07 Januari 2011

cerita bagus 2011

Alhamdulillah...

Sepatutnya adalah lebih realistik kalau diceritakan ketika baru sahaja mendapat tahu tentang perkara itu.

Tapi tak mengapalah, belum basi lagi. Memandangkan seminggu di tahun baru ni, mungkin cerita bagus ni boleh dijadikan ingat-ingatan pada masa akan datang.

Kelmarin, 5 Januari 2011 keputusan peperiksaan undang-undang Jabatan Perkhidmatan Awam dah pun dikeluarkan. Saya menduduki peperiksaan tu tahun lepas dan Alhamdulillah saya dan kawan-kawan lulus.

Maka, dipendekkan cerita tinggal satu kursus saja lagi sebelum penjawatan saya sekarang ini sah. Oh, maaflah kalau ada antara kawan-kawan yang saya sayang kurang faham makna pengesahan jawatan dalam sektor kerajaan ni. Jadi, saya bebelkan sedikit di sini.

Tempoh pengesahan jawatan saya ini adalah dalam tiga tahun dengan syarat memenuhi keperluan iaitu menduduki dua kursus iaitu kursus asas dan kursus induksi. Selain itu, dua peperiksaan yang wajib lulus adalah Peperiksaan Perkhidmatan dan Peperiksaan Undang-undang Kerajaan.

Untuk saya yang tinggal hanyalah menduduki kursus induksi. Insya Allah yang akan diadakan pada tahun ini juga. Doakan saya lulus untuk hal tersebut dan cerita bagusnya - Sahlah nanti saya untuk menyandang jawatan ini. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan