah yang akan diadakan pada tahun ini juga. Doakan saya lulus untuk hal tersebut dan cerita bagusnya - Sahlah nanti saya untuk menyandang jawatan ini. Amin...

blog ini tidak seksi lagi

muka lama dah tak ada.
maka blog ini tidak seksi lagi.

muka baru lebih suci.
isinya, cerita-ceritanya masih di sekeliling kita
buat kawan-kawan yang kita sayang
keluarga, alam dan entri yang tidak dapat dilabelkan.

7 hari di tahun baru - nah ni hadiah untuk kamu.

06 Januari 2011

oh di mana ilham saya?

sudah enam hari dalam tahun baru. terasa mahu menulis banyak perkara tapi buntu.

topik yang menarik juga tidak jadi tarikan buat saya menulis atau mengulas apa-apa. saya walk-blog di sana sini juga tidak merasa seronok. soalahnya seperti tiada ilham.

oh ya, ini bukan coretan atau omelan kecil bernada sayu. cuma saya sedang memikirkan apa cerita menarik mahu dikongsi bersama-sama kamu - kawan-kawan saya yang hensem2 dan jelita2 yang saya sayang ni.

esok tujuh hari di tahun baru...

** hari keenam ditahun baru, pertama kali saya tertinggal hp di rumah lagi. adoiyaii.... tolong ingatkan aku.

04 Januari 2011

ku bogelkan kamu di sini - II



Janji aku pada KodoksMondok - aku sebagai si tukang cerita akan teruskan tradisi membebel di sini. DuaRibuSebelas punya cerita - mari dengar KAMI punya cerita.

Buat julung kalinya percutian idaman kalbu bagi setiap KodoksMondok ni akan berlaku Februari nanti. Yihaaaa yabedabedooo... Ke mana? Ke sebuah pulau lah... Insya Allah.

Tapi kali ni special sikit - siap angkut laki-laki (yg sah bergelar suami je k) yg single jgn nk meraban bwk bf (belum sah lagi... hehehe) dan anak-anak kodok sekali, baik yang telah lahir hampir setahun melihat dunia dan yang ada kat dalam perut.

Nanti sambung lagi. Entri dulu kat sini.

01 Januari 2011

Oh, Keranamu Malaysia...

Pstt... hey aku orang Malaysia ok. Walau gi bercuti ke negara jiran, tapi niat hati memang nak tengok match kat Bukit Jalil lebih2 lagi ada kawan nak bagi tiket. Adehhh... melepas! Hmm... tapi tak pe, sebab kitaorang dah pasang niat dan cuba nak sampai JB dalam kul lapan lebih tapi apa kan daya jalan jem disebabkan ada kemalangan kat lebuh raya n jalan raya.

Maka, kitaorang dapat live update daripada Mr. Chubby untuk match Malaysia vs Indonesia final pertama Piala Suzuki AFF 2010. (Ishh... chop2 iklan jap - aku rasa blog aku ni lelaki yg paling popular disebut2 adalah Mr. Chubby! Huh.... bestfriend aku time belajar Arip pun x sebanyak ni aku mentioned! Ish...)

Ooooooo ok2. Sambung balik. Maka, dalam perjalanan tu memang kitaorang bertemankan status update Kpah-Mr. Chubby. "Dear, Malaysia dah berapa dah sekarang? Apa 0-0? Oh... ok2. Nanti you update i lagi k! You dah keluar gi orang kawen pulak." Hahaha... ni la antara babak-babak ngengada dorang ni.

Dah-dah... buat Mr. Chubby jadi sayang lak kat aku nti! Bahahaha... Pah ampun Pah, aku tak caras ko. Ala Mr. Chubby apa la sangat! Lalalala.... (Ex-bf aku Johnny Depp tu lagi taste!) Ngee.... pengsan!

*****

Hari last, nak balik dari JB ke KL lak. Pagi2 Ain dah jerit... "Aku nak balik cepat hari ni. Nak tengok bola!" Terus aku melompat dari katil dengan muka yang mamai terus segar, "Ok, aku pun nak tengok!" Huhuhu... Mana boleh lepas tengok weh, dah la final pertama Malaysia boleh baham Garuda 3-0, final kedua je sah2 dah bawak 3 mata kat Jakarta nun...

Maka, Keranamu Malaysia - Tanah Tumpahnya Darahku... kitaorang berjaya gak sampai kat rumah masing-masing sebelum pukul 7 malam.

Dan pada malam tu gak rumah aku dah gegak gempita macam Stadium Gelora Bung Karno. Suara abah n Angah je dah cukup boleh gegarkan KLCC kat sebelah rumah kitaorang tu.

Best! Satu lagi sejarah tercipta dan kita dah saksikan sejarah tu milik kita. Yang penting - buat skuad Harimau Malaya jangan cepat lupa diri. Kita menang sebab punya anak muda yang berbakat, berdisiplin tinggi dan mampu berjuang habis-habisan bawak cabaran negara ni.

Dan PM pun kasi cuti 31 Disember, yang sememangnya aku pun memang tengah bercuti. Dan lagi semua rakyat Malaysia tak kira apa warna, bangsa, agama, rupa, parti politik semua pun rasa gembira dan update kat status FB masing-masing lahirkan rasa bangga dan patriotik semacam gara-gara fenomena baru yang sedang tercipta.



Cabaran Kedua


First round shopping...



Mula sampai kat Singapore Ain dah pesan kita tak check in dulu k. Terus ke Orchard Road. Oh, ok. Maka dengan beg galas di belakang... pelan-pelan kitaorang jalan dari satu shopping mall ke shopping mall yang lain.

Aku dah terberkenan kat satu hangbeg. Tapi aku belum beli lagi. Kpah dah rambang mata. Semua benda dia nak. Perfume, jeans, handbegs, purse... Adoi... Kpah siap buat tukaran wang lagi ok!

Dipendekkan cerita, hanya aku n Kpah je yang berjaya membeli belah pada petang hari pertama tu dengan beg galas di belakang badan masing-masing. Gila memang gila... lebih gila kitaorang cuma brunch n makan eskem petak jek.

Sedap wo... atau mungkin sebab dah lapar dapat makan eskem pun sampai balik Malaysia nak update dalam blog ni. Hehehe... Eskem harga sedolar tu aku amik perisa Macademia Nut... Highly recommended ok! Kpah amik perisa Brownie n Ain amik perisa Rasberry.